Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410

Nak Jadi Pengakap ! Nak jadi Pengakap !!

$
0
0
Nak Jadi Pengakap ! Nak Jadi Pengakap !! | Tahun 2019 Akif dah masuk tahun 4 . Bila dah masuk tahun 4 akan adala aktiviti badan beruniform setiap Selasa kat sekolah . Setiap kali tanya Akif , nanti dah masuk tahun 4 nak join apa kat sekolah . Dia mesti cakap nak jadi pengakap ! nak jadi pengakap . Ucapan tu memang dah terngiang ngiang dia duk zikir kat telinga Umi dia ni sejak tahun 1 lagi  . Jadi sebagai Umi , KakYa duk doa la selalu agar tahun 4 dapatla dia join pengakap .



Semalam balik dari sekolah dia tunjuk surat yang Cikgu kelas bagi . Surat aktiviti perjumpaan mingguan badan beruniform sekolah akan bermula pada 22 Januari 2019 . Bermakna esok akan ada perjumpaan kat sekolah dan juga sesi pemilihan badan beruniform untuk anak anak sekolah . Makanya dia duk sibuk la cakap pot pet pot pet kat abah dia . " Abah , Akif nak jadi pengakap bah ! . Harap harap dapat la jadi pengakap " . Abah dia jawap takpe la kalau tak dapat jadi pengakap jadi yang lain pon takpe takde masalah boleh jer . Tapi Akif nak jadi pengakap la bah .. Ok la boleh la tu jadi pengakap . Abah dia tak berapa nak beria sangat dengan anak nan sorang ni sebab takut angin dia punah ranah bila takle jadi pengakap . Ya la untuk badan beruniform ni kan Cikgu kelas yang tentukan kat sekolah awak masuk apa , awak join apa . Bukan kita suka suka pilih . Kalau boleh pilih ok la tapi ni Cikgu yang tentukan . Makanya kena redho jer la . Sebab tu la abah dia tanak beria ia sangat takut tak dapat .

Makanya Umi dia ni duk selalu doa yang baik baik agar keputusan yang keluar kat sekolah arini , biarlah dia dapat jadi PENGAKAP .  Moga moga dapatlah Akif jadi pengakap . Tup tup tadi dapat WhatsApp dari group kelas Akif , Cikgu kelas hantar senarai nama lengkap dengan unit beruniform , kelab dan juga 1M1S . Laju Umi tengok senarai nama dan alhamdulillah syukur selalu , Akif dapat join PENGAKAP . Tq Allah tq Allah KAU dengar apa yang anak aku inginkan . Alhamdulillah syukur sangat sangat Ya Allah . Dapat jugak apa yang dia nak . 

Balik sekolah nanti mesti dia teruja nak bagitau Umi . Dah dapat jadi pengakap memang dia suka sangat la . Tahniah Akif , Akif dapat apa yang Akif hajatkan . Tahniah sayang Umi ! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410