Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

❤ Tan Hong Ming & Ummi Khazriena ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ingat lagi tak ??? Tan Hong Ming & Ummi Khazriena





Her name is Umi ... Umi Qazrina. I like her. 
Do you wanna come for a date...to a romantic dinner? 
Erkk..does she know you like her? No..i keep it as secret. 
Why? i dont want the whole world to know. Why Not? ...
Because everybody will laugh at me. 
Why should they laugh at you?...
Ermm she doesnt like me  .... 

My name is Umi Qazrina. Who is your best friend? 
Tan Hong Ming. Do you like him ??
Do you have a boy friend..
Who is your boy friend ?
Tan Hong Ming. 

Thats Sooooo Awesome  !!!!!!!!!
Awwwww .... Soooooo Sweet !!!!



Tan Hong Ming & Ummi Khazriena Jumpa Kali Pertama Selepas 4 Tahun

Sumber Gambar : Mr Google 


❤ DIY : Lampu Hiasan ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Cuba kita kreatifkan diri sendiri dengan mencipta lampu buatan sendiri. 
Jom lihat di bawah ini teknik membuat lampu yang kreatif.

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan, iaitu, sudu plastik, pisau,
botol air mineral yang besar, mentol, glue dan lain-lain.

Potong sudu seperti gambar  
Potong bahagian bawah botol air mineral

Buat lubang pada botol air mineral sehingga sudu
boleh dimasukkan/diselitkan

Sambung sudu-sudu itu seperti ini menggunakan tali tansi

Hampir siap !!

Belum lagi menyala !!!

Akhirnya ..Siap dan menyala !!!

Sungguh cantik dan kreatif. Mungkin inilah peluangnya jika anda mahu mencuba sesuatu benda yang unik. Ia boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja. Tetapi sila pastikan anda membuat penyambungan wayar dengan betul, bimbang jika terkena renjatan eletrik secara tiba-tiba.


❤ GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi di beri ruang juga peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata kat blog ni..Petang yang damai ni Lya sempat join satu Giveaway iaitu GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP anjuran Blogger CT Humairah pemilik Blog Siti Yang Menaip.Jom sama2 support rakan blogger kita !!!!

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry giveaway.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. 
4. Selesai.

Hadiah-Hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!

Giveaway ni akan TAMAT pada 24 Ogos 2014

JOM JOIN RAMAI2 !!!!!!


❤ 1st Giveaway by Melangkau Garisan with love ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah, Petang ni Lya sempat join satu lagi Giveaway iaitu 1st Giveaway by Melangkau Garisan with love . Giveaway ni anjuran Blogger MG schmidt pemilik Blog Melangkau Garisan .. Jom sama2 kita support rakan blogger kita.Jom ler join ramai2 ..

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!

So, apa yg korang kena buat just 

1. Copy gambar kat atas ni then backlink kat blog MG (macam biasa)
2. Be MG beloved follower
3. Like my fanpage --> ekinrazalli da tailor 
4. Follow Instagram ---> ekinrazallidatailor
5. Tinggalkan link kat komen giveaway.

Giveaway ni akan TAMAT pada 13 September 2014

Jom Join Sama2 !!!!!!

❤ Hari Sedih Akif ... ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kisah sedih hari ni .....


Arini Akif ke sekolah cam biasa .Seronok dapat pergi sekolah lepas bercuti dua hari .. Tapi bila balik dari sekolah sedih memanjang ...Huhuhuhuhu sedih sungguh ..muka mendung jer ..nasib tak hujan !!!

Balik sekolah terus masuk bilik ..Beg sekolah pon tinggal jer kat depan pintu .. Hati Umi ni dah berkata2 kalau camni gayanya mesti ada masalah kat sekolah ni .. Tanya punya tanya ..Huhuhu memang betul la kat sekolah ada masalah rupanya ..Masalah besar ni ,kalau tak takkan la balik terus masuk bilik ..

'' Umi..huhuhu kat sekolah kan Umi kan Umi kan Umi kan ..berapa banyak kan dah ni Akif ... Kat sekolah kan Akif kena TUMBUK ..kena TUMBUK ..Huhhh sentap kejap tangkai jantung ni ..Akif kena tumbuk patut la ada lebam kat hidung kena tumbuk rupanyerr ..Saper yang tumbuk Akif ni.Budak 6 tahun Akif tak kenal dia tapi dia tumbuk Akif ..Dia tumbuk kawan Akif dulu pahtu dia tumbuk Akif pulak ..Sakit sangat hidung Akif Umi..''

Sedih dengar citer dia siap ada selingan lagi huhuhu...'' Pastu kan Umi kan kan kan dia sorokkan selipar Akif kat dalam tong sampah ..tong sampah Umi ..'' Mak aii ini dah melampau ni ..Budak mana la yang buat camtu kat anak dennnn nie ..Besor sangat ke dia .. buat camtu kat anak dennnn..Dennn dah hangin dahhh ni.Suka2 dia jer buat anak dennn camtu.Kalau denn jumpa siap koooo .Hehehehe ..

Dalam2 duk citer punya citer punya citer tetiba senyap takde bunyi ...Pusing kejap tengok Akif dah Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ........... Landing bercerita atas katil tertidur sudah ...Kesian dia tak pasal2 kena tumbuk huhuhu...Anak saper la yang BERANI sangat tumbuk anak dennn nie...Budak2 sekolah yang kecik2 pon dah pandai tumbuk orang .. Anak saper la tuuuu .. Tak puas ati betul la ..Geram pon ada ..

KESIAN BETUL AKIF !!!

❤ Renungan Masa Tua ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

RENUNGAN MASA TUA

❤ Sisa hίdυρ semakin pendek 
~ Ibadah dan Taubat, WAJIB jadi kelaziman sepanjang masa
- Yang boleh kita makan, makanlah;
- Yang boleh kita pakai,pakailah;
- Yang ingin kita beli,belilah;
- Kalau masih mampu memberi,berilah;
- Masih mampu berbagai,berbagilah ...

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.Jangan khuatir dengan ahli waris,Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.Nikmatilah hίduρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

❤ Sehari berlalu, umur berkurang sehari.Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur,kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

❤ Waktu cepat berlalu,hidup itu sangat singkat dan susah.Dalam sekejap kita memasuki masa tua,itu PASTI !!!

 ❤ Bila membandingkan ke atas,kita akan selalu merasa kurang;membandingkan ke bawah,kita merasa lebih;bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya,kita pasti bahagia. 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Manfaatkan ia sebaiknya. 

❤ Harta,kekayaan,pangkat,kedudukan,kehormatan -->semua itu hanyalah sementara,hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik,sentiasa membantu orang,tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada..dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίduρ ini.

❤ Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya!!!Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah!tatkala anak sakit,hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya khabar ala kadar..Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku !!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

❤ Rumah ibubapa adalah rumah anak,tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

Sama2 Muhasabah Diri !!!!

❤ Minda Masyarakat Kita Perlu Di Ubah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


❤ Pertandingan Selfie Hari Merdeka Ke-57 ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

SUKA SELFIE ??? 

Jom Sertai Pertandingan #Selfie Hari Merdeka Ke-57. 
Hadiah-hadiah menarik menanti
 #UMmerdeka57 #merdeka57 #selfiemerdeka

Hantarkan gambar dan ucapan menggunakan hashtag 
#UMmerdeka57 melalui akaun Twitter dan Instagram anda 


- Hantarkan gambar menarik anda sebelum 28 Ogos 2014 
- Semua penyertaan yang diterima diluar tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik.

Gambar dan ucapan Hari Merdeka akan disiarkan pada 29,30 Ogos 2014 dan 1 September 2014 di dalam Akhbar Utusan Malaysia .
Hadiah menarik menanti anda ..

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI  !!!!
KOGSIKAN KEGEMBIRAAN DAN TUNJUKKAN RASA SAYANG ANDA TERHADAP MALAYSIA 

Maklumat Lanjut KLIK SINI 



❤ Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

❤ Kristal Maya ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google

Slot: 
Samarinda TV3

Para Pelakon: 
Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Rahim Jailani, Elly Mazlein, Ika Nabella, Dilla Ahmad, Zarina Zainuddin, Shaharuddin Thamby, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Amar Baharin, Hefny Saad dan Shakila Khoriri.


Sinopsis Kristal Maya

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi  (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly Mazlin) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan.

Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja,kekecohan berlaku apabila Ezam (Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah ( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny).

Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya.Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa.Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.

Apakah yang bakal terjadi seterusnya .. Saksikan Kristal Maya di Slot Samarinda setiap Rabu dan Khamis jam 10.00 malam hanya di TV3.

Sumber Gambar : Mr Google


❤ Sesungguhnya Perancangan Allah Itu Cukup Indah...Alhamdulillah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sesungguhnya perancangan Allah itu cukup indah ... Alhamdulillah



❤ 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur Merchandise Contest ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Selasa Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi di beri ruang juga peluang untuk menceriakan duni blogging yang cukup Lya minati ini..Petang yang indah ni Lya sempat join satu Giveaway iaitu 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur Merchandise Contest anjuran Blogger Sally Samsaiman pemilik BlogSally Samsaiman.Jom sama2 support rakan blogger kita !!!!


Syarat-syarat dia mudah je....

Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional kalau nak) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
Klik C.N.B.L.U.E
Buat satu entry bertajuk 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur Merchandise Contest.
Jawab satu soalan, "Kenapa Sally kena pilih saya sebagai pemenang...."
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Pemenang akan dipilih oleh Sally 100% (Tiada bantahan akan diterima) 
Contest akan berlangsung daripada 17th August 2014 sehingga 20th August 2014


Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi :

Pemenang UTAMA :
White Falcon Guitar Keychains yang bernilai RM20 x 1 pemenang

Hadiah SAGUHATI :
Button badge / poskad x 4 pemenang



Nak Tahu Tak Kenapa Sally kena pilih Kak Lya sebagai pemenang ...Jeng jeng jeng..Susah jugak nak jawap ni ..Mencabar betul la soklan Sally kali ni .. Kalau silap jawap kempunan la nak dapat HADIAH kat atas tuuu ..Sally takleh bagi soklan lain ke yang sonangggg sikit.Heheheehe .Ok TAK BOLEH !!! tak boleh tak pe,Kak Lya jawap yer Sally ..Sally kena bagi hadiah tu tu tu untuk Kak Lya kerana kalau Kak Lya dapat hadiah tu lepas ni Kak Lya akan jadi salah sorang PEMINAT CNBLUE.Ha aaa bila Kak Lya dah jadi PEMINAT CNBLUE lagi bertambah la peminat diaorang.Kita leh jadi geng mesra mesra CNBLUE gitu.Pahni leh la kita layan CNBLUE sama2.Kongsi gambar sama2.CNBLUE la katakan .Kita sama2 layannnnn.Lagi satu sebab UTAMA Sally kena bagi kat Kak Lya hadiah tu sebab anak perempuan Kak Lya nak sangat KEYCHAIN CNBLUE tuuuuuuuuu...Boleh la ya Sally !!! Waaaa..wa ..wa.. ni kira mintak dah ni..Kalau Sally tak bagi SIAP SALLY !!! Ingat tu SIAP KO SALLY !!! Kuakuakua ...SALLY JANGAN MARAH YERRR !!! NANTI KENA JUAL ..TAKLEH MINAT CNBLUE LAGI ..


❤ Alhamdulillah ..Masih Bernafas Hari Ini .. ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Bangun pagi tadi bukak mata .. Senyum dan terus tersenyum..Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah masih lagi bernafas untuk hari ini.Syukur.. Syukur ...Syukur,Allah SWT masih lagi memberikan ruang dan juga peluang untuk diri ini memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk hari yang lebih sempurna. InsyaAllah ..

Alhamdulillah ..Nafas hari ini adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan barakah...


 Selalulah memberikan YANG TERBAIK jika kita inginkan YANG TERBAIK walaupun kita bukanlah YANG TERBAIK  !!!


Semoga segala urusan yang bakal dilaksanakan hari ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan oleh Allah SWT .. Aaamin aamin aamin ...


❤ #AmBankRayaBergaya Selfie Contest ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...  

Suka Selfie ?? Kalau suka inilah masanya untuk anda menang hadiah dengan menyertai Selfie Contest AmBank #AmBankRayaBergaya


Adakah anda trend yang akan datang ? Jom tonjolkan gaya selfie anda !!!!! 
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai  Peraduan #AmBankRayaBergaya   
Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Smart Camera dan monopod bernilai sehingga RM1500 atau H & M Baucer bernilai RM200 !!!!

Kongsi gambar selfie paling bergaya anda dan masukkan kapsyen anda :- 
#Stylfie #AmBankRayaBergaya 
Maklumat contest www.youtube.com/ambanktv

Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 29 Ogos 2014 melalui:
1. AmBank Facebook Page @ http://bit.ly/1rXDg3m
2. Instagram 
3. Twitter



NAK JOIN !!!  KLIK SINI 

❤ Wordless Wednesday - Elakkan Riak ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


p/s : ''K'' kurang satu kat gambar ..Nak baca -Elakan- tambahkan satu lagi ''K''


❤ Wordlesss Wednesday - AWAS Eye More Tiruan ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google 

❤ Alkohol Halal ..??? ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

 Alkohol Halal ..???

Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semestinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang seharusnya difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.

Dalam bahasa Arab, arak disebut sebagai khamar. Dari sudut bahasa ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuat daripada jus buahan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. Arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.

Ada dua jenis arak diminum pada zaman Rasulullah dan selepasnya iaitu sebagai Khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur dan lain lain yang diperam. Kedua dinamakan sebagai nabiz. Nabiz adalah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. Hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.

Jumhur fuqaha’ yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram.
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Maa’idah : Ayat 90)

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya :
“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram." (HR Muslim)

 Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud :
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 219)

Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujukkan kepda ‘ethyl-alkohol, entanol atau ETON.

Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah; ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum pengggunaan etanol.
Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, bir dan wain yang bertujuan untuk memberi rasa dan kriteria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa. Perlu juga kita tahu adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah SAW pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.

Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan :

a)Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
b)Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
c)Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
d)Tapai adalah halal.
e)Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
f)Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).
Pengalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produk menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahawa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan, ia tetap haram.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
“Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram.” (HR Abu Daud dan An-NAsai’i)

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan :
“Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal.”

Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.

 Sumber ;- Buletin Halal (Disember 2009), JAKIM

❤ 9 Awesome Blogs Of The Month ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan masa dan ruang tengah hari ini.Lya join Segmen 9 Awesome Blogs Of The Month .Segmen ni anjuran blogger Suriana Abdul Kadir pemilik Blog Gogeous Lover . Jom sama2 support rakan blogger kita.

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!

Syarat2  Segmen

Follow blog Gogeous Lover
Follow Google+ Suriana Abd Kadir,
Add blog Gogeous Lover dalam bloglist anda.
Buat new entry bertajuk 9 Awesome Blogs Of The Month
Copy banner dan masukkan dalam entry dan backlink kan ke enty Segmen.

Segmen akan TAMAT pada  28 Ogos 2014 jam 12:00 malam

9 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 29/08/2014.

❤ Elak Kecurian,DiRompak Dan DiRogol Dalam Rumah Sendiri ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabah diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari ? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran ??

Sumber Gambar : Mr Google 
Tips Menghalang Kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.


(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new,sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).


❤ 9 SITI Yang Patut Di Jadikan Contoh ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Sumber:  Ustazah Siti Norbahyah Mahmood

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live