Cara Nak Tentukan Tembikai Manis Ke Tak Manis | Minggu lepas KakYa dapat satu perkongsian mengenai " cara tentukan tembikai manis ke tak manis " kat group WhatsApp . Yang tukang share tu hanya share gambar gambar berserta caption yang dah di tulis kat atas gambar . Jadi KakYa cari dalam facebook dan jumpa jugak siapa si empunya gambar . Nama empunya gambar , Aishah Wahab dan perkongsian mengenai cara tentukan manis ke tak manis tembikai ni telahpon viral dan turut di kongsi oleh beberapa page kat Malaysia ni . Aishah Wahab pada mulanya berkongsi di instagram story miliknya sahaja , tetapi ramai yang dm dan cakap minta share kat facebook bagi ramai lagi orang di luar sana tahu mengenai cara untuk tentukan tembikai manis .
Gambar ni KakYa SS kat facebook
Aishah Wahab
Kalau tanya KakYa bab bab nak cari tembikai yang rasanya memang manis , opkos la KakYa tak reti . Kalau pergi beli tembikai mesti mintak orang yang jual tolong pilihkan . Kekadang dapat yang OK kekadang dapat yang KO . Orang yang jual pon main ambik jer kot . Tapi kalau ayah KakYa bila dia beli tembikai , nak tahu tembikai tu elok ke tak dia main ketuk ketuk kat kulit tembikai tu . Kalau ada bunyi cam gendang tu elok la tembikai tu .
Alang alang dah jumpa post dari Aishah Wahab ni , KakYa pon nak kongsi jugak untuk pembaca blog KakYa . Mana tahu pasni nak beli tembikai , boleh tahu serba sikit cara nak dapatkan tembikai yang manis .
Nak tahu tembikai tu manis
First , line dia cantik , kemas dan tak serabut . Sedap mata memandang .
Ni contoh line yang tak cantik . Biasanya yang macam ni kurang manis .
Yang kedua , cuba tengok kat tapak dia , kalau kecik biasanya tembikai tu manis .
Ni contoh tembikai yang kurang manis . Kat tapak bawah dia tu besar .
Yang ketiga .Tengok bentuk dia . Kalau bentuk bulat , selalunya tembikai tu manis . Kalau dia bentuk lonjong tembikai tu agak berair sikit ( juicy )
Yang keempat . Tengok tangkai dia ( peduncle ) . Tembikai manis biasanya tangkai dia curly .
Ni contoh tembikai kurang manis . Tangkai dia straight lurus je .
Ok dah habis dah perkongsian KakYa mengenai cara tentukan buah tembikai manis ke tak manis . Perkongsian ini KakYa blog sebab nanti nak cari balik mudah jumpa . Korang pon boleh baca sekali .
Kredit gambar : Aishah Wahab