PLKN 3.0 Kembali Lagi! Dah Boleh Bersiap Sedia Dari Sekarang
Assalamualaikum dan hai anak-anak remaja serta Ibu ayah sekalian! Hari ni KakYa nak kongsi info menarik dan penting tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal bermula semula tahun 2025 ini. Dengar cerita ramai yang teruja nak tahu lebih lanjut kan?
Maklumlah, zaman-zaman dulu PLKN ni memang antara pengalaman yang best dan penuh kenangan bagi ramai anak muda. Sekarang, dengan versi 3.0 ni, banyak penambahbaikan dah dibuat supaya program ni lebih relevan, bermanfaat dan menarik untuk generasi sekarang.
Jadi, siapa sebenarnya yang layak untuk masuk PLKN 3.0 ni? Meh sini KakYa terang satu-satu dengan cara yang paling senang nak faham.
Siapa Layak Sertai PLKN 3.0?
Pertama sekali, program ni hanya terbuka untuk remaja yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. So, kalau ada kad pengenalan biru atau dokumen sah boleh consider lah!
Kedua, ikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628), peserta mestilah berumur antara 16 hingga 35 tahun. Tapi untuk PLKN Asas tahun 2025, tumpuan akan diberikan kepada remaja yang berumur 18 tahun, iaitu lahir pada tahun 2007. Mak ayah boleh mula semak tarikh lahir anak-anak, ye!
Ketiga, penting sangat, peserta mestilah sihat dari segi fizikal dan mental. Ini sebab sepanjang program nanti, akan ada pelbagai aktiviti fizikal, latihan kepimpinan, dan pembentukan sahsiah. Tak semestinya kena atlet pun, tapi mestilah mampu ikut program tanpa masalah kesihatan serius.
Kedua, ikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628), peserta mestilah berumur antara 16 hingga 35 tahun. Tapi untuk PLKN Asas tahun 2025, tumpuan akan diberikan kepada remaja yang berumur 18 tahun, iaitu lahir pada tahun 2007. Mak ayah boleh mula semak tarikh lahir anak-anak, ye!
Ketiga, penting sangat, peserta mestilah sihat dari segi fizikal dan mental. Ini sebab sepanjang program nanti, akan ada pelbagai aktiviti fizikal, latihan kepimpinan, dan pembentukan sahsiah. Tak semestinya kena atlet pun, tapi mestilah mampu ikut program tanpa masalah kesihatan serius.
Keutamaan diberi kepada Kadet Sekolah.
Ha! Ni berita baik buat anak-anak yang aktif dekat sekolah terutama yang pernah sertai kadet seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya.
Pelajar-pelajar macam ni lah yang akan diberi keutamaan dalam pemilihan. Bukan sebab pilih kasih ya, tapi sebab mereka dah ada asas disiplin dan semangat berkumpulan, jadi lebih senang menyesuaikan diri dalam program ni nanti.
Macam Mana Proses Pemilihan?
Untuk PLKN 3.0 ni, kerahan semula diperkenalkan, tapi dalam bentuk kerahan bersyarat. Maksudnya bukan semua wajib masuk tapi yang layak dan dipilih akan diberi peluang dan dalam masa sama program ni juga dibuka secara terbuka kepada yang berminat.
Jadi, kalau korang tak dipilih secara automatik tapi rasa berminat nak sertai, masih boleh mohon secara sukarela. Menarik kan?
Ok jom anak anak boleh check samaada anak anak terpilih atau tidak ke PLKN 3.0 . Boleh KLIK kat sini ya untuk tahu terpilih atau tidak;
KakYa dah check untuk anak KakYa dan kat semakan pelatih tertera ANDA TIDAK BERJAYA. MAAF! Anda TIDAK TERPILIH untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 bagi ambilan sesi ini. Maknanya kat sini Iman tak perlu pergi untuk PLKN 3.0 .
Apa Manfaat Sertai PLKN?
Anak anak semua kena ingat ya, PLKN ni sekadar berbaris tengah padang jer tau. Banyak sangat manfaat boleh dapat daripada program ni antaranya:
• Meningkatkan disiplin diri
• Membina keyakinan dan kepimpinan
• Peluang kenal kawan baru dari seluruh negara
• Belajar kemahiran hidup, pertolongan cemas, dan banyak lagi
• Sijil tamat program yang diiktiraf (boleh guna untuk resume nanti)
Jom Keluar Dari Zon Selesa Dan Belajar Benda Baru
Kalau ada anak anak, adik adik, atau kawan kawan yang lahir tahun 2007, beritahu mereka supaya bersiap sedia dari sekarang. Jaga kesihatan, aktif di sekolah, dan sentiasa positif! Apa-apa pun, jom kita sama-sama sokong program ni demi masa depan remaja Malaysia yang lebih hebat.
Jumpa lagi dalam posting KakYa yang seterusnya. Terima kasih sudi singgah blog KakYa .. Tata titi tutu....