Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Asma'ul Husna : Maksud Dan Khasiatnya

$
0
0
Asma'ul Husna :  Maksud Dan Khasiatnya | Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama . Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga . ( Hadis Riwayat Imam Bukhari ) .

Allah SWT mempunyai aAma'ul Husna ( nama-nama yang indah ) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma'ul husna . ( Surah Al A'raf, ayat 180 ) .

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asma'ul Husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia . Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan namaNya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut ( apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca , contohnya Ar Rahman dibaca Ya Rahman . Ar Rahim dibaca Ya Rahim , Al Malik dibaca Ya Malik dan seterusnya ) .

YA ALLAH ( Ya Allah , Lafzhul Jalalah )
- Nama yang Maha Agung dan Mulia , pemilik semua pujian . Apabila dizikirkan 500x setiap malam , lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati .

YA RAHMAN ( Yang Maha Pengasih )
- Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang , tenang , sifat pelupa dan gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah .

YA RAHIM ( Yang Maha Penyayang )
- Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari , Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita .

YA MALIK ( Raja Yang Maha Berkuasa )
- Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari , segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah .

 YA QUDDUS ( Yang Maha Suci )
- Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari , maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong , iri hati , dengki dan lain-lain .

YA SALAAM ( Yang Maha Sejahtera )
- Apabila dizikirkan sebanyak 136x , insyaallah jasmani dan rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar , sihat dan sejahtera .

YA MU'MIN ( Ya Maha Mengamankan )
- Apabila dizikirkan sebanyak 236x , insyaallah diri kita , keluarga dan segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dab aman dari segala macam gangguan yang merosakkan .

YA MUHAIMIN ( Yang Maha Melihara )
- Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak , insyaallah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih .

YA 'AZIZ ( Yang Maha Perkasa )
- Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh , insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan .

YA JABBAR ( Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari )
- Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi dan petang semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah .

YA MUTAKABBIR ( Yang Memiliki Kebesaran )
- Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh , bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia .

YA KHALIQ ( Yang Maha Pencipta )
- Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x , insyaallah yang ingin otak cerdas , cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham .

YA BARI' ( Yang Maha Merancang )
- Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit , dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut , insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut .

YA MUSAWWIR ( Yang Maha Pembentuk )
- Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak , maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu . Di waktu hendak berbuka puasa , ambil segelas air dan dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x , kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa . Bagi sang suami , hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari . Kemudian pada waktu hendak berjimak , bacalah zikir ini selama 10x , insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh .

YA GHAFFAR ( Yang Maha Pengampun )
- Sambil Beri'tikaf ( diam dalam masjid dalam keadaan suci ) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat , insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita .

YA QAHHAR ( Yang Maha Perkasa )
- Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x , maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia dan insyaallah orang yang selalu memusuhi kita akan sedar  dan tunduk akhirnya .

YA WAHHAB ( Yang Maha Memberi Kurnia )
- Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu , barang siapa yang selalu di dalam kesempitan , insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang .

YA RAZZAQ ( Yang Maha Pemberi Rezeki )
- Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh , insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat .

YA FATTAH ( Yang Maha Pembuka )
- Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh , insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah , sehingga mudah menerima nasihat agama .

YA 'ALIM ( Yang Maha Mengetahui )
- Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah , insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna .

YA QABID ( Yang Maha Menyempitkan )
- Dizikirkan 100x setiap hari , maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman .

YA BASIT ( Yang Maha Melapangkan )
- Perbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah rezeki akan menjadi murah .

YA KHAFID ( Yang Maha Merendahkan )
- Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci , khusyuk dan tawaduk , insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah . Jika mempunyai musuh , musuh itu akan jatuh martabatnya .

YA RAFI' ( Yang Maha Mengangkat )
- Dizikirkan setiap hari , siang dan malam sebanyak 70x , insyaallah keselamatan harta benda di rumah , di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian .

YA MU'IZ ( Yang Maha Membeningkan )
- Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari , insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan .

YA MUZIL ( Yang Maha Menyesatkan )
- Pebanyakkanlah zikir ini setiap hari , sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya , insyaallah si penghutang akan sedar dan membayar hutangnya kembali .

YA SAMI' ( Yang Maha Mendengar )
- Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam , amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan , lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha , insyaallah doa akan mustajab .

YA BASIR ( Yang Maha Melihat )
- Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat , insyaallah akan menjadikan kita terang hati , cerdas otak dab selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah .

YA HAKAM ( Yang Maha Melapangkan )
- Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci , insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu -ilmu agama .

YA 'ADL ( Yang Maha Adil )
- Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu , insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil .

YA LATIF ( Yang Maha Lembut )
- Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan , insyaallah bagi para peniaga , ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju .

YA KHABIR ( Yang Maha Berwaspada )
- Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama .

YA HALIM ( Yang Maha Penyantun )
- Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu , bagi mereka yang mempunyai kedudukan , insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar .

YA 'AZIM ( Yang Maha Agung )
- Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit , insyaallah akan sembuh . Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan , dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin dan sebagainya.

YA GHAFFUR ( Yang Maha Pengampun )
- Bagi orang yang bertaubat , hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya . Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah .

YA SYAKUR ( Yang Maha Mensyukuri )
- Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat , sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah .

YA 'ALI ( Yang Maha Tinggi )
- Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab , lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang .

YA KABIR ( Yang Maha Besar )
- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah , maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah . Lakukanlah sesudah solat malam ( tahajjud atau hajat ) .

YA HAFIZ ( Yang Maha Penjaga )
- Dizikir sebanyak 99x , insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan .

YA MUQIT ( Yang Maha Pemberi Kekuatan )
- Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan , maka perbanyakkanlah zikir ini . Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang .

YA HASIB ( Yang Maha Pembuat Perhitungan )
- Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat , amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit dan selepas solat Maghrib , insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan .

YA JALIL ( Yang Maha Mempunyai Keagungan )
- Amalkan zikir ini pada 1/3 malam , insyaallah perniagaan akan bertambah maju , kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat .

YA KARIM ( Yang Maha Mulia )
- Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak , maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur . Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini .

YA RAQIB ( Yang Maha Mengawasi )
- Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya . Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah.

YA MUJIB ( Yang Maha Mengabulkan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh . Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya .

YA WASI' ( Yang Maha Luas )
- Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi dan petang . Insyaallah segala kesulitan akan hilang . Andai zikir ini sentiasa diamalkan , insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk .

YA HAKIM ( Yang Maha Bijaksana )
- Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari , insyaallah akalnya akan menjadi cergas dan lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran . Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari .

YA WADUD ( Yang Maha Penyiram Kesejukan )
- Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam . Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik , disayangi dan rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni .

YA MAJID ( Yang Maha Penyandang Kemegahan )
- Untuk ketenteraman keluarga , amalkan zikir ini sebanyak 99x , sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka . Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi dab menghormati kita sebagai ketua keluarga .

YA BA'ITH ( Yang Maha menbangkitkan )
- Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada . Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah .

YA SYAHID ( Yang Maha Menyaksikan )
- Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya , maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan mengubah sikapnya .

YA HAQ ( Yang Maha Besar )
- Perbanyakkan zikir ini , insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan  taat di dalam menjalankan perintah Allah .

YA WAKIL ( Yang Maha Pemegang Amanah )
- Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa , maka ketika itu perbanyakkan zikir ini , insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sedia kala .

YA QAWI ( Yang Maha Kuat )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim .

YA MATIN ( Yang Maha Kukuh )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu .

YA WALI ( Yang Maha Melindungi )
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya , kedudukan kita akan kukuh dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki .

YA HAMID ( Yang Maha Terpuji )
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian .

YA MUHSI ( Yang Maha Penghitung )
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu .

YA MUBDI ( Yang Maha Memulakan )
- Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil , maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari . Insyaallah .

YA MU'ID ( Yang Maha Mengembalikan )
- Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya , amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat . Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya .

YA MUHYI ( Yang Maha Menghidupkan )
- Amalkan zikir ini 58x setiap hari , insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak .

YA MUMIT ( Yang Maha Mematikan )
- Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini , insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan , politik dan sebagainya .

YA HAYYU ( Yang Maha Hidup )
- Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan , perbanyakkanlah zikir ini .

YA QAYYUM ( Yang Maha Menegakkan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiap malam atau siang , insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat , dikasihi oleh setiap manusia , berwibawa , ditakuti musuh dan menjadi insan yang terhormat .

YA WAJID ( Yang Maha Menemukan )
- Andai keinginan keperibadian yang kukuh , tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian , maka perbanyakkan zikir ini .

YA MAJID ( Yang Maha Mulia )
- Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari .

YA WAHID ( Yang Maha Tunggal )
- Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata , amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis . Insyaallah .

YA AHAD ( Yang Maha Esa )
- Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya , insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain .

YA SAMAD ( Yang Maha Diperlukan )
- Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup , maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin . Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar .

YA QADIR ( Yang Maha Menentukan )
- Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari . Insyaallah segala hajat akan berhasil .

YA MUQTADIR ( Yang Maha Berkuasa )
- Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita .

YA MUQADDIM ( Yang Maha Mendahulukan )
- Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy , " barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari , insyaallah segala usahanya akan berhasil .

YA MUAKHKHIR ( Yang Maha Mengakhirkan )
- Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah , perbanyakkan zikir ini .

YA AWWAL ( Yang Maha Awal )
- Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari , insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah .

YA AKHIR ( Yang Maha Akhir )
- Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal .

YA ZAHIR ( Yang Maha Nyata )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi , nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu .

YA BATIN ( Yang Maha Ghaib )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu , nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu .

YA WALI ( Yang Maha Memberikan )
- Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi dan petang , insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat .

YA MUTA'ALI ( Yang Maha Meninggikan )
- Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi , bacalah zikir ini sebanyak mungkin . Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting akan berhasil .

YA BARR ( Yang Maha Dermawan )
- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari , insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah .

YA TAWWAB ( Yang Maha Penerima Taubat )
- Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus .

YA MUNTAQIM ( Yang Maha Penyiksa )
- Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah , kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim .

YA 'AFU ( Yang Maha Pemaaf )
- Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini , nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah .

YA RAUF ( Yang Maha Pengasih )
- Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya , amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam .

YA MALIKUL MULK ( Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan )
- Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal dan tetap tanpa gangguan , amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu dan 212x pada setiap malam .

YA ZUL JALALI WAL IKRAM ( Yang Maha Memiliki Kebebasan dan  Kemuliaan )
- Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari , insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah .

YA MUQSIT ( Yang Maha Menyeimbangkan )
- Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan , insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya .

YA JAMI' ( Yang Maha Pengumpul )
- Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut . Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat .

YA GHANI ( Yang Maha Kaya ) 
- Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin , insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat .

YA MUGNI ( Yang Maha Pemberi Kekayaan )
- Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini , insyaallah segala hajat kita akan tercapai .

YA MANI' ( Yang Maha Mencegah )
- Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang yang zalim dan suka membuat angkara .

YA DARR ( Yang Maha Pemberi Derita )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari , insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh .

YA NAFI' ( Yang Maha Pemberi Manfaat )
- Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari , maka bagi orang yang sakit , sakitnya akan sembuh dan bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah .

YA NUR ( Yang Maha Bercahaya )
- Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi , barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung dan memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat , maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi dan petang .

YA HADI ( Yang Maha Pemberi Petunjuk )
- Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan , zikirlah Asma Allah , insyaallah akan diberikan pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut .

YA BADI' ( Yang Maha Pencipta Keindahan )
- Andai kita mempunyai rancangan yang besar ,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu . Insyaallah rancangan kita akan berjaya dan berjalan lancar .

YA BAQI ( Yang Maha Kekal )
- Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa , insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju .

YA WARIS ( Yang Maha Pewaris )
- Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin , insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang dan hidup yang berhasil .

YA RASHID ( Yang Maha Bijaksana )
- Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak , insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas .

YA SABUR ( Yang Maha Sabar )
- Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal , maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini . Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah , insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan .

Sumber : Al- Hidayah Publications


Selamat Hari Lahir Ke 11 Muhammad Adam Iman

$
0
0
Selamat Hari Lahir Ke 11 Muhammad Adam Iman |  Alhamdulillah sedar tak sedar harini dah masuk 13.8.2018  . Bermakna hari ni hari lahir Adam Iman yang ke 11  . Ya Allah dah 11 tahun dah usia Iman  . Cepat jer masa berlalu sedar tak sedar dah 11 tahun usia dia  . Alhamdulillah anak Umi membesar sihat dan sempurna depan mata Umi juga abah .


Syukur padaMU Ya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Iman  . Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia . Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik , di murahkan rezeki , diberikan minda yang cerdas , panjang umur , menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT . Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman . Sayang kamu dunia akhirat .



Umi dan Abah mengharapkan impian yang Iman impikan , semoga Allah SWT menjadikan impian Iman itu satu kenyataan . Semoga semua itu akan tercapai satu waktu nanti . Semoga kegembiraan mengisi diri Iman dalam setiap waktu . Semoga Iman akan mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat .

❤ SELAMAT HARI LAHIR KE ~ 11 MUHAMMAD ADAM IMAN ❤

Sambutan Hari Lahir Muhammad Adam Iman

$
0
0
Sambutan Hari Lahir Muhammad Adam Iman | Ok 13.8.2018 hari lahir ke 11 anak kedua KakYa Muhammad Adam Iman . KakYa ada buat entri pada 13.8.2018 dan ucapan khas buat Iman masa beday dia . Biasa kalau tiba hari lahir anak anak KakYa akan belikan kek ataupon hadiah buat diaorang . Saja bagi diaorang happy . Masa KakYa tanya Iman , dia cakap ok jer ada kek ke takde kek ke Iman ok jer . Gitu la dia , tak suka sangat meminta itu ini . Jadinya malam Selasa KakYa bawak Iman pegi kedai kek . Carik sebijik kek yang berkenan di hati . 

Chocolate Indulgence Dari Secret Recipe

Sebenarnya bab bab kek ni dak kecik Akif yang excited , dia sibuk duk kenan kenan kat abang dia suruh pilih kek banana choclate . Sibuk jer dak kecik tu kan kan kan ... TAPI , abang Iman tak pilih Banana Chocolate dia pilih Chocolate Indulgence . Opkosss laa feberet dia . Lagipon hari hehehe feberet Umi jugak ni . Takpe la kan , hari lahir ni setaun sekali jer kan jadi Iman boleh pilih mana satu kek idaman kalbu . Umi iakan jer la pilihan anak . Takde masalah janji anak happy Umi abah lagi happy . 

Suka la tu dapat kek kesukaan dia . Feberet dia sama ngan Umi . Haaa tepukkk !! 

Macam biasa la kalau dengan kek hari lahir opkoss laa kena posing . Bukan sokmo kan , setaun sekali jer sambut beday . Posing la nak sementara Umi ko ni rajin nak snap gambar .

Tahun ni tahun pertama sambut beday Kakak Insyirah tak join . Ala kakak kat asrama la masa ni . Jadi tahun ni sambut berempat jer dengan Umi , abah dan adik Akif . Huhuhu kakak tengik gambar dah la balik nanti .

Kakak  takpe tapi ada budak yang boleh menggembirakan orang dan menceriakan suasana sentiasa . Tu diaaa sentiasa ada . 

Ntah apa apa la Akif tu ya , gelak sakan cam gitu . Apa yang di gelak pon Umi tatau . Apa yang buat dia gelak cam gitu ya ! Abang Iman relaks jer . Musykil pulak Umi .

Hari Selasa malam kami sambut beday Iman . Sekadar sambutan kecil tanda ingatan sempena hari lahir yang ke 11 . Sebijik kek , dua bijik Domino's Pizza dan juga Roasted Chicken Domino's . Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kami sama sama sambut beday anak kami yang ke 11 tahun ni . Terima kasih Allah atas rezeki yang KAU limpahkan buat kami suami isteri . Gandakan lagi Ya Allah untuk hari ini , hari esok dan hari hari akan datang . 

Selamat hari lahir ke 11 Muhammad Adam Iman . Semoga membesar sihat sempurna , jadi anak soleh Umi Abah , sentiasa beroleh kejayaan dunia akhirat dan juga sentiasa dalam lindungan Allah SWT . Aamin aamin . Sayang kamu dunia akhirat wahai anak . 

Maharani Untuk Kesuburan Dan Kesihatan Wanita

$
0
0
Maharani Untuk Kesuburan Dan Kesihatan Wanita | Apakah itu Herba Maharani ? Herba Maharani atau nama sebenarnya Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming . Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani .

Herba Maharani

Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan , melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan . Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifathalus, lembut , rasa wangi dan tulen , berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah , juga menyelaras kitaran haid wanita .

Herba Maharani

Maharani Adalah Halal

Sebab Herba Maharani adalah produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya . Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalah confirm halal .

Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan telah mendapat pengesahan HALAL daripada China Islamic Association, Beijing yang diiktirafkan oleh JAKIM , Malaysia .

Sijil Halal Maharani

Ramuan Maharani 

Maharani terdiri daripada kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga , iaitu :

- Pati Ayam Hitam
- Concha Ostrea Gigas
- Cornu Cervus Nippon
- Radix Astragalus Membranaceus
- Radix Panax Ginseng
- Rhizoma Cyperus Rotundus
- Radix Angelica Sinensis
- Radix paeonia Lactiflora
- Radix Rehmannia Glutinosa
- Rhizoma Ligusticum Chuanxiong
- Radix salvia Miltiorrhiza
- Rhizoma Dioscorea Opposita
- Radix Giycyrrhiza Uralensis

Kuantiti Dalam Sekotak Maharani


Herba Maharani

6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba Maharani

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari ( waktu period jangan makan )

Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari ( habis sekotak , stop untuk bulan itu , sambung selepas period )

Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari ( habis sekotak , stop untuk bulan itu , sambung selepas period )

Khasiat Dan Kebaikan Maharani

Antara khasiat Herba Maharani dalam perubatan adalah : 

- Membantu menyelesaikan masalah senggugut dan keputihan
- Membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur
- Membantu menyelesaikan masalah keputihan serta kekuningan ( fungsi anti bakteria di sekitar faraj )
- Membantu merangsang hormon estrogen , progesteron dan androgen
- Membantu melambatkan proses menopause
- Membantu menguatkan otot-otot rahim dan peranakan
- Membantu melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
- Membantu melegakan sakit pinggang sendi dan lutut
- Membantu melegakan migrain dan angin dalam badan
- Membantu menguatkan hati dan buah pinggang
- Membantu melegakan asma untuk pesakit diabetes
- Membantu menyelesaikan masalah buasir kecil
- Membantu menaikkan seri muka dengan mencantikkan , menegangkan dan melicinkan kulit.
- Membantu menambah darah selepas bersalin

Kesan Pengambilan Maharani

Herba Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga , mempunyai kesan seperti menambah tenaga dan darah , menyelaras kitaran haid , mengawal keputihan , melegakan tekanan dan  kesakitan .

Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah , kelesuan pinggang dan lutut , perpeluhan dan debaran spontanb, kepanasan , kitaran haid yang tidak teratur , disentri , pendarahan dalam rahim serta keputihan .

Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap dan menguatkan badan . Jadi ia menambahkan peluang untuk mengandung.

Testimoni Maharani 

KakYa kongsikan kat sini beberapa testimoni daripada pengguna pengguna Herba Maharani .

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Testimoni Herba Maharani

Berminat Nak Beli Herba Maharani

Harga Herba Maharani : RM113 / kotak tidak termasuk kos pengeposan . 

Boleh beli Maharani dengan KakYa melalui WhatsApp dengan cara klik link ini :


Penghantaran melalui Pos Laju dalam Malaysia , Sabah dan juga Sarawak . Untuk penghantaran ke luar negara akan dikenakan caj berlainan bergantung pada lokasi anda .

Maharani diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – MAL 20014419T Disahkan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association ( salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ) .

Wow ! Traveloka Sale Dan Matta Fair 2018 Pasti Buat Anda Teruja

$
0
0
Wow ! Traveloka Sale Dan Matta Fair 2018 Pasti Buat Anda Teruja | Seronoknya kalau dapat pergi bercuti . Lagi seronok kalau dapat percutian yang indah dengan kos yang mampu bayar . Setiap kali kita merancang percutian , persoalan yang sering timbul di fikiran pastinya mengenai tempat yang menarik dan juga kos yang perlu ditanggung sepanjang percutian . Bercuti dan melancong pastinya memberikan kita lebih manfaat dan dapat meluaskan pengetahuan mengenai satu satu tempat yang kita ingin pergi . Semua orang mempunyai impian untuk melancong dan bercuti di tempat tempat menarik samaada di Malaysia atau luar negara dengan kos percutian yang munasabah dan mampu memberikan pulangan terbaik buat diri sendiri .

Matta Fair

Sesetengah daripada kita suka bercuti ke luar dan sesetengahnya suka bercuti kat dalam Malaysia . Ok , kalau tanya KakYa dan family suka bercuti kat dalam Malaysia atau luar negara . Opkos la KakYa cakap dalam negara sebab KakYa sukakan Malaysia dan masih banyak lagi ceruk rantau Malaysia yang KakYa belum terjah . Siapa cakap Malaysia takde tempat menarik ? Korang silap besar la kalau cakap Malaysia takde tempat menarik . Kat Malaysia macam macam tempat menarik dengan pelbagai gaya bahasa , budaya dan kaum yang sentiasa mendapat tarikan daripada pelancong luar negara .

Matta Fair

Tapi KakYa pon ada cita cita nak bawak family bercuti dan terbang ke luar negara . Insyaallah moga dipermudahkan niat KakYa untuk bawa orang tersayang terbang bercuti ke luar negara pula lepas ni . Percutian indah ke luar negara tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti difikirkan sesetengah orang . Terdapat bamyak tempat percutian dan persinggahan di luar negara hanya memerlukan bajet yang rendah jika korang tahu bagaimana , di mana dan cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan percutian korang . Jangan tak percaya kalau KakYa katakan dengan bajet RM500 sahaja korang dah boleh pergi Phuket .

Traveloka Saleabration 2018 Kini Kembali !


Traveloka Saleabration 2018 kini kembali . Fuyoo korang pasti teruja kan ! bila dapat tahu Traveloka Saleabration kembali lagi . Apa pulak tak teruja opkos la teruja Traveloka sentiasa menyajikan tawaran menarik dan berbaloi baloi untuk setiap percutian yang korang rancang . Pastinya impian percutian indah yang korang idamkan bertambah indah bersama Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 . 

Bersempena Traveloka Saleabration 2018 pihak Traveloka menyediakan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera . Diskaun kupon sebanyak 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan ( Tertakluk kepada terma dan syarat ). Wah bestnya ! korang pasti tak menolak bila dapat kupon diskaun kan kan kan ? 

Selain penyediaan kupon tambahan , pihak Traveloka turut menyediakan tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat . Jadi kalau korang nak merasa kupon diskaun , inilah masanya korang tempah siap siap tiket perjalanan penerbangan bila bila masa sahaja ke mana mana destinasi ! . Yes !! Ke mana mana destinasi pilihan korang . Menarik bukan , jadi jangan pula ketinggalan untuk mencari dan menempah tiket perjalanan korang ke mana mana destinasi kesukaan korang bermula 4 September 2018 sehingga 10 September 2018 . Sedang berlangsung sekarang ni tau ! . Jom terbang bersama Traveloka Sale yang sangat sangat berbaloi seakan akan Matta Fair 2018 . Pastinya pilihan terbaik menepati citarasa korang .

Cara Menempah Tiket Penerbangan Bersama Traveloka


Ok untuk korang yang baru mengenali Traveloka dan baru berjinak jinak menempah tiket penerbangan . Ok kali ni KakYa kongsikan  dengan korang cara menempah tiket penerbangan bersama Traveloka . 

Langkah pertama : 

Cari Penerbangan Korang 
- Mulakan carian korang dengan melengkapkan butiran penerbangan .

Matta Fair

Langkah kedua : 

Pilih Dan Tempah Penerbangan Korang. 
- Butiran mengenai penerbangan ( syarikat penerbangan , jadual , tambang dan lain lain ) boleh dilihat di halaman hasil carian .

Matta Fair

Langkah ketiga : 

Isi Maklumat Perhubungan Dan Butiran Penumpang .
- Setelah selesai memilih penerbangan korang dengan teliti , korang dikehendaki mengisi maklumat perhubungan dan butiran penumpang .

Matta Fair

Langkah keempat :

Teruskan Dengan Pembayaran
- Terdapat beberapa kaedah pembayaran . Korang boleh buat pilihan mana satu cara pembayaran yang korang nak .

Matta Fair

Langkah kelima :

Menerima e-tiket .
- Setelah bayaran di terima oleh pihak Traveloka , e-tiket akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit .

Matta Fair

Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel 


Apakata korang muat turun Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel agar korang tidak ketinggalan info penting mengenai destinasi percutian menarik dan juga tawaran penerbangan hebat dari Traveloka . Semua lebih mudah dan senang dengan aplikasi Traveloka . Hanya di hujung jari sahaja semuanya di depan mata . 

Untuk makluman korang , segala maklumat harga yang dipaparkan dalam aplikasi Traveloka termasuk cukai lapangan terbang dan juga surcaj lain adalah harga sebenar . Dalam ertikata yang lebih mudah tiada kejutan pada harga yang perlu korang bayar . Apa yang korang lihat itulah yang korang perlu bayar takkan ada pertambahan harga di kemudian hari . Jadi korang tak perlu nak rasa bimbang atau risau akan penambahan harga kerana harga adalah sepertimana TERTERA . Harga TEPAT dan takkan ada  penambahan untuk apa apa kos yang lain . Best kan ! Tak perlu la nak fikir lagi . Guna aplikasi Traveloka jer untuk tempahan penerbangan dan penginapan korang sekarang juga .

Jom Melancong Dengan Harga Mampu Bayar 


Jom kita melancong dan rancang percutian dengan harga mampu bayar ke tempat tempat best tak kira di Malaysia ataupon luar negara . Perancangan yang rapi dengan persediaan sempurna menjadikan kita lebih selesa sewaktu bercuti bersama keluarga . Pilih pakej bersesuaian dengan bajet korang dan korang pasti seronok bergembira saat bercuti bersama insan tersayang .

Matta Fair

Jangan biarkan niat melancong yang korang impikan tinggal mimpi . Rancang percutian korang dan nikmatilah hari hari indah percutian penuh makna . Satu lagi KakYa nak ingatkan kat korang , jangan lupa buat bajet perbelanjaan korang sepanjang percutian agar korang tak "over bajet" . Senaraikan siap siap kos pengangkutan , kos penginapan , kos makanan dan juga kos aktiviti sepanjang korang bercuti . Ini adalah langkah selamat untuk korang save bajet korang .

Matta Fair

Sebab tu la KakYa dah cakap awal awal tadi , untuk memulakan percutian korang perlu merancang lebih awal tempahan pengangkutan ke tempat percutian dan juga tempahan penginapan korang sekeluarga . Tempahan awal boleh menjimatkan kos . Jadi korang dah boleh jimat banyak kat situ sebab dah tempah awal awal kan . Ada bajet lebih boleh la buat macam macam aktiviti sepanjang percutian korang nanti . Semoga percutian idaman korang berjalan sempurna . Insyaallah  .

Masalah Dengan Gigi Dan Mulut Jom Cuba Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence

$
0
0
Masalah Dengan Gigi Dan Mulut Jom Cuba Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence | Assalamualaikum hai selamat pagi sahabat KakYa . Pagi ni KakYa nak sharing sikit dengan korang semua mengenai masalah gigi dan mulut . Pernah tak korang alami masalah masalah yang KakYa senaraikan di bawah :

Gigi sakit masa memberus ?
Gusi berdarah ?
Karang gigi melekat di celah gigi ? 
Gigi kuning ?
Gigi berlubang ?
Mulut berbau ?
 Ulser mulut ?
 Gigi berkarat/berkaries ?
 Gusi busuk ?
 Gigi sensitif ?
Sakit gigi ?

Kalau korang ada masalah kat atas , korang hentikan dulu menggunakan  ubat gigi berflourida kerana ianya tidak akan membantu masalah di atas . Malah sesetengah masalah akan bertambah teruk . 

Ok , sekarang jom beralihlah kepada Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence . Kenapa KakYa cadangkan Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence . Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence banyak khasiatnya dan pasti akan dapat membantu masalah korang .

Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence , Cara Atasi Sakit Gigi , Cara Rawat Gigi Berlubang , Cara Rawat Ulser Mulut , Cara Rawat Gusi Berdarah , Cara Rawat Mulut Berbau , Petua Rawat Gigi Berlubang , Petua Buang Karang Gigi

Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence 


Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence , Cara Atasi Sakit Gigi , Cara Rawat Gigi Berlubang , Cara Rawat Ulser Mulut , Cara Rawat Gusi Berdarah , Cara Rawat Mulut Berbau , Petua Rawat Gigi Berlubang , Petua Buang Karang Gigi

Memperkenalkan Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence . Di rumus khas dengan garam buluh pertama kalinya dengan ramuan BotaniXylitol dan PhenoSFETM untuk gigi yang bersih , gusi yang sihat dan nafas yang menyegarkan setiap hari .

Ramuan Eksklusif Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence


Garam Buluh 
- Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan gigi dan gusi .
- Membantu menyembuhkan luka kecil gusi, gusi berdarah dan ulser mulut .

Xylitol 
- Menguatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan gigi 
-  Membantu memperbaiki kerosakan gigi 

Pheno-SFETM ( Ekstrak Teh Pu-erh )
- Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel gigi dan gusi [Anti-Penuaan]  
- Membantu membaiki dan memperbaharui sel -sel 

Gliserin
- Pelembap yang terbaik 

Ciri Ciri Dan Kelebihan Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence 

Gabungan unik ramuan semulajadi dan botani

▪  Tanpa Gula
▪ Tanpa Fluorida
▪ Anti-Bakteria
▪ Mengandungi Garam Buluh
▪ Mineral yang bermanfaat
▪ Anti Oksidan yang hebat
▪ Antiseptik semulajadi
▪ Kurang buih
▪ Tidak pedas
▪ Mengandungi Xylitol & pheno-SFE
▪ Rasa segar daun pudina yang berpanjangan

Kebaikan Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence


▪ Mencegah kaviti gigi
▪ Mencegah masalah gusi
▪ Mencegah pertumbuhan plak
▪ Menguatkan enamel gigi yang lemah
▪ Menanggalkan kotoran
▪ Mencegah nafas berbau
▪ Mencegah kerosakan gigi 

▪Selamat digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 6 tahun 
▪ Membunuh bakteria untuk mencegah kerosakan gigi 
▪ Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan menguatkan gigi dan gusi 
▪ Membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel gigi dan gusi 
▪ Menyembuhkan luka kecil gusi , ulser mulut dan gusi berdarah 
• Menyegarkan nafas 

Testimoni Pengguna Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence


Alhamdulillah . Testimoni hot from oven daripada cust saya ! . Asbab Ubat Gigi Marine Essence, menjadi penawar gigi berlubang . Tengok la tu , dah cuba sekali terus terjatuh cinta . Takmau ubat gigi lain dah katanya .


Sharing dari rakan saya bila ikhtiar guna ubat gigi marrine essense ni . Sebelum gunakannya beliau mengalami pendarahan gusi dan menyebabkan gusi rasa tak selesa . Alhamdulillah selepas beberapa hari menggunakan ubat gigi marrine essence ni dah kurang.  


Baru 2 minggu guna masalah dah berkurang !
Rasa gembira bila bff sendiri berkongsi pengalaman yang masalah radang gusi dia dah berkurang bila baru 2 minggu guna Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence . 

Kalau sebelum ni asal gosok gigi je berdarah , sekarang memang dah ketara berkurangan dengan asbab Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence ni . InsyaAllah nak "repeat" order lagi katanya .  Alhamdulillah .

Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence , Cara Atasi Sakit Gigi , Cara Rawat Gigi Berlubang , Cara Rawat Ulser Mulut , Cara Rawat Gusi Berdarah , Cara Rawat Mulut Berbau , Petua Rawat Gigi Berlubang , Petua Buang Karang Gigi

Testimoni anak teruna sis Juliana Jamaluddin. Tetiba menangis cakap sakit lidah . Makan keropok ape ntah sampai sakit macam tu . 

Ajak ke klinik dia tak nak , lastnya mama guna Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence. Alhamdulillah dalam masa 10 minit katanya dah KURANG GATAL dan HILANG SAKIT .

Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence , Cara Atasi Sakit Gigi , Cara Rawat Gigi Berlubang , Cara Rawat Ulser Mulut , Cara Rawat Gusi Berdarah , Cara Rawat Mulut Berbau , Petua Rawat Gigi Berlubang , Petua Buang Karang Gigi


Siapa kata ubat gigi kegunaannya untuk di mulut sahaja?  Tapi tidak lagi dengan ME Toothpaste . Penat menggaru akibat kegatalan kulit sensetif .
Za gunakan #toothpaste untuk sapuan sebagai krim .

Alhamdulillah , luka semakin kering dan kulit kembali baik . Asbab menggunakan produk 5bintang ni kegatalan yang za alami selepas bersalin sudah tiada lagi . 

Kini , Za hebahkan kebaikannya untuk kegunaan ayahanda yang punya masalah kencing manis.. Garam buluh sebagai salah satu daripada kandungan #toothpaste benar-benar membantu mengeringkan luka pada kaki ayahanda . Alhamdulillah .

Harga Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence 100g


1 Kotak RM20.70 (SM) RM23.70 (SS)
TIDAK TERMASUK KOS POS

Berminat nak jadi ahli Sahajidah Hai O Marketing Sdn Bhd ? Kalau minat , korang boleh daftar keahlian dan bagi setiap pembelian korang layak mendapat harga ahli . Dengan hanya RM47 yuran keahlian , korang berhak mendapat 10-20 % diskaun di atas pembelian SEMUA produk Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd . 

Maklumat lanjut mengenai Ubat Gigi Garam Buluh Marine Essence sila hubungi nombor tertera di bawah ; 

SM JULIANA JOHARI 

Awal Muharam : Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

$
0
0
Awal Muharam : Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana memberi kita ruang dan peluang untuk sama sama menyambut tahun baru Hijrah esok hari 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440 Hijrah . Jom sama sama kita mulakan HARI BARU di TAHUN YANG BARU ini dengan sebuah KUASA HIJRAH DIRI luarbiasa menuju REDHA ILLAHI . InsyaAllah . Kita kini MENJELANG MAAL HIJRAH . KALENDER ini bakal berubah lagi . Ia SERUAN untuk HIJRAH . Ia MASA untuk BERUBAH ! InsyaAllah .

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Hijrah , Doa Awal Tahun , Doa Akhir Tahun , Salam Maal Hijrah , Salam Maal Hijrah 1440 Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka .

Wahai Tuhan , apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya . Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya . Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu . Maka aku memohon kepadaMu .

Wahai Tuhan ! Wahai yang Maha Pemurah ! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah . Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka .

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Hijrah , Doa Awal Tahun , Doa Akhir Tahun , Salam Maal Hijrah , Salam Maal Hijrah 1440 Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram .

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka .

Wahai Tuhan , Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami . Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia .

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka .

Adab Yang Perlu Ada Pada Diri Ahli Group WhatsApp

$
0
0
Zaman serba canggih ni kan , memang dah jadi satu trend untuk kita join mana mana group whatsapp bagi memudahkan perbincangan . Pelbagai group kita join sendiri ataupon di ADD . Antara group famous pastinya Group Zaman Belajar , Group Adik Beradik , Group Sedara Mara dan jugak Group Kerja .

Actually bagi KakYa ada group chat ni , ada baik dan ada juga keburukannya . Yang baiknya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita . Nak tanya khabar kawan kawan ke , saudara mara ke atau nak bagitahu berita nikah kawen , berita dapat anak dan juga berita kematian sangat sangat mudah bila ada group macam ni . Yang buruknya paling banyak KakYa lihat setakat join group whatsapp ni kan , gaduh kecik pon boleh jadi gaduh besar bila dah ramai sangat bersuara bilamana masing masing nak tegakkan benang yang basah . 

Sebab tu la dalam group chat kita kena amalkan adab sopan yang tinggi agar group chat kita tu tak menimbulkan masalah buat kita di kemudian hari . 


Adab Yang Perlu Ada Pada Diri Ahli Group WhatsApp

Sebenarnya sebagai insan yang diberi pilihan , kita kena pandai pandai la pilih group yang memberi manfaat untuk kita . Kalau ada yang ADD kita ke group tertentu dan kita rasa kita tak perlu ada dalam group tersebut , boleh jer LEAVE GROUP dengan cara beradab . Jangan tiba tiba jer leave group tanpa bagitau sepatah dua kata . Tu kurang adab namanya .


Bagi admin group whatsapp pula , sebelum ADD seseorang masuk group , sebaiknya tanyalah dulu pada empunya badan nak ke tidak join group whatsapp yang korang buat . Sebab apa tau , bukan semua orang suka join group chat . Bila dah tanya dan empunya badan setuju barulah ADD .

Dah masuk group whatsapp elakkan la berbual dua orang saja kat dalam group . Macam group tu korang berdua je kat dalam tu . Kalau rasa nak berbual berdua je , ada private chat kan ! jadi sila manfaatkan sebaik mungkin private chat agar takde yang benci tengok korang berdua jer duk sembang kat dalam group berjam jam lamanya . Orang tengok korang typing pon dah timbul rasa benci . Ya laa dah korang sembang berdua jer kat dalam tu macam takde orang lain pulak . Sembang pon entah apa apa .

Bezakan waktu orang nak berehat . Yang ni memang KakYa setuju sangat . Kekadang tu dalam group whatsapp sesetengah manusia yang jenis burung hantu ni kan macam tak reti nak bezakan waktu orang nak berehat . Pukul 12 malam pukul 2 ke 3 pagi masih duk sembang kencang . Tak payah la sembang sembang yang takde faedah sebab masa ni orang nak berehat  nak tidur tak sesuai untuk berbual bual .  Korang ni takde suami ke takde isteri ke , non stop layan whatsapp jer . Hormatilah ahli ahli group yang lain juga . 

Jangan cuba cuba nak jadikan whatsapp sebagai medan kutuk mengutuk orang lain . Tak payah la nak tambah dosa . Yang sedia ada pon dah banyak ni tambah lagi dosa mengutuk orang secara berjemaah . Tak baik tau , dosa sebarkan aib orang . Jaga aib orang , Allah jaga aib kita . Dapat sesuatu tak ? 

Nak kongsi berkaitan agama , sangat sangat bagus tapi jangan duk post hadis yang kita belum tentu dari mana dan hadis tersebut hadis sahih atau tidak . Jangan jadi terlampau pandai sebelum mengkaji . Kaji dulu siasat dulu dari mana sumber hadis tersebut . Kalau hadis sahih silakan share . InsyaAllah takde yang marah . Kakau ada yang marah dia ada masalah la tu .

Group whatsapp ni makan banyak bateri . Jadi kalau takde benda penting nak cakap kat dalam group sekadar nak acah acah bijak duk share segala macam link , segala macam topik , segala macam gambar dan video yang takde sangkut paut dengan group KakYa nasihatkan kat korang  jangan sesuka hati mulakan chat . Tak perlu nak jadi nombor satu post berita terkini kat dalam group , sebab kita bukan wartawan . Bukan semua orang suka topik yang kita share . Jangan nampak sangat kita banyak masa duk layan group jer . Macam takde kije nak buat . Walhal kije kat rumah bersepah sepah . Heran bin ajaib la dengan orang macam ni . 

Tak perlu nak kongsi gambar atau video hantu ke , gambar kemalangan putus kepala putus kaki putus telinga kat dalam group . Bukan semua orang kuat semangat dan gigih macam korang untuk tatap gambar atau tengok video  tersebut . Silap haribulan ada yang tersentak dan kena serangan jantung sebab terkejut . Tak payah nak acah acah kau gigih sangat . Benda ni buat orang sakit hati dengan kau nanti . Jadi baik tak payah buat . Satu lagi gambar dan jugak video ni kalau banyak sangat boleh jadi HANG handphone kawan . Penuh memory handphone kawan sebab kerajinan korang duk post gambar dan jugak video . Jadi kalau tak perlu , sila hentikan . Sebelum orang naik benci dengan korang .

Jangan terlampau taksub sangat dengan isu peribadi atau pendapat sendiri . Duk berhujah kalahkan PM . Taksub pada seseoramg pon ya jugak . Jangan tunjuk sangat ketaksuban korang . Contoh suka kat SRK , duk ulang jugak SRK , SRK , SRK sampaikan ahli group pon dah tau kau minat siapa . Asal keluar je gambar atau berita tentang beliau mula la meroyan tak hingat . Jaga sikit peel perangai sebab ramai mata yang memandang . Tambah tambah lagi kalau kau isteri orang . Tak payah la nak adore sangat kat lelaki lain . Jaga sikit kesopanan dan kesusilaan kita sebagai isteri orang . Tak perlu nak buat perangai terlajak perahu sangat la ya .

Setiap ahli group bukan semuanya sempurna . Masing masing ada kelemahan dan kebaikan mereka . Sentiasa bertenang dan jangan jadikan group whatsapp seperti medan perang . Apa yang orang lain cakap salah dia jer yang betul . Mula la nak cari gaduh . Ya la dah dia jer yang betul opkos la dia nak pertahankan pendapat dia . Mula la start bergaduh kat dalam group . Keluar semua cerita cerita zaman Pak Kaduk . Yang manis manis dah takde sebut dah hanya yang pahit kelat jer duk keluar . Bab ungkit mengungkit saja 2 jam . Nak buat macam mana bila dah semua kebaikan tak nampak di mata . Bila satu keburukan jer yang dia nampak , yang satu tu la duk ungkit zaman berzaman . Benda sama jer . Kekadang kita yang kat dalam group rasa nak keluar group jer bila si polan ni duk membebel . Nasihat KakYa bila kita dah ada dalam group yang ramai orang dengan macam macam peel perangai , perkara utama yang perlu ada dalam diri kita adalah SIFAT SABAR . 

Ok tu jer la dulu yang KakYa nak kongsi pagi ni . Korang kalau ada lagi nak sambung apa apa boleh komen kat bawah okey . 


Dia 14 Tahun Hari Ni !

$
0
0
Dia 14 Tahun Hari Ni ! | Hari ni birthday Nur Aina Insyirah yang ke 14  . Happy Birthday Sweetheart . Umi LOVE  kakak till Jannah . Heppi beday to you . Heppi beday to you . Allah selamatkan kamu . Allah selamatkan kamu .


Sepantas masa berlalu , kakak dah berusia 14 tahun . Alhamdulillah sepanjang masa itu kakak sihat sihat sahaja . Syukur padaMu ya Allah .

Selamat Hari Lahir Ke 14 Nur Aina Insyirah . Cepatnya masa berlalu, harini 20 September 2018 dah 14 tahun usia Kakak Insyirah . Selamat hari lahir ke 14 buat anak sulung dan satu satunya puteri Umi , Nur Aina Insyirah.

Umi doakan kakak panjang umur , murah rezeki , jadi anak yang solehah , jadi insan yang taat agama , taat pada Umi dan Abah , sentiasa buat Umi abah bangga dengan kakak dan sentiasa ingat Allah walau dimana jua kakak berada . Jangan tinggal solat ya sayang . Semoga kakak dalam lindungan dan redha Allah SWT dan diberkati hidup kakak dunia akhirat .

Hormatilah orang lain jika ingin dihormati dan jangan sekali sekali meninggi diri dan mengkhianati kepercayaan orang lain kepada kita .

Sanah helwah ya Nur Aina Insyirah . Doa Umi dan abah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kakak . Aamin aamin .

Living Big On A Small Budget : Decorating For Cheap

$
0
0
Living Big On A Small Budget : Decorating For Cheap | Let’s face it: decorating can be expensive. Even the smallest redecorating endeavor, if done unwisely, can end up breaking both the budget and the bank. When we are already being faced with rising living costs and ballooning home prices (yes, even those in pasir ris ), home decor may be the last thing we’d prefer to spend our hard-earned money on. This is especially so for those of us who love to switch up our decor choices on a regular basis.

However, just because of the expense, it doesn’t mean that you have to stick to standard affordable decorating that can often times be nondescript. There are still ways to decorate with a limited budget. You don’t need to splurge on decorating to give your space a whole new look. Fortunately, there are many easy ways for you to zest up your space that won’t end up breaking the bank. Read on for some tips on how you can live big on a small budge, decor-wise.



1. Use paint

Paint can often be the number one tool that can easily transform any space – even if you’re on a budget. All it takes is some paint and some elbow work (you can do the painting yourself if you’re trying to keep costs down) to change up the feel and vibe of any room. 

The paint options and paint design you can choose from are endless. Imagine painting a small bathroom a funky color, or painting a pattern on your ceilings, or painting a bi-color wall, or even adding a feature wall. No matter on the colors or design you choose to paint on your walls, it’s sure to give your space an instant transformation.

2. Repurpose old items

Don’t feel like you need to shop at expensive furnitureor antique stores to get a piece that is truly worthy of you space. Sometimes, the best places to find treasured pieces is from your past. 

Look through what your parents, grandparents, or relatives, have in their inventory or in storage. You never know, sometimes they might be willing to part with certain items that they feel that they no longer need. This is a plus for you, as not only will you be getting some new (well, new-to-you), these pieces will be filled with family history!

3. Embellish existing pieces

Sometimes, we all have those plain and standard-looking, non-descript pieces in our home. Well, it doesn’t mean that it has to always say that way. Up your decorating ante by embellishing the pieces that you already have.

Look for new ways to interpret existing pieces of décor. Sometimes, all it takes is the addition of a little detail or flourish to breathe new life to those pieces. For example, you can consider adding trim to old curtains, embellish existing cushion covers with beadwork, or even just add a new layer of wood trim to old pieces of furniture.

4. Reuse in a new way

As they say, what’s old can be new again. Another easy trick to jazz up your space is to use things that you already have in a completely new way. A nice wooden stool can be turned into a chic bedside table. Jewelry can be displayed on peg boards. Old china can be turned into art pieces. The options are endless.

5. Rearrange your furniture

Layout is another way for you to freshen up your space – and it doesn’t require any new pieces to boot. Rearrange your furniture when you start feeling bored with your space layout. You can even consider switching around pieces from room to room to give old pieces a new place in your space. 

Don’t just stop at furniture either. Artwork and accessories can be moved and shuffled around as well. This is a totally free way to satisfy your cravings for something new without impacting your wallet. 

6. DIY artwork

What you put on your walls is almost as important as what you put in your space. Artwork can be expensive to acquire, and cheaper options are usually standard pieces that you find in almost every home. Who wants to be just another fish in the sea?

Instead of splurging for expensive artwork, or scrimping by making do with something standard, why not try to make your own art? All it takes is a bit of creative flair and some nice art frames. If you have children, you can even display their artwork by framing it and switching them out as their talents develop. The idea that artwork is expensive is a myth.

7. Visit a thrift store

Thrift stores and second-hand shops have come a long way from what they used to be perceived as. They can be good places to scour for some unique and interesting items to add to your collection. Although it might take a little bit of work and scouring, imagine the satisfaction you get from bagging a great find – there’s even a good story in there too! 

However, when it comes to thrift store-acquired pieces, you will need to put in some love and care to get them back to their full potential. Some items may require some upcycling, such as some new hardware, new upholstery, a fresh coat of paint or stain, etc. In the long run, however, this will end up saving you some money while still being able to impart character and personality to your space.

HCube Education : Home Tuition Dan Guru Quran Di Rumah

$
0
0
HCube Education : Home Tuition Dan Guru Quran Di Rumah | Zaman serba moden dan mencabar ini , ramai antara kita terutama ibubapa yang menitikberatkan pembelajaran samaada akademik ataupun agama merasakan pembelajaran di sekolah tidak cukup untuk keperluan anak anak mereka . Sebagai langkah alternatif ibubapa memilih home tuition dan juga guru al quran di rumah untuk anak anak mereka agar anak anak mereka menjadi insan cemerlang dalam bidang akademik dan juga agama .

Seperti yang kita tahu tuisyen adalah salah satu medium yang cukup berkesan dalam membantu anak anak lebih cemerlang di bidang akademik . Lebih kerap anak anak belajar lebih mudah untuk mereka faham kitaran pembelajaran mereka . Tambahan pula jika belajar secara perseorangan melalui tutor peribadi , tumpuan tutor pastinya 100% pada anak anak kita . Maka anak anak akan lebih fokus pada pembelajaran apabila mempunyai tutor peribadi . 

Sebenarnya banyak sebab ibubapa memilih untuk mendapatkan seorang tutor peribadi untuk anak anak antaranya berkemungkinan ibubapa inginkan anak mereka lebih faham dan memahami satu satu matapelajaran  dan ingin memberikan anak anak tumpuan yang lebih terhadap permasalahan pembelajaran mereka . Untuk menjadi cemerlang , anak anak perlukan lebih bimbingan daripada yang pakar . Kadang kadang ibubapa tidak mempunyai masa  dek kerana kekangan tugas untuk membantu anak anak mereka dalam pembelajaran . Oleh kerana itu ramai ibubapa memilih untuk mengupah tutor tutor yang berkualiti untuk anak anak mereka .


HCube Education 

Baru baru ni KakYa ada dengar mengenai HCube Education . Apabenda HCube Education ni ? Mula mula KakYa ingatkan HCube Education ni pusat jualan buku buku ilmiah tapi sangkaan KakYa meleset . Rupa rupanya ...

HCube Education atau HCUBE EDUCATION RESOURCES (SSM 002563767-D) ini telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 2016 . Kiranya hampir dua tahun sudah HCube Education bertapak ni Malaysia .

HCube Education adalah pilihan terbaik ibubapa di luar sana yang berminat mendapatkan tutor-tutor yang berkualiti bagi membantu anak-anak mereka di dalam pelajaran akademik dan juga agama .

HCube Education menyediakan perkhidmatan home tuition , mengaji Al - Quran di rumah , program cuti sekolah , asas membaca , asas mengira bagi subjek-subjek utama bermula dari Pra-Sekolah , UPSR ,  PT3 dan juga  SPM .


HCube Education adalah penyelesaian terbaik buat ibubapa yang tidak mempunyai masa untuk menghantar anak ke pusat tuisyen , risau anak mereka malu bertanya di dalam kelas dan kurang keyakinan diri .


HCube Education terus komited meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi melahirkan lebih ramai tutor berkualiti yang dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan di dalam pelajaran akademik dan juga agama .


Pihak HCube Education menyediakan set set soalan peperiksaan terkini dan akan diberikan kepada pelajar dan pihak tutor akan mengenalpasti kelemahan pelajar tersebut dan dengan cara ini kelemahan pelajar akan dapat diatasi dengan mudah dan dipertingkatkan .


Setiap kali kelas , tutor dari HCube Education akan membincangkan perkembangan anak - anak  dan di penghujung setiap bulan tutor akan memberi report card  untuk disemak oleh pada ibubapa . Dengan cara ini ibubapa lebih tahu berapa peratus peningkatan pembelajaran anak anak mereka setiap bulan . Cukup mudah dan memberangsangkan buat ibubapa dalam pemantauan pembelajaran anak anak mereka .


Kenapa IbuBapa Perlu Memilih HCube Education 

Kepakaran HCube Education adalah membantu ibubapa di luar sana dengan memastikan kecemerlangan anak-anak mereka terjamin dalam bidang akademik mahupun agama .

Kelas home tuition HCube Education membantu pelajar untuk belajar dengan lebih fokus dan mudah kerana mereka diberikan tumpuan sepenuhnya oleh tutor terlatih sepanjang sesi pembelajaran di rumah . Anak anak akan mendapat perhatian 100% daripada tutor .

Para ibubapa juga tidak akan kerugian masa kerana kerana tutor tutor terlatih akan datang ke rumah untuk sesi pembelajaran bersama anak anak mereka . Jadi ibubapa tidak perlu terkejar kejar masa untuk menghantar anak anak ke pusat tuisyen sebaliknya tutor yang akan datang ke rumah .

Ibubapa juga dapat melihat sendiri anak anak mereka belajar bersama tutor tanpa perlu bersusah payah kerana anak anak berada di depan mata . Cara ini juga akan dapat menjamin keselamatan anak anak daripada perkara perkara yang tidak diingini .

HCube Education menyediakan tutor tutor berwibawa yang dapat meningkatkan lagi pembelajaran anak anak ke tahap yamg lebih baik . Ini kerana di HCube Education hanya tutor tutor berkelayakan dan berpengalaman sahaja yang dipilih . Pemantauan pembelajaran anak anak akan sentiasa mendapat perhatian berterusan dari semasa ke semasa . Ini dapat menjamin pembelajaran anak anak akan terus meningkat dan lebih baik . InsyaAllah .

Kawasan Liputan HCube Education

Perkhidmatan tuisyen di rumah dan mengaji Al -Quran HCube Education meliputi kawasan  di rumah sekitar Lembah Klang , Shah Alam , Klang , Kuala Lumpur, Subang , Selangor , Pulau Pinang dan juga Johor Bharu. 

Testimoni Daripada IbuBapa Yang Berpuas Hati Dengan Perkhidmatan HCube Education

Berikut KakYa kongsikan beberapa testimoni daripada ibubapa yang berpuas hati dengan khidmat tutor yang disediakan oleh pihak HCube Education .









Berminat menggunakan khidmat tutor peribadi untuk pembelajaran akademik dan al quran anak anak anda , anda boleh WhatsApp atau layari laman sosial tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :

WhatsApp : +60 18-362 9842
Email : hcubehometuition@gmail.com
Youtube : HCube Education

Buangkan "Tunggu Dulu" Dan Lakukan Sekarang ! Waktu Tak Akan Tunggu Kita

$
0
0
Buangkan "Tunggu Dulu" Dan Lakukan Sekarang ! Waktu Tak Akan Tunggu Kita | KakYa suka betul ayat ni . Sangat sangat memotivasikan KakYa . Kalau dulu kan , KakYa ni sejenis yang suka ala tunggu dulu la , ala Sebentar lagi la . Duk ulang sokmo tunggu dulu ayat tunggu dulu . Setiap benda yang KakYa nak buat dulu banyak benor tunggu dulu . Sesetengah tunggu dulu tu kan , hingga kini tak terbuat buat jugak . Lamanya tunggu dulu . Sebab tunggu dulu tulah yang buat masa KakYa terbuang camtu jer . 

Alhamdulillah sekarang ni KakYa lebih kepada lakukan sekarang ! takde lagi dah nak tunggu dulu tunggu dulu . Apa saja yang KakYa buat sekarang apa yang KakYa rasa serasi dengan jiwa KakYa .

Setiap usaha yang kita lakukan , bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia dan membazir . 

InsyaAllah , dalam setiap apa yang kita lakukan ia akan selalu membuatkan kita lebih kuat , lebih belajar dan mengecapi lebih pengalaman .

Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah ,  semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi .

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

Allah telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang .

Cozuma CC Cream

$
0
0
Cozuma CC Cream |  Psssssttt ! Buat pe tu . Meh la sini jap , KakYa nak bagitau kat korang mengenai satu produk best yang paling KakYa suka sangat sangat sekarang ni .

Korang nak tau tak KakYa pakai Cozuma CC Cream ni haaa . Cozuma CC Cream bertindak sebagai Pelembap + Bedak Asas + Tabir Suria + Kawal Minyak + Anti-Jerawat + Pencerah . Haaa senang kerja KakYa bawak satu ni jer dah cukup untuk kulit wajah . 


Cozuma CC Cream dah jadi produk wajib bawa kalau KakYa pegi mana mana . Memang best guna Cozuma CC Cream ni .

Sejak bertukar menggunakan Cozuma CC Cream ni kan , kulit wajah KakYa yang gelap menjadi semakin cerah berseri , kulit tidak lagi berminyak dan kesan parut jerawat semakin pudar . Sebelum KakYa duk pot pet panjang lebar KakYa nak terangkan dulu mengenai CC Cream Cozuma kat korang . 


Apakah CC Cream ?

Color Control Cream atau Complexion Care Control adalah nama penuh bagi CC Cream. CC Cream adalah hampir sama seperti BB Cream tetapi tekstur CC Cream adalah lebih halus, ringan dan lembut . CC Cream berfungsi lebih kepada pencerahan dan kelembapan kulit.

Apa Itu Cozuma CC Cream

Cozuma CC Cream merupakan krim wajah yang sangat halus dan lembut teksturnya disamping lebih ringan dan mudah meresap ke kulit wajah. Cozuma CC Cream merupakan product yang didatangkan dari Korea . Cozuma CC Cream merupakan krim wajah yang mesti ADA oleh setiap individu yang mementing penampilan wajah yang lebih CERIA , SEGAR dan CERAH BERSERI



Fungsi Cozuma CC Cream

Cozuma CC Cream berfungsi sebagai :-

Perlindungan UV yang Optimum
- Memberikan perlindungan menyeluruh dari sinar UV A dan UV B

Wajah Berseri
- Wajah Berseri dari dalam secara semulajdi. 

Anti radang dan anti oksidan
- Bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak bunga Rosemary, bunga Marigold dan ekstrak Manggis dapat melegakan , menyebuhkan serta melindungi kulit yang sensitif

Memberikan kelembapan yang berpanjangan
- Ekstrak Aloe Vera memberikan kelembapan dan penghidratan yang berpanjangan agar kulit menajdi lembut dan lembap

Menjadikan kulit cerah dan bersinar
- Ekstrak licorice dan Vitamin C menbantu mencegah pembentukkan melanin dan pigmentasi. 
- Membantu memudarkan kulit yang gelap dan menjadikan kulit semakin cerah berseri

Kulit Wajah Lebih Halus 
- Berkesan untuk mengecilkan , menghalus dan merapatkan liang-liang roma serta menganjalkan kulit dengan kandungan minyak Beras Germa dan minyak Buah Zaitun

Menghilangkan Kedutan dan Garis Halus 
- Ekstrak Akar Rhatany membantu membaiki dan membina semula serat elastin
- Menganjalkan kulit serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus

Kawalan Kulit Berminyak 
- Bertindak sebagai span untuk menyerap sebum yang berlebihan dengan serta merta
- Membantu kulit supaya tidak berminyak dan segar sepanjang masa

Bedak Solekan dan Pembetulan Asas Kulit 
- Menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata
- Mengekalkan solekan agar tahan lama
- Tiada pengelupasan dan tiada kesan capuk

Menyembunyikan Cela 
- Memudarkan ketidaksempurnaan kulit , kesan parut jerawat , lingkaran dan pigmentasi .


Kebaikan Cozuma CC Cream 

Antara kebaikan Cozuma CC Cream
- Menyembunyikan cela
- Mencantikkan kulit
- Menjadikan kulit lebih glowing
- Memudarkan parut jerawat dan jeragat
- TIDAK beminyak
- TIDAK melekit
- Mudah di cuci ketika ingin bersolat
- Kulit lebih cerah
- Mengecilkan pori wajah
- Tona kulit lebih sekata

 

Kandungan Utama Cozuma CC Cream 

Apakah kandungan utama yang ada dalam Cozuma CC Cream . Antara kandungannya adalah Minyak Germ Beras , Minyak Zaiton , Vitamin E , Vitamin C , Aloe Vera , Ekstrak Manggis , Ekstrak Akar Licorice , Ekstrak Marigold , Esktrak Rosemary .


Harga Cozuma CC Cream

Berapakah harga untuk satu tiub Cozuma CC Cream ?  Untuk satu tiub 50ml harganya :

RM110.00 ( Semenanjung Malaysia )
RM 112.00 ( Sabah/Sarawak )

1 tiub Cozuma CC Cream bertahan sehingga 6 bulan penggunaan .

Hanya secalit Cozuma CC Cream . Wajah cerah berseri sepanjang hari .

Untuk sebarang maklumat pembelian produk Cozuma , korang boleh klik link kat bawah :

www.wasap.my/+60199202004
www.wasap.my/+60199202004

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Triple Whitening Extracts

$
0
0
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Triple Whitening Extracts | Sumber Ayu pembersih kewanitaan yag KakYa suka sejak dulu . KakYa memang dah biasa guna produk pembersih kewanitaan Sumber Ayu dan KakYa cukup yakin dengan produk daripada Sumber Ayu . Dulu KakYa penah guna pembersih kewanitaan daun sirih  yang biasa tapi sekarang ni KakYa dah bertukar ke Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White . Sebagai pengguna setia Sumber Ayu , produk ini sangat sangat memberi kepuasan untuk KakYa . Orang kata memang boleh jadi gang baik la .

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Sejauh Mana Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White Memberi Kesegaran Dan Pencerahan Feminin Wanita

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White merupakan produk ideal bagi semua wanita di peringkat umur remaja hingga dewasa . Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White pastinya pilihan terbaik untuk cucian kawasan intim wanita . Pasti memberi keselesaan berganda sepanjang hari . Korang yang tengah duk cari produk pembersih kewanitaan , KakYa sarankan untuk korang cuba Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White.

Tak cuba , belum tahu lagi kan . Apa kata korang cuba Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White pasti dapat kurangkan masalah kulit gelap area Miss V korang . Cuba dulu okey ! 

Jangan rasa malu bila ada masalah di area Miss V sebab bukan korang je yang ada probem gitu . Dari kajian membuktikan ramai dalam kalangan wanita di seluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim . Banyak faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia , ketidakseimbangan hormon , penambahan berat badan , pemakaian baju yang ketat dan bercukur  .

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Tak perlu risau lagi sebab Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ada dan bukan hanya mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi berupaya meningkatkan tahap keyakinan diri 

Kandungan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White Memberi Kesegaran Dan Pencerahan Feminin Wanita

Pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White ini diperbuat daripada bahan bahan semulajadi terpilih seperti ekstrak bengkoang , licorice , susu serta kayu rapet , manjakani dan juga daun sirih . Ekstrak semulajadi ini dapat membantu kulit di sekitar kawasan kewanitaan menjadi lebih cerah dengan terutama di sekitar pangkal paha . Ianya juga dapat membersihkan area kewanitaan , mengurangi bau yang kurang menyenangkan, sekaligus membantu memelihara kawasan intim wanita agar tetap terasa lembut . Formula Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White dengan pH 3.5 yang membantu memelihara kawasan intim wanita . 

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Kandungan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White bukan sekadar 1 , bahkan mempunyai 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit di kawasan intim . 

Kalau korang nak tahu , sejak berabad yang lalu licorice telah digunakan bukan sahaja masyarakat di Asia malahan turut digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah . Khasiat bengkoang pula mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula sangat bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna , memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit . 

Kepada golongan wanita , korang perlu memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5 supaya Miss V lebih selesa . Semestinya korang kena pilih Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White sebab kandungan tahap pH 3.5 dan mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat , bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan .

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga mempunyai ekstrak manjakani . Manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan area Miss V dan memberi keyakinan yang tinggi kepada golongan wanita dan pasangan yang telah berkahwin . Opkos la wangi ! 

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mempunyai wangian yang sederhana selain memberi keselesaan kepada pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Dan yang paling penting Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Bagi diiktiraf halal . Gunakan tanpa was was !

Tak rugi cuba , semoga dapat membantu korang mengurangkan kegelapan kulit melalui pengurangan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit . Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH area Miss V .

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White  , Pencuci Miss V , Sumber Ayu ,  Pembersih Wanita Daun

Harga Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat . Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50 . Rangkaian Produk Sumber Ayu ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi .

Pakej Kombo Penerbangan Dan Hotel Ke India Bersama Traveloka

$
0
0
Pakej Kombo Penerbangan Dan Hotel Ke India Bersama Traveloka | Hai korang ! cuti sekolah 2018 dah dekat , korang dah plan ke nak bawa anak anak bercuti kat mana . Jom la bawa keluarga bercuti . Masa ni la nak hilangkan tekanan akibat dari bebanan kerja disamping mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga . KakYa kalau cuti sekolah biasa bawa anak anak bercuti kat dalam negara jer . Belum pernah lagi bawa anak anak bercuti ke luar negara . Maybe satu hari nanti kot . Kumpul duit dulu . Untuk korang yang suka bercuti tak kira dalam negara ataupun luar negara , KakYa ada berita baik nak kongsikan bersama korang . Apakah itu ! Jeng jeng jengggg !! .


Traveloka Memperkenalkan Pakej Kombo Penerbangan Dan Hotel 

Excited ke tak nak tahu ni ? . Korang excited KakYa lagi la tak sabar nak citer kat korang . Jeng jeng jeng ! lagi sekali laaa .  Traveloka sedang giat mempromosikan pakej kombo penerbangan dan hotel dengan ciri ciri terbaru yang lebih memudahkan dan mesra pengguna . Kalau korang nak tahu , sekarang ni pihak Traveloka  sedang memperkenalkan ciri ciri terbaru dikenali sebagai pakej kombo flight + hotel https://www.traveloka.com/en-my/packages . Wah ! bila baca perkataan kombo tu nampak macam menarik jer kan ? Opkos la menarik bila dah ada perkataan kombo kat situ . 

Traveloka Malaysia , Traveloka Promo Code , Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Traveloka , Traveloka Promo , Traveloka App , Traveloka Kombo Flight + Hotel , Traveloka Flight Ticket

Ok , salah satu misi dan sebab kenapa pihak Traveloka menyediakan pakej kombo flight + hotel adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna Traveloka di luar sana PERGI MELANCONG tak kira dalam negara atau luar negara . 

Ciri ciri terbaru yang diperkenalkan oleh pihak Traveloka pasti akan memudahkan lagi pengguna berurusan dalam menempah tiket kapal terbang dan juga hotel dengan teratur dan lebih pantas di samping menjimatkan masa . Ini kerana ciri ciri terbaru yang diperkenalkan memudahkan pengguna memilih untuk menempah tiket penerbangan dan juga hotel dengan satu tempahan sahaja . Jadi korang rasa , korang ada masa ke untuk sakit kepala bila korang memilih Traveloka . Takde kan ? . Lagi tak sakit kepala kalau korang dapat potongan harga sehingga 11.5% dengan pakej kombo flight + hotel dari Traveloka . Berbaloi baloi !

KakYa dari dulu hingga kini kalau pergi mana mana KakYa memang gunakan aplikasi Traveloka untuk buat tempahan tempat penginapan percutian keluarga kami . Setakat ni memnag KakYa puas hati dengan Traveloka .

Buat masa ini, pakej ini hanya boleh didapati di laman web Traveloka dan juga aplikasi android sahaja . Untuk aplikasi IOS bakal muncul dalam masa terdekat . 

Jom Bercuti Ke India Dengan Pakej Kombo Penerbangan Dan Hotel Dari Traveloka 

Biasanya kalau bercuti , korang bercuti kat luar negara atau kat dalam negara ? . Kalau korang takde idea tahun ni nak bercuti kat mana KakYa cadangkan apakata bawa family korang bercuti ke India . Pernah terfikir tak nak bawa anak anak dan keluarga korang bercuti ke India ? . Wow ! India . Bunyinya macam seronok jer . Apakata korang jenguk jenguk india tour packages . Mana tahu kot kot tahun ni korang berubah angin nak melawat India . 

Traveloka Malaysia , Traveloka Promo Code , Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Traveloka , Traveloka Promo , Traveloka App , Traveloka Kombo Flight + Hotel , Traveloka Flight Ticket

Dengan pakej penerbangan dan tiket yang tersedia di Traveloka Malaysia , korang boleh melawat India lebih mudah dan lebih murah .  Korang boleh pilih  pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan dan ubah suai mana mana yang korang rasa sesuai untuk mendapatkan kombinasi terbaik bagi percutian korang nanti . Jadi apa tunggu lagi . Jom ke India kita !!

Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Guna Aplikasi Traveloka

Korang kalau nak jimat banyak dan untuk kemudahan lebih baik apakata korang install jer aplikasi Traveloka kat telefon pintar korang. Kalau korang install aplikasi Traveloka , korang boleh dapat harga lagi rendah daripada laman web . Tempahan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Traveloka . KakYa memang dah biasa guna aplikasi Traveloka untuk buat tempahan penginapan . Setakat ni memang KakYa puas hati la dengan harga yang ditawarkan . Memang berbaloi baloi untuk wang yang kita keluarkan . Boleh la berjimat sikit . 

Untuk korang yang nak tempah tiket penerbangan dan juga hotel melalui Traveloka , korang boleh ikut cara cara yang KakYa sertakan kat bawah . Ikut jer semua langkah yang telah ditetapkan .

*Cari Penerbangan Dan Hotel Anda
- Mulakan carian anda dengan melengkapkan butiran penerbangan destinasi , mercu tanda , atau nama hotel dan tempoh penginapan anda .

*Pilih Dan Tempah Penerbangan Dan Hotel Anda
- Butiran penerbangan ( syarikat penerbangan , jadual , tambang dan lain lain ) boleh dilihat di halaman hasil carian .
Pada halaman hasil carian, buat pilihan hotel anda . Klik Lihat Bilik untuk melihat butiran bilik hotel . Pada halaman butiran hotel, pilih jenis bilik dan bilangan bilik yang anda ingin tempah.

*Isi Maklumat Perhubungan Dan Butiran Penumpang Maklumat Penempah Dan Butiran Tetamu
- Setelah anda memilih penerbangan anda dengan teliti , anda dikehendaki mengisi maklumat perhubungan dan butiran penumpang .
Isi maklumat penempah dan butiran tetamu. Pastikan semua butiran adalah betul , kemudian teruskan dengan pembayaran.

*Teruskan Dengan Pembayaran
- Terdapat beberapa kaedah pembayaran . Buat pilihan kaedah pembayaran anda . Jangan melebihi had masa pembayaran .

*Menerima e-tiket / Menerima Baucar Hotel
- Setelah kami menerima bayaran anda , e-tiket akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit .
- Setelah kami menerima bayaran anda , baucar hotel akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit .

Kaedah Pembayaran 
KakYa kongsikan juga kaedah pembayaran yang korang boleh gunakan antaranya ; 

- Kad Kredit 
- Perbankan Internet 
- 7 Eleven 
- Paypal

Traveloka - Harga Terbaik Untuk Anda 

Traveloka Malaysia , Traveloka Promo Code , Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Traveloka , Traveloka Promo , Traveloka App , Traveloka Kombo Flight + Hotel , Traveloka Flight Ticket

Tiket penerbangan murah dan penginapan berbaloi dengan harga pastinya menjadi pilihan korang untuk percutian yang lebih indah . Traveloka menjanjikan harga terbaik yang tiada tandingan  . Dengan Traveloka , korang akan menemukan harga yang lebih murah untuk tempahan korang . Dengan diskaun hebat pastinya Traveloka pilihan terbaik untuk percutian jadi lebih bermakna . Harga jujur okey ! . Jadi , apa tunggu lagi jom pilih destinasi korang nak pergi mana cuti sekolah nanti dan cepat cepat booking melalui Traveloka . Bukan apa, nanti kalau terlambat takut menyesal pula . Selamat bercuti korang . Ingat cuti ingat Traveloka . Traveloka jer tau ! 


Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

$
0
0
Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap | Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang , fikirkan semula ! 

Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap 

Fast Fact
- Keracunan Karbon Monoksida merupakan punca utama kematian akibat keracunan .
- Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi .
- Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai  “ Pembunuh Senyap ”
- Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah .

Keracunan gas karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi . Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan , penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak .

Bagaimanakah Gas Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos . Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida , hidrokarbon , dan nitrogen oksida. 

Ketika memandu , sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat . Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak . 

Tanpa di sedari , gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah . 

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin ( bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ) , lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin . Apabila ini berlaku , darah tidak lagi mampu membawa oksigen dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati! . 

Apakah Gejala Keracunan Gas Karbon  Monoksida

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan , perut , muntah , sakit dada dan kekeliruan . 

Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian .

Tips Pencegahan Keracunan Gas Karbon Monoksida

- Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah .  Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil .

- Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang .  Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya .

- Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala . Ingat , kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian .

- Jangan sekali-kali membakar arang atau membuat BBQ di dalam rumah . Pembakaran arang akan membebaskan gas beracun ini .

- Jangan menggunakan dapur gas mudah alih yang biasa di gunakan untuk perkemahan di dalam rumah. Pembakaran gas itu juga membebaskan gas beracun ini .

- Sekiranya kediaman anda memiliki sistem pemanasan , pemanasan air dan peralatan pembakaran gas , minyak atau arang batu pastikan ia di selenggara setiap tahun .

- Jika anda mengesan sebarang kebocoran pada peti sejuk , pastikan ianya di periksa segera .

- Sekiranya anda ada menggunakan sistem pemanasan rumah menggunakan gas , pasang alat pengesan gas karbon monoksida di dalam rumah anda . Penggera akan di aktifkan sekiranya alat ini mengesan kehadiran gas karbon . 

- Merokok paip shisha di dalam rumah / restoran - paip shisha menggunakan arang dan tembakau. Penggunaan arang ini akan membentuk gas karbon monoksida . 

- Sekiranya kediaman anda ada cerombong , pastikan ianya di periksa dan dibersihkan setiap tahun .

Sumber : Fire & Rescue Department Of Malaysia 

BuyandShip : Servis Penghantaran Antarabangsa Murah , Mudah Dan Selamat

$
0
0
BuyandShip : Servis Penghantaran Antarabangsa Murah , Mudah Dan Selamat | Zaman serba moden ini  , kita sebagai pengguna di Malaysia bukan setakat suka beli barangan online dalam negara jer tau malahan ramai di kalangan kita suka shopping online hingga ke luar negara . Ya la kan , kekadang barang yang kita nak beli dan minat takde jual kat Malaysia ataupun kalau ada harganya boleh tahan mahal . Jadi nak tak nak kena la beli barangan yang kita berkenan tu secara online kat luar negara . Bila dah beli barang kat luar negara , salah satu masalah yang kena fikir , adakah barangan yang kita beli akan selamat sampai kat tangan tanpa apa apa masalah di kemudian hari .

Sebelum KakYa cerita lebih lanjut , KakYa nak tanya beberapa soalan kat korang . Korang suka shopping online dari luar negara tak ? Korang pernah hadapi masalah semasa menggunakan  servis perkhidmatan penghantaran barangan yang korang beli dari luar negara ? . Kalau korang suka shopping online dari luar negara korang kena baca sampai habis .

BuyandShip Servis Penghantaran Antarabangsa Terus Ke Pintu Rumah Anda

BuyandShip! . Apakah itu ? BuyandShip telah memulakan operasi pada tahun 2014 . Syarikat dari Hong Kong ini menyediakan servis penghantaran antarabangsa terus ke pintu rumah pelanggan yang ingin membeli-belah dari Amerika Syarikat , United Kingdom , Japun , Korea , China dan Taiwan dengan cara yang senang , mudah dan selesa .


BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


BuyandShip mempunyai rangkaian gudang yang mantap – bebas operasi di Amerika Syarikat dan Jepun serta gudang khusus di Korea , China , Taiwan dan Hong Kong untuk memastikan servis penghantaran yang cepat dan efisyen . Jadual penerbangan dari gudang-gudang BuyandShip ke pusat pengagihan BuyandShip di Hong Kong diaturkan setiap minggu dan yuran penghantaran adalah berdasarkan berat sebenar barangan dan bukan mengikut saiz barangan .

Bagaimana Cara Menggunakan Servis BuyandShip 

Ok la , KakYa nak citer kat korang mengenai satu servis perkhidmatan penghantaran barangan dari luar negara terus ke depan pintu rumah korang dengan kos yang berpatutan .  Tak perlu bimbang lagi kerana barangan yang korang beli akan terus di hantar kat depan pintu rumah okey ! . Cara nak gunakan servis  prnghantaran  BuyandShip ni takde la susah pon ,  semudah ABC . Korang boleh ikut langkah demi langkah kat bawah ;

1. Daftar Ahli 
Daftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip . Daftar terlebih dahulu sebelum mula membeli-belah . Klik  sini . Setelah mendaftar , anda akan diberi akses kepada alamat-alamat gudang luar negara BuyandShip dan ID keahlian anda .


BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


2. Mula Shopping !
Sila rujuk diPusat Ahli > Alamat Gudang Luar Negara untuk mendapatkan alamat gudang luar negara Buyandship . Isi alamat gudang luar negara Buyandship dalam maklumat penghantaran anda , nama penuh anda dan juga ID Keahlian semasa Semak Keluar ataupun checkout . Anda boleh isi alamat kad kredit anda sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


3. Isytihar Bungkusan Anda
Setelah menerima nombor jejakan (tracking number) dan maklumat penghantaran dari laman pembelian pilihan korang , korang perlu mengisytiharkan penghantaran korang di laman web Buyandship . Isikan nombor jejakan dan maklumat lain yang diperlukan di tab Pengurusan Hantaran : Deklarasi , Penjejakan dan Penghantaran Pukal dan klik pada butang “Click here to add a new shipment”. Wajib isytiharkan penghantaran sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip . Kegagalan mengisytihar bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan korang ke Gudang Hong Kong . Jadi koramg kena ALERT okey ! 

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

4. Kaedah Pembayaran
Barangan yang korang beli akan dihantar ke Gudang di Hong Kong sebelum dihantar ke Malaysia . Apabila barangan sampai di Gudang Hong Kong , BuyandShip akan memaklumkan korang melalui Emel . Sila hubungi BuyandShip jika status penghantaran korang belum lagi bertukar walaupun sudah 48 jam sampai di Gudang Hong Kong . Caj penghantaran akan dikira melalui jumlah berat sebenar penghantaran yang diterima .

Kalau korang masih berhasrat nak shopping lagi dan bersedia untuk satukan semua hantaran dalam satu penghantaran , korang boleh jer buat pilihan dan satukan semua barangan  untuk dihantar ke alamat korang di Malaysia . Apabila menyatukan hantaran kepada satu penghantaran , bungkusan mungkin dibalut semula tanpa sebarang caj tambahan . Koramg boleh memilih kaedah pembayaran melalui Mata Ganjaran BuyandShip , Kad Kredit atau Kad Debit . Caj penghantaran harus dilunaskan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong . Jika tidak , hantaran tidak akan dihantar .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

5. Masa Penghantaran
Masa jangkaan penghantaran ke gudang Hong Kong : US & UK dalam masa 4 - 6 hari bekerja / Jepun , Korea , China dalam masa 2 - 4 hari bekerja . Kami akan menghantar hantaran anda dalam masa 1 - 2 hari dari tarikh penerimaan permintaan “Penyatuan Penghantaran” anda dan bayaran . Penghantaran ke alamat rumah anda akan mengambil masa kira-kira 3-4 hari bekerja , tetapi jika dikenakan pemeriksaan kastam , masa pengiriman mungkin akan tertunda .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

Masa Tamat Penghantaran
• Bungkusan yang sampai di Gudang Luar Negara kami akan dihantar keluar secepat mungkin .
• Status penghantaran akan ditukar kepada ‘Semak Keluar/Check Out’ apabila bungkusan anda sudah disahkan untuk penghantaran ke Gudang Hong Kong .
• Masa ketibaan mungkin tergendala semasa cuti umum antarabangsa.
• Tarikh Penghantaran adalah seperti berikut : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu MYT 

- Gudang US : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu waktu, Malaysia
- Gudang UK : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat waktu, Malaysia
- Gudang Japan : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu, waktu Malaysia
- Gudang Korea : 5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat , waktu Malaysia

Yuran Bayaran Untuk Servis Buyandship

- Keistimewaan dan Harga 

• Menyatukan Banyak Barangan dalam Satu Bungkusan
- Barangan boleh disimpan di Pusat Pengagihan Hong Kong kami sehingga 30 hari , membolehkan korang untuk membeli pelbagai produk dari kedai-kedai online serata dunia dan semuanya dihantar dalam satu bungkusan . Woww teruja !

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

• Yuran Penghantaran Adalah Berasaskan Berat Sebenar Untuk Semua Negara
- Yuran bayaran hantaran adalah dikira mengikut berat sebenar bungkusan, dan bukan berat volumetrik.

• Skim Mata Ganjaran
- Pelanggan boleh mendapatkan mata rebat dari pelbagai jenis mata ganjaran promosi atau mata ganjaran pembelian dengan kadar diskaun yang boleh digunakan untuk membayar yuran penghantaran.

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

Faedah Menggunakan Servis BuyandShip 

Bila korang gunakan servis daripada BuyandShip ni kan mesti korang nak tahu apa faedah yang korang akan dapat . Antaranya korang boleh baca lebih detail kat bawah : 

Gudang disediakan di Amerika Syarikat , Jepun , Korea dan Taiwan 
• Korang tak perlu risau kerana gudang-gudang milik BuyandShip terletak di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat , Jepun , Korea dan Taiwan . Gudang gudang ini membuat penghantaran keluar secara harian untuk memastikan setiap hantaran akan dihantar ke setiap pelanggan dalam masa 5-10 hari .

Gudang operasi sendiri / gudang khas BuyandShip 
• Untuk mengoptimumkan kualiti servis dan pengalaman pelanggan , BuyandShip telah memantapkan gudang khusus dan gudang operasi sendiri bagi memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah efisyen dan servis penghantaran yang teguh .

Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit 
• Untuk memudahkan pelanggan BuyandShip , bayaran boleh dibuat secara kad kredit – Visa , Mastercard dan American Express .

Penghantaran terus ke pintu rumah
• BuyandShip menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tepat dan dipercayai ke semua pelusuk Malaysia .

Menyatukan Beberapa Barangan Dalam Satu
• Hantaran boleh disimpan di pusat pengagihan kami di Hong Kong untuk 30 hari . Ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk dari kedai online dari negara-negara yang berbeza dan dengan senang pelanggan boleh menerima semua hantaran dalam satu bungkusan .

Jejak Dan Kesan Hantaran Anda 
• Untuk meningkatkan ketelusan lojistik , pengguna BuyandShip boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa , di mana-mana saja . Status terbaru juga dihantar ke emel untuk memberitahu pelanggan .

Sistem Selamat 
• Sistem BuyandShip menggunakan sistem selamat SSL untuk melindungi maklumat sulit anda dari didedahkan .

Mengapa Perlu Menggunakan Servis BuyandShip

BuyandShip : Penghantaran Setiap Hari 
- Penghantaran adalah setiap hari dari gudang sedunia BuyandShip termasuk dari Amerika Syarikat , Jepun , Korea , China dan Taiwan memastikan setiap hantaran dihantar ke pelanggan dalam jangkamasa 7-10 hari .

BuyandShip : Pembayaran Mengikut Berat
- Yuran Penghantaran adalah mengikut berat sebenar tidak termasuk kos bungkusan .

BuyandShip : Penjejakan Hantaran 
- Pengguna BuyandShip boleh memeriksa status penghantaran paling kemaskini dari laman web BuyandShip dimana sistem akan memberitahu pengguna samaada hantaran anda "Akan Tiba ke Gudang Tempatan", "Tiba di Malaysia" atau "Penghantaran Sedang diatur"

BuyandShip : Penghantaran Terus Ke Rumah 
- Selepas hantaran tiba di pusat pengagihan di Hong Kong , anda akan boleh mengaturakan hantaran ke mana saja di Malaysia dengan senang , cepat dan servis yang boleh dipercayai .

BuyandShip : Beli Barang Dari Luar Negara Hantar Terus Ke Malaysia Semudah ABC

Best tak best tak ! Opkos la best kan . Lepas ni korang tak perlu risau lagi bab bab penghantaran barangan yang korang beli dari luar negara . Shopping jer barangan idaman korang dengan tenang dan santai . BuyandShip kan ada ! Guna servis BuyandShip jer . Mudah dan selamat . Tak perlu nak sakit kepala duk fikir lagi . BuyandShip terbaik dan dipercayai . Satu lagi satu lagi KakYa nak warwarkan untuk korang .  Korang suka DISKAUN ! . Ha ahh pasti suka kan ! Ok dekat laman sesawang BuyandShip akan selalu ada update terkini mengenai diskaun dari laman shopping terpilih . Jadi korang kenala rajin singgah laman sesawang BuyandShip dan juga Instagram untuk mengetahui lebih maklumat mengenai diskaun .  Kalau korang perlukan maklumat lanjut mengenai BuyandShip korang boleh klik dan layari laman tertera kat bawah ni : 

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki

$
0
0
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki | Jom sama sama kita amalkan 7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki  . Di bawah ini KakYa kongsikan untuk sahabat KakYa 7 zikir mudah menjemput rezeki dan juga doa menjemput rezeki yang mudah untuk kita fahami .

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki

1. Memperbanyak Membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa billah 
• Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La Hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin 
• Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adziim 
• Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al Ikhlas 
• Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-Waqiah 
• Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam , maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak Selawat ke atas nabi 
• Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT . 

7. Melazimkan Beristighfar 
• Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki

Ya Allah berikanlah kami Rezeki yang luas , yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada dibumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah 
Jika dekat maka mudahkanlah 
Jika sedikit maka banyakanlah 
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak anak yatim , fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan  dan kedaifan

Ya Allah kabulkanlah doa kami . Ya Allah Ya Robbal Alamin . Semoga Allah Mengabulkan doa kami .

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 15 Lya Dan Suami

$
0
0
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 15 Lya Dan Suami | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2018 , KakYa dan suami sekali lagi di beri peluang oleh Alah SWT untuk sama  sama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 . Sedar tak sedar dah 15 tahun usia perkahwinan kami . Bersempena usia perkahwinan kami yang Ke 15 , KakYa titipkan doa paling indah ini khas buat kami berdua .

Ya Allah , jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu untuk selama-lamanya . Kurniakanlah kami keberkatan hidup , ketenangan hati dan kerukunan rumahtangga .

Ya Allah , hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang , cinta dan rindu yang berpanjangan dan tiada penghujungnya . Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini .

Ya Allah , kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah . Ya Allah ,  izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikitpun duka yang terpalit diantara kami di hati kami .

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 15 Buat En Suami 


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 15 Buat Suami Tercinta , Ulangtahun Perkahwinan , Happy Anniversary , Ucapan Ulangtahun Perkahwinan , Ucapan Untuk Ulangtahun Suami

Hari ini 4 Disember 2018 genap sudah 15 tahun usia perkahwinan kita abang . Syukur alhamdulillah , perjalanan perkahwinan kita kini melangkah ke usia 15 tahun . 

Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama . Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga . InsyaAllah .

Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz , Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 15 sayang . Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang . Sentiasa support setiap langkah yang saya atur , selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh , di sisi saya saat berendam air mata , bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita . Terima Kasih Abang !


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 15 Buat Suami Tercinta , Ulangtahun Perkahwinan , Happy Anniversary , Ucapan Ulangtahun Perkahwinan , Ucapan Untuk Ulangtahun Suami

Sayang saya pada awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata . Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta . Dulu , kini dan untuk selama lamanya . I LOVE YOU Mr SUHAIMI . Really really love you . Only you ini my heart . I truly , madly , deeply love you and always will . How lucky i am to have you by my side .

Anugerah paling indah buat kita dari Allah SWT yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit . Anak anak kita Nur Aina Insyirah , Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz . Our kids are so blessed to have a dad like you abang ! .  LOVE YOU SAYANG !


Syukur Ya Allah , dikurniakan kepada kami 3 cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kami berdua . Semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga hujung nyawa . Aamin aamin .

Kelebihan Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar )

$
0
0
Kelebihan Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar )  | Alhamdulillah syukur pada Allah , masa dari di beri ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini . Terima kasih Allah . Syukur juga dapat berkongsi ilmu bersama teman pembaca blog KakYa . Petang ni KakYa nak kongsikan mengenai Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar )  . Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar ) adalah antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari .

Penghulu Istighfar



Lafaz Sayyidul Istighfar  :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

Maksudnya :
Ya Allah , Engkaulah Tuhanku , Tiada Tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku . Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku . Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan . Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau . 

Waktu dibaca :

Selepas subuh dan selepas asar.

Kelebihan Buat Sesiapa Yang Mengamalkan Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar ) 

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (  pagi ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga . Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Fadhilat membaca Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar ) :

Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah " Allahumma anta……" . Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga . Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga . (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah . Antara kelebihannya adalah :

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan , dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya .

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali , nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa .

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiayai dirinya , kemudian ia memohon ampun kepada Allah , nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun , Maha Pengasihani . ( Surah An Nisa' : 110 )

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka , selama mereka beristighfar . (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3 ) ( Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235 )

Seperti amalan selawat , amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan . Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat ( sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan ) . Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :


Sayyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar )


Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala .

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari . Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan '.

Sesungguhnya , istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya . Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita InsyaAllah .

Alangkah ruginya kita ,  jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan . Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya .

SUMBER : IslamItuIndah 2017

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live