↧
❤ Wordless Wednesday - Tidak Semua Perempuan Mata Duitan ❤
↧
❤ Muhammad Akif Imtiyaz .. Saya Dah Besar La ...❤
↧
↧
❤ Pilihan Di Tangan Kamu ... ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
"Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA, bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. "
Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU dαn MAHU
Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan, Mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajiban....
↧
❤ Mengantuknya .... ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Semalam tidur lewat ..Pagi ni mak aiiii sekejap bukak mata sekejap tutup mata ..Ngantuk katanyerr .. Sekejap baring sekejap bangun .. Semalam Umi dah pesan tidurlah tidurlah dah lewat dah ni...Apa dia jawap Tak nak lah Umi ..Akif tak ngantuk lagi tak boleh tidur..Kalau masuk bilik Akif tak tdo jugak sebabAkif tak ngantuk.Akif teman Umi ya ..Pandai betul dia .. Camne tak ngantuk sebelum tu pukul 8:45 dia dah tdo bangun balik pukul 10:00 malam ..Nak ngantuk camnoooo ... Ntah pukul berapa la dia tdo semalam..Umi pon lupa dah nak tengok jam...
Mood TAK OK kejap jer..Pastu dia dah pergi sekolah cam biasa ..Alhamdulillah ..Syukur ...
Selamat menimba ilmu wahai anak ... Sayang Akif dunia akhirat ... LOVE U SAYANG ...
❤ Muhammad Akif Imtiyaz ❤
↧
❤ Which Celebrity You Look Like ?? ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Tadi Lya cuba layan satu app ni ..Which Celebrity You Look Like ... Lya tengok kat FB ada kawan yang cuba ..Jadi Lya pon cuba jugak lerrrr .. Meh tengok apa hasil yang Lya dapat ... Huhuhuhuuhuhu .. Tang mana la cam Scha Al Yahya tu yerr ?? Tang manoooo !!!
SAJA SUKA SUKA !!!!
↧
↧
❤ Jangan Riak ..Jangan Sombong .. ❤
↧
❤ Berapa Banyak Muka Dalam Gambar Ni ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Petang2 camni anak2 keluar ngan abah dia ..pergi taman kejap pastu jalan2 ngan motorsikal ..Layan borak2 ngan adik beradik kat HP .. Layan tengok gambar anak2 ..Layan Watssaps dapat gambar nie ... Berapa jumlah MUKA yang ada kat gambar ...Mak aiii nak kira pon susah ..Meh tolong Lya kira berapa MUKA yang adooo ...Jumlah sebenar tak pulak diberitahu ..Huhuhuhuhu..Ada yang teka 15,12,11 dan macam2 tekaan lagi la ..Lya nak teka berapa ???? .. Korang teka berapa MUKA yang ada ???
↧
❤ Resipi Puding Sumi ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
![]() |
Sumber Gambar : Mr Facebook |
Puding Sumi
- 1 Paket Agar2 Tali 37.5g
- 8 Cawan air
- 1 1/4 Cawan gula pasir
- 1 Tin Susu Cair
- 2 Paket Sumi
- PEWARNA
1- Masakkan agar2 tali hingga betul2 hancur,
2 - Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur,
3 - Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar2 cepat berair,
4 - Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
5 - Perlahankan api.. Ambil sebahagian agar2 dan warnakan ..
6 - Sebelum tu susun sumi di dasar acuan,
7 - Masukkan agar2 sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
8 - Boleh curahkan agar2 bila sumi dah melekat
9 - Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais..
↧
❤ Google Yourself & See Crazy Things About You !!!! ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Ya ke ni ?????
Kuakuakuakuakuakua ....
Kalau takder kerja nak buat meh layan benda ni ...
Takleh percaya ...Sekadar suka2 jer ...
Pandai2 jer kan COP kita camni hehehehe ...
↧
↧
❤ Hukum Pakai Barang Ada Lambang Agama Lain ❤
↧
❤ Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam
Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;
1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,
“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.
3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!
4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!
↧
❤ Bertuahnya Seorang Isteri ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagai masalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.
![]() |
Sumber Gambar : Mr Google |
Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.
Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....
Contoh jika isteri tanya abang nak langsir tahun ni warna apa? Jangan jawab mudah sangat. Sebab bagi wanita masalah itu besar. Mereka dah kaji lama dah. Setahun mereka dah survey. Kita kena tunjukkan muka ambil berat walaupun sebenarnya tak faham sangat.
tu lah sayang, abang dah fikir juga..emmm....entah warna apa yer sesuai sayang rasa..
Isteri akan jawab tulah saya dah pergi banyak kedai dan survey sebenarnya warna pink atau purple saya pilih..abang rasa warna mana?
kita kena kata erm dua-dua cantik..yang pink cantik,,,yang purple cantik....mana satu yer sayang?
Tulah saya berkenan sangat warna pink ni.....jawab isteri..
Abang pun suka sangat.lawakan pink ni..
Jadi jika isteri kita cakap, abang kita nak makan kat luar ke? ke kat rumah jer...jika dia tanya 2 kali..maknanya dia nak sangat dah tu.sepanjang malam dia boleh bersedih dan tak lena tidur hanya kerana hajat dia nak makan kat luar atau makan sesuatu itu tak dapat..
..tapi dia tetap tunjuk macam tak nak...cuma dia lebih suka bab makan, berjalan, hadiah dia...macam dia tak tahu..wanita suka 'surprise' ni...dia sanggup bagi semua termasuk kehidupannya boleh berubah jika suaminya suka ambil hatinya...senang nak didik dan dia pun akan faham kesukaan kita..
Sampai rumah terus tukar pampers anak-anak jika kotor atau mandikan anak-anak kecil. Terus tolong buang sampah...
Jika rumah bersepah atau tengok isteri tak buat apa-apa. Jangan marah...cuba buat semua kerja yang biasa mereka buat setakat kita larat. lelaki boleh buat kerja laju-laju... biasalah kadang-kadang kita ditempat kerja bila banyak sangat kerja, kita buat kerja tapi tak tahu mana nak mula dan kepala jadi beban. tapi bila ada kawan bantu, kita boleh sambung semula kerja kita...tak boleh kerja sorang-sorang. kIta rasa kita penat, tapi rupanya banyak kerja tertangguh...kita jadi kawan buat isteri kita...
Jika anak menangis cepat-cepat bantu dukung ataupun buatkan susu atau apa yang boleh dibantu...
Kumpul ahli keluarga sekejap hidupkan amalan baca Al-Quran sekali dan baca hadis sekali. InsyaAllah rumah jadi bahagia dan tenang sangat. Dia akan sayang suaminya..Allah yang letakkan sayang itu..
Bangun awal solat tahajud dan berdoa kepada Allah.. kejut isteri perlahan-lahan. Paling tidak kejut isteri sebelum Subuh...atau jika isteri kejut cepat-cepat bangun tahajud...
Jika marah isteri , segera ke masjid atau masuk bilik lain ambil wuduk dan solat.Doa menangis pada Allah. Bila marah jangan bercakap. Ramai orang di dunia di kenali di kalangan orang baik-baik tapi di akhirat bersama orang berdosa. Kerana bila dia marah dia bercakap yang menyebabkan dia telah menceraikannya banyak kali. Rupa-rupanya bukan isterinya lagi. Bila marah diam atau tidur atau ke masjid atau berdoa.
Rajin bekerja dan jadi ketua keluarga bimbing isteri dengan agama. Dahulukan Allah dan Rasul saw lebih dari segalanya termasuk isteri, ibubapa, dan diri sendiri. Maksudnya jika perkara yang diinginkan diri, atau isteri atau ibubapa berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul saw kita dahulukan dan mengikut Allah dan Rasul.
Allah akan jaga keluarga kita. Hanya Allah yang boleh beri bahagia..hanya Allah.
Buat isteri pula bersyukur pada Allah atas suami yang diberikan...bila syukur Allah tambahkan nikmatnya. Bila kufur apa yang ada pun hilang..
Sumber : Ustaz Ebit Lew
↧
❤ Da'i - Pendakwah Milenia ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Da'i - Pendakwah Milenia
Rancangan Realiti Mencari Pendakwah TV3
Nurul Dayana binti Mohd Zahari,Nurul Amirah binti Mohd Azmi ,Ammar bin Ismail,Mohd Annas bin Khamis,Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri ,Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad,Wan Dazrin bin Wan Din & Mohd Elyas bin Yusoff
Da'i Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri
22 Tahun, Selangor Darul Ehsan
Da'i Mohd Elyas bin Yusoff
27 Tahun, Perak Darul Ridzuan
Da'i Ammar bin Ismail
25 Tahun, Pulau Pinang
Da'i Wan Dazrin bin Wan Din
21 Tahun, Selangor Darul Ehsan
Da'i Mohd Annas bin Khamis
22 Tahun, Perlis Indera Kayangan
Da'i Nurul Amirah binti Mohd Azmi
20 Tahun, Selangor Darul Ehsan
Da'i Nurul Dayana binti Mohd Zahari
18 Tahun, Kuala Lumpur
Saksikan Mereka Setiap Jumaat, 9 Malam Di TV3
↧
↧
❤ Peraduan #salutemalaysia ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Maklumat Lanjut : KLIK SINI
↧
❤ MH17 Sayu Dan Sedih Melihat Wajah Si Kecil Abderrahman Ahmad Hakimi ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Abderrahman Ahmad Hakimi Hanapi, 9 bulan, anak lelaki kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya .
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga anak kecil ini tabah meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Amin.
#sayu #hiba #sebak #sedih
Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi
Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.Dia
akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.
Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.
“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.“Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya,” katanya.
“Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa,” katanya.
Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.“Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.
“Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang,” kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.
“Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.
“Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid,” katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.“Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah “bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar”.
Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.
Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.“Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.“Dia berkata, ‘Muka macam Abderrahman’. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim,” kata Asmaa.
Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.“Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.“Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui,” katanya.
AL Fatihah & Salam Takziah
Sumber: MStar
↧
❤ CPUV Nuffnang - HP PC Demand Gen Digital ❤
Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...
Pagi2 buta dah TERJAH Mr Nuffnang .. Nampak ada yang UP ENTRY mengenai CPUV.. Raser cam nak jenguk jugak la kot2 ada ...Kita pon nak jugak CPUV baru .. Jom kita jenguk ramai2 ...
Alhamdulillah melekat satu lagi CPUV untuk Blog Akif Imtiyaz.HP PC Demand Gen Digital.Terima Kasih Mr Nuffnang Sudi beriklan kat Blog kita lagi ...Terima Kasih HP !!
❤ MR NUFFNANG
Syukur PadaMu Ya Allah..Rezeki dalam berblogging !!!!!
Happy Blogging .. ❤ ❤
↧
❤ Resipi Lasagna ❤
Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
![]() |
Sumber Gambar : Mr Facebook |
Bahan-Bahan Untuk Resipi Lasagna
Instant Lasagna (Jenama San Remo) dicelur seketika dalam air panas hingga lembut..
Kalau boleh elakkan merebus sebab tekstur instant lasagna tu boleh melekat sesama sendiri..
Kalau boleh elakkan merebus sebab tekstur instant lasagna tu boleh melekat sesama sendiri..
1 Bungkus Shredded Mozzarela Cheese
Bahan Sos Putih @ Sos Cheese
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar
Garam secukup rase
Bahan Sos Bolognese
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (carrot pun boleh)
1 bungkus daging cincang 400 gram
(kalau tiada guna daging buger je)
Sos pasta (adabi/prego)
Garam secukup rase
Cara-Cara Memasak Lasagna
1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas.Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas.Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.
2. Cara masak sos bolognese (sama macam masak kuah spagheti).
Tumis bawang. Masukkan daging. kemudian sos pasta/ prego. Masukkan cendawan. Akhir sekali garam secukup rasa.
Cara Membuat Sos Putih.
Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.
Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. Gunakan sudip rata untuk angkat.. kalau pakai tangan, pisahkan slow.. Jangan kalut2.. kulit lasagna tu mudah terkoyak.
Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang.Tapi make sure ingat, kena susun kepingan lasagna tue bertingkat-tingkat ye.
Cara Susunan Lasagna
Lapisan pertama : Susun kepingan lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.
Ulang sekali lagi langkah 6 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga. Tapi lagi banyak lapisan.. tekstur lasagna kita lagi kukuh.. Kalau tak nanti jd lembik je.. Cume rase daging tue kurang ler..
Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 170ºC selama 35 hingga 40 minit.
Selamat Mencuba....
↧
↧
❤ iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
![http://akifimtiyaz3.blogspot.com/]()
iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ? Ya ke ? Ya ke ? Blogger jer ke yang suka iPhone 5s ni .Orang biasa yang bukan blogger tak suka eaaa ?.Tak kira blogger mahupun bukan blogger saya pasti semua sukakan iPhone 5s dan pastinya menyimpan impian dan angan2 untuk memiliki gadget terhebat ini .TIPU la kalau ada yang cakap tak suka.Nampak sangat ''KETIPUAN'' kat situ !!!

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ? Ya ke ? Ya ke ? Blogger jer ke yang suka iPhone 5s ni .Orang biasa yang bukan blogger tak suka eaaa ?.Tak kira blogger mahupun bukan blogger saya pasti semua sukakan iPhone 5s dan pastinya menyimpan impian dan angan2 untuk memiliki gadget terhebat ini .TIPU la kalau ada yang cakap tak suka.Nampak sangat ''KETIPUAN'' kat situ !!!
Citer sikit mengenai Contest ini ..
Anda nak menang iPhone 5s ini ? Kalau nak menang iPhone 5s ni jom kita sama2 join contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Mana tahu rezeki kita .Sebelum join kita bagi naik SEMANGAT sikit,
Jom layan dulu apakah hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Anda nak menang iPhone 5s ini ? Kalau nak menang iPhone 5s ni jom kita sama2 join contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Mana tahu rezeki kita .Sebelum join kita bagi naik SEMANGAT sikit,
Jom layan dulu apakah hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Spesifikasi Untuk iPhone 5s
- Apple Ios 7
- Skrin paparan 4-inci bersama resolusi 640×1136 dengan kepadatan 326ppi
- Pemproses Apple A7 Dual-core 1.3 GHz Cyclone 64-bit
- 1GB RAM
- Kamera Belakang 8MP
- Kamera Hadapan 1.2MP
- 4G LTE
- Memori simpanan dalaman 16GB/32GB/64GB

Kenapa saya nak sangat iPhone 5s ? Ok , saya nak sangat iPhone 5s ni kerana iPhone 5s adalah salah satu TELEFON PINTAR TERBAIK yang mesti dimiliki oleh anda,anda dan juga saya ..INILAH GADGET YANG SAYA IDAM2KAN SELAMA INI..iPhone 5s pastinya pelengkap hidup saya kerana saya sangat suka mengambil gambar dan merakam video anak2 saya untuk dijadikan koleksi.Tetapi terdapat sedikit kesukaran untuk saya saat ingin mengambil gambar dan juga merakam video dalam masa yang sama ... Melalui iPhone 5s saya dapat melakukan kedua2nya serentak ..Ambil gambar dan merakam video.. Lebih senang dan mudah.Gambar dapat video pon dapat.
Dengan menggunakan iPhone 5s kualiti gambar yang terhasil sangat2 memuaskan berbanding menggunakan telefon pintar yang lain.Kamera iPhone 5s ini mempunyai f/2.2 aperture yang lebih lebar sekaligus memberikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang malap.Selain itu, aplikasi kamera pada iPhone 5s dapat mengambil beberapa gambar serentak dan akan memilih gambar terbaik.iPhone 5s ini juga dilengkapi dengan dua lampu flash LED.Gambar yang terhasil lebih cantik dan meletopppp.Sesekali saya akan meletakkan gambar anak2 pada entry blog .Apabila menggunakan iPhone 5s pastinya gambar yang terhasil mendapat tempat di hati teman2 blogger.Semangat akan lebih meningkat untuk menghasilkan gambar2 terbaik menggunakan iPhone 5s.. INILAH SEBAB UTAMA SAYA NAK SANGAT iPHONE 5s . !!!!
Selain sebab musabab yang tertera kat atas sana saya terpesona dengan ciri2 lain yang terdapat dalam iPhone 5s seperti Pengesan ‘Fingerprint’ bertujuan untuk membuka iPhone menggunakan pengesan cap jari.Susah sikit orang lain nak buka kalau2 iPhone kita tu hilang ..
Butang home ‘sapphire’ iPhone 5s juga sangat menarik hati saya kerana ianya menggunakan gelas sapphire yang tahan lasak dan juga tahan calar.iPhone 5s turut mempunyai memori simpanan dalaman yang lebih besar iaitu 128GB.
iPhone 5s mempunyai spesifikasi dan kecepatan, serta teknologi terkini pastinya yang terbaik pernah saya dengar setakat ini ..
CABARAN PERTAMA UNTUK MEMILIKI iPHONE 5s BERJAYA DIHARUNGI ..
CABARAN PERTAMA UNTUK MEMILIKI iPHONE 5s BERJAYA DIHARUNGI ..
iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger Di Taja Oleh
Ejam Othman , Eridy.com , Hilal Azmi , Eizil.com , Asamboi , Diari Mama , Pendekar Berkuda , Saji.my , Abang Ensem , Enveeus.com , Pakar Niaga , Anarm.net , Daddydee.net , Sunshine Kelly , Sweetkurma.com , Awn.my , Mawar Merah , Blog Ieta , Bro Framestone , Akma Omar , Khairil Mazri
Arwah Syuhada Baharuddin juga adalah salah seorang blogger yang menjadi penaja bagi contest ini. Al Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah ...Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah .Semoga tajaan ini menjadi sedekah yang di terima oleh ALLAH.
↧
❤ Sepetang Di Kuala Kemaman ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Petang semalam anak2 sibuk nak keluar jalan2 ..Lepas solat asar En Hubby ajak anak2 keluar ..Nak tahu kami ke mana ??? Kami ke Kuala Kemaman .Lama benar tak datang sini .. Dulu2 masa tinggal kat Kemaman selalu la datang sini ambik gambar.Tapi sejak pindah Kuantan ,tak selalu dapat singgah sini.Kalau nak tahu tempat ni cantik sangat pada waktu petang.Time matahari terbenam tuu part paling cantik!!
Arini anak2 SNAP gambar kat sini ..Kat sini memang cantik dan menarik.Sesuai sangat la untuk kaki2 yang suka bergambar .Banyak port menarik untuk diabadikan dalam gambar.Tapi gambar2 yang Lya share kat sini tak banyak sangat port menarik sebab kebanyakan gambar,ada gambar Lya dan jugak En Hubby.Kena tapis la .
Kebanyakan gambar kat jeti ada muka Umi dan jugak abah sebab anak2 takut bila berdiri dan duduk atas jeti .. Jadi Lya terpaksa la teman anak2 bergambar.Tak dapat nak kongsikan gambar2 tersebut ...Lya kongsikan beberapa keping gambar menarik yang sempat En Hubby rakam kat Kuala Kemaman untuk tatapan sahabat....
![]() |
Kalau jeti simen cam dalam gambar ni diaorang semua tak takut.. Tapi bila naik kat atas jeti kayu semua kecut perut ...Masing2 tengok muka Umi juga Abah ... |
![]() |
Kat sini lagi la tak takut..jauh bebenor dari jeti ..|Suka sakan la diaorang ni bergambar !!!!! |
![]() |
Tunggu bot lalu kat belakang jap .. Yeyyyy !!! Bot dah lalu ..kita snap gambar .. Nampak tak bot yang lalu tuuuuuuuu ??? |
![]() |
Tu kat belakang Iman tu pukat yang digunakan nelayan utk tangkap ikan ... |
![]() |
Insyirah suka bebenor bergambar kat pokok berbulu tuuu ... Apa ntah nama pokok tuu ... |
![]() |
Di Sebalik pokok berbulu...Sebuah bot nelayan diikat pada jeti .. |
![]() |
Anak2 takut sangat kat jeti ni...Sekali tengok macam nak runtuh jer ... Nak naik pon takut !!! |
![]() |
Kayu jeti tu tunggang langgang ..bila pijak jer cam nak gugur jantung.. Sekejap jer kat sini pindah ke jeti lain ... |
![]() |
Seronok betul lepak sambil ambik gambar kat sini .. Cantik betul tempatnya !!! |
![]() |
Ada bot KARAM la kat situ ...Sikit lagi nak tenggelam sepenuhnya ...!!!! Akif cakap KESIAN !!!!! |
↧
❤ Peraduan Selfie Merdeka ''Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'' Bersama Maskulin ❤
Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Ahad Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Semarakkan semangat Merdeka ke-57 dengan ber-selfie penuh kreatif bersama-sama Jalur Gemilang. Inilah masanya untuk anda meluahkan rasa sayang pada Malaysia dan gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah istimewa Maskulin!
Peraduan ini bermula 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2014 ini. Gambar dan ucapan terbaik akan disiarkan di dalam Facebook, Laman Web dan Instagram Maskulin. Jadilah 'follower' facebook/majalahmaskulin, Instagram dan Twitter @maskulinmag . Perlu diingat bahawa setiap penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh dan emel untuk memudahkan kami menghubungi anda.
Tunggu apa lagi? Jangan lupa #hashtag #maskulinmerdeka #maskulinmag #karangkraf #disinilahirnyasebuahcinta .
Peraduan ini bermula 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2014 ini. Gambar dan ucapan terbaik akan disiarkan di dalam Facebook, Laman Web dan Instagram Maskulin. Jadilah 'follower' facebook/majalahmaskulin, Instagram dan Twitter @maskulinmag . Perlu diingat bahawa setiap penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh dan emel untuk memudahkan kami menghubungi anda.
Tunggu apa lagi? Jangan lupa #hashtag #maskulinmerdeka #maskulinmag #karangkraf #disinilahirnyasebuahcinta .
Maklumat Lanjut : KLIK SINI
↧