Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah

$
0
0
Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah  | Surah Al Waqi’ah adalah salah satu surat Al Quran yang dikenal sebagai surah penuh berkah dan memiliki banyak khasiat dan keutamaan yang besar . Kebanyakkan antara kita ramai yang mengalami masalah kewangan , duit tidak cukup untuk menampung kehidupan . Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki .


Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waaqi’ah (Hari Kiamat) , diambil dari perkataan Al Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama .

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih .

1. Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam , maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya . Sa’ad Al Mufti mengatakan , bahawa hadis ini sahih .

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“ Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya .”

2. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari , ia tidak akan ditimpa kefakiran .”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. , Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam , maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya .” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda : “ Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu . Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan .” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya . Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan , maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua .”

6. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki .

Sumber : Perkongsian di group WhatsApp


Doa Dhuha Dan Makna Bacaan

$
0
0
Doa Dhuha Dan Makna Bacaan | Sepertimana yang kita tahu , Solat Dhuha adalah antara amalan untuk menarik rezeki . Ada juga yang mengenali Solat Dhuha sebagai amalan murah rezeki . Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu Dhuha . Waktu Dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya ( kira-kira pukul 7 pagi ) hingga waktu zohor . Jumlah rakaat solat Dhuha biasa dengan 2 , 4 , 8 atau 12 rakaat dan dilakukan dalam satuan 2 rakaat sekali salam.


ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA , WAL BAHAA-A BAHAA-UKA , WAL JAMAAL JAMAALUKA , WAL QUWWATA QUWWATUKA , WAL QUDRATA QUDRATUKA , WAL ISHMATA ISHMATUKA .

ALLAHUMMA INKAANA RIZQI FISSAMA-I FA ANZILHU , WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU , WA INKAANA MU’ASSIRA FAYASSIRHU , WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU , WA INKAANA BA’IDAN FA QAHRIBHU , BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA , WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA , AATINI MAA ATAITA MIN ‘IBAADIKASSOLIHIN .



” Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu , kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu , kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu , perlindungannya perlindunganMu .

Ya Allah jika rezeki masih di langit , turunkanlah , Jika di bumi keluarkanlah , Jika sukar,permudahkanlah , Jika haram sucikanlah , Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha , kecantikanMu , keindahanMu , kekuatanMu , kekuasaanMu , Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh . ”

* Semoga Allah mudahkan segala urusan rezeki kita . Ya Allah Ya Tuhanku kau bukakanlah pintu rezeki untukku , ibubapaku , keluargaku , sahabatku , jiran jiranku dan seluruh ummat islam di dunia ini dengan seluas luas rezeki . Aamin aamin .

Aman Palestin Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Jom Menyumbang

$
0
0
Aman Palestin melancarkan Aplikasi Mudah Alih Jom Menyumbang | Aman Palestin telah melancarkan satu aplikasi mudah alih bagi memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan dengan mudah dan pantas untuk rakyat Palestin yang di timpa musibah . 




Jom sama sama kita muat turun aplikasi Jom Menyumbang melalui google play . 

#JomMenyumbang
#AmanPalestin

Mandian DASHING 2 in 1 Face And Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka

$
0
0
Mandian DASHING 2 in 1 Face And Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka | Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau ! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka dan Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka dan Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


DASHING 2 in 1 Muka dan Badan terdapat dalam 4 variasi ; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 

ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber. 



Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka dab Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.


Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka dan Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 

Kasut Raya Anak Anak Dah Settle Dah

$
0
0
Kasut Raya Anak Anak Dah Settle Dah | Alhamdulillah settle dah bab kasut raya anak anak minggu lepas . Ingatkan nak settlekan sebelum puasa sebenarnya . Tapi masa pegi nak beli takde saiz la , takde yang berkenan la , mula suka dah duk lama sikit jadi tak suka pon ada .. kiranya macam macam hal la jugak nak beli kasut raya untuk anak anak KakYa ni . Al maklum la anak  tiga orang lain citarasa masing masing . Aku suka kuning ko suka hijau .. aku suka biru ko suka kelabu gitu la , ada jer yamg tak sependapat . Jadi nak tak nak Umi dengan abah kena ikut kehendak diaorang jugak la sebab bukan Umi dengan abah yang nak pakai kasut raya tu nanti . Kan tak kena citarasa diaorang suntuk angin pulak nanti . 

Al Ikhsan pilihan anak anak untuk kasut raya diaorang 

Setahun sekali beli kasut raya cari la mana satu yang berkenan di hati . Ikutkan kehendak dioarang setahun sekali . Reward untuk anak anak juga sebenarnya , bagi semangat sikit kat diaorang . Akhirnya dalam masa satu jam lebih kat Al Ikhsan Kemaman , anak anak dah jumpa kasut pilihan diaorang . Tadaaa tudia kasut raya anak anak . Kakak Insyirah dengan Abang Iman pilih NIKE . Akif pilih Adidas . Sebenarnya masa kat rumah dia duk  zikir berulang nak NIKE , nak NIKE , nak kasut raya NIKE ... Tup tup sampai kat sana dia pilih Adidas . Katanya yang NIKE takde yang dia berkenan . 

Alhamdulillah selesai bab kasut raya anak anak . Anak happy Umi abah pon happy dapat tunaikan permintaan anak anak . Semoga dengan cara memberi pada anak anak rezeki KakYa dan suami akan terus bertambah . Ya Allah bukakan pintu rezeki seluas luasnya untuk kami Ya Allah . Aamin aamin . 

Tadaaa dua pasang NIKE sepasang ADIDAS . Adidas takde gang taun ni . Tunggu Umi brli kasut Umi la nanti kalau nak bergang . 

Sesi cuba kasut baru . Cubalah nak jangan tak cuba . Ni menjelang nak raya ntah berapa kali try tatau la ni . Setakat ni dah banyak kali dah duk try kasut . 

Ni Abang Iman punya . Syiok sangat duk try kasut baru , Umi panggil tengok kamera pon tanak . Try jangan tak try . 

Menyelit jugak kasut Umi kat situ . Takpo la sesekali nak menyelit ngan kasut anak anak . Umi pakai Verns jer raya taun ni . 

Ok dapat harga tanpa GST . Yeayy jimat la sikit bila dah takde GST . Alhamdulillah rezeki anak anak KakYa . Doakan Umi abah murah rezeki ya anak anak . 

Baju raya dah settle , kasut pon dah ada .. apalagi nak cari lepas ni . Biasa la kan kalau makin dekat nak raya makin banyak pulak benda nak di beli . Kekadang KakYa pon pelik jugak apasal dekat dekat nak raya nak beli tu nak beli ni tak ada tu tak ada ni . Masa tak raya ok jer takde la nak beli macam macam asal nak raya je keluar macam macam list nak membeli . Tabiat ke apa ?  Ok sampai sini jer citer kasut raya anak anak KakYa . Nanti kalau ada citer lagi KakYa updated lagi . Bulan poser ni nak mengarang pon kekadang mood lari . Kena kejor mood baru boleh mengarang . Tapi ok la boleh la jugak uo entri daripada tak buat apa apa kan sunyi sepi sedu pulak blog KakYa . Ok la sampai jumpa lagi korang ... 

Promosi Pakej Umrah 2018 Juara Travel

$
0
0
Promosi Pakej Umrah 2018 Juara Travel  | Pakej umrah adalah servis perjalanan yang disediakan oleh agensi agensi pelancongan ( travel agency ) . Kalau di ikutkan terdapat banyak pilihan pakej umrah yang di tawarkan oleh agensi agensi dan ianya berbeza mengikut agensi pelancongan yang ada . Salah satu agensi yang menguruskan pakej umrah terbaik dan mendapat kepercayaan ramai sejak berbelas tahun di Malaysia adalah Juara Travel .


Pernah dengar mengenai Juara Travel
Pernah survey pakej umrah Juara Travel ?
Pernah guna khidmat Juara Travel ?
Bagus ke khidmat Juara Travel ?

Juara Travel 

Juara Travel atau Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA. Bermula sebagai sebuah syarikat kecil , Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka beberapa cawangan di Pulau Pinang , Kelantan , Terengganu , Pahang , Johor , Perak dan Sarawak . Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun , Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga sekarang . Juara Travel  menawarkan pakej-pakej menarik bagi mereka yang berminat mengerjakan umrah dan yang paling penting , syarikat ini mempunyai lesen khas umrah yang rasmi . Jadi kalau anda ingin mengerjakan umrah tidak perlu takut di tipu atau sebagainya . Juara Travel dioercayai 100% . Alhamdulillah .


Antara servis yang disediakan dalam pakej umrah Juara Travel termasuk sekali urusan mendapatkan visa umrah , tempahan penerbangan pergi dan balik , penyediaan aturcara lawatan , penginapan di Makkah dan Madinah , penyediaan Mutawwif yang membantu urusan jemaah umrah , urusan ibadat umrah dan macam-macam lagi.




Promosi Raya !! Jom Umrah Bersama Juara Travel 

Ada tak di kalangan sahabat KakYa kat sini yang nak pergi Umrah untuk tahun 2018 . Mesti ada kan yang nak pergi Umrah tahun 2018 bulan Okt , Nov , Dis ni kan ! . Hasrat anda untuk melaksanakan ibadah Umrah pasti tercapai .  Juara Travel ada tawaran menarik kepada anda yang bakal mengerjakan Umrah . Pakej yang sangat sangat menarik bermula dari RM6290 khas untuk korang yang berminat menunaikan Umrah pada tahun 2018 . Pakej menarik ini termasuk tiket penerbangan bergantung pada tarikh yang dipilih .







Kenapa Perlu Memilih Juara Travel Untuk Pakej Umrah Anda

Kenapa pelu memilih Juara Travel untuk pakej umrah anda . Ok kalau anda tertanya tanya apa yang best sangat kalau aku pilih Juara Travel untuk pakej umrah . KakYa dah siapkan senarai kenapa anda perlu pilih Juara Travel antaranya,

- Harga yang ditawarkan sangat sangat berpatutan siap dapat diskaun sehingga RM100.
- Penyediaan kursus umrah secara berjadual 
- Bantuan permohonan visa umrah. Mempunyai muassasah sendiri (pengelola visa)
- Program penuh di tanah suci
- Jadual penerbangan yang confirm terbang . Tiket penerbangan kelas ekonomi 
- Penggunaan alat bantuan (reciever) semasa pelaksanaan ibadah umrah. 
- Jarak hotel yang dekat 
- Umrah bersama mutawwif. Mutawiff atau pembimbing yang berilmu 
- Barisan staff di Madinah dan Mekah yang profesional
- Ziarah dan lawatan di Madinah dan Mekah
- Makan dan minum
- Beg pakaian besar (Kargo)
- Beg 'hand luggage'
- Sling beg
- Telekung dan beg telekung
- Ihram
- Buku panduan
- Air zam zam sebanyaj 5 liter
- Insurans berkelompok

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej Umrah yang ditawarkan oleh pihak Juara Travel , sila layari laman sosial tertera di bawah .


Sedih Itu Bertapa Di Hati

$
0
0
Sedih Itu Bertapa Di Hati | Salam Syawal ke 6 sahabat . Petang ni KakYa nak berkongsi cerita bersama sahabat . Sebelum ni KakYa tak pernah kongsi kisah KakYa yang INI kat media sosial baik facebook , instagram , twitter apalagi dekat blog .  Cerita ni KakYa dah publish kat facebook pagi tadi . Ingatkan nak publish kat blog pagi tadi jugak , tapi kekangan masa dan KakYa pulak demam terus tergendala hingga ke petang . Petang ni KakYa ada sedikit masa dan cuba luangkan untuk menulis untuk kesekian kalinya.

Bila dapat soalan soalan cepumas daripada sedara mara saat korang seronok berkumpul suka ria di hari raya . Apa yang korang rasa ?

" AKIF DAH BESAR DAH , BILA LAGI NAK DAPAT ADIK ? TAKDE RASA NAK TAMBAH ANAK LAGI KE ?  MERANCANG KE ? ANAK POMPUAN SORANG JER TANAK TAMBAH ANAK POMPUAN LAGI KE ? DAH ADA DUA ANAK LELAKI TAMBAH LA LAGI SORANG ANAK POMPUAN BUAT KAWAN NGAN KAKAK KESIAN KAKAK TAKDE KAWAN , KAN KAKAK ? .. 

Ni antara soalan soalan femes bila jumpa sedara mara , sahabat handai dan jugak jiran tetangga tua muda kat kampung masa HARI RAYA . Yess KakYa pon ada dapat soalan yang sama . Tapi KakYa Ok je , tak melatah takde la rasa nak sentap bagai memang takde semua tu apalagi nak tuduh tuduh orang yang tanya tu membawang memang takde walau sekelumit rasa itu datang dihati KakYa . Alhandulillah sabarlah wahai hati .

Tapi bila soalan soalan ni menerpa apa yang KakYa rasa . KakYa rasa nak nangis nak nangis nak nangis kat situ juga . KakYa tahan airmata KakYa tenangkan diri dan doa dalam hati Ya Allah jangan KAU jatuhkan air mataku di sini Ya Allah . Ingatan KakYa pada peristuwa sembilan tahun lepas pasti menerpa . 

KakYa teringat balik waktu lahirkan Akif sembilan tahun lepas , dua tiga empat hari lepas Muhammad Akif Imtiyaz lahir ke dunia KakYa tersilap cakap bila suami KakYa tanya . Nanti lepas Akif kalau ada anak perempuan pon ok jugak kan ? Boleh la gang dengan kakak . KakYa cakap tak nak dah tak nak sakit bersalin Akif ni masih terasa rasa lagi . Tak nak dah cukupla 3 orang ni jer bang . Tak nak dah . KakYa duk ulang ayat tu la kat suami setiap kali suami tanya . Tanpa KakYa sedar ucapan yang keluar dari mulut KakYa  sebenarnya satu doa.  Celuparnya aku Ya Allah . 

KakYa lupa Allah maha mendengar . Dan hingga ke  saat ini KakYa menyesal sesangat . Menyesal sebab apa yang KakYa cakap itu satu doa yang menyebabkan KakYa tak dapat anak lain lagi selepas Akif . KakYa menyesal sesangat sebab mulut masin KakYa duk ucap ayat tak nak tak nak tak nak sampai arini KakYa tak dikurniakan zuriat lain selepas Akif. 

KakYa usaha dan teruskan usaha . Bagi KakYa mungkin belum rezeki Allah nak bagi anak ke 4 tapi KakYa rasa terkilan sebab silap cakap dan silap ulang cakap benda sama . Saat KakYa rasa sangat sangat nak bermain dengan baby sendiri KakYa nampak baby orang lain KakYa sedih . Allah saja yang tahu perasaan waktu dan saat itu . Saat anak sulung KakYa suarakan hasrat nak adik perempuan hati KakYa tambah rapuh .

" Umi , kakak nak adik perempuan pulak la .. Kakak dah ada dua adik lelaki , jadi kakak nak adik perempuan pulak . Boleh tak Umi ? "

Saat Akif dengan Iman cakap , " Umi Akif nak adik sorang pon jadila , kakak ada adik abang iman ada adik tapi Akif takde adik " 

Akif pernah cakap kat KakYa" Umi jom kita pegi pasar kita beli adik sorang kat pasar " .. kalau la KakYa boleh adik untuk Akif KakYa dah beli dah kat pasar .

Sebaknya rasa hati saat anak anak minta diberikan seorang adik untuk diaorang . Tapi apakan daya KakYa , semua tu kuasa Allah . KakYa sebagai insan yang lemah hanya mampu berdoa , berdoa dan berdoa banyak banyak .

Tiga buah hati pengarang jantung KakYa dan suami . Anugerah terindah pinjaman dari Allah SWT untuk kami jaga dan didik sebaik yang mampu . Terima kasih Allah .

Mungkin betul bukan rezeki KakYa lagi tapi KakYa sangat sangat berharap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. 

Pernah satu hari bila KakYa lewat period terus nak pergi check kat Klinik . Tak dan dan time tu jugak nak pergi . Tapi jawapan yang KakYa dapat cukup menghampakan . Tapi KakYa terus cuba dan mencuba . KakYa teruskan dengan doa . Moga ada sinar untuk KakYa dan suami untuk menimang cahayamata lagi. 

Ya Allah , andaikata keceluparan aku dahulu menyebabkan KAU tak berikan aku zuriat lain hari ini , KAU maafkanlah aku Ya Allah . Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah .  Aku juga insan yang tak berdaya menolak takfir Ya Allah . PadaMU ku meminta padaMU ku berserah . KAU yang maha mengetahui segala galanya , KAU maha berkuasa Ya Allah . Tunaikanlah permintaan hambaMU yang lemah ini Ya Allah . 

Moga Allah makbulkan doa KakYa . Tak banyak yang KakYa pinta moga Allah berikan peluang untuk KakYa dapat baby lagi . Moga Allah kurniakan cahaya bahagia untuk KakYa merasa sekali lagi mengandung dan melahirkan cahayamata . InsyaAllah aamin aamin . Doakan untuk KakYa ya sahabat .

4 Tips Pembuka Rezeki

$
0
0
4 Tips Pembuka Rezeki | Alhamdulillah KakYa nak kongsikan dengan sahabat sahabat KakYa mengenai 4 Tips Pembuka Rezeki . KakYa dapat tips ni dari posting WhatsApp dan juga Mr Google . KakYa rasa sangat sangat teruja bila baca tips yang disenaraikan dan tak sabar juga ingin berkongsi bersama korang .

Bila sebut tentang rezeki kita perlu ingat satu perkara mengenai REZEKI . Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang . Tapi rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk dan juga . Rezeki dalam hidup kita lain-lain . Contoh rezeki antaranya harta benda , makanan , minuman , anak , isteri , kesihatan dan dapat melakukan amal soleh seperti solat berjemaah di masjid serta hadir pada majlis ilmu agama juga di panggil rezeki .

4 Tips Pembuka Rezeki

Sebaiknya tips yang akan KakYa kongsikan ini eloklah diamalkan waktu pagi-pagi . Berikut KakYa kongsikan 4 tips pembuka rezeki . InsyaAllah , semoga apa saja yang kita hadapi Allah bukakan jalan kehidupan , dipermudah dan lancar . Aamin aamin .

1. Baca surah al-Fatihah ( 7x dengan niat sedekah untuk insan-insan kesayangan )
2. Baca surah al-Fath ( ayat 1-5, 3x )
3. Baca selawat Fatih (3x)
4. Zikirkan Ya Allah Ya Fattah (33x)

Amalkanlah masa tengah bersiap-siap nak pergi kerja atau waktu uruskan keperluan keluarga. Pakai baju . Bersarapan .  Start enjin kereta . Perjalanan ke tempat kerja . Sehingga sampai ke destinasi . InsyaAllah . Dengan izin Allah . Semua aktiviti yang kita usahakan hari itu , Allah uruskan sehabis mudah.

TIPS 1 : Surah Al-Fatihah

* Al-Fatihah ( Pembukaan ) dan juga digelar Ummul Kitab ( Ibu Kitab bagi Quran ).
* Selalu dengar , sedekahkan al-Fatihah untuk mereka yang tersayang . Sejauh mana kita amalkan ? Kerap mana kita buat ? Konsisten atau tak setiap pagi ? Selepas menunaikan solat ?
* Jika dibaca surah yang dah jadi kelaziman ni ( sebab tiap rakaat solat , wajib baca ), sejauh mana kita faham dan hayati terjemahannya ?
Jom mulai hari ni , kita perkemas bacaan al-Fatihah kita . InsyaAllah ada bonus menanti dari Dia.


TIPS 2 : Surah al-Fath ( ayat 1-5 )

Berikut terjemahan surah al-Fath . Baca dan hayati terjemahannya . Sungguh , Allah sebaik-baik Penolong . Hanya kepadaNya kita mohon pertolongan . Jom tadabbur bersama-sama terjemahannya. Dengan nama Allah , Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani .
1] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata .
2] Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus .
3] Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang banyak .
4] Dia lah yang telah menurunkan
ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka ( yang telah ada ) . Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .
5] Supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah .


TIPS 3 : Selawat Fatih

InsyaAllah amalkan 3x minimum ( buat lebih, lagi bagus sebenarnya ).
- Allah janji akan beri pertolongan , insyaAllah berkat selawat ke atas junjungan Nabi SAW beroleh rahmat dari Allah , Dia bagi tepat pada masanya . Allah tidak pernah menyalahi janji-Nya .




TIPS 4 : Ya Fattah

Zikirkan 'Ya Allah Ya Fattah' ( 33x ) . Maksudnya , Allah Maha Pembuka . Kalau dapat lebih , itu satu bonus . Yang penting , amalkan secara konsisten .

Jom kita buat dengan penuh istiqamah . Buat setiap pagi setiap hari . Usahakan niat kerana Allah . InsyaAllah keajaiban sentiasa dihidangkan di depan mata kita . Semoga menjadi ilmu bermanfaat dan selamat beramal duhai teman kesayangan .

Kredit Sumber : KaKYa dapat dari perkongsian dekat satu website tapi KakYa lupa apa nama website tersebut . Ada juga perkongsian dari group WhatsApp .



Kenapa Networking

$
0
0
Kenapa Networking | Pada tahun 2020 nanti yang pasti Industri TERBAIK adalah "Network Marketing" (Perniagaan Yang Mempunyai Rangkaian) dan rakyat Malaysia akan berpusu-pusu melakukannya. - Tun Dr. Mahathir Mohamad  .


Perbincangan mengenai kenapa networking (Why Network Marketing) Penulis Buku ini Robert T Kiyosaki bersama dengan billionaire Donald Trump berkongsi idea tentang masalah ekonomi yang berlaku sekarang dekat Amerika Syarikat.

Menurut mereka, Industri Networking bakal mengalahkan semua industri. Networking adalah satu industri yang menggunakan Kuasa Leverage. (Orang-orang kaya faham maksud Leverage kerana kekayaan mereka selama ini daripada Leverage iaitu satu anugerah daripada Tuhan)

Contoh kuasa Leverag . Jika pendapatan kita dari RM2 dan ia berganda setiap bulan, beginilah yang akan terjadi .
RM3 

bulan 1 RM4…
bulan 2 RM8...
bulan 3 RM16…
bulan 4 RM32…
bulan 5 RM 64…
bulan 6 RM128…
bulan 7 RM 256…
bulan 8 RM 512…
bulan 9 RM 1024…
bulan 10 RM 2048…
bulan 11 RM 4056…
bulan 12 RM 8112…
bulan 13 RM 16, 224…
bulan 14 RM 32,448…
bulan 15 RM 64,896…
bulan 16 RM 129,782…
bulan 17 RM 259,564…
bulan 18 RM 510,128…
bulan 19… dan berterusan…

Bulan yang ke 19 anda sudah mempunyai pendapatan setengah juta bermula dari RM2. Ini lah yang dinamakan KUASA LEVERAGE. Inilah yang berlaku dalam Industri Networking. Ramai yang terlepas pandang atau tidak faham tentang kuasa Leverage dalam Network Marketing.

Sebab tu , ada satu temuramah antara Donald Trump dengan wartawan, para wartawan tanya pada Donald Trump, kalau dia jatuh bankrupt, dia nak buat bisnes apa.

Jawapan :

Saya akan cari satu company MultiLevel Marketing Terbaik dan join.

Wartawan semua ketawakan dia . Donald Trump bidas semula dan bercakap “ Sebab tu lah saya duduk diatas sini dan ANDA berada dibawah "

Ada satu kes lagi , kenyataan oleh lelaki paling kaya sekali di dunia Warren Buffet .

Dalam hidup dia pertama kali dia menceburi pasaran yang sangat menguntungkan dan berpotensi iaitu semasa dia berada di Industri Networking . 

“ Aku Mempunyai Minda Seorang Jutawan ”

Lebih baik income bisnes bermula dengan RM2 dan naik berganda-ganda setiap hari , setiap minggu , setiap bulan , berbanding makan gaji naik setahun sekali RM200-RM500 .

FAHAM KE FAHAM ?

Networking Bermaksud .. Business dari Pecahan Rangkaian.

Hanya Perlukan Sedikit Usaha utk SUCCESS..!!

*KakYa dapat dari perkongsian WhatsApp . Tergerak hati nak copy paste kat sini . Moga bermanfaat .

Tips Minda Magnet Rezeki

$
0
0
Tips Minda Magnet Rezeki | Selamat pagi sahabat blogger dan rakan pembaca blog KakYa . Salam MAGNET REZEKI . Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berkat buat sahabat KakYa semua . Semoga Allah SWT kurniakan sederas dan seluas luas rezeki buat korang semua . Aaamin aamin .

KakYa ada baca beberapa tips mengenai Minda Magnet Rezeki dan KakYa terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat . Berikut KakYa kongsikan beberapa Tips Minda Magnet Rezeki yang mudah dan santai . Walaupun mudah  dan santai , jangan terkejut kerana impaknya pasti buat kita terpegun . Pastinya dengan izin Allah SWT .

-  Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan . Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri .

Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah) .

- Banyakkan Bersedekah

Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah , semakin Allah menambahkan rezeki kita . Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka , jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan) . Lagipun , belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah .

Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti . Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama . Peganglah prinsip “ tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima .”

- Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT . Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya . Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah :

• Doa selepas solat 5 waktu
• Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
• Doa waktu solat dhuha
• Doa diwaktu berjemaah
• Doa seorang ibu
• Doa ketika sedang sujud

Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini . Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati . Apabila hidup kita diberkati , maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita . Insya-Allah .

Hati Hati ! HFMD Sedang Menular

$
0
0
Hati Hati ! HFMD Sedang Menular | Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) menasihatkan ibubapa supaya berhati hati dengan virus yang menyebabkan penyakit HFMD . HFMD sedang menular sekarang ini dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan peningkatan kes akibat jangkitan  semakin meningkat . 

Apa Itu HFMD Dan Bagaimana Ianya Terjadi

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung , air liur , lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD . Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam , luka (ulcer) di mulut , ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki . HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri . Namun begitu , segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung .

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama , seperti di taska, pusat asuhan atau sekolah .

Tanda Tanda HFMD

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti : 

- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak , mulut dan lidah
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Ruam dengan vesikel (lepuhan) pada tangan , kaki dan kawasan diaper .


HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri . Namun begitu , segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung .


Langkah Langkah Pencegahan Dan Rawatan HFMD

HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti . Maka , bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil , Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa :

-  Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah .

- Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak .

- Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘ Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah ’ serta ‘ Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan , Kaki Dan Mulut ’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat  :  http://www.moh.gov.my.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Yayasan Qaseh Zy Phyto : Penglibatan , Peranan Dan Sumbangan

$
0
0
Yayasan Qaseh ZY Phyto | Yayasan Qaseh Zy Phyto adalah anak syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd . Tujuan utama Yayasan Qaseh Zy Phyto ditubuhkan adalah untuk memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan , pembangunan ilmu , latihan dan usahasama sahabat secara istiqamah melalui program peningkatan dari segi aspek kerohanian dan identiti diri serta memperkasa ekonomi setempat melalai rantaian perniagaan utama Zy Phyto .

Latar Belakang Penubuhan Yayasan Qaseh Zy Phyto

Penubuhan Yayasan Qaseh ZY Phyto telah diilhamkan oleh Encik Zaidi Bin Yusoff pada pertengahan tahun 2016 . Yayasan Qaseh ZY Phyto telah didaftarkan secara sah di bawah Akta Syarikat 1965 , pada 17 November 2016 dengan No Pendaftaran : (1209349W) 


Ahli lembaga pengarah Yayasan Qaseh Zy Phyto terdiri daripada : 

- Encik Zaidi Bin Yusoff
- Puan Sharifah Ameelia Akma Binti Mohd Ramly
- Encik Salehhin Bin Hassan
- Encik Saiful Izham Ramli


Aktiviti Yayasan Qaseh Zy Phyto 


Yayasan Qaseh Zy Phyto banyak melaksanakan kerja kerja amal seperti pengagihan makanan kepada gelandangan dan orang miskin , aktiviti pengumpulan pakaian dan barangan terpakai , aktiviti bersama warga emas , mengendalikan majlis kemasyarakatan bersama sama komuniti islam , pengagihan infak ke badan badan kebajikan dan juga  program melancong sambil beramal . Inilah antara cabang amal dibawah Yayasan Qaseh Zy Phyto  .

Kembara Qaseh Kemboja 

Program Mendakap Qaseh Acheh

Program Iftar Ramadhan Dan Terawih

Majlis Korban 

Kembara Qaseh Perth 

Kembara Qaseh Mabul 

Kembara Qaseh Sarawak 

Agihan Sumbangan Kepada Gelandangan 

Agihan Infaq Pada Yang Memerlukan 

Badan Badan Yang Di Sokong Oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto 




Berikut adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto . Antaranya ialah :

- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya 
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam 
- Pusat Tahfiz Sungai Merab 
- Pusat Dialisis Mais 

Alhamdulillah banyak program program menarik yang telah dijalankan oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto sepanjang penubuhannya . Di harapkan Yayasan Qaseh Zy Phyto akan terus berkembang maju di masa masa akan datang dan dapat memberi lebih  banyak sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan . InsyaAllah .

Bila Ada Anak Perempuan

$
0
0
Bila Ada Anak Perempuan | Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan . Alhamdulillah syukur , terima kasih Allah atas anugerah rezeki yang KAU pinjamkan untuk kami suami isteri . Nama di beri Nur Aina Insyirah . 


Jujur , masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya .

Ada anak perempuan jangan ambil mudah 
Jangan buat tak endah
Tanggungjawabnya berat
Tugasnya amat besar 

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup 
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerana diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
Terangkan kepada mereka tentang haid , 
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka - Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah , 
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian untuk kita bersama ibu ayah ⚘⚘⚘


Suhaimi Abd Aziz , anak perempuan kita kakak Insyirah sorang je . 

Semak Arah Kiblat Semasa Fenomena Istiwa A’zam 16 Julai 2018 Jam 5.28 Petang

$
0
0
Semak Arah Kiblat Semasa Fenomena Istiwa A’zam 16 Julai 2018 Jam 5.28 Petang | Fenomena Istiwa A’zam ialah kedudukan di mana matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa dan nilai sudut Istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud . Peristiwa Istiwa A’zam (matahari tegak di atas kaabah) hanya berlaku dua kali dalam setahun . Peluang terhadap fenomena ini boleh diambil dengan mengenalpasti dan mengesahkan arah kiblat tempat di mana kita berada . Pengesahan arah kiblat ini boleh dilakukan dengan kaedah yang paling mudah iaitu meletakkan sebatang kayu yang panjang dan lurus pada waktu petang . 


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fenomena Istiwa A’zam 

Pada waktu ini , kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah dan semua bayang-bayang objek tegak di seluruh dunia akan menghadap ke arahnya .

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun . (28 Mei Jam 5.16 petang) dan (16 Julai Jam 5.28 petang) . Jika tahun itu adalah tahun lompat , maka ia akan berlaku awal sehari .

Di Malaysia , bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur . Oleh itu , arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat .

Cara-Cara Semakan Kiblat Dilakukan 

Pergi ke tempat lapang yang terdedah dengan matahari .

Pacak satu tiang atau objek panjang dalam kedudukan 90 darjah .

Lihat arah kiblat melalui bayang-bayang semasa waktu fenomena ini berlaku . 

Ingat , jika di Malaysia arah kiblat adalah bertentangan dengan arah jatuhnya bayang-bayang .

Tabung Haji Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak

$
0
0
Tabung Haji Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak | Alhamdulillah raya dah lama abih .. Duit raya anak anak yang orang bagi sepanjang musim raya kali ni dah selamat En Hubby masukkan ke akaun Tabung Haji anak anak . Semua duit raya anak anak telah selamat masuk akaun Tabung Haji .  Alhamdulillah terima kasih atas rezeki duit raya yang diberikan untuk anak anak . Syukur selalu .  Anak anak KakYa sejak dioarang kecik lagi KakYa dan En Hubby memang dah sediakan buku simpanan Tabung Haji untuk simpan duit dioarang . Sejak diaorang baby lagi memang kami dah simpan duit diaorang kat Tabung Haji .


Tahun ni duit raya yang diaorang dapat dalam RM300 lebih sorang . Alang alang nak pegi simpan kat Tabung Haji , KakYa kirakan sekali duit tabungan harian diaorang yang belum sempat simpan . Jadi setelah di kira dan di tolak semua sekali  dapatla RM400 sorang simpan kat Tabung Haji kali ni . Alhamdulillah syukur sangat sangat sebab anak anak KakYa ni memang suka simpan duit lebih belanja sekolah . Dioarang akan simpan paling banyak rm1 sehari . Paling sikit 50 sen sehari . Boleh la buat simpanan untuk diaorang bila dah cukup masa menyimpan . Cukup bulan En Hubby akan tambah jer sikit lagi bagi cukupkan quota simpanan anak anak . 


Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak 

Tabung simpanan terbaik untuk anak anak KakYa  pastinya Tabung Haji . Pilihan hati KakYa dan En Hubby untuk simpanan anak anak . Kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak ?

Oh kalau tanya kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak  , sebab utama banyak kelebihan yang disediakan pihak Tabung Haji antaranya patuh syariah , konsisten dividen , zakat dan dividen sudah  ditolak terus dan boleh dijadikan sebagai  simpanan menunaikan haji anak-anak dan juga simpanan tetap untuk mereka . Yang penting mak ayah jangan gatal gatal tangan nak keluarkan duit anak anak . Setakat ni alhamdulillah akaun Tabung Haji anak anak KakYa belum lagi terusik sejak menyimpan untuk diaorang .


Bab bab menyimpan ni kita sebagai ibubapa perlu terapkan nilai murni untuk mereka menyimpan dan berjimat cermat kepada anak anak kita . Kalau bukan kita yang ajar anak anak benda ni semua , macam mana anak anak nak belajar menyimpan .

Bila mereka tengok usaha kita menyimpan untuk mereka , kita galakkanlah mereka menabung  dan jangan membazir . Lama lama tabiaat menyimpan dalam diri mereka akan bertambah kuat dan akan jadi satu amalan buat mereka untuk menyimpan sampai bila bila . InsyaAllah anak anak Umi boleh . Yakin boleh !

Korang dah simpan ke duit raya anak anak . Simpan kat mana ? Tabung Haji jugak ke . Meh ler kongsi kat sini . KakYa nak tau jugak ..


Menang iPhone X Setiap Minggu Dengan Menyertai BeQueen Video Challenge

$
0
0
Menang iPhone X Setiap Minggu Dengan Menyertai BeQueen Video Challenge | Wow ! Wow ! Wow !!!  IPhone X untuk di menangi setiap minggu . Korang kena join BeQueen Video Challenge kalau korang nak menang iPhone X . Macam mana nak menang kena baca entri KakYa ni sampai habis okey . KakYa pon nak menang iPhone X jugak la . Jom kita pakat pakat join , mana tahu boleh menang iPhone X . 


BeQueen Video Challenge 

Pernahkah korang dengar tentang #BeQueenChallengeMY  ??? ..

Peluang untuk korang memenangi IphoneX setiap minggu !

Bagaimana untuk menyertai ? Sangat sangat mudah , korang boleh ikut langkah-langkah kat bawah ;

Langkah 1: Beli produk BeQueen dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150.

Langkah 2: Muat naik video kreatif korang dengan BeQueen dan tag Bequeen HQ di Facebook dan juga Instagram .

Langkah 3: Like & share halaman FB Bequeen HQ dan IG BeQueen di @bequeen_hq 

Sila lawati halaman Facebook BeQueen Hq  dan Instagram @bequeen_hq atau laman web www.bequeen.my untuk mendapatkan maklumat lanjut . https://bit.ly/2NkMLqJ ( link peraduan ) .

Jangan lupa untuk hashtag ! Video yang mendapat tontonan dan like yang paling banyak akan menang !

#BeQueenChallengeMY #BeQueenMY

Apa Itu BeQueen Skincare ? 

Ok kali ni KakYa nak citer kat korang mengenai BeQueen Skincare . KakYa harap bila KakYa citer kat sini korang akan dapat lebih info bagi memudahkan korang untuk mendapatkan produk BeQueen Skincare . Nanti takde la korang tertanya tanya lagi apabenda la BeQueen Skincare ni . 

BeQueen Skincare adalah produk penjagaan kulit yang baru saja dikeluarkan di pasaran dan telah ramai orang di luar sana sedang mencuba produk hebat ini .  BeQueen Skincare sangat sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit dan jenis kulit . Tak kira kulit korang jenis kering ke berminyak ke semua boleh guna BeQueen Skincare .

Tadaa ni la dia rupa paras kotak BeQueen Skincare kalau korang nak tahu . Ha aa tengok kotak pon dah terjatuh suka dengan warna warna lembut kat situ kan kan kan . Tak tengok lagi isi kandungan kat dalam . Dah tengok isi kat dalam konpem lagi suka .

Kenapa KakYa cakap semua boleh guna BeQueen Skincare . BeQueen Skincare tiada bahan kimia berbahaya di dalam mana-mana produk keluarannya dan bahan-bahannya adalah 97%  diperbuat daripada bahan organik . Antara bahan utama yang terdapat dalam BeQueen Siincare adalah Madu Lebah Kelulut ( Trigona Honey ) .

Madu Lebah Kelulut ( Trigona Honey ) mempunyai banyak komponen bermanfaat yang akan memberi manfaat kepada kulit dan meningkatkan kulit keseluruhan anda .

Jeng jeng jeng suka tak ! suka tak ! . Opkos la suka sebab set mewah 4 dalam 1 ni memang awesome dan pasti memenuhi citarasa korang yang inginkan kulit wajah sehalus kulit bayi . 

BeQueen Skincare terdiri daripada Set 4 dalam 1 termasuk Pencuci Muka Trigona Honey , Krim Siang Trigona Honey , Krim Malam Trigona Honey dan Serum Trigona Honey . 

Pencuci Muka Trigona Honey 



- Pencuci Muka Trigona Honey membersih bahagian kulit dengan rata tanpa mengeringkan kulit muka . Ekstrak minyak zaitun dan esktrak madu lebah kelulut memulih kulit akibat luka .

Krim Siang Trigona Honey 



- Krim Siang Trigona Honey mengandungi SPF 30 yang menghalang sinar UV cahaya matahari . Ekstrak buah “Bearberry” dapat membantu meratakan kulit dan kombinasi ekstrak madu lebah kelulut bersama , berkesan untuk melembut dan mencantikkan kulit menjadi lebih sihat , lembut dan bersinar . 

Krim Malam Trigona Honey



- Krim Malam Trigona Honey memperkaya dan memulih semasa anda tidur . Madu lebah kelulut aktif dan asid ‘hyaluronic’ membantu memulihkan kulit secara luar dalam . Bertindak sebagai agen pelembap kulit , ia membantu melembut dan melambatkan penuaan kulit untuk tampak lebih sihat !

Serum Trigona Honey 



- Serum Trigona Honey ini diperkaya dengan magnesium , potassium dan kalsium yang membantu untuk memperbaik pulih sel kulit dan memberikan perbezaan yang menakjubkan pada kulit .

BeQueen Skincare adalah produk penjagaan kulit semulajadi , tiada percubaan ke atas haiwan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KMM ) . Diinspirasi dari estrak alam semula jadi dan “Madu Lebah Kelulut” diperbuat khas untuk anda . Mengandungi minyak zaitun , ekstrak bearberry , esktrak alga dan kombinasi madu lebah kelulut (Trigona Honey) yang berkesan untuk 100% khasiat , melembap dan kebaikan kulit .


Kebaikan khasiat madu lebah kelulut juga dapat memelihara kecantikan semula jadi kulit korang agar menjadi lebih sihat dan bersinar . Wah ! bersinar gitu .. Makin glowing la wajah korang kalau korang guna BeQueen Skincare ni secara konsisten .

Selain produk 4 dalam 1 ini , terdapat beberapa produk BeQueen yang korang boleh cuba  dan KakYa sarankan untuk korang cuba Trigona Honey Essence .


Trigona Honey Essence dipanggil sebagai ‘magic water’ . Tak susah nak guna hanya semburkan semburan pada kulit wajah jer . Mudah sesangat . Estrak Alga menjadikan kulit lembut dan sihat dari dalam serta bertindak sebagai antioksidan dan menjaga kulit dari radikal bebas . Kena cuba okey !

Apa Kata Pengguna BeQueen Mengenai Produk Hebat Ini 






A post shared by BeQueen Malaysia (@bequeen_hq) on




Amacam berminat tak dengan BeQueen Skincare . Dah tahu serba sikit mengenai BeQueen Skincare ni pasni boleh la korang cuba produk ni dan jadikan rutin harian untuk mendapatkan kulit wajah yang flawless .

Untuk maklumat lanjut mengenai BeQueen Skincare korang boleh lawati dan layari laman tertera di bawah :

Facebook : www.facebook.com/bequeen.my/
Instagram : www.instagram.com/bequeen_hq/
Website : http://bequeen.my/
No Tel : 013 - 204 0013
Alamat : BeQueen, Star Central, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000, Cyberjaya

Cik Manggis Yang Jujur Bukan Cik Epal Mahupun Cik Mangga

$
0
0
Cik Manggis Yang Jujur Bukan Cik Epal Mahupun Cik Mangga | Hitam hitam si tampuk manggis . Isi kat dalam putih manis . Sekarang ni kan musim durian , biasanya bila musim durian akan ada la buah manggis sebab dedua ni kawan rapat . Takle pisah pisah , time durian ada adalah Cik Manggis duk menempel . Ibarat isi dengan kuku nak tepat lagi aur dengan tebing . Hahaha sama jer peribahasa tu , maksud dia rapat laaaa . Korang duk buat apa tu ? Tengah layan  manggis ke tu ? 

Nah buah manggis untuk di tonton . Sikit sangat takle nak bagi sorang satu . Tonton udah la yer .

Petang ni KakYa nak bagitau kat korang satu fakta menarik mengenai Cik Manggis bukan Cik Epal bukan Cik Mangga maupon Cik Durian . Tapi Cik Manggis okey ! Korang dah tahu ke belum . Kalau dah tahu buat buat belum tahu la ya . Baru excited KakYa nak bagitau . Hehehe ...

Cik Manggis adalah buah yang paling jujur di muka bumi Allah ini . Uikss jujur nau Cik Manggis , kenapa ya ? Ini kerana Cik Manggis  tidak pernah menipu manusia tentang berapa ulas isi di dalamnya .  Cewahh jujur gituuuu ! Tak pernah menipu kau tahuuu !! 

Nak tau tak kenapa ?  Cik Manggis ni kan , kita boleh tahu jumlah ulas dia hanya melihat pada tampuknya sahaja . Tengok tampuk jer dah tahu berapa ulas isi kat dalam .

Ni ha tampuk manggis . Kira jer berapa kelopak bunga yang ada kat bawah tu .

Kat mana tampuk Cik Manggis ? Tampuk yang berbentuk bunga duk kat bawah . Jadi sebelum korang kopek buah manggis tu , kira dulu berapa kelopak bunga yang ada . Jumlah kelopak bunga tu la jumlah sebenar berapa ulas isi manggis kat dalam tu . 

Tak caya cer try kira dulu kelopak kat bawah Cik Manggis tu pastu kopek la Cik Manggis tu tengok betul ke idok ? Tu jer la nak gitau . Saja suka suka nak share walaupon ramai yang tahu . Ke ada lagi yang tatau .. 

Setakat yang ada dalam mangkuk ni semua betul . Kalau kelopaknya 7 makanya 7 ulas isi Cik Manggis kat dalam tu . 

Kenapa buat entri pasal Cik Manggis tetiba ni KakYa ?? .. Baru baru ni anak sulung KakYa , Insyirah balik rymah dari asrama .. Dia tanya kat abah dia "Abah tau tak kita boleh tahu berapa ulas manggis hanya tengok tampuk bawah dia jer , abah tau ke tak ni ? .. "  Abah dia angguk jer . Tau la tu kan kalau dah angguk angguk lagu tu . Pastu Insyirah cakap la "kakak baru tahu , selama ni makan jer takde la nak kira kira kelopak bagai . Pasni kakak carik kelopak paling banyak la hahahah " . Yo la kakak . Carikla nak oii .. Excited dia bila dah tahu .. 

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan

$
0
0
Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan | Jangan Bimbang ! Asal sahaja kita mahu BERUSAHA pasti ada saja yang akan MEMBANTU . Dan Allah akan menunjukkan jalannya . Yang penting jangan lupa Allah . Jangan segan segan minta pada Allah . Jika mahu berjaya tidak kira dalam bidang pelajaran , perniagaan ataupun pekerjaan kita perlu berusaha bersungguh sungguh dan belajar daripada insan yang telah meraih kejayaan bukan setakat belajar daripada kesilapan sendiri .


Jangan Mudah Stress

Terkadang bila kita terlalu berharap dan meletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya kita akan mudah stress . Stress menjadikan kita lemah dan malas untuk melakukan kerja . Ini menjadikan hidup kita hura hara kerana kita melakukan sesuatu dalam keadaan stress . Tips untuk hilangkan stress perbanyakkan doa dan zikir . Insyaallah hilang stress  bilamana kita mengamalkan doa dan zikir .

Kelilingi Diri Dengan Mereka Yang Hebat 

Ingin jadi insan hebat dan berjaya ? Caranya kelilingi diri anda dengan mereka merwka yang hebat dan pasti anda juga akan jadi onsan hebat dan berjaya seperti mereka . Beranikan diri untuk meninggalkan kelopak yang lama dan binalah kelopak yang baru yang akan membawa kita lebih maju dan berjaya di masa masa akan datang . Jangan lupa bawa bersama rakan rakan kita agar mereka juga dapat berjaya bersama sama kita .

Cuba Benda Baru 

Kita ni kan memang tak lepas dengan buat benda lama dan sentiasa mengulang ulang benda yang sama . Kenapa ? Kerana kita takut nak mencuba benda baru . Bila kita sudah merasa selesa dengan apa yang kita buat , apa yang kita ada kita jadi selesa dan berterusan melakukan benda yang sama . Apakata cuba benda baru agar kita terus maju dan tidak ketinggalan . Dengan cara ini kita kan mencapai kejayaan yang lebih hebat di masa masa akan datang .

Menulis Matlamat Diri 

Setiap seorang daripada pasti mempunyai matlamat untuk berjaya . Tetapi kalau sekadar matlamat ianya belum.mencukupi . Tulislah matlamat anda agar dapat di baca berulang ulang kali dan minda anda akan memproses untuk memenuhi setiap matlamat yang anda tulis . Tulis matlamat anda berulang kali bagi menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut .

Jangan Malas Untuk Bertanya 

Bila kita rasa diri kita hebat , kita jadi malas untuk bertanya walaupun kita tidak tahu jawapan untuk pertanyaan yang bermain di minda kita . Walau siapapun kita dan sehebat mana kita sekarang , kita masih perlu.menuntut ilmu . Paling mudah mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya . Jangan malu untuk bertanya kelak kita juga yang rugi .

Urus Masa Dengan Baik 

Salah satu ciri orang berjaya adalah mereka bijak dalam mengurus masa . Pengurusan masa sangat penting untuk menjadi insan berjaya . Jadi kita kena bijak urus masa untuk jadi cemerlang  dan jangan membazir masa kerana masa tidak boleh di undur kembali .

Minta Yang Baik Baik Dengan Allah 

Sentiasa ingat Allah dan minta apa saja dengan Allah . Allah sebaik baik perancang . 

" Ketika meminta kepada Allah jangan minta yang kecil kecil tapi mintalah yang terbesar sekali . Jangan dilihat kelayakan kita untuk menerima , sebaliknya lihatlah pada kelayakan Allah yang maha memberi "
( Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar )

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHHIL AZIM

"Ya Allah, Izinkan Aku Menjemput RezekiMU"
               Ya Allah ! Aku Magnet Rezeki .

One Summer In Dubai : What To Do For As A Tourist

$
0
0
One Summer in Dubai: What to do For as a Tourist | Dubai summer is in full swing.. And while the temperature tends to go up , like the spire of the Burj Khalifa, what can warm more than the searing offers of hospitable Dubai? We have gathered for you all the most summer staff: sales , festivals and , of course , a lot of entertainment in the open air and in the refreshing coolness of air conditioners . Your perfect summer in Dubai begins ! 

P.S : If, for some reason, you have not find a soul mate to travel with yet, visit here: https://romancecompass.com/muslim-dating-site/


Buy and Save

Take full advantage of the grand summer sales and do not miss the chance to make a profitable bargain at the Dubai Summer Surprises, which lasts 6 weeks from June 22 to August 4 . All guests of Dubai will be pleased with discounts from 25 to 75% of the world's leading brands, as well as tempting "offers of the day", acting during the sales .

At this time the shopping centers City Center Deira , City Center Mirdif, Dragon Mart 2 , Dubai Festival City , Ibn Battuta Mall , Mall of the Emirates and The Outlet Village give buyers a lot of opportunities to win valuable prizes and organize many interesting events to make summer shopping fascinating and adventurous . Save up to 60% when visiting more than 30 Dubai attractions . To do this , you only need to buy a new tourist pass Dubai Pass . Go east for a particle of Bollywood glamor , visiting Bollywood Parks in Dubai , or discover a superhero in your personality in the adventure park IMG Worlds of Adventure .

The Most Fun Day in Dubai

Small guests will undoubtedly love the festival Modhesh World - one of the most popular educational and entertainment events for the whole family in the region . This year the festival runs from June 7 to August 25 . In the Dubai International Shopping Center, at the service of guests, there are immersive programs , themed entertainment , games , attractions , all kinds of shows and performances . This season the festival Modhesh World invites families with children of all ages to go on a carefree adventure with an extended program of activities , and also have fun in two additional rooms with games and entertainment .

Catch the wave thanks to the refreshing suggestions in Dubai's water parks . Visit the recently opened Laguna water park or the already famous Wild Wadi and Aquaventure water parks on the Palm Island .

Go this summer to the world of entertainment and fantasy in Dubai Parks and Resorts . In the largest theme park Motiongate, where the heroes of Shrek , Ghostbusters and other popular Hollywood blockbusters come to life , incredible attractions await you. Fans of Indian cinema should visit Bollywood Parks Dubai, and at the attractions of Legoland Park and the water park Legoland Waterpark, not only children but adults will have a lot of fun .

In summer , there is a profitable ticket system that works in all parks - you can buy a ticket for the whole day , receiving the possibility of visiting one or several parks at once . In addition , the price of the ticket includes food and drinks without restrictions . When booking tickets online , at least 3 days before the visit , you can save 10% of the cost .

A Bit About Culture

Once in the summer in Dubai, it's worth to go to the magnificent show , La Perle . It is fundamentally different from everything that happened in the circus and theatrical art of the world before . The action takes place not only on the stage and above it, but also underwater , in a specially equipped pool . The show features 65 artists from 23 countries . Book tickets now and watch a terrific show at just half price . Discount of 50% is valid only during the festival Dubai Summer Surprises .

Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal

$
0
0
Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal | Alhamdulillah harini KakYa berkesempatan untuk update blog mengenai Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal . Sebenarnya lama sangat dah entri ni terperam kat draft , harini baru berkesempatan siapkan entri bilamana KakYa dapat satu lagi job yang memerlukan KakYa sediakan invois melalui akaun PayPal . Alang alang nak buat satu invois terus la KakYa buat sekali entri ni . 

Ni job pertama KakYa dari luar negara pada tahun 2017 yang memerlukan KakYa menyediakan invois guna akaun PayPal . 

Masa mula mula KakYa dapat job berbayar dari luar negara dan kena sediakan invois guna akaun PayPal memang la gelabah . Ya la sebelum ni KakYa tahu guna PayPal jer , tak reti la pulak nak buat invois guna akaun PayPal . Sebab job yang sebelum ni dari luar negara takde pulak nak kena bagi invois bagai . Alamak nak invois guna akaun PayPal bagai , masak juga KakYa nak buat lagu mana kalau tak tahu cara .  

Bagaimana Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal 


Bermulalah misi menggoogle Cara Buat Invois Guna Akaun PayPal . KakYa jumpa la satu blog wordpress dari Indonesia , tapinya data data yang diberi serba ringkas dan takde gambar sebagai rujukan . Jadinya KakYa ikut jer la apa jer arahan yang tertulis . Bila dah nampak apa yang kita cari baru KakYa perasan emmm senang jer buat invois guna akaun PayPal ni . Oh mula mula KakYa ingatkan susah sangat nak buat invois guna akaun paypal ni , rupa rupanya senang yang amat . Lepas tahu step step dia  , opkos la boleh buat dengan mudah . 

Tutorial Bergambar Buat Invois Guna Akaun PayPal


Nak buat invois guna akaun PayPal , yang penting sekali korang kena ada akaun PayPal dulu . Kalau takde boleh create akaun PayPal . Mudah sesangat nak buat akaun PayPal ni tak sampai 5 minit pon . 

KakYa dah ada akaun PayPal sejak 2015 ke 2014 lupa dah . Jadinya KakYa hanya login ke akaun PayPal KakYa dan klik pada bahagian Send & Request kat bahagian paling atas akaun PayPal . Pastu klik pada Create Invoice .

Dah keluar seketul lagu ni . Makanya isi apa saja maklumat yang diperlukan . Yang penting jer la tak penting tak perlu isi pon takpe . Dah siap isi semua maklumat korang boleh la klik pada Preview atau Save As Draft sebelum send pada client korang . 

Ni dia invois yang dah siap . KakYa punya simple jer . Sehabis habis simple orang kata . Yang penting semua maklumat ada tertera kat situ . Tak perlu nak lebih lebih cukup mana yang ada jer . Korang boleh pilih nak Send Via PayPal atau  Share Link Myself . Boleh jer mana mana takde masalah . Yang penting amaun jangan lupa okey . Biasanya kalau job dari luar negara amaun di bayar dalam nilai USD . 

Ok dah siap dah seketul invois menggunakan akaun PayPal . Senang jer caranya bila kita dah tahu step step dia . Korang pon boleh buat sendiri pasni ikut tutorial bergambar yang KakYa bagi kat atas . Kalau tak jadik jugak tak tau la nak buat tutorial lagu mana lagi . Ni paling win punya tutorial dah ni Kak Senah oii .. Kak Jemah oii .. Jadi sama sama la belajar buat sendiri . Mana tau pasni banyak pulak job korang dari luar negara . Harap harap pasni lagi banyak la ya job KakYa dari luar negara . Nak penuhkan akaun PayPal bagi membiak biak dengan jayanya . Aamin aamin .  

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live