Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2422 articles
Browse latest View live

❤ Tonsil ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Radangan Tonsil

Apa itu tonsil?
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radang tonsil?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaannya disebabkan daripada kuman viral dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang didiagnosa mendapat radangan tonsil?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat.

Dia akan mengalami:-
Demam.
Susah untuk menelan kerana sakit tekak.
Nafas berbau.
Bunyi suara yang ganjil.
Kebengkakan pada kelenjar tekak.

Kelenjar tekak akan kelihatan:
Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok-tompok putih diatasnya.

Bagaimana rawatan radang tonsil?

Rawatan yang dapat membantu adalah:
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit.
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk.
Banyakkan minum air.
Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas.
Rehat.
Antibiotik jika jangkitan berpunca daripada bakteria.

Bilakah kelenjar tonsil patut dibuang?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang-ulang.
Kelenjar tonsil yang besar mengganggu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang perlu diambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan imunisasi.
Kalau tidak dibuang, pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian imunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selesema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain daripada sakit tekak?
Komplikasi yang teruk telah dikenal pasti. Ini termasuk:
Demam rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
Radang tonsil yang berulang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

: Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin



❤ Layan Jer La ..❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Feeling hindustan plak dia..Sandar kat pokok cam Hero Bollywood la pulak


Ni feeling cam saper ni..Agak2 la nak feeling cam Hero Malaya !!


Hehehe cam saper ya ??? Ada gaya tak kita bergambar ..

Abah dia cakap tak yah nak ajar...Dia memang dah tahu camner cara nak bergaya!!!


Layan gambar Akif jappp..Tak tau nak update apa petang ni..Mata tetiba ngantuk jer..Tapi bila tengok jer gambar yang En hubby snap semalam hilang ngantuk..

Layan feeling ngan abah dia kat tepi pantai..seronok la tu leh g jln2 kat pantai..Arini mintak bawak ke pantai lagi..Tak tahu ler jadi tidak pergi petang nie..Abah cakap tgk keadaan camne takleh janji nanti di tuntutnya sampai ke sarang semut ..huhuhuhhhu..sebab tu la abah dia tak nak janji ...


❤ Alhamdulillah ..Menang Giveaway by Azura Abd Rahman - Duit Raya 2014 ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Alhamdulillah .. Lya menang duit raya dalam Giveaway by Azura Abd Rahman-Duit Raya 2014 ..
Lya sedar tentang keputusan Giveaway ni lepas tengok Syira Lokman UPDATE kat blog Syira ..
Lya pon terjah Blog Azura Abd Rahman ..Yeyyy rupa2 nyerr Lya pon menang la ..Rezeki anak2 dapat duit raya lagi !!!! Thanks Zura ..

Tahniah juga pada pemenang2 yang lain ... Anda JOIN tak ??? Nak tahu anda menang atau tidak boleh KLIK SINI  ... Jangan lupa TERJAH Blog Azura Rahman ..Banyak info2 menarik yang selalu diketengahkan oleh pemilik blog ini .. Jangan lupa FOLLOW tau !!!


❤ Wordless Wednesday - Virus EBola ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


❤ EBola ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Wabak 2014

Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang. 

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.

SUMBER : KLIK SINI 

❤ Selamat Hari Lahir Muhammad Adam Iman ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Selamat Hari Lahir Ke ~7 buat anakanda tercinta Muhammad Adam Iman ..Iman anak kedua Lya lahir pada 13/08/2007 .. Hari ni genap 7 tahun usia Iman..Alhamdulillah Iman  membesar sihat dan sempurna depan mata Umi juga Abah ..Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah akan sentiasa di beri kesihatan yang baik,minda yang cerdas,panjang umur serta menjadi anak yang soleh...InsyaAllah ..Aaamin aamin aamin .


Sanah Helwah Ya Muhamamad Adam Iman  

Iman ni susah sikit nak senyum ...Kalau nak minta bergambar pon susah jugak sebab dia tak berapa suka bergambar cam Akif ..Ni gambar yang En Hubby SNAP petang tadi sempena Hari Lahir Iman .Biasanya Lya & En Hubby akan SNAP gambar anak2 sempena Hari Lahir mereka .. 

Iman ni peel dia tak macam Akif ..Dia tak berapa suka kek ..Jadi tiap kali Hari Lahir memang tak nak kek.Tahun ni bila tanya nak kek tak ..Tak Nak !!!! ..Jadi Lya buat makan2 sikit ..Makanan pula ikut kesukaan Iman ..Lya masak jer ..Dia lebih suka Lya masak dari makan kat luar ..Pilihan Iman arini WESTERN FOOD ..Hehehehe pilihan bedayyy boy ..Umi turutkan jer laaa ..


Muhammad Adam Iman indahnya namamu
Iman ,
Umi mendoakan Iman membesar jadi anak yang baik ..
Jadilah anak yang soleh ..
Taat akan Umi juga Abah ..


❤ Jom Jumpa Ustaz Azhar Idrus ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..


Arini Ustaz Azhar datang sini lagi ... Anak2 dah sibuk duk pujuk abah dia.. nak pergi jugak..Abah dia nak g ngan kawan2 sebenarnyerr tapi bila anak2 nak ikut bawak sekali la anak2...

Tadi jalan2 lalu sini , ramai betul orang duk menjual ..jgn tak tau kalau UAI datang sini mmg meriah ler ngan orang ramai menjual sana sini.. macam2 ada...kebanyakannya makanan laaaa ...

Ni kali ke 3 anak2 pergi...Akif pon dah tak sabar nak g jumpa UAI ... OK ..Lya nak siapkan anak2 kejap ..out dulu !!!


❤ DIY : Rock Cactus Garden ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Comelnyerrr !!!!!!! Akif ada tengok tadi ... Jom buat kaktus ..mak aiii nak buat kaktus kena ler ada batu Kalau takder camno nak buat kaktus ni ... Kena cari batu dulu baru boleh buat ..Bahan penting tu ..

Cantik kan ??? Nanti kalau ada masa boleh la buat kaktus ngan anak2 ...


Sumber Gambar : Mr Google 


❤ Peluklah Isteri Di Saat Dia Menangis ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS

Bila isterimu menangis dihadapanmu,tak peduli apapun sebabnya,peluklah dia, biarpun dia menolak, 
tetapi peluklah dengan erat ...

Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis 
dalam pelukkanmu..!!

Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu,tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, 
itu semua kerana dia peduli padamu..!!

Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikut-ikutan tidak peduli, 
Ini adalah tentangan bagi kalian,saatnya membuang ego masing2..

Bila isteri tidak mahu mendengar dan berbalik badan berjalan meninggalkanmu,kejarlah dia,
Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau sanggup meninggalkannya sendirian..??

Bila isterimu berkata "kamu pergi saja" aku tidak mahu mempedulikanmu'' jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu adalah saat dimana dia paling memerlukanmu..!!

Bila isterimu marah, suasana hatinya sedang tidak enak dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa,dia pasti berkata tidak mahu semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahawa kamu juga tidak mahu makan..!!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya..!!
Terkadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami..!!
Memaafkan bukan bererti lemah, melainkan sebuah kepedulian dan menghargai..


❤ SCAM ALERT: 5 Tanda Untuk Mengenal Pasti Skim Penipuan Ponzi ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

SCAM ALERT: 5 Tanda Untuk Mengenal Pasti Skim Penipuan Ponzi


BERWASPADA DENGAN PENIPUAN PELABURAN MEMBABITKAN PULANGAN (KEUNTUNGAN) YANG LUAR BIASA BESARNYA.


❤ DIY : Jambangan Mutiara ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Jambangan Mutiara 

Sumber Gambar : Mr Google

 Langkah-langkah mudah untuk DIY  jambangan mutiara

BAHAN-BAHAN

Manik pelbagai warna, Reben, Masking Tape, Loytape, Gunting, 
Cutter, Gam dan Dawai


LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Masukkan dawai di tengah-tengah manik.
3. Ikat kemas dawai tersebut. Lakukan satu persatu hingga banyak. 
4. Satukan manik-manik yang telah diikat dengan dawai dan susun membentuk jambangan bunga. Lilit dawainya dengan masking tape.
5. Serikan bahagian bawah jambangan bunga dengan reben dan bentukan ia beropol.
6. Hias dengan reben dan manik di bahagian tangkai bunga tangan untuk nampak lebih menarik.


Sumber Gambar : Mr Google

❤ Ummaland : Laman Sosial Berbentuk Islamik ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pengguna laman sosial kini mempunyai alternatif lain selain Facebook dan Twitter. Sebuah laman sosial berbentuk islamik iaitu Ummaland dibina sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat kepada orang islam dan berkongsi nilai-nilai murni. Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013.



Jom create accout Ummaland http://www.ummaland.com/

Ummaland Lya ni baru tiga orang sahabat yang ada ???
Siapa2 yang ada Ummaland jom ADD Lya kat sini .

Lya join Ummaland pada 9 Februari 2014 ..Tapi tak aktif sangat dengan Ummaland sebab takde kawan masa tu ..Huhuhuhu ..Sekarang ni dah ada tiga ketul kawan dah ..Hehehee ..





❤ Double Parking ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pengajaran kepada semua pemandu diluar sana, silalah tinggalkan nombor
telefon anda, sekiranya anda membuat 'double park'.
Sumber Gambar : Mr Google

 Double Parking 

Apa kata sahabat tentang DOUBLE PARKING ? Ada pengalaman tak tentang double parking ? 
Selalunya kat mana kita boleh nampak Double Parking ? Kat sekolah ke?,Kat bank ke? Kat Hospital ke? Kat Pasar Malam ke ?? ... Atau kat mana2 ..

Lya pernah kena Double Parking ni kat Hospital .. Ya la kat parking Hospital mana cukup tempat nak park kereta kan ??? Tambah2 bila waktu melawat hujung minggu .Memang sesak la tempat parking tu.Dah jadi berlapis2 bukan setakat DOUBLE PARKING.TRIPLE PARKING pon ada.Bila kita tengok kat cermin takde pulak dia tinggalkan no phone.Kalau la dia tinggalkan no phone boleh jugak kita contact.Dah la tak tinggalkan no phone,handbrake pulak diangkatnya..Kalau nak DOUBLE PARKING janganla tarik handbrake.Orang camni memang jenis takder SIFAT KESEDARAN SIVIK dalam diri.Jenis manusia yang mementingkan diri. Kalau boleh bagi HORN dah lama HORN tapi kan kat kawasan HOSPITAL mana boleh tekan horn sesuka hati sesedap rasa kita huhuhuhu... 

Sambung lagi ...Oleh kerana malas nak menunggu bila ntah si empunya kereta nak datang Lya sekeluarga lepak makan2 kat Restoran KFC.Kebetulan Hospital dekat ngan Restoran KFC..Lama jugak kat situ dalam dua jam gitu layan anak2 makan kat situ ..Bila datang balik kat tempat parking dah takde dah kereta yang DOUBLE PARKING tu .Nasib takde kalau ada agak2 nak buat apa la ya ???
Masalah DOUBLE PARKING ni bukan kecik TAPI masalah besar TERUTAMA masa tu kita ada kerja nak di kejar ..Memang haru biru la jadinya ..Rasa cam nak HENTAM jer kereta tu kan kan kan ??

Huhuhu mesti sakit ati sangat tengok kereta ni lama sangat park kat situ.
Sumber Gambar : Mr Google 

❤ Amalan Harian Buat Pasangan Suami Isteri ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google 

Amalan Harian Buat Pasangan Suami Isteri

-Dirikan solat bersama (amalkan solat dan berdoa bersama-sama setiap hari)
-Kucupan mesra (sebelum berpisah ciumlah tangan suami dan kucuplah dahi isteri dengan penuh kasih & sayang)
-Telefon & pesanan ringkas (cukup dgn SMS seperti 'i love u' atau hubunginya untuk bertanya 'sudah makan ke' ? )
-Makan bersama (sekali sekala, ajak si dia untuk makan bersama)
-Bertanya khabar (jadikan ia komunikasi dua hala)
-Luahkan perasaan (lihat reaksi dan gerak badan si dia,jika ada yg tidak kena tanyakan kenapa & jadilah pendengar yang baik)
-Bijak tangani masalah (pujuklah pasangan anda jika ada pertengkaran yang berlaku)
-Ucapkan terima kasih sentiasa (perkataan ringkas yang membawa seribu satu erti pada si dia)
-Senda gurau bawa bahagia (sentiasa tersenyum dan menghiburkan hati pasangan, ajak dia menonton tv atau wayang bersama)

❤ Saya Sayang Malaysia ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

‪#‎SayaSayangMalaysia‬
‪#‎ProudToBornInMalaysia‬
‪#‎Merdeka57‬
#ILoveMalaysia
#ILoveTerengganu
 ‪#‎DisiniLahirnyaSebuahCinta
‪#‎PrayForMalaysia‬







Saya Sayang Malaysia Kerana ...
- Malaysia Memang TERBAIK !!!
- Malaysia Tanah Airku...Tanah Tumpah Darahku..
- Tanah Airku Yang Aman & Damai 
- Kerana Malaysia Kami Hidup Selesa 

Saya Sayang Malaysia kerana semua keturunan saya berdarah MALAYSIA..(maknanya semua keturunan MALAYSIA la takder campur2 Sepanyol ke,Perancis ke takder.. hehehehe) Saya lahir selepas MERDEKA,sangat2 bangga kerana lahir dalam dunia serba moden dan membangun .. Tak perlu susah2 macam sebelum merdeka dulu..Celik jer mata semua depan mata ..Pendek kata semua ada (macam kata ASTRO laaa macam2 ada.. ...Nak itu dapat nak ini dapat dan yang PALING UTAMA kenapa SAYA SAYANG MALAYSIA kerana saya diberi peluang ,ruang dan juga kesempatan untuk tinggal di bumi MALAYSIA tanpa perlu takutkan PEPERANGAN. MALAYSIA negara AMAN MAKMUR MERDEKA bebas dari peperangan dan penjajahan..Terima kasih YA ALLAH peliharakan MALAYSIA agar sentiasa dibawah lindunganMU ….


❤ Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi di beri ruang juga peluang untuk terus mencoretkan kata2 .. Petang ni Lya join satu segmen Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse anjuran Blogger  Sha Salleh pemilik Blog Irsyahealthyhouse.Jom sama2 support rakan blogger kita !!!!

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!

Segmen Akan TAMAT Pada 26 Ogos 2014 

❤ CPUV Nuffnang ~ IKEA - SISAN (Re-launch Campaign) ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Sempat  TERJAH Mr Nuffnang tadi... Adakah CPUV lagi untuk blog Lya sebab tadi nampak cam ada iklan duk menari2 jer.. Harap2 ada la satu hehehe ...Yeyyyy betul la tekaan Lya,Alhamdulillah melekat jugak satu CPUV untuk Blog Akif Imtiyaz ..Terima Kasih Mr Nuffnang..Syukur syukur Ya Allah..Rezeki datang lagi ... 




TERIMA KASIH LAGI SEKALI MR NUFFNANG 
TERIMA KASIH juga  untuk IKEA 

Maklumat Lanjut KLIK SINI

❤ Tips Penjimatan Air ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tips Penjimatan Air




Air adalah penting untuk kita setiap hari. Tetapi kemarau yang berpanjangan dan luar biasa pastinya menyebabkan paras air empangan berkurang dengan cepat. Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari.

Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari:

Mencuci Pakaian

• Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga.
• Pasang mesin basuh pakaian cekap air. Jimat: 64 liter/cucian.
• Basuh pakaian gelap dalam air sejuk untuk menjimatkan air dan tenaga, dan membantu mengekalkan warna pakaian anda.

Dapur

• Hanya gunakan mesin pencuci pinggan mangkuk apabila telah penuh untuk menjimatkan air dan tenaga.
• Pasang mesin cuci pinggan mangkuk yang cekap tenaga. Jimat: 12-32 liter/sekali muatan.
• Pasang jidal pada pili dapur untuk mengehadkan aliran kepada kurang tiga liter per minit.
• Apabila mencuci pinggan mangkuk dengan tangan, jangan biarkan air mengalir. Isi satu sinki dengan air basuhan dan yang lain dengan air bilasan.
• Mesin mencuci pinggan mangkuk biasanya menggunakan air kurang daripada membasuh pinggan mangkuk dengan tangan.
• Jika pinggan anda adalah baru, kurangkan membilas.
• Rendamkan periuk dan kuali dan bukannya membiarkan air mengalir ketika cucian.
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuali air dan elakkan air mengalir dari paip.
• Jangan gunakan air yang mengalir untuk cairkan makanan. Nyahfros makanan dalam peti sejuk.
• Gunakan air paling sedikit yang mungkin dalam masakan. Ini juga membantu makanan mengekalkan lebih nutrien.
• Pilih saiz kuali yang betul untuk memasak. Kuali besar mungkin memerlukan lebih air daripada yang diperlukan.
• Jika anda secara tidak sengaja terjatuhkan kiub ais, jangan buang ke dalam sinki. Letakkan kiub ais tersebut di dalam pasu bunga atau pokok.
• Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tumbuhan rumah.

Bilik Mandi

• Pasang pancuran mandi beraliran rendah. Dapat jimat: 10 liter.
• Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada lima minit. Dapat jimat: 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah.
• Pasang jidal pada kepala paip bilik mandi. Jimat: 4.8 liter setiap orang/hari.
• Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur. Jimat: Kira-kira 40 liter/hari
• Pasangkan mangkuk tandas berkecekapan tinggi. Dapat jimat: 76 liter seorang/hari .
• Uji tandas anda untuk kebocoran sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Letakkan pewarna makanan di dalam tangki tandas anda. Jika pewarna mengalir keluar tanpa curahan, ada kebocoran. Ia harus diperbaiki secepat mungkin.
• Pertimbangkan membeli tandas dwi-simbahan. Ia mempunyai dua pilihan iaitu simbahan setengah dan simbahan separuh.
• Rendamkan pisau cukur ke dalam secawan air dan bukannya membilas pisau cukur anda dengan air mengalir. Jimat sehingga 1,200 liter air sebulan.
• Tutupkan air semasa mencuci rambut anda dan jimatkan sehingga 600 liter sebulan.
• Apabila mencuci tangan anda, sila tutup paip air semasa anda menggosok tangan.
• Mandi air pancuran dan bukannya mandian rendam. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air.

Sumber : Sinar Harian Online

❤ Teruskan Hidup Walaupun Selalu Di Umpat ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Teruskan hidup walaupun selalu di umpat. Itu semua ujian Allah untuk kita ..
Manusia tidak akan pernah puas hati dengan sesuatu... 
Ada saja yang akan menjadi kritikan... 
Sabar adalah penawarnya....
 Pastikan kita sentiasa di hadapan !!!

Sumber Gambar : Mr Google


Orang yang selalu mengata orang biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
Dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
Jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
Biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga
Sering membuat kesalahan dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat
Hendak mengata dan mengumpat orang

Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran...

❤ Habiskan Susu Dalam Masa 3 Hari Selepas Di Buka ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Adakah anda mempunyai susu di rumah ? 
Jangan lupa untuk simpan pek susu di peti sejuk selepas dibuka 
& habiskannya dalam tempoh 3 hari selepas dibuka ye.* 

* Hanya untuk produk PAST, STM dan susu UHT, tidak termasuk susu tepung

Sumber Gambar : Mr Facebook

Viewing all 2422 articles
Browse latest View live