Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410

Dia Adam Iman

$
0
0

Dia Adam Iman 


Bismillah…. 

Nama dia Muhammad Adam Iman bin Suhaimi. Dia anak ke 2 KakYa .. Dia dari SMA Al-Falah.


Esok dia bukan tunggu result SPM je… Dia tunggu satu detik yang akan jadi kenangan dalam hidup dia. SPM 2024 bukan noktah.
Ia cuma pembuka jalan. Apa pun yang tertulis pada slip keputusan esok, KakYa tahu dia dah menang sebab dia tak pernah berhenti mengejar impian...

Apa pun yang dia dapat esok Insyaallah dia terima, sebab dia tahu … dia dah usaha sehabis baik. Dari kelas ke surau, dari buku ke sejadah,  dia tempuhi semuanya dengan satu tekad, tak lain tak bukan dia MAHU BERJAYA. Bukan hanya untuk diri dia sendiri tapi untuk Umi abah, untuk guru dan untuk Allah yang Maha Melihat. 

You did your best, now it’s time to face it with tenang & redha. The future is still yours to conquer. Good Luck Iman. Umi & abah doakan yang terbaik untuk Iman.

Semoga Allah hadiahkan yang terbaik buat dia. Aamiin aamin Ya Mujib 🌹

Sekilas Coretan Umi,
Umi 3Ai ❤️

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410