Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Bantuan Sara Hidup BSH 2019

$
0
0
Bantuan Sara Hidup BH 2019 | Bantuan Sara Hidup BSH 2019 merupakan bantuan yang dierikan oleh pihak kerajaan hari ini dalam bentuk wang tunai kepada kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah . Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2019 akan dibuka pada bulan Januari 2019 .

Dianggarkan kira-kira 4.1 juta isi rumah akan diberikan bantuan sara hidup mengikut jumlah yang telah ditetapkan . Terdapat sedikit perbezaan dalam pembahagian bantuan sara hidup 2019 iaitu, pemberian BSH 2019 hanya disalurkan kepada isi keluarga sahaja dan tidak melibatkan kategori bujang seperti sebelum ini .

Ada berita gembira untuk anda . Bantuan sara hidup 2019 menyediakan tambahan RM120 kepada penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah ( terhad 4 orang anak sahaja ) kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka . Untuk lebih memahami tentang Bantuan sara hidup 2019 , Lya kupas satu persatu untuk anda lebih faham . 

Jumlah Bantuan Sara Hidup 2019

Bantuan Sara Hidup akan diberikan setahun sekali mengikut jumlah yang telahpun ditetapkan . Jumlah bantuan yang ditetapkan adalah mengikut kategori yang berlainan .

Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Isi Rumah Berpendapatan Di Bawah RM2000
- Bagi Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2000 akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah  RM1000 .

Isi Rumah Berpendapatan RM2001-RM3000
- Bagi Isi rumah berpendapatan RM2001-3000 akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah RM750 .

Isi Rumah Berpendapatan RM3001-RM4000
- Bagi isi rumah berpendapatan RM3001-4000  akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah  RM500 .

Bantuan Sara Hidup 2019 :  Adakah Cara Ini Berkesan Untuk Meringankan Beban Rakyat

Bantuan sara hidup 2019 adalah salah satu cara berkesan untuk meringankan beban rakyat dalam membantu menampung kos sara hidup  . Bantuan sara hidup 2019 yang diberikan pastinya dapat meringankan sedikit beban rakyat terutama pada mereka yang kurang berkemampuan .

Di zaman serba mencabar ini dengan kadar kenaikan harga barangan yang kadangkala melampau dan tidak masuk akal , pembahagian bantuan wang sara hidup sangat sangat diperlukan . Dengan wang bantuan sara hidup yang diberikan penerima dapat membeli barangan keperluan harian bagi menampung kos kehidupan  .

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang di berikan . Pembahagian bsh 2019adalah salah satu alternatif daripada pihak kerajaan untuk rakyat dan ianya adalah keputusan terbaik dalam membela nasib rakyat Malaysia .

Kesedaran Menggunakan Wang Bantuan Sara Hidup Dengan Cekap 

Bagi anda penerima wang bantuan sara hidup perlulah menggunakan wang yang anda dapat dengan cekap dan teratur bagi menjamin keperluan di masa akan datang tidak akan terjejas . Seharusnya kita perlu merancang dengan lebih teliti ke mana arah dan hala tuju wang yang kita perolehi . Semoga dengan adanya sifat kesedaran yang tinggi dalam diri kita , kita akan dapat menguruskan wang dengan bijak dan lebih sistematik . Apa yang penting dan ingin Lya tekankan di sini , BERBELANJALAH DENGAN BIJAK DAN BERHEMAH .

Dengan cara ini kita tidak akan melakukan pembaziran dengan wang bantuan yang diterima dan menggalakkan kita untuk membelanjakan wang bantuan sara hidup dengan lebih bijak . Ubah cara berbelanja dan gaya hidup menjadi lebih baik.

Pengurusan Wang Bantuan Sara Hidup 

Berdasarkan pemerhatian Lya , antara faktor utama wang bantuan sara hidup tidak dibelanjakan pada jalan yang sepatutnya adalah kerana sikap dan sifat penerima itu sendiri yang tidak merancang dengan baik . 

Tetapkan jumlah yang ingin dibelanjakan dan jumlah yang ingin disimpan . Kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan . Belanja ke atas barangan keperluan dahulu .  Seeloknya wang bantuan sara hidup dibelanjakan untuk hal hal yang berkaitan sahaja tanpa pembaziran antaranya ;

Perbelanjaan Untuk Persekolahan Anak Anak 
- Memandangkan pengagihan wang BSH 2019 akan dilaksanakan pada awal tahun , di harap pihak keluarga yang menerima bantuan dapat menggunakan wang yang diperolehi untuk persekolahan anak anak pada tahun 2019 .

Banyak perkara yang perlu di ambil cakna pada awal tahun contohnya pembayaran yuran , pembayaran pakaian dan alatan sekolah serta bayaran bayaran lain untuk persekolahan .  Penggunaan secara berhemah dalam menggunakan wang bantuan sara hidup paati dapat meringankan beban keluarga di awal tahun . 

Berbelanja Untuk Barangan Yang Penting Sahaja 
- Tetapkan had perbelanjaan keluarga . Jika ingin berbelanja senaraikan terlebih dahulu hanya barangan penting dan diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran .

Sesetengah daripada kita bila dapat duit banyak terus dibelanjakan dan sekelip mata sahaja duit di tangan habis . Fikirkan yang terbaik sebelum membuat sebarang perbelanjaan . Jangan kita terlalu seronok dapat duit terus berbelanja ikut hawa nafsu . Kawal diri kawal nafsu berbelanja bagi mengelakkan pembaziran . 

Simpan Untuk Kecemasan 
- Jangan lupa simpan wang jika ada wang lebih selepas membuat pembayaran dan pembelian . Seharusnya kita perlukan satu tabung kecemasan jika berlaku perkara perkara yang tidak diingini di kemudian hari . Wang simpanan ini boleh kita gunakan .

Orang cakap malang tidak berbau . Bila bila masa kita mungkin akan di timpa kesusahan . Dengan adanya simpanan ini kita boleh gunakan pada waktu susah di kemudian hari . Jadi simlanlah sedikit daripada lebihan perbelanjaan untuk simpanan masa depan . 

Pendaftaran Dan Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019


Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Untuk anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan , anda boleh membuat permohonan  bantuan sara hidup 2019  bermula Januari 2019 .

Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 akan dibuka mulai Januari 2019 . Maklumat rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat .

Penerima yang sedia ada juga dikehendaki membuat untuk mengemaskini maklumat diri dan isi rumah di portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my , agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan sara hidup pada tahun 2019 . Semakan keputusan bantuan sara hidup 2019 boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline : 1-800-88-2716 ( waktu operasi :  9:00 pagi – 5:00 petang ) .

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup ( BSH ) 2019 

Seperti yang kita semua sedia maklum , pembayaran bantuan sara hidup 2019 akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah anda daftarkan semasa pendaftaran . Berikut adalah senarai bank yang terlibat . 

- Affin Bank
- Agro Bank 
- Alliance Bank Malaysia Berhad 
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank 
- Bank Islam Malaysia Berhad 
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat Malaysia Berhad 
- CIMB Bank Berhad
- Gong Leong Bank 
- HongKong Shanghai Bank Malaysia Bhd 
- Maybank
-  OCBC Bank
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standart Chartered Bank Malaysia Bhd 
- United Overseas Bank Malaysia Berhad

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank , anda akan mendapat baucer kelulusan yang boleh ditunaikan di mana mana cawangan Bank Simpanan Nasional dan juga di bank yang disenaraikan di atas . 

Semoga perkongsian dari Lya bermanfaat buat anda semua . Bagi yang layak , jangan lupa mendaftar nanti ya . Semoga anda akan menjadi salah seorang penerima yang layak untuk mendapat Bantuan Sara Hidup 2019 . InsyaAllah  aamin aamin . 


Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak

$
0
0
Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak |  Pejam celik pejam celik esok dah nak masuk 2019 dah  kita . Korang ada perancangan nak pergi bercuti ke awal tahun 2019 nanti ?  Dah fikir dah tempat menarik untuk bercuti ?  Ada yang bercadang nak bercuti kat Perak ?  Kalau korang bercadang nak bercuti kat Perak ,  KakYa ada satu cadangan hotel yang best untuk korang . Jom kita ke M Boutique Hotel Ipoh . Orang cakap hotel ni best giler . Daripada apa yang KakYa dengar dari sahabat yang pernah menginap kat  M Boutique Hotel , rata rata memang puas hati menginap kat sini . Jadi apa tunggu lagi , jom kita ke Ipoh Perak .

M Boutique Hotel Ipoh

M Boutique Hotel Ipoh . Ok kalau nak cakap  lelebih memang KakYa tak tahu banyak sangat mengenai hotel ni tapi biasanya sebelum menginap kat satu satu tempat KakYa memang akan cari info kat internet dulu mengenai tempat tersebut . Kalau nampak best memang KakYa akan booking awal untuk penginapan seisi keluarga  . Bercakap mengenai M Boutique Hotel Ipoh , KakYa dapat tahu mengenai hotel ni melalui seorang kenalan yang pernah menginap kat sini dan diaorang cakap best menginap kat hotel ini . M Boutique Hotel Ipoh terletak di Off Jalan Leong Boon Swee , Ipoh lebih kurang lima minit sahaja dari Bandar Ipoh . Best kan , boleh jalan jalan kat Bandar Ipoh . 


Terdapat 5 jenis bilik yang korang boleh pilih untuk menginap iaitu Standard Single , Standard Double , Premier Double , Premier Triple , Suite dan juga Family Suite dengan harga sekitar RM175 sehingga RM600 . Fuhh harga bilik boleh tahan jugak ni . Kalau korang nak dapatkan harga penginapan yang berbaloi baloi korang book hotel m boutique at ipoh on traveloka . Dapat harga murah dan lebih jimat  . Apa tunggu lagi cepat cepatla booking .

M Boutique Hotel Ipoh ni kan , kalau korang nak tahu ianya mempunyai 3 ketogori level iaitu Level 1 The Adventure Level , Level 2 The Majestic Theme dan Level 3 The Excelsior Theme . Secara keseluruhannya KakYa memang  akan cadangkan M Boutique Hotel Ipoh untuk korang kalau korang sedang mencari tempat penginapan terbaik sepanjang korang bercuti kat Ipoh . Korang pasti puas hati dapat menginap di M Boutique Hotel Ipoh .

Tempat Menarik Di Ipoh

Ok KakYa nak cadangkan beberapa tempat best  dan menarik kat Ipoh untuk korang . Alang alang dah menginap kat Ipoh jom la jalan jalan dulu . Kita singgah tempat best kat sini . Jom terjah Ipoh !

Lost World Of Tambun 

Siapa yang tak kenal Lost World Of Tambun , satu tempat menarik dan paling popular di Ipoh dengan pelbagai pilihan permainan yang  pasti menyeronokkan . Lost World Of Tambun mempunyai beberapa tarikan antaranya Theme Park , Hot Spring Park dan juga Night Park .

 Lost World Of Tambun

Movie Animation Park Studios ( MAPS )

Movie Animation Park Studios ( MAPS ) merupakan taman tema animasi pertama di Asia yang menjurus kepada pengembaraan watak watak kartun animasi popular dalam dan juga luar negara .

Movie Animation Park Studios ( MAPS )

Fantasy House Trick Art 

Salah satu destinasi pilihan seisi keluarga pastinya Fantasy House Trick Art . Korang yang datang bercuti bersama family wajib singgah sini kerana kat sini terdapat lebih 30 lukisan mural berbentuk 3D yang cantik dan menarik . Apalagi boleh la korang bergambar sakan dengan pelbagai posisi untuk mendapatkan gambar yang menarik .

Art Of Old Town 

Kalau korang pencinta seni korang wajib jalan jalan kat Art Of Old Town . Kat sini korang boleh tengok seni mural Ipoh yang sangat menyerlah dan menarik . Art of Old Town merupakan sebuah destinasi yang dihiasi dengan lukisan lukisan kreatif pada dinding -dinding bangunan di sini . Semua lukisan ini dihasilkan oleh Ernest Zacharevic seorang pelukis yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan-lukisan mural yang beliau hasilkan .  KakYa tunjuk sikit kat korang antara hasil lukisan beliau . Nak tengok lagi ? Jom ke Ipoh ..

  



Pasar Karat Ipoh

Pasar Karat Ipoh adalah tempat menjual  barangan antik antaranya wang kertas dan syiling lama , seterika arang , gramofon , radio lama , tempayan lama , basikal vintaj dan lain-lain lagi . Pasar ini boleh dianggap sebagai syurga bagi pengumpul barangan antik . Kalau korang pengumpul barangan antik dan berminat nak dapatkan koleksi barangan antik untuk menambah koleksi , korang boleh singgah kat Pasar Karat Ipoh . 


Ingat Cuti Ingat Traveloka 

Bestnya dapat cuti cuti kat Ipoh kan ? Lagi best kalau dapat tempat penginapan murah dan berbaloi baloi untuk seisi keluarga . Jadi kalau korang nak dapatkan harga penginapan yang murah dan mampu bayar , jangan segera muat turun aplikasi Traveloka untuk memudahkan tempahan percutian korang hanya dalam satu platform . 


Nikmati tawaran perginapan lebih murah dan juga hotel terbaik untuk percutian korang . Pastinya lebih nilai untuk wang yang bakal korang belanjakan . Ternbaik pastinya dari Traveloka . Happy holiday ! Ingat cuti INGAT TRAVELOKA . Mudahnya melancong bersama Traveloka . Traveloka sentiasa ada untuk korang bagi merealisasikan perjalanan pelancongan korang menjadi YANG TERBAIK . Jom cuti cuti Malaysia . 

Selamat Tahun Baru 2019

$
0
0
Selamat Tahun Baru 2019 | Alhamdulilillah syukur selalu kerana dengan izin dan limpah kurniaNya masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi Allah SWT ini . Sempena 2019 harapan KakYa untuk keluarga kecil KakYa ,  " Semoga kami diberi keberkatan hidup didunia dan juga akhirat . Semoga bertambah baik hubungan keluarga kecil kami dengan Allah SWT . Lapangkan masa kami sekeluarga untuk terus mendekatkan diri padaMU Ya Allah . Sentiasa diperluaskan seluas luasnya pintu rezeki buat kami sekeluarga . Semoga keluarga kecil kami , kaya dan berjaya di dunia dan juga akhirat . Semoga kebahagiaan dan kasih sayang keluarga kecil kami akan terus bertambah dan berkekalan hingga hujung nyawa . Jadikanlah keluarga kecil kami , insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya Allah. Semoga keluarga kecil kami sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT walau dimana kami berada. InsyaAllah Aamin aamin " . Terima kasih Ya Allah . Hanya padaMU ku berserah .


Doa KakYa buat keluarga , sahabat , teman teman , follower serta reader yang sudi singgah kat blog KakYa  ." Moga kalian semua sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT  serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat . Aamin aamin .


Selamat tahun baru 2019 dari KakYa dan Team KBBA9 juga . Semoga kami Team KBBA9 akan terus berkembang maju dan berjaya di masa akan datang . InsyaAllah aamin aamin .


Welcome Back To School 2019

$
0
0
Welcome Back To School 2019 | Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA , bertemu kembali kita pada tahun 2019 . Tahun 2018 telahpun berlalu , penuh dengan kenangan pahit manis bersama dan akan sentiasa dikenang . Alhamdulillah , persekolahan bermula pada 1 Januari 2019 bersamaan hari Selasa . Selamat kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru . Ingatlah wahai anak anak Umi , perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah .

Opkos la kena posing dulu . First day bergambar untuk sesi persekolahan 2019 . 

Semangat Abang Iman nak ke sekolah pagi ni . Semoga terus dapat menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dengan baik .

Ni mood pagi . Biasala pepagi ni mood swing swing lagi . Bergambar pon sekadar bergambar orang kata . Pagi pagi ni kan mood bergambar tak berapa nak adooo . 

Selamat kembali ke sekolah buat anak anak Umi , Insyirah ( kat asrama ) , Iman dan Akif . Umi doakan semoga anak anak Umi akan kekal bersemangat sepanjang tahun untuk menuntut ilmu . Tingkatkan azam tahun ini supaya lebih cemerlang daripada tahun yang lepas . Semoga ada sinar baru buat anak anak Umi pada tahun 2019 ini . Umi sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak anak Umi dalam pelajaran  dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat . Semoga sesi persekolahan 2019 ini memberi lebih motivasi dan semangat buat anak anak  Umi untuk terus menuntut ilmu . InsyaAllah .

Pencarian Protege #ProjekRM1000SeMinggu 2019

$
0
0
Pencarian Protege #ProjekRM1000seMinggu 2019 | Alhamdulillah dah masuk tahun 2019 dah kita ya . Berakhir sudah 2018  , kini 2019 menjegah pula . Bersempena tahun baru 2019 KakYa sedang dalam proses untuk mengembangkan lagi biz online  STG #ProjekRM1000seMinggu team KakYa . Korang kalau minat nak join dan nak tahu lebih lanjut mengenai #ProjekRM1000seMinggu korang boleh whatsapp KakYa .


Smart Tycoon Group membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli berdaftar STG ataupun membeli produk-produk jualan STG dengan harga ahli serendah RM47 sahaja . Apa tunggu lagi daftar sekarang dan nikmati faedah dan pulangan menarik sebagai seorang ahli berdaftar . Bukan setakat beli barang dengan harga ahli jer tau , korang akan dapat bonus jugak kalau BV korang mencukupi . Fuhh bestnya join STG , untung runcit dapat , bonus pon dapat . Berganda ganda untungnya .

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Projek Smart Tycoon Group ( STG ) 

Dah citer pung pang pung pang korang mesti tertanya tanya , KakYa ni duk sebut Smart Tycoon Group ( STG ) jer ni .  Apabenda STG tu ? Ok untuk entri kalini KakYa akan cuba mengupas serba sedikit mengenai Smart Tycoon Group ( STG ) . Apakah yang dimaksudkan dengan projek Smart Tycoon Group ( STG ) . Smart Tycoon Group ( STG ) merupakan sebuah platform perniagaan yang menjalankan aktiviti penjualan produk-produk seperti :

- Produk Kecantikan
- Produk Kesihatan 
- Produk Pelinciran ( siri minyak automobil )
- Produk Kesuburan ( siri baja semburan )
- Pelbagai produk lain lagi

Antara contoh produk-produk jualan Smart Tycoon Group ( STG ) adalah seperti Min Caffe , Bio Ever Plus , Bio Seleza, Selimut BVSM , BB Plus Collagen , Nurich Garlic , Marine Essence , Cozuma CC Cream dan banyak lagi .

Antara contoh produk jualan Smart Tycoon Group (STG)  :

EZICLEAN 

MIN KAFFE 

MARINE ESSENCE 

NURICH GARLIC

BIO EVER 

Apakah Yang Smart Tycoon Group ( STG ) Sediakan Untuk Anda ?

Smart Tycoon Group ( STG ) menyediakan ilmu , mentor dan juga sistem kepada ahli baru dan ahli lama . Setiap ahli STG yang baru akan dibimbing oleh mentor tentang bagaimana cara marketing yang berkesan dan sebagainya . Setiap ahli baru akan diberikan Coaching Online Marketing sehingga berjaya . STG mengamalkan konsep " Bisnes Secara Berjemaah " iaitu buat sama-sama , menang sama-sama , kaya sama-sama .

Apakah Yang Anda Perlu Ketahui Tentang STG ?

1. PRODUK - Clinical tasted , International Certifled , Halal dari Jakim dan testimoni dari beribu pengguna . Mengenali setiap produk dengan lebih mendalam akan lebih memudahkan anda membuat pemasaran yang lebih efektif dan dapat menarik perhatian pembeli disebabkan keyakinan daripda Posting anda .

2. GERAK KERJA - Hanya perlukan komitmen dari anda untuk buat posting online ( Facebook, Instagram , Whatsapp dan lain lain) . Lakukan kerja sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari .

3. POTENSI PENDAPATAN - Tiada had , Rm 2000 - 5000 sebulan ( yang penting rajin ) , Intensif fees , melancong 3 kali sebulan .

4. BANTUAN : Web promosi percuma, bimbingan dari komuniti usahawan internet , bimbingan dari pakar-pakar produk . Mentor adalah ibu yang bergelar jutawan .

Apakah Kelebihan STG ?

STG menjadikan produk edaran Sahajidah Hai O Marketing ( SHOM ) sebagai platform bisnes . RM47 adalah yuran pendaftaran sebagai agen SHOM bagi membolehkan anda mendapat keistimewaan sebagai agen .

Antara kelebihan menjadi agen SHOM adalah:
1. Beli produk dengan harga agen .
2. Dapat untung runcit atas jualan ( 10% - 20% )
3. Bonus Prestasi ( 3% - 41%)

Bonus prestasi merupakan bonus pencapaian kumpulan, kenaikan pangkat berdasarkam jualan timbunan hasil kumpulan (TAPV) .

Bonus Prestasi :

Pangkat TAPV Bonus (%)
Crownd Diamond Manager CDM 2,000,000 41%
Double Diamond Manager DDM 720,000 36%
Diamond Sales Manager DSM 180,000 31%
Senior Sales Manager SSM 60,000 26%
Salaes Manager SM 20,000 21%
Pengedar D6 12,000 18%
Pengedar D5 6,000 15%
Pengedar D4 4,500 12%
Pengedar D3 3,000 9%
Pengedar D2 1,500 6%
Pengedar D1 100 3%

4. Tabung Kereta (3%)

Untuk meninggikan imej dan mutu kehidupan ahli STG . Hai O Marketing membentukkan tabung kereta kepada ahli STG . Asalkan anda berkelayakan , anda boleh memilih sebuah kereta idaman yang mewah untuk kegunaan sendiri . Semua kosnya ditanggung oleh Hai O Marketing.

5. Bonus Projek Wawasan

Syarikat akan memperuntukkan 5% dari jumlah jualan BV setiap bulan sebagai bonus projek wawasan kepada semua pengedar mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh Hai O Marketing .

Kejayaan adalah pilihan bukan kebetulan . Dengan Ilmu, Mentor, Sistem, Tindakan, dan Istiqamah .  Pasti akan berjaya .

Tak Kenal Maka Tak Cinta 

Biasa dengar ayat kat atas ni kan? Orang kata , kena kenal dahulu barulah akan timbul rasa cinta  

Tapi bila masuk bab bisnes ni kan , pelik sikit tau ! Ramai sangat yang tak kenal apa itu bisnes , tapi boleh pulak jatuh cinta. Tergedik-gedik nak jadi usahawan . Yakin yang dia suka sangat nak buat bisnes tapi tak tahu nak mula kat mana .

Soalan KakYa yang PERTAMA untuk biz partner KakYa . Kenapa korang rasa minat sangat nak buat bisnes ni ? 

Macam macam jawapan yang KakYa dapat . Paling banyak yang jawap , sebab nak tambah pendapatan .

Sama la macam KakYa , sebab nak tambah pendapatan jugak la KakYa join #ProjekRM1000seMinggu . 

Kalau ikutkan KakYa buat bizOnline ni sorang sorang memang KakYa TAK KUAT , silap haribulan boleh TERSUNGKUR .

Tapi bila kita dalam satu team . Ada MENTOR , SISTEM dan ILMU . InsyaAllah kita jadi kuat . Kita akan bergerak lebih laju bila berjemaah , langsung tak peduli apa orang kata . Sebab FOKUS kita untuk mencari redha Allah .

Ada modal  RM47 jom join Team KakYa . KakYa ajar korang A - Z . KakYa nak yang betul betul nak BERJAYA sahaja . Kita pegang tangan erat erat . KakYa tak tinggal korang , korang tak tinggal KakYa . Kita JALAN TERUS . Okey ! .

Nak tahu lebih detail meh sini whatsapp KakYa , kita bisik bisik lagi !

Boleh inbox @ wasap KakYa di 
http://www.wasap.my/60199202004

Cuma daftar RM47 sahaja . Peluang kat tangan korang . Korang buat korang dapat . Kita tak mampu ubah ekonomi negara , tapi InsyaAllah kita mampu ubah ekonomi keluarga kita . Tunggu apa lagi , jom jadi protege KakYa . KakYa guide korang satu persatu sampai jadi .

Gambar Ukuran Passport 3AI

$
0
0
Gambar Ukuran Passport 3AI  | Alhamdulillah semalam KakYa dan En Hubby  sempat luangkan masa untuk bawa 3AI ambik gambar ukuran passport . Ambik gambar ukuran passport ni antara yang WAJIB la bagi kami setiap tahun . Ya la kan bukan selalu orang ambik gambar ukuran passport kalau takde apa apa keperluan , tapi KakYa akan pastikan setiap tahun anak anak KakYa akan ada gambar ukuran passport untuk simpanan . Bukan apa KakYa dan En Hubby suka simpan gambar 3AI dalam bentuk ukuran passport . Sejak umur 3AI 3 tahun KakYa dah mula ambik gambar ukuran passport kat kedai gambar untuk diaorang . 

Posing jangan tak posing . Gaya , mutu , keunggulan tak pernah tinggal . Emm hala jer kamera kat muka dia tau la apa dia nak buat . Dia la model tak berbayar Umi . 

Sekarang ni dia punya posing banyak nau yang acah acah tak tengok kamera . Relak relak sudah la katanya .. 

Iman kalau bergambar bab bab tegak tu tak boleh nak lari . Sesekali dah macam tiang bendera dah jadiknya . Kena selalu tegur bagi posing cam adik dia . 

Ni gambar acah acah fokus . Ala ala nak ambik gambar passport gitu . 

Sebelum gambar siap , sempat lagi la dua beradik ni posing kat kedai gambar . Dua orang jer duk posing , kakak takde nyer nak posing posing bagai . Al maklum la anak perempuan KakYa ni pemalu sikit bab bab posing . Kita bagi kat adik adik dia jer la . Posing la nak selagi boleh posing . 


Tadaaa siap ! Cun semua . Yang kecik tu memang takle kalah bab senyum . Menang kat dia la sokmo kalau bab bab senyum . 

Kebetulan pulak masa kami pergi orang tak berapa ramai . Jadi cepat jugak la siap gambar 3AI . Tak sampai 5 minit pon . Bab lambat sikit masa proses nak tangkap gambar jer . Bila dah bertiga macam macam ragam yang keluar . Kakak duk bergambar adik adik duk gelak . Kakak bantai gelak jugak . Bila dah gelak susah benor nak berenti . Adik bergambar abang pulak senyum sengeh senyum sengeh hinggakan adik  pon senyum memanjang . Time abang , adik pulak gelak panjang . Nak tak nak si abang tergelak gelak sekali . Tapi anty yang tangkap gambar tu relak jer duk layan kerenah diaorang  ni . Al maklum la dah biasa tangkap gambar kat situ . Kalau tak mau anty tu masam muka duk layan kerenah anak anak KakYa . Macam macam ragam . Ni baru tiga orang , kalau ada lagi ...  lagi banyak ragam yang keluar . Fuhh jenuh la nak melayan . 

Yeayyy siap dah gambar ukuran passport 3AI ! Bertambah lagi gambar ukuran passport 3AI dalam simpanan KakYa dan En Hubby . Moga terus bertambah dan bertambah lagi untuk tahun tahun akan datang . InsyaAllah aamin aamin . 

Jalan Jalan Posing Bertiga 3AI

$
0
0
Jalan Jalan Posing Bertiga 3AI | Sebelum bukak sekolah KakYa dan En Hubby bawak anak anak jalan jalan kat Bandar Kuantan . Kami lepak2 kat Pantai Sepat , Teluk Cempedak dan Dataran Bandar Kuantan . Cuti sekolah 2018 baru baru ni , 3AI banyak habiskan masa bercuti kat kampung . KakYa bagi diaorang tinggal kat kampung rumah mak ayah KakYa sebab diaorang nak sangat bercuti lama sikit kat kampung . Jadi sepanjang cuti 2018 banyak masa diaorang kat kampung . Last last cuti baru ni KakYa dan En Hubby pegi ambik dioarang kat kampung sebab nak bawak beli barangan sekolah yang belum beli lagi . Tu pon diaorang cakap tak puas lagi duduk kampung . Seronok sangat la dapat balik kampung lama lama . 

Aktiviti biasa kalau pergi jalan jalan opkos la ambik gambar . Memang dah jadi tabiat KakYa dan En Hubby akan snap gambar anak anak . Diaorang ni bukan selalu dapat bergambar  bertiga sejak Kakak Insyirah masuk asrama . Bila dah ada tiga ketul ni bersama , dapatla tangkap gambar diaorang bertiga . Tapi biasala tak semua gambar terletak cantik dan elok bila dah masuk tiga orang . Ada macam macam cerita dalam gambar . Jadi nak tak nak biarlah gambar berbicara .













Ginilah gayanya . Nak dapat sekeping gambar yang betul betul ok memang kena ambik banyak kali . Ada ada jer masalah bila diaorang dah start nak bergambar . Abang sakat adik , adik sakat kakak  . Sorang balada , sorang rock , sorang kpop adusss . Pastu mula la mood swing swing bagai . Ambik jer la lagu mana pon janji ada gambar anak anak setiap tahun untuk kenangan . Nanti siap siap cuci gambar simpan dalam album takde la gambar hilang bila sesuatu terjadi kat hp . Bila dah cuci gambar boleh la simpan elok elok senang nak tengok terus belek belek jer album gambar . 

Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2019

$
0
0
Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2019 | Alhamdulillah semalam anak anak KakYa dah mula bersekolah setelah tamat cuti sekolah akhir tahun .Syukur alhamdulillah dipermudahkan segala urusan anak anak semalam . Semoga hari ini dan hari hari mendatang anak anak dapat belajar lebih bersemangat . InsyaAllah  .

Setiap kali musim persekolahn bermula , sebagai ibubapa KakYa pasti akan cari jadual atau takwim persekolahan bagi memudahkan KakYa membuat semakan dan perancangan awal untuk anak anak .

Kat sini KakYa dah download siap siap jadual / takwim persekolahan bagi tahun 2019 . KakYa kongsikan jadual kat blog untuk ibubapa yang mempunya anak bersekolah bagi memudahkan ibubapa membuat perancangan awal untuk anak anak .  Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua .

Takwim Persekolahan 2019

Kalendar Cuti Umum 2019 


Doa Kecemerlangan Pelajar

$
0
0
Doa Kecemerlangan Pelajar | Alhamdulillah  syukur Ya Allah , pagi ni dapat berkongsi  ilmu bermanfaat untuk pembaca blog KakYa . KakYa nak kongsikan kat korang beberapa potongan doa yang boleh diamalkan untuk para pelajar .  Doa kecemerlangan pelajar  . Doa ni KakYa dapat dari Mr Google dan copy kat blog Akif Imtiyaz supaya senang nak refer.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang sedang mencari doa untuk pelajar cemerlang . Sama sama kita amalkan . Yang ada anak boleh kongsi dan ajarkan pada anak anak . Setiap hari boleh berdoa dan amalkan secara istiqamah sehingga hari peperiksaan . Semoga kejayaan cemerlang dunia dan akhirat bakal mengiringi perjalanan anak anak kita . Aamin aamin .

Doa Untuk Pelajar Cemerlang 

Doa Agar Dikurniakan Kefahaman Yang Baik Dan Ingatan Yang Sempurna 
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku , kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul , serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu , kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.


Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“ Ya Allah , Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca , faham dan hafal kepadaMu . Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu ”.


Doa Sebelum Masuk Ke Dalam Dewan Peperiksaan 
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“ Ya Allah , persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu ”.


Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan 
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa ”.


Doa Memohon Kejayaan Cemerlang 
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“ Ya Allah , kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan , tempat para syuhada dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh ”.


Doa Ketika Menerima Kertas Soalan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“ Wahai Tuhanku , lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku .”


 Doa Ketika Sukar Untuk Menjawab Soalan 
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“ Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan .”

Fakta Tentang Senyuman

$
0
0
Fakta Tentang Senyuman | Baru baru ni KakYa ada terbaca mengenai satu artikel mengenai senyuman . Lebih tepat lagi artikel tersebut berkongsi mengenai Fakta Tentang Senyuman . Banyak betul fakta yang dikongsikan berkenaan senyuman dan KakYa rasa tertarik untuk sama sama berkongsi apa yang KakYa baca dengan pembaca blog KakYa mengenai beberapa fakta yang di tulis . Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian . InsyaAllah . Aamin aamin . 



- Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon . 

- Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan .

- Apabila kita tersenyum , badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak .

- Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi .

- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka , tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri .

- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit .

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa , tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat . Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa .

- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa . Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa .

Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan .

- Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan .

- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa .

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat . Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

- Ketika kita ketawa , sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon ( protein melawan penyakit ) , sel T ( yang penting untuk sistem pertahanan badan ) dan sel B ( yang menghasilkan antibodi melawan penyakit ) .

- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan .

Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan , kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung .

- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat .

- Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma , abdomen , sistem pernafasan , muka , kaki dan otot belakang badan .

Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar . Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru .

- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus , sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan . Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit .

- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh , dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah . Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .

Sumber : mr google

Dah senyum ke belum pagi ni ? SENYUM la sikit , kan ke senyum tu pemanis wajah . Ha aa dah senyum baru la nampak cantik , kacak , manis bergaya . 

Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

$
0
0
Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami | Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami . Namun tahukah anda wahai para isteri , untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri .

Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga . Berikut adalah tip­s yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga :

1. Berhias , namun tidak perlu bersolek hebat . Cukup sekadar simple simple jer dan manis dipandang . Tak perlu la nak tebal tebal sangat macam opera cina .

2. Menyenangkan , jangan tidak tahu bergurau . Kebanyakan suami suka mengusik isteri , jangan cepat merajuk , sambut jenakanya dengan tawa .

3. Pandai mendahulukan suami , menghormati pandangannya . Minta izin jika ingin ke mana mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga . Yakini suami sebagai pemimpin .

4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya .

5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan .

6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar­tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga

7. Hormati hak peribadinya , jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami , facebook , e­mel dan sebagainya . Yakini kesetiaan suami .

8. Jangan membanding­ bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan .

9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah , menjaga maruah suami .

10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya ,  meniup semangat sewaktu suami gundah , menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suami sepenuh hati .

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang

$
0
0
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang | Biasanya bila kita mempunyai keluarga sendiri , sedikit sebanyak pasti terdetik  di hati kita untuk mempunyai kediaman sendiri . Kebanyakan daripada kita yang mempunyai kerjaya tetap pasti mengimpikan untuk membina sebuah rumah yang selesa sebagai tempat perlindungan seisi keluarga . Sesetengah daripada kita lebih suka untuk membina sendiri rumah impian mereka di atas tapak tanah yang mereka beli .

Lain orang lain citarasa . Ada yang suka membeli rumah idaman yang telah siap sepenuhnya . Ada juga yang suka membina rumah impian mereka agar mendapat kepuasan bilamana rumah impian siap dibina . Zaman sekarang ni pelbagai bentuk dan konsep rumah yang boleh kita pilih bagi memberikan kepuasan buat kita sebagai penghuni sesebuah rumah . Sentuhan yang mempunyai gaya moden , ketenangan , harmoni serta elemen keselesaan pastinya menjadi pilihan kita untuk sesebuah rumah . Alang alang bina rumah biar puas hati .

Bina rumah atas tanah sendiri bagi KakYa memberi satu kepuasan buat si pemilik . Ini kerana mereka yang membeli tanah untuk pembinaan sesebuah rumah pasti telah mengkaji secara mendalam mengenai kawasan dan jenis rumah yang sesuai buat mereka . Tapak rumah dah ada tapi kalau kontraktor tiada bagaimana untuk membina sesebuah rumah ? Ok untuk anda yang berminat membina rumah sendiri di Kedah , Perlis dan juga Penang ( Pulau Pinang ) , KakYa cadangkan DONS BUILDER .


Dons Builder Resources Kontraktor Berdaftar 

Pernah dengar mengenai Dons Builder ke sebelum ni ? Kalau belum pernah mengenali Dons Builder , KakYa cerita sikit tentang Dons Builder untuk anda kenali dengan lebih dekat .  Dons Builder Resources adalah kontraktor  binaan berdaftar dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah yang telah berdaftar dengan CIDB dalam kerja kerja pembinaan seperti membina rumah di atas tanah sendiri , mengubah suai rumah , menambah keluasan rumah dan juga melukis pelan rumah . Dons Builder telah beroperasi selama 2 tahun lebih dan sehingga ke hari ini telah memberikan servis terbaik sepanjang berkhidmat untuk semua pelanggan di seluruh Utara iaitu Kedah , Perlis dan juga Pulau Pinang . 

Dons Builder adalah sebuah syarikat yang mementingkan dan menitikberatkan mutu binaan terbaik dan terjamin serta berkualiti tinggi dan menepati citarasa pelanggan . Untuk pengetahuan anda juga , sepanjang tempoh Dons Builder beroperasi , semua projek yang diamanahkan telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan tiada rumah yang terbengkalai atau tertangguh . Don Builder sangat komited bagi merealisasikan rumah impian pelanggan siap dan boleh diduduki mengikut perancangan pelanggan . 

Jika anda sedang mencari kontraktor untuk bina rumah atas tanah sendiri dan renovasi di Kedah Perlis , Penang , Dons Builder pastinya pilihan tepat buat anda .  

Pelbagai Design Rumah Rekaan Dons Builder

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang  , Dons Builder , Kontraktor Bina Rumah Dengan Harga Mampu Milik , Bina Rumah Atas Tanah Sendiri , Kontraktor Bina Rumah Terbaik Dan Dipercayai Di Kedah , Perlis , Pulau Pinang

Dons Builder Merealisasikan Impian Anda Untuk Mempunyai Rumah Atas Tanah Sendiri 

Untuk anda yang tinggal di negeri Kedah dan berminat menggunakan khidmat Dons Builder bagi merealisasikan rumah impian anda menhafi kenyataan , KakYa kongsikan beberapa lokasi daerah di Kedah yang boleh menggunakan khidmat pembinaan Dons Builder . Antara daerah yang boleh menggunakan khidmat Dons Builder adalah Alor Setar , Jitra , Gurun , Kodiang , Kuala Nerang , Tunjang , Langgar , Pokok Sena , Kulim , Pendang , Lunas dan Sungai Petani .

Untuk negeri Perlis , antara daerah yang boleh menggunakan khidmat Dons Builder ialah Arau , Padang Besar , Kangar , Simpang Empat , Beseri dan juga Kuala Perlis .

Untuk anda yang berada di Pulau Pinang dan berminat menggunakan khidmat Dons Builder , berikut KakYa nyatakan beberapa daerah yang boleh menggunakan khidmat pembinaan Dons Builder antaranya Sungai Dua , Tasek Gelugor , Bagan , Penanti , Bukit Tengah , Batu Kawan , Kepala Batas , Bertam , Seberang Jaya , Bandar Perda , Juru , Simpang Ampat , Penaga, Butterworth , Permatang Pauh , Bukit Mertajam ,  Seberang Perai dan Nibong Tebal .

Berminat Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ? 

Rasa rasa 2019 ni anda ada impian tak nak bina rumah atas tanah sendiri . Kalau ada impian nak bina rumah atas tanah sendiri dan ada berada di kawasan yang KakYa nyatakan di atas masa ni la korang boleh berhubung terus dengan pihak Dons Builder bagi merealisasikan pembinaan rumah terbaik untuk anda seisi keluarga . Anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut 
mengenai bina rumah atas tanah sendiri di Kedah , Perlis dan Pulau Pinang .

Instagram : donsbuilder
Fb Profile: Rizal Razak
Email: admin@donsbuilder.com
Hp : +60175828538 ( En Rizal )
Office Adress: Sebelah Lebuhraya Utara Selatan , Jalan Datuk Kumbar , 05300 , Alor Setar Kedah .

NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI ! JANGAN LUPA CONTACT DONS BUILDER .

Posing With Style Katanyer !

$
0
0
Posing With Style Katanyer ! | Style sangat la lagu tu nak oi . Akif ni dia punya peel macam macam gaya dia buat kalau dah kita mintak  dia posing . Alang alang posing Umi , posing la dengan penuh gaya . Gaya , mutu , keunggulan sangat la dak kecik ni kalau dah start posing . Bila kita dah start nak tangkap gambar dia , automatik dia boleh buat macam macam pose sampaikan kita tak dan nak klik kamera dia dah tukar ke pose lain . Bila kita suruh buat lagi sekali dia lupa dah pose lagu mana . Tu ler style dak kecik ni . Bab bab posing serah kat dia jer la . Bab bab posing ni membantu jugak kalau KakYa perlukan dia sebagai model tak berbayar untuk produk review KakYa . Cakap jer tak berbayar , kalau dia tau dia kena posing untuk barangan review Umi .. dia siap siap cakap lagi nanti jangan lupa komisyen tuk dia . Demand ! demand ! pandaiii la nak .

Masa ni kat kedai gambar sehari sebelum daftar sekolah . Singgah kedai gambar untuk tangkap gambar ukuran passport , sempat lagi bergambar kat dalam kedai ni .

Posing ala ala tak pandang kamera katanya . Kalau tanya Umi dia .. style ni Umi panggil posing ala ala Che Ta hahaha . Dah kenapa namanya posing ala ala Che Ta . Ntah ler Umi pon malas nak hurai hahaha . Che Ta banyak posing tak tengok kamera kot .

Ni namanya posing tiang bendera tak berapa tegak . Kalau lagu gini ni ngan hidung kembang lagu tu mood ala ala nak ilang dah tu . Jadi kalau dah nampak ala ala lagu gini cepat cepat la berenti sebelum mood ke laut .

Ni kelakor .. Mood ala ala tutup mata . Ntah hapa hapa la tetiba plak dia kecikkan mata masa Umi cakap jangan la kembangkan idung tu tak cantik la gambar . Tup tup dia kecikkan mata . Ikut suka la nak .

Bukan semua gambar yang dapat tu elok cantik jer .. kena tengok masa dan keadaan jugak . Kalau datang masa dia bed mood kau cakap la nak bagi apa pon suruh dia posing memang takdenya dia nak posing posing helok bagai . Dia boleh buat cam patung jer kat situ takde apa apa gaya . Tapi bila mood dia ok ON jer semua dia boleh buat . Tu pon kalau yang tukang tangkap gambar dia , Umi dan abah dia la . Kalau orang lain dia susah gak nak bagi kerjasama sikit .  Pemalu budaknya hehehe . Kecuali gambar hari raya . Sapa sapa pon yang ambik cun jer dia posing . Al maklum la raya setaun sekali nak jugak gambar gambar cantiks . Kan kan kan !

Dah abih dah citer . Ini cerita Akif . Umi tempek kat sini senang nanti kalau Umi rindu kat anak anak Umi , Umi boleh baca kisah anak anak kat blog Umi . 

Permohonan Lesen Motosikal PERCUMA Untuk Rakyat Terengganu Dibuka 1 Februari 2019

$
0
0
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14 ) yang lalu .

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) negeri , Wan Sukairi Wan Abdullah mensasarkan 25,000 belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun akan mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera ( LMTS ) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga .

Lesen Motosikal Percuma

Katanya, permohonan melalui dalam talian dan secara manual akan mula dibuka 1 Februari hingga 1 Mac depan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar .

“ Mulai 1 Februari 2019, kita akan mulakan proses pendaftaran semua mereka yang layak untuk menyertai program lesen percuma ini di mana pendaftaran dibuka selama sebulan .

“ Pada bulan ini juga kita akan mengadakan mesyuarat akhir dengan semua agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini dan mengiklankan melalui web, online dan juga mengedarkan borang secara manual kepada seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri ( DUN ) , Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS ) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) kawasan masing-masing.

“ Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan online kepada MPKK , Pejabat DUN dan i-MiTS berdekatan ,” ujarnya .

Lesen Motosikal Percuma

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri ( MMKN ) , di Wisma Darul Iman , hari ini .

Wan Sukairi berkata, setelah selesai urusan permohonanan , pendaftaran dan lain-lain , pihaknya menjangkakan peserta yang layak akan diberikan baucer pada 15 April ini untuk dibawa ke Institut Memandu yang akan mendaftarkan mereka sebagai pelatih bagi menduduki peperiksaan dan menjalani latihan sehinggalah mereka lulus dan mendapat lesen motosikal B2 .

Katanya , peserta LMTS juga akan dilindungi takaful selama setahun setelah berjaya memiliki lesen motosikal masing-masing .

Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019 , kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal untuk golongan belia .

Sumber: teganukita.net

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris Cara Cepat Kuasai Bahasa Inggeris

$
0
0
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris Cara Cepat Kuasai Bahasa Inggeris | Yes mudahnya belajar Bahasa Inggeris bila dah ada buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris tulisan Aida Dahlia Ahmad dan Asnili Marniwati Ahmad . Bagi KakYa , ibubapa di luar sana patut belikan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris untuk anak anak korang . KakYa dah belikan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris untuk Iman dan juga Akif bagi memantapkan lagi pembelajaran bahasa inggeris anak anak KakYa . Bagi KakYa buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris adalah buku terbaik yang harus dimiliki oleh anak anak kita . Belajar Bahasa Inggeris lebih mudah dengan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris . Dapatkan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris ini sekarang juga !! .

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris 

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris  adalah sebuah buku yang sangat mudah difahami sebab resepi rahsia buku ini diterangkan dalam Bahasa Melayu . Memberi fokus pada grammar dan vocabulary . Ada latihan , ada kamus dan jawapan  disediakan .  Formula ditulis oleh guru sekolah yang berpengalaman lebih 20 tahun dan mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris ini .

Nota dan penerangan dalam Bahasa Malaysia pasti dapat membantu anak anak kita memahami grammar Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan berkesan . Nak anak pandai Bahasa Inggeris , mereka perlu faham hukum grammar . Mari timbulkan pelbagai rangsangan supaya anak minat English .

Diterbitkan atas permintaan ibubapa apabila nota asal iaitu nota tangan seorang guru tuisyen 10 tahun dulu benar benar membantu anak anak memahami grammar Bahasa Inggeris .  Dengan menguasai grammar bermakna tiada lagi masalah dalam pembinaan ayat dan penulisan essay . Selain itu , dengan adanya senarai vocabulary bergambar , phrasal verb , substitution of words , proverbs dan sebagainya , latihan penulisan essay menjadi lebih mudah .

Diterbitkan dalam  mukasurat berwarna dan setiap tajuk mempunyai latihan pengukuhan berserta jawapan . Jawapan latihan boleh dijadikan ulangkaji pantas bagi anak anak yang tidak sempat membuat latihan .  Boleh dijadikan hafalan 5 - 10 words sehari bila bila masa .

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Tentu semua ibubapa yang prihatin dengan prestasi akademik anak anak tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan buku ini . Buku ini sebenarnya nak ubah mind set kita dan beri gambaran sebenar bahawa Bahasa Inggeris itu sangat mudah sebenarnya . 

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris ini mampu membantu anak-anak bukan sahaja menguasai Bahasa Inggeris , malah melatih anak-anak dalam pembinaan ayat dan penulisan essay .

Antara Keistimewaan Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris 

- Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris sesuai untuk semua peringkat umur . Dari tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , kolej dan universiti  . 

- Sangat sangat sesuai untuk anak anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PT3 , SPM dan STPM .

- Mengandungi 262 mukasurat termasuk set jawapan ( memang tebal ) .

- Mempunyai nota berwarna yang menarik dan sangat mudah difahami .

- Mempunyai penerangan yang jelas dalam bahasa ibunda ( bahasa melayu ) .

- Grammar dan Vocabulary diterbitkan dalam satu naskah ( ringkas , easy to carry ) .

- Latihan pengukuhan dan set jawapan turut di sediakan .

- Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris TIADA di pasaran umum ( boleh didapati dari agen sah sahaja ) .

- Buku ini telah diterbitkan dan dijual sejak 2013 . Kini sudah beratus ribu naskah terjual dan berkali kali diulang cetak dalam setahun .

- Harga buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris RM39 untuk Semenanjung Malaysia dan RM42 untuk Sabah Sarawak  . Harga tidak termasuk kos pos .  Harga yang sangat berbaloi berbanding ilmu yang boleh diguna pakai sampai bila-bila ! 

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris







Latar Belakang Penulis Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris 

| Aida Dahlia Ahmad |
- Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang mikrobiologi pada tahun 1993 .
- Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Melaka dan sebagai guru di Sekolah Dang Anum, Melaka .
- Beliau mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris .

| Asnili Marniwati Ahmad |
- Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pemasaran.
- Beliau memiliki sijil profesional dari Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang Pengurusan Harta Intelek .

Bagaimana Nak Dapatkan Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris 

Ramai yang tertanya tanya bagaimana nak mendapatkan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris ini ? Ok buat masa sekarang kalau korang nak dapatkan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris boleh terus beli online melalui KakYa .  Semua urusan jual beli adalah melalui online sahaja .

Berminat untuk mendapatkan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris ? Boleh whatsapp KakYa ok .



Cara Nak Tentukan Tembikai Manis Ke Tak Manis

$
0
0
Cara Nak Tentukan Tembikai Manis Ke Tak Manis | Minggu lepas KakYa dapat satu perkongsian mengenai " cara tentukan tembikai manis ke tak manis " kat group WhatsApp . Yang tukang share tu hanya share gambar gambar berserta caption yang dah di tulis kat atas gambar . Jadi KakYa cari dalam facebook dan jumpa jugak siapa si empunya gambar . Nama empunya gambar , Aishah Wahab dan perkongsian mengenai cara tentukan manis ke tak manis tembikai ni telahpon viral dan turut di kongsi oleh beberapa page kat Malaysia ni . Aishah Wahab pada mulanya berkongsi di instagram story miliknya sahaja , tetapi ramai yang dm dan cakap minta share kat facebook bagi ramai lagi orang di luar sana tahu mengenai cara untuk tentukan tembikai manis . 

Gambar ni KakYa SS kat facebook 
Aishah Wahab 

Kalau tanya KakYa bab bab nak cari tembikai yang rasanya memang manis , opkos la KakYa tak reti  . Kalau pergi beli tembikai mesti mintak orang yang jual tolong pilihkan . Kekadang dapat yang OK kekadang dapat yang KO . Orang yang jual pon main ambik jer kot . Tapi kalau ayah KakYa bila dia beli tembikai , nak tahu tembikai tu elok ke tak dia main ketuk ketuk kat kulit tembikai tu . Kalau ada bunyi cam gendang tu elok la tembikai tu . 


Alang alang dah jumpa post dari Aishah Wahab ni , KakYa pon nak kongsi jugak untuk pembaca blog KakYa . Mana tahu pasni nak beli tembikai , boleh tahu serba sikit cara nak dapatkan tembikai yang manis . 

Nak tahu tembikai tu manis 
 First , line dia cantik , kemas dan tak serabut . Sedap mata memandang .

Ni contoh line yang tak cantik . Biasanya yang macam ni kurang manis .

Yang kedua , cuba tengok kat tapak dia , kalau kecik biasanya tembikai tu manis .

Ni contoh tembikai yang kurang manis . Kat tapak bawah dia tu besar .

Yang ketiga .Tengok bentuk dia . Kalau bentuk bulat , selalunya tembikai tu manis . Kalau dia bentuk lonjong tembikai tu agak berair sikit ( juicy )

Yang keempat . Tengok tangkai dia ( peduncle ) . Tembikai manis biasanya tangkai dia curly .

Ni contoh tembikai kurang manis . Tangkai dia straight lurus je . 

Ok dah habis dah perkongsian KakYa mengenai cara tentukan buah tembikai manis ke tak manis . Perkongsian ini KakYa blog sebab nanti nak cari balik mudah jumpa . Korang pon boleh baca sekali . 

Kredit gambar : Aishah Wahab 


Malaysia Halal Expo 2019

$
0
0
Malaysia Halal Expo 2019 | Kementerian Pembangunan Usahawan ( MED ) dengan kerjasama agensinya , SME Corporation Malaysia  ( SME Corp. Malaysia ) akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 pada 24 sehingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre . Malaysia Halal Expo 2019 adalah acara halal terbesar di Malaysia yang pada asasnya akan memberikan peluang besar kepada usahawan Malaysia untuk menembusi pasaran halal di negara Jepun . Acara yang dianjurkan ini akan memberikan kita peluang untuk menyertai Sukan Olimpik 2020 dengan mempromosikan dan membekalkan produk halal di Jepun .

Malaysia Halal Expo 2019

Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 adalah peluang terbaik untuk menerokai negara Jepun dalam pemasaran industri Halal menjelang sukan olimpik yang akan berlangsung di Tokyo pada 2020 nanti . Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk sama sama berkunjung ke Malaysia Halal Expo 2019 okey ! .


Malaysia Halal Expo 2019


Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 ( MHE2019 ) pada  8 Januari 2019 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan 

Malaysia ke Jepun Untuk Sukan Olimpik 2020 

Bertemakan "Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020 " , Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 24 Januari 2019 hingga 26 Januari 2019 adalah susulan Memorandum Kerjasama ( MoC ) dalam bidang Halal antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai pada 26 November 2018 .  MoC adalah satu usaha untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun dan membuka laluan lebih mudah buat usahawan usahawan Malaysia untuk ke pasaran Halal di negara Jepun  menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 .

Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan  usahawan PKS dengan 320 booth pameran dari 6 kluster iaitu  Makanan & Minuman yang di Proses ( F &B) , Bahan Ramuan , Bioteknologi , Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal , Kosmetik danLogistik  .

Aktiviti Menarik Sempena Malaysia Halal Expo 2019 

Sebanyak 320 tapak 'booth' disediakan sepanjang Malaysia Halal Expo 2019 berlangsung . Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan antaranya :

- Pameran dan promosi produk oleh usahawan .
- Perkongsian ilmu seperti forum , pocket talk dan singgah santai selebriti ( Fara Fauzana dan Faizal Ismail ) yang melibatkan agensi SME Bank Berhad , JAKIM , Exim Bank , Matrade , Federation of Malaysia Freights Forwaders dan lain lain .
- Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge Award ( IIC ) .
- Sesi business matching dengan beberapa syarikat dari negara Jepun .

Malaysia Halal Expo 2019 mensasarkan seramai  lebih kurang 10,000 orang pengunjung sepanjang ekspo ini berlangsung dengan anggaran potensi jualan sebanyak 50 juta .

Perasmian Malaysia Halal Expo 2019

Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE2019 )  akan disempurnakan pada 24 Januari 2019  pada jam 2.30 petang . Malaysia Halal Expo 2019 turut bekerjasama dengan JAKIM , Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) sebagai rakan strategik dalam menjayakan ekspo terbesar ini .

Objektif Penganjuran Malaysia Halal Expo MHE2019 

Objektif sebenar dalam penganjuran Malaysia Halal Expo MHE2019 adalah perlaksanaan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun dalam bidang Halal . Di samping  itu Malaysia Halal Expo 2019 dapat mempomosikan produk dan perkhidmatan Halal sebagai insiatif kepada pelaburan dan perdagangan diantara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun .

Malaysia Halal Expo  24 Januari 2019 Hingga 26 Januari 2019 

Malaysia Halal Expo 2019 akan mula dibuka kepada trade visitor pada hari Khamis - Sabtu 24 Januari 2019 sehingga 26 Januari 2019 bermula dari jam 9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang . Untuk lawatan umum pula , akan di buka pada hari Sabtu 26 Januari 2019  dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang .

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 , sila layari laman web www.halal-expo.my.

Nak Jadi Pengakap ! Nak jadi Pengakap !!

$
0
0
Nak Jadi Pengakap ! Nak Jadi Pengakap !! | Tahun 2019 Akif dah masuk tahun 4 . Bila dah masuk tahun 4 akan adala aktiviti badan beruniform setiap Selasa kat sekolah . Setiap kali tanya Akif , nanti dah masuk tahun 4 nak join apa kat sekolah . Dia mesti cakap nak jadi pengakap ! nak jadi pengakap . Ucapan tu memang dah terngiang ngiang dia duk zikir kat telinga Umi dia ni sejak tahun 1 lagi  . Jadi sebagai Umi , KakYa duk doa la selalu agar tahun 4 dapatla dia join pengakap .



Semalam balik dari sekolah dia tunjuk surat yang Cikgu kelas bagi . Surat aktiviti perjumpaan mingguan badan beruniform sekolah akan bermula pada 22 Januari 2019 . Bermakna esok akan ada perjumpaan kat sekolah dan juga sesi pemilihan badan beruniform untuk anak anak sekolah . Makanya dia duk sibuk la cakap pot pet pot pet kat abah dia . " Abah , Akif nak jadi pengakap bah ! . Harap harap dapat la jadi pengakap " . Abah dia jawap takpe la kalau tak dapat jadi pengakap jadi yang lain pon takpe takde masalah boleh jer . Tapi Akif nak jadi pengakap la bah .. Ok la boleh la tu jadi pengakap . Abah dia tak berapa nak beria sangat dengan anak nan sorang ni sebab takut angin dia punah ranah bila takle jadi pengakap . Ya la untuk badan beruniform ni kan Cikgu kelas yang tentukan kat sekolah awak masuk apa , awak join apa . Bukan kita suka suka pilih . Kalau boleh pilih ok la tapi ni Cikgu yang tentukan . Makanya kena redho jer la . Sebab tu la abah dia tanak beria ia sangat takut tak dapat .

Makanya Umi dia ni duk selalu doa yang baik baik agar keputusan yang keluar kat sekolah arini , biarlah dia dapat jadi PENGAKAP .  Moga moga dapatlah Akif jadi pengakap . Tup tup tadi dapat WhatsApp dari group kelas Akif , Cikgu kelas hantar senarai nama lengkap dengan unit beruniform , kelab dan juga 1M1S . Laju Umi tengok senarai nama dan alhamdulillah syukur selalu , Akif dapat join PENGAKAP . Tq Allah tq Allah KAU dengar apa yang anak aku inginkan . Alhamdulillah syukur sangat sangat Ya Allah . Dapat jugak apa yang dia nak . 

Balik sekolah nanti mesti dia teruja nak bagitau Umi . Dah dapat jadi pengakap memang dia suka sangat la . Tahniah Akif , Akif dapat apa yang Akif hajatkan . Tahniah sayang Umi ! 

Sindrom Down - Apa Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0
Sindrom Down - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Jangan pernah malu dan merasa rendah diri jika dikurniakan anak syurga yang menghidap “Sindrom Down”. Sindrom Down adalah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 ( biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel . Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21 . 



Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal seperti :

-Tubuh yang pendek
- Kepala bersaiz kecil
- Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
- Lidah terjelir
- Satu garis lurus di tapak tangan , tangan yang besar , jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki 
- Pertumbuhan yang lambat
- Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Kekerapan berlaku Sindrom Down ?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran . Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini dikenalpasti?
Pengambilan ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21 . 

Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound dan analisis cecair mentuban (amniotic fluid) .

Pemulihan :

- Program intervensi awal
- Terapi carakerja
- Terapi pertuturan
- Pendidikan khas
- Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari . 

Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan . 

Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti hospital (klinik kanak-kanak) , klinik kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas) .

Kanak-kanak sindrom down perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan . Ini bagi memudahkan mereka mendapat jagaan kesihatan , kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna . 

Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.

Terdapat beberapa kumpulan sokongan antaranya adalah :

- Kiwanis Down Syndrome Foundation
Alamat : KDSF-National Centre
Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1,
Taman SEA, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03-78030179
Fax: 03-78064862
Website : www.kdsf.org.my
E-mail : admin@kdsf.org.my info@kdsf.org.my

- Persatuan Sindrom Down Malaysia
Alamat : 79 Lingkungan U-Thant , 55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42579818
E-mail : psdm@tm.net.my

- Langdon Down Centre
Alamat : 2a Langdon Park Teddington TW11 9PS
Tel : 0845 230 0372
Fax : 0845 230 0373
Website : http://www.downs-syndrome.org.uk
Email : info@downs-syndrome.org.uk

Ibu-bapa yang mempunyai anak dengan masalah “down syndrome” seharusnya lebih peka dengan kebajikan anak-anak istimewa ini serta memberikan perhatian yang sewajarnya .

- Rujukan Myhealth KKM

2019 Akif Join Akademi Tunas Semula !

$
0
0
2019 Akif Join Akademi Tunas Semula ! | Dua minggu lepas , masa kat sekolah Cikgu ada hebahkan pada anak anak yang berminat untuk join Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) aka Akademi Tunas Bola Sepak boleh datang ke sekolah SKBBBM untuk proses pemilihan  pada tarikh yang telah ditetapkan . Masa Akif balik sekolah dia ada cakap la kat Umi ,  nanti nak pergi jugak untuk sesi pemilihan  Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) sebab rindu dah dengan gang bola Akademi Tunas . Dah lama tak main bola ngan gang Akademi Tunas . 


Bila dia cakap camtu , terbukak la jugak bijik mata Umi dia ni sebab dah setahun dia tak main AT tetiba nak main balik . Bila tanya boleh ke bahagi masa ngan sekolah , mengaji dan jugak kelas tuisyen . Nanti tak penat ke . Dia cakap Ok boleh takde masalah . Jadi bila tuan punya badan sendiri yang cakap camtu , Umi abah ikutkan jer la asalkan dia happy . Sebenarnya tahun 2018 dia tak join AT sebab banyak sangat aktiviti yang dah sedia ada dan masa yang ada semput semput sangat . Jadi tahun lepas terpaksa la korbankan AT . Tahun ni dia dah masuk darjah 4 jadi dia dah boleh bahagikan masa dengan baik . InsyaAllah . 

Makanya hari yang ditetapkan minggu lepas Umi pergi dengan Akif jer kat SKBBBM Kemaman , untuk sesi pemilihan . Abang Iman ada tuisyen kat sekolah jadi tak dapat nak ikut sekali . Lagipon tahun ni abang Iman tak join AT sebab nak fokus pada UPSR 2019 .

Umi pon nak posing jugak . Meh sini kita posing dulu untuk kenang kenangan .

Masa mula mula tiba kat SKBBBM tu dapatla Akif jumpa gang gang lama AT dan memang nampak seronok la dia . Ya la dah setahun tak jumpa gang kecuali sorang dua yang memang kawan kat sekolah yang sama . Lain lain dari sekolah berlainan . Alhamdulillah masih ada keserasian bersama kawan kawan . Masa sesi pemilihan tu kan , KakYa mulanya bimbang jugak takut dia tak terpilih untuk sesi pemilihan 2019 . Mana la tau sebab lama tak main kot kot ke laut dah skill nya . Kalau kat rumah hari hari dia main kat padang taman perumahan ni . Cumanya untuk pemilihan jurulatih nak jugak tengok skill masing  masing .

Umi bukan apa takut nanti kalau tak terpilih dia terasa pulak . Abah dah siap pesan awal awal . Akif buat elok elok hingga terpilih okey . Dia pulak confiden level tinggi jawap , Akif pasti boleh . Fuhh mengharap sangat anak yang satu ni nak join Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) semula . Harap harap ada rezeki dia .

Yeay jumpa gang lama . Setahun tinggalkan Akademi Tunas , bila jumpa balik kemesraan tu masih ada . Alhamdulillah . 

Masing masing tak nak kalah dengan gaya , mutu , keunggulan tersendiri .

Ni antara sebahagian gang Akademi Tunas 10 tahun yang terpilih untuk sesi 2019 

Semoga anak Umi dan gang Akademi Tunas Kemaman terus maju dan berjaya dalam sukan bola sepak .

Syukur alhamdulillah sesi pemilihan tamat jam 6.30 petang dan Akif salah seorang pelatih yang terpilih . Tahniah Akif , Umi dan abah doakan agar Akif dapat buat yang terbaik untuk Akademi Tunas Kemaman . Anak Umi pasti boleh . Yessss !!

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live