Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410

Malaysia Halal Expo 2019

$
0
0
Malaysia Halal Expo 2019 | Kementerian Pembangunan Usahawan ( MED ) dengan kerjasama agensinya , SME Corporation Malaysia  ( SME Corp. Malaysia ) akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 pada 24 sehingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre . Malaysia Halal Expo 2019 adalah acara halal terbesar di Malaysia yang pada asasnya akan memberikan peluang besar kepada usahawan Malaysia untuk menembusi pasaran halal di negara Jepun . Acara yang dianjurkan ini akan memberikan kita peluang untuk menyertai Sukan Olimpik 2020 dengan mempromosikan dan membekalkan produk halal di Jepun .

Malaysia Halal Expo 2019

Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 adalah peluang terbaik untuk menerokai negara Jepun dalam pemasaran industri Halal menjelang sukan olimpik yang akan berlangsung di Tokyo pada 2020 nanti . Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk sama sama berkunjung ke Malaysia Halal Expo 2019 okey ! .


Malaysia Halal Expo 2019


Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 ( MHE2019 ) pada  8 Januari 2019 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan 

Malaysia ke Jepun Untuk Sukan Olimpik 2020 

Bertemakan "Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020 " , Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 24 Januari 2019 hingga 26 Januari 2019 adalah susulan Memorandum Kerjasama ( MoC ) dalam bidang Halal antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai pada 26 November 2018 .  MoC adalah satu usaha untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun dan membuka laluan lebih mudah buat usahawan usahawan Malaysia untuk ke pasaran Halal di negara Jepun  menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 .

Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan  usahawan PKS dengan 320 booth pameran dari 6 kluster iaitu  Makanan & Minuman yang di Proses ( F &B) , Bahan Ramuan , Bioteknologi , Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal , Kosmetik danLogistik  .

Aktiviti Menarik Sempena Malaysia Halal Expo 2019 

Sebanyak 320 tapak 'booth' disediakan sepanjang Malaysia Halal Expo 2019 berlangsung . Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan antaranya :

- Pameran dan promosi produk oleh usahawan .
- Perkongsian ilmu seperti forum , pocket talk dan singgah santai selebriti ( Fara Fauzana dan Faizal Ismail ) yang melibatkan agensi SME Bank Berhad , JAKIM , Exim Bank , Matrade , Federation of Malaysia Freights Forwaders dan lain lain .
- Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge Award ( IIC ) .
- Sesi business matching dengan beberapa syarikat dari negara Jepun .

Malaysia Halal Expo 2019 mensasarkan seramai  lebih kurang 10,000 orang pengunjung sepanjang ekspo ini berlangsung dengan anggaran potensi jualan sebanyak 50 juta .

Perasmian Malaysia Halal Expo 2019

Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE2019 )  akan disempurnakan pada 24 Januari 2019  pada jam 2.30 petang . Malaysia Halal Expo 2019 turut bekerjasama dengan JAKIM , Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) sebagai rakan strategik dalam menjayakan ekspo terbesar ini .

Objektif Penganjuran Malaysia Halal Expo MHE2019 

Objektif sebenar dalam penganjuran Malaysia Halal Expo MHE2019 adalah perlaksanaan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun dalam bidang Halal . Di samping  itu Malaysia Halal Expo 2019 dapat mempomosikan produk dan perkhidmatan Halal sebagai insiatif kepada pelaburan dan perdagangan diantara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun .

Malaysia Halal Expo  24 Januari 2019 Hingga 26 Januari 2019 

Malaysia Halal Expo 2019 akan mula dibuka kepada trade visitor pada hari Khamis - Sabtu 24 Januari 2019 sehingga 26 Januari 2019 bermula dari jam 9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang . Untuk lawatan umum pula , akan di buka pada hari Sabtu 26 Januari 2019  dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang .

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Malaysia Halal Expo 2019 MHE2019 , sila layari laman web www.halal-expo.my.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410