Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Peraduan #PantunPeelFresh : Duit Raya RM2500 Untuk DiMenangi!

$
0
0
Peraduan #PantunPeelFresh : Duit Raya RM2500 Untuk DiMenangi! | Siapa nak menang #DuitRaya sebanyak RM2,500! Nak menang duit raya tak? Kalau korang nak menang duit raya, KakYa nak ajak korang join contest senang ni. Korang baca dan ikut semua langkah di bawah untuk memenangi #DuitRaya sebanyak RM2,500! Wahhh banyak tu. Kalau korang terer reka pantun, korang boleh join peraduan reka pantun anjuran facebook page I Love Peel Fresh MY. Korang nak reka banyak mana pon takde halangan. Reka la selagi boleh reka. Tapi kalau  korang menang, hanya satu hadiah jer tau. Kalau tak terer reka pantun pon, korang buat buat terer jugak la. Reka jer setakat mana korang boleh reka. Janji siap satu pantun. Sedap tak sedap belakang kira yang penting korang ada azam nak menang. 


Langkah 1:
Reka sebuah pantun dengan menggunakan perkataan 'MARIGOLD PEEL FRESH' berserta salah satu atau lebih perkataan yang tertera kat bawah;

- Pelengkap juadah
- Fokus
- Detoks/Detoksifikasi
- Berseri
- Kekal Segar
- Imuniti
- Menyegarkan
- Berkhasiat

Langkah 2:
Taip #PantunPeelFresh selepas pantun korang dan poskan di ruang komen entri peraduan di Facebook page I Love Peel Fresh MY . KLIK SINI.

Langkah 3:
Nantikan pengumuman pemenang pada hujung bulan nanti! Kalau pantun korang menepati citarasa juri insyaallah boleh menang. 

Takyah tunggu lagi dah. Cepat cepat ler join. Rekalah sebanyak mana pantun yang boleh. Mana tahu satu pantun yang korang reka melekat kat hati juri. Boleh menang hadiah wang tunai nanti. KakYa yang tak pandai reka pantun pon join sekali, korang kat sini opkos la lagi pandai bab reka pantun. Join tau!

#Pastikan pantun korang dihantar sebelum 24 May 2019 jam 11.59 malam.

#PantunPeelFresh #PeelFreshMY
#PeelFreshPelengkapJuadah

Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

$
0
0
Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan | Salam Ramadhan ke 9 untuk semua pembaca blog KakYa. Tambah tolak tambah tolak dah masuk hari ke 9 kita semua berpuasa untuk tahun 2019. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan pastinya korang akan tercari cari tempat best untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga teman teman. Apakata kali ni korang ikut KakYa, kita berbuka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Swiss Garden Beach Resort Kuantan membawakan konsep masakan Citarasa Ala Kampung untuk menu berbuka. 

Hidangan Utama Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Sempena Ramadhan 2019, Swiss Garden Beach Resort Kuantan menampilkan masakan tradisional melayu dalam setiap menu yang di hidangkan. Antara menu lauk pauk popular yang menjadi hidangan utama di Swiss Garden Beach Resort Kuantan antaranya Kari Daging Kofta, Tenggiri Masak Singgang, Tandoori Ayam, Ketam Goreng Lada Hitam, Sambal Kentang Dengan Bilis  dan pelbagai pilihan lagi. Setiap hari disajikan lauk pauk berlainan untuk pengunjung.










Selain nasi putih dan lauk pauk ala kampung , pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan turut menyediakan pelbagai menu tambahan untuk pengunjung berbuka puasa antaranya Briyani Gam, Kambing Bakar, Cucur Udang, Bubur Lambuk, Satay, Murtabak, Roti Canai, Laksa Pahang, Hidangan Sup dan pelbagai pilihan makanan lagi.







Pencuci Mulut Yang Tersedia Di Swiss Garden Beach Resort

Untuk pencuci mulut pula pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan menghidangkan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut antaranya Pengat Ubi, Kuih Ketayap, Kuih Cara, Kuih Cara Berlauk, Puding, Agar Agar, Jelly, Buah buahan dan juga pelbagai jenis kek yang pasti menambat selera korang. Korang yang minat sangat layan dessert kena datang berbuka kat sini okey. Apa yang pasti dengan pilihan yang cukup banyak korang pasti rambang mata mana satu pilihan yang terbaik. Kalau tanya KakYa opkos la semua sedap sedap. KakYa kurang makan nasi jadi KakYa lebih kepada kuih muih dan juga buah buahan. 





Harga Buffet Ramadhan 2019 Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Semua menu yang disediakan ala kampung pastinya menarik minat korang yang sukakan masakan ala kampung. Ok KakYa nak bagitau kat korang Buffet Ramadhan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan telahpun bermula sepanjang bulan Ramadhan ini. Harga Buffet Ramadhan Swiss Garden Beach Resort Kuantan adalah seperti di bawah.

Harga biasa Mei hingga Jun; 
Dewasa: RM78.88
Kanak-Kanak / Warga Emas: RM 55.20
Private Ramadhan Iftar Group:  RM58

Untuk maklumat lanjut dan tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, korang boleh hubungi Swiss Garden Beach Resort Kuantan di talian +6095488288 atau Cik Syarifah Amin di talian 60175509181

Lokasi Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Swiss Garden Beach Resort Kuantan
2656~2657, Mukim Sungai Karang, 
Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan, 
Pahang Darul Makmur Malaysia

Pilihan Makanan KakYa Dan Keluarga Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Terdapat banyak pilihan makanan kat sini sempena Buffet Ramadhan 2019. KakYa nak suggest kat korang beberapa juadah istimewa yang korang kena cuba. Rasa dia memang sedap dan menambat hati keluarga KakYa sebab tu la KakYa cadangkan korang cuba. KakYa paling suka Laksa Pahang kat sini. Memang sedap dengan rasa yang lazat dan kuahnya yang pekat cukup menyelerakan. Korang kalau datang berbuka di Swiss Garden Beach Resort, jangan lupa cuba Laksa Pahang. Sedap tak terkata tau. Satay ayam dan daging pon sedap.  Kuah kacang dia best dan kena dengan selera KakYa sekeluarga. Makanan lain pon sedap sedap juga. Kalau korang nak tahu kenala cuba. 

Jadi apa tunggu lagi jom kita sama sama buka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Pelbagai pilihan makanan sedap yang pasti memikat selera perut anda. Selamat berpuasa dari KakYa dan family. Semoga puasa kita semua diberkati . Aamin aamin .

Resepi Air Soda Herba

$
0
0
Resepi Air Soda Herba | Air Soda Herba! Seingat KakYa dari tahun lepas lagi duk tengok orang duk share mengenai Air Soda Herba ni. Tahun lepas terasa la jugak nak buat tapi hingga ke sudah tak buat buat lagi. Kekonon nak buat masa hari raya time balik kampung ramai ramai tapi tu semua angan angan jer. Air Soda Herba ni sebenarnya air untuk detox tapi kalau nak minum untuk hilangkan dahaga da n menjamu selera korang ubah la sikit.

Tadi KakYa nampak gambar Air Soda Herba ni duk menari nari kat timeline. Teringat pulak tahun lepas nak buat tak jadi. Tahun ni harp harap menjadi la buat kat kampung raya nanti. Alang alang balik ramai ramai boleh la buat sebalang terus. 

Dah ada orang share resepi dia, boleh la kita tumpang sekaki. Dengar citer Air Soda Herba ni best sangat rasa dia, tambah tambah kalau minum masa cuaca panas. Ada rasa masam, manis segar jer rasa. Ni kalau buat untuk open house raya nanti conpem berebut ni. 

Air Soda Herba

Resepi Air Soda Herba

Jom kita try buat Air Soda Herba. Kita tengok dulu bahan bahan yang diperlukan. Antaranya; 

Bahan wajib dan perlu ada
- Air soda
- Serai (diketuk)
- Lemon (dihiris nipis)
- Daun pudina

Bahan penyedap rasa
- Kismis
- Kurma
- Asam boi
- Biji selasih (rendam sampai kembang)
- Kiwi kering
- Laici dalam tin

Bahan penyeri
- Epal hijau (dihiris nipis)
- Epal merah (dihiris nipis)
- Nata de coco
- Jelly buah

Bahan penyegar
- Kulit kayu manis
- Halia

Semua bahan wajib korang perlu letak. Untuk bahan bahan lain boleh jer korang pilih ikut selera tekak korang. Tapi kalau korang nak sedap lagi letak semua bahan bahan yang ada. Opkos bertambah tambah sedapnya. 

Cara Cara Sediakan Air Soda Herba

Potong semua bahan bahan, ketuk dan hiris pastu masukkan semua sekali dalam bekas. Ikut suka korang nak letak banyak mana. Bergantung pada selera masing masing. Masukkan ais dan air soda tanpa tambah air. Biar je ais mencair dalam 5 ke 20 minit. Step ni paling penting sebab nak keluarkan semua perasa dari buah secara natural. Dah siap 5 ke 20 minit boleh tambah ais dan jugak air soda. Boleh tambah madu atau gula bagi memberi rasa manis. 

Ha aa mudah jer kan? Campak campak.jer semua bahan dalam bekas terus kacau hingga sebati. Dah boleh minum. Nantikita buat sama sama okey!


Kedit Gambar:  Syahirah Mohamad

Selamat Hari Guru 2019

$
0
0
Selamat Hari Guru 2019 | Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang tidak pernah lelah menabur bakti pada anak bangsa demi masa depan yang lebih baik. Selamat menyambut Hari Guru 2019. Semoga sentiasa berbangga dan tabah menjadi seorang guru.

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik di  Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru amat besar nilainya berbanding wang ringgit. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala penat lelah dan juga jasa guru guru mendidik dan mendisiplinkan kami sehingga berjaya. Terima kasih Cikgu semua. Jasamu sentiasa tersemat kukuh disanubari. Selamat Hari Guru !!!




Tema Sambutan Hari Guru 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Hari guru yang disambut setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi kepada jasa guru dan pendidik. 16 Mei setiap tahun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM akan menganjurkan sambutan hari guru yang menjurus kepada pelbagai program penghargaan untuk guru. 

Tema untuk sambutan hari guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi".

Logo Hari Guru 2019



Logo ini memberi maksud;

Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.

Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.

Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Tema Hari Guru  (1972 - 2019)

2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 - Guru Pembina Negara Bangsa
2016 - Guru Pembina Negara Bangsa
2015 - Guru : Menjana Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 - Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 - Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2009 -   Guru Pembina Negara Bangsa
2008 -   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 -  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 -  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 -  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 -   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 - Guru dan Pembangunan Negara
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Quran Sana Sini Walau Di Mana Berada

$
0
0
Quran Sana Sini Walau Di Mana Berada | Quran Sana Sini merupakan sebuah kempen bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat bahawa kitab suci al-Quran boleh dibaca di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu sempena Nuzul Quran.

Quran Sana Sini Walau Di Mana Berada |

Sebuah KEMPEN MEMBACA AL-QURAN di mana-mana sahaja anda berada, Quran akan menjadi pendamping hidup anda.

Tarikh: 17 Ramadhan 1440H | 22 Mei 2019 (Rabu)
Tempat: Di mana - mana seluruh Malaysia
Muslimin muslimat semua dijemput untuk bersama memeriahkan kempen ini.

QURAN SANA SINI "walau di mana anda berada"

Quran Sana Sini merupakan sebuah kempen bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat bahawa kitab suci al-Quran boleh dibaca di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu sempena Nuzul Quran.

Sebuah KEMPEN MEMBACA AL-QURAN di mana-mana sahaja anda berada, Quran akan menjadi pendanping hidup anda

Tarikh: 17 Ramadhan 1440H |  22 Mei 2019 (Rabu)
Tempat: Di mana - mana seluruh Malaysia

Muslimin muslimat semua dijemput untuk bersama memeriahkan kempen ini.
 
#QuranSanaSini
#indahnyaramadhan 
#indahnyaislam

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam
▪️ twitter.com/IndahnyaIslam

Berniaga Biar Jujur Dan Ikhlas!

$
0
0
Berniaga Biar Jujur Dan Ikhlas! | Pagi ni KakYa nak citer sikit mengenai segelintir (bukan semua TAPI segelintir) peniaga Bazar Ramadhan yang bersikap tidak jujur dalam menjual makanan. Orang cakap tak ikhlas la lebih kurang. Berniaga asal boleh jer, tengok si polan tu berniaga dia pon nak berniaga tapi adab berniaga tak tahu diaorang ni letak kat mana. Berniaga biarlah ikhlas tanpa memikirkan keuntungan semata mata. Masak biarla elok elok barulah makanan yang dimasak berkeadaan baik dan elok untuk di makan. 

14 May 2019 adik KakYa first time beli makanan kat Bazar Ramadhan, sebab beli kerana dia tak berapa sihat dan tak dapat nak masak. First time beli dah terkena. Suami dia beli 5 bungkus nasi ayam untuk berbuka diaorang suami isteri dan jugak anak anak. Diaorang memang takde makan aoa apa makanan lain selain Nasi Ayam yang dibeli kat Bazar Ramadhan tu jer. 

Lepas solat terawih diaorang start sakit perut. Mula mula anak kedua yang kena. Ingatkan sakit perut biasa biasa jer la. Ya la kan budak budak ni biasa la kalau sakit perut. Tapi lepas tu suami dia pulak start sakit perut dan duk ulang alik ke tandas bergilir dengan anak yang nombor 2. Lepas suami dia, adik KakYa pulak sakit perut duk berulang la tiga beranak tu kat tandas dan masa sahur diaorang hanya minum air putih jer sebab perut meragam. 

Pagi tu, anak yang sulung ke sekolah. Ustazah KAFA whatsapp bagitahu anak sakit perut dah berulang 3 kali ke tandas. Makanya adik KakYa ni pecut motor terus pegi ambik anak dia kat sekolah. Paling last anak bongsu yang umur dua tahun pulak cirit birit tak berenti. Kesian diaorang sebab Nasi Ayam yang diaorang beli kat Bazar Ramadhan tu tak apsal pasal satu family cirit birit. Bukan setakat sakit yang dapat tapi anak sulung yang selalu puasa tak tinggal terpaksa tinggal puasa sebab dah lembik akibat cirit birit. Nak tak nak kena la berbuka walaupon si anak tu masih ada hati nak teruskan berpuasa. Kesian dia, azam tahun ni nak puasa penuh sebab dah darjah satu tapi tak kesampaian hajat anak itu. 

Nak jual makanan boleh jer takde sekatan apa yang korang jual tapi bila makanan yang korang jual boleh memberi kemudaratan pada orang lain, baik takyah jual. Kesian kat pengguna yang terkena bila makan makanan korang masak yang tak menepati piawaian memasak yang sebenar benarnya. Nak berniaga, biarla elok elok cara berniaga barulah berkat. Bukan berniaga fikir untung jer hingga mengakibatkan orang lain jadi mangsa.  

Jangan Fikir Untung Je!

Satu lagi kes seorang sahabat fb KakYa yang beli Nasi Beriani kat Bazar Ramadhan. Katanya mak dia teringin nak makan Nasi Beriani waktu berbuka. Makanya dia beli 3 bungkus Nasi Beriani. Apa yang terjadj amsa nak buka puasa bila mak dia bukak jer bungkusan Nasi Beriani tu, nasi tu basi takle nak makan. Lagi 2 bungkus nasi yang ada ketul ketul dan lerai.

Kawan KakYa cakap, nasi tu tak sepatutnya basi kalau dimasak harini. Takkan la semudah tu boleh basi kecuali dia campurkan sekali nasi yang tak habis jualan semalam dengan masakan hari ini. Logik jugak tu kalau basi bila campur yang semalam dengan arini. Ya la kan, peniaga ni kalau dah ada yang tak abih semalam baik.bagi sedekah jer kat orang daripada simpan pastu buat jualan esok hari. Kesian kat orang yang nak berbuka tetiba dapat nasi yang dah basi. Kesian sangat sangat. 

Buat jualan biarla ikhlas. Jangan duk fikir nak untung semata mata. Berniaga ni kena la jujur. Jangan main ambik mudah setiap perkara. Moga moga pembaca blog KakYa takde yang terkena dengan peniaga Bazar Ramadhan yang lagu ni. Mintak jauh la dari sakit perut cirit birit ni semua. Sama sama kita doakan yang baik baik untuk family kita.

Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa Dengan Surya S Great Grain

$
0
0
Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa Dengan Surya S Great Grain  | Pemilihan makanan berkhasiat dan seimbang waktu bersahur amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita di bulan Ramadhan ini. Dengan tenaga yang ada kita mampu menjalankan aktiviti harian dengan sempurna walaupun bulan puasa.

Nasihat KakYa, jangan lupa untuk memilih makanan yang tinggi kandungan serat serta karbohidrat kompleks kerana ianya dapat melambatkan proses penghadaman. Dengan cara ini kita akan mempunyai lebih tenaga saat menjalani ibadah puasa. Antara makanan yang melambatkan proses penghadaman adalah multi bijirin dan salah satunya ialah Surya S Great Grain. Jadi jangan lupa tau, dapatkan Surya S Great Grain untuk sahur korang sepanjang bulan Ramadhan ini.

Surya S Great Grain 

Surya, Surya S Great Grain, Minuman Multi Bijirin, Minuman Untuk Tenaga,

Surya S Great Grain diformulasi daripada kombinasi 18 bijirin yang terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia, beras pulut. Produk ini sangat sangat sesuai untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperoleh daripada 18 jenis multi-bijirin dan 5 makanan sunnah.

Kebaikan yang terdapat dalam 18 bijirin ini antaranya;
- Sumber serat diet.
- Membantu pengurusan berat badan yang sihat.
- Membantu mengawal keseimbangan glukosa darah.
- Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan. 

Surya, Surya S Great Grain, Minuman Multi Bijirin, Minuman Untuk Tenaga,

Selain 18 bijirin, Surya S Great Grain turut mengandungi 5 bahan istimewa semulajadi yang lain iaitu ekstrak buah delima, ekstrak buah zaiton, ekstrak habbatussauda, ekstrak madu dan ekstrak buah ara (buah tin).

Kebaikan yang terdapat dalam 5 bahan istimewa antaranya;
- Sumber antikosidan.
- Membantu meningkatkan imuniti.
- Membantu melindungi kesihatan jantung.
- Membantu mengekalkan kesihatan kulit. 

Surya S Great Grain mempunyai rasa yang hebat,  mengandungi protin yang tinggi dengan sumber serabut diet, tiada  bahan pengawet dan dijamin HALAL oleh JAKIM dan pengilangan  produk ini mendapat status GMP, HACCP dan MESTI.

Surya, Surya S Great Grain, Minuman Multi Bijirin, Minuman Untuk Tenaga,

"Ramai yang mengidamkan manfaat makanan sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati diluar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harha yang agak mahal. Kini, dengan Surya S Great Grain, pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar". 
- Pengasas SURYA MALAYSIA; Douglas Lee.

Surya, Surya S Great Grain, Minuman Multi Bijirin, Minuman Untuk Tenaga,

Mana Nak Dapatkan Surya S Great Grain?

Surya S Great Grain dijual di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih dan juga Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain, korang boleh layari laman sesawang tertera dan jangan lupa untuk dapatkan Surya S Great Grain  di laman e-commerce Shopee. 

Facebook link:
E-Commerce linkShopee:

Surya S Great Grain Minuman Multi Bijirin Untuk Sekeluarga

$
0
0
Surya S Great Grain Minuman Multi Bijirin Untuk Sekeluarga | Mahukan sahur yang ringan, cepat lagi berkhasiat, untuk rasa kenyang yang lebih lama? Jangan lupa dapatkan Surya S Great Grain. KakYa ada try satu minuman multi bijirin terbaru keluaran Surya Malaysia. Sebelum ni KakYa memang dah biasa dengan produk keluaran Surya Malaysia. Tapi produk terbaru yang KakYa cuba ni lain sikit daripada produk keluaran Surya Malaysia yang terdahulu. Pernah dengar mengenai Surya S Great Grain? KakYa nak kongsi cerita dengan korang la ni. KakYa mula ambil Surya S Great Grain pada awal minggu pertama puasa. Biasanya KakYa akan minum segelas Surya S Great Grain untuk sahur. Korang pon boleh try Surya S Great Grain waktu bersahur nanti.


Ya la kan kekadang waktu sahur ni kita takde selera nak makan nasi atau makanan lain tapi kena makan juga untuk dapatkan tenaga sepanjang berpuasa. Surya S Great Grain sesuai untuk seisi keluarga. Anak anak KakYa pon minum waktu sahur.


Setakat ni, Surya S Great Grain antara produk pertama yang KakYa jumpa kaya dengan bijirin. Selalu la jugak makan atau minum produk bijirin cam gini tapi kandungan bijirin dia takde la sebanyak kandungan bijirin kat dalam Surya S Great Grain ni. Memang puas hati la beli satu pek besar ni dapat pelbagai khasiat daripada pelbagai bijirin dan bahan istimewa yang lain.


Kandungan Yang Terdapat Dalam Surya S Great Grain 

Ok bila cakap bab makanan atau minuman, perkara utama yang orang nak tahu mestilah bahan bahan yang terkandung kat dalam makanan atau minuman tersebut. KakYa citer sikit kat korang, antara kandungan Surya S Great Grain. Kat dalam produk ni ada bukan satu bukan dua bukan jugak tiga tapi ada 18 bijiran yang terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut. Fuhhh banyaknya bijirin yang ada kat dalam kandungan Surya S Great Grain ni.


Surya S Great Grain mengandungi protein yang tinggi dengan sumber serabut diet, tiada pengawet dan yang penting Surya S Great Grain dijamin HALAL. Jadi korang tak perlu risau boleh minum tanpa was was. Yes HALAL! Lagi satu ianya sedap dan lazat. Anak anak pon sukakan Surya S Great Grain.

Selain 18 bijirin, Surya S Great Grain turut mengandungi 5 bahan istimewa yang lain iaitu ekstrak buah delima, ekstrak buah zaiton, ekstrak habbatussauda, ekstrak madu dan ekstrak buah ara (buah tin).

Dek kerana banyak sangat khasiat yang terkandung kat dalam Surya S Great Grain ni, KakYa sarankan untuk korang cuba. Yang baik baik ni elok la kita war warkan untuk orang lain cuba jugakkan?

Cara Penyediaan Surya S Great Grain

Cara penyediaan Surya S Great Grain ni mudah jer. Korang bukak satu sacet Surya S Great Grain dan masukkan dalam gelas pastu masukkan air suam anggaran 180 ke 200 ml dan kacau bagi sebati. Kena guna air suam, kalau air sejuk nanti jadi ketul ketul tak larut kat dalam air. Bila dah larut dah boleh minum. Sangat sangat sesuai dihidangkan ketika suam. Cuba tengok warna dia, Pink you olllsss. Tergoda pulak nak minum bila tengok warna pink tuuuu.

Nampak tak bila guna air suam dia melarut cantik jer. Takde la ketul ketul nanti. Kacau bagi sebati dulu.

Dah boleh minum. Tunggu apa lagi jom kita minum dulu!

Sedap Ke Surya S Great Grain Ni?

Dah siap bancuh, minum pon sudah. Nak tahu sedap ke idok Surya S Great Grain ni ya? Opkos la sedap bagi KakYa. Rasa dia ada rasa lemak lemak manis camtu, takde la rasa manis macam gula sekadar manis biasa jer. Kekadang ada rasa cam makan nestum pon iya jugak. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah. Lupa KakYa nak bagitau, Surya S Great Grain ni selain dijadikan minuman boleh juga dijadikan bahan tambahan untuk membuat kek dan kuih muih.


KakYa sarankan untuk korang cuba Surya S Great Grain ni terutama korang yang inginkan kesihatan yang baik dan menjalani gaya hidup sihat. Pilihan terbaik untuk seisi keluarga pastinya Surya S Great Grain. KakYa dah cuba dah Surya S Great Grain ni,  korang bila lagi?

Cara Mendapatkan Surya S Great Grain 

Untuk maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain, korang boleh layari laman sesawang tertera dan jangan lupa untuk dapatkan Surya S Great Grain di laman e-commerce Shopee.

Facebook link:
E-Commerce link Shopee:
http://bit.ly/SGGShopee

Gigi Susu Belum Goyang Gigi Kekal Dah Keluar

$
0
0
Gigi Susu Belum Goyang Gigi Kekal Dah Keluar  | 10 June 2019 malam ni Umi ngan abah bawak  Akif ke Klinik Gigi. Klinik biasa yang selalu kami pergi Klinik Pergigian Syarifah di Kemaman Terengganu. Akif cakap ada gigi tumbuh kat gusi atas, bila Umi dengan abah check memang sah ada gigi kat gusi atas dan memang nampak jelas sebab gigi tu terkeluar dari gusi.  Bila tanya gigi bawah tu sakit ke tak Akif cakap tak sakit. Terus la bawak pegi klinik malam tu jugak sebab takut la pulak tetiba jer gigi keluar kat gusi dan mulut cam nampak bengkak sikit sebab gigi tu. 

Alhamdulillah dia ok ok jer masa ni. Umi pulak buat main main telefon tak layan sangat dia tak nak bagi dia ngada ngada kan tetiba jer dia buat hal tanak cabut tak ke haru jadinya. 

Dah sampai kat klinik gigi bila Dr check, Dr cakap Akif kena cabut gigi ni sebab gigi kekal dah keluar walaupon gigi susu kat bawah  tu belum ada tanda tanda goyang. Nak tak nak kena la cabut untuk nak bagi ruang kat gigi kekal tumbuh dengan sempurna. Bila tanya Akif dia cakap ok jer takde masalah. Makanya malam tu jugak la cabut gigi bongsu ntah yang keberapa ntah sebab dah lupa dah berapa batang gigi bongsu dia yang dah cabut. 

Lepas cabut gigi muka jadi cam gini. Bila Umi tanya sakit ke? Dia cakap tak sakit sangat tapi tak selesa nak cakap ngan kapas dalam mulut. Duk cakap nak buang kapas tu. Sabar la nak!

KakYa ada terbaca jugak kat Pa&Ma online mengenai beberapa keadaan yang menyebabkan gigi susu perlu di cabut oleh doktor. Antaranya; 

1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.

Seingat KakYa lama jugak tak bawak Akif pergi klinik gigi swasta sebab kat sekolah memang akan ada sesi check gigi untuk waktu waktu ditetapkan. Jadi kalau ada masalah gigi masa kat sekolah terus akan buat kat sekolah jugak. Ada la sekali tampal gigi kat sekolah masa Akif tahun 3 kalau tak silap. Ada jugak kena pergi sendiri kat klinik kerajaan. Kat klinik kerajaan kalau tampal tak bawak surat sekolah kena bayar RM3. Kalau cabut gigi KakYa lupa nak tanya berapa kena bayar. Kalau kat klinik gigi swasta cabut sebatang gigi sekali ngan ubat tahan sakit total kena bayar RM70. Tu harga untuk cabut sebatang gigi susu Akif. Lupa pulak nak tanya, untuk cabut gigi kanak kanak jer atau orang dewasa pon sama harga. 

Ubat tahan sakit dan jugak kapas untuk tukar. 

Alhamdulillah lega Umi dan abah bila dah settle cabut gigi Akif yang mengganggu gigi kekal nak tumbuh. Dr cakap kalau tak cabut cepat cepat nanti gigi tu akan tumbuh senget sebab tak cukup ruang. Ok Dr, terima kasih atas nasihat sepanjang Akif mendapatkan rawatan di klinik. KakYa bagi 5 bintang! 

Tampal Gigi Susu Sebab Tampalan Lama Tertanggal

$
0
0
Tampal Gigi Susu Sebab Tampalan Lama Tertanggal | Entri kalini kisah gigi lagi sekali.   17 june 2019, 7 hari selepas Akif cabut gigi susu dia Akif bagitau gigi geraham atas sebelah gigi yang dah cabut tu ada rasa  macam tajam tajam. Bila Umi check bebetul nampak bekas tampalan gigi yang lama dah tertanggal. Sebab tu la dia rasa tajam tajam sebab tampalan tu dah tanggal. Dia cakap tak selesa sangat sangat sebab bila kena kat lidah rasa tajam sangat. Pastu bila makan rasa cam ada makanan duk melekat kat celah tu. Akif tak selesa la Umi. 

Makanya lepas balik dari perjumpaan temu murni ibubapa kat sekolah  pada 17 june, terus KakYa dan suami bawak dia ke klinik gigi. Tak nak bertangguh tangguh sebab dia cakap berkali kali tak selesa kat dalam mulut dia. 

Bila dr check gigi Akif, dr cakap yes tampalan tu  memang dah tertanggal so dr kena tampal balik sebab gigi geraham tu takle cabut lagi kena tunggu masa sesuai baru boleh cabut. Sebab kalau cabut sekarang, gigi geraham kekal belum tumbuh lagi nanti tempat tu akan di ambil space dia oleh gigi lain jadi nanti gigi geraham kekal akan tumbuh tak cantik. Makanya kenalah buat tampalan gigi yang baru. 

First time ni Akif buat rawatan gigi dengan dr lelaki. Sebelum sebelum ni semua dr pompuan yang buat rawatan. Relaks laa nak! 

Banyak jugak dr sembang ngan dia bab bab penjagaan gigi, gusi dan mulut. Nampak dia duk terangguk angguk bila dr bagi nasihat bab bab gigi. Selesai sembang santai proses nganga mulut untuk buat tampalan. Bab ni dia lemah sikit, lenguh mulut katanya. Selalu jugak la nak tutup mulut sebab lenguh punya pasal. Mujur jugak proses tampalan tak ambik masa yang lama. Bertabah jer dia duk nganga mulut. Sesekali dia pandang Umi ngan muka sediah sebab mukut dah tak tahan nak nganga hehehe. Sabar ya nak. 


Alhamdulillah selesai sudah tampal gigi geraham bongsu. Masa pergi kaunter untuk pulangkan kad pergigian, misi bertugas cakap takde surat sekolah ke? Kalau takde kena bayar rm3. Oh takde pulak dibagitahu kena bawak surat sekolah, sebab sebelum ni kalau pergi  klinik gigi kerajaan petugas kaunter ada cakap, kalau pakai baju sekolah FREE. Kalau pakai baju biasa kena bayar. Tapi takpe la kalau nak bawak surat sekolah pon banyak kerja pulak nak kena  pegi panjat ofis sekolah untuk ambil surat. Jadi rugi masa pulak kat situ. Bayar jer rm3 tu. Takde masalah janji gigi anak dah ok. Terima kasih dr bertugas dan kakitangan Klinik Pergigian Kemaman. Servis terbaik dan Akif puas hati. Nanti Akif jenguk jenguk lagi. 

Send Your Birthday Wishes With Fruit Basket

$
0
0
Send Your Birthday Wishes with Fruit Basket | Nothing can make the birthday celebration completely delightful and festive that a basket of fresh fruits. If you know someone dear and special who is about to celebrate birthday, why not send her a Flower of fruit basket? You can always approach the Florist Singaporefor the perfect assortments for the birthday celebration and the recipient will surely be glad to receive the basket as gift. If you want to greet the birthday celebrant in the most delightful way, here are your options:


Bountiful Harvest Basket of Fruits and Treats

The florist arranges this fruit basket with special assortments of fruits that include red and green apples, pears, oranges, grapes, kiwi, pineapple, mixed nuts, wheat crackers, cheese, chocolate truffles, and chocolate covered almonds and cherries. This is a perfect gift for the birthday celebrant who prefers the sweet but healthy treats on celebration day. 

Orchard Celebration Basket of Fruits

Offering all of the season’s best harvest in one basket, this fruit basket is a perfect gift on birthdays because of its fabulous seasonal fruits. A florist delivery of this gift will surely brighten up the celebrant’s day. The basket may even add festivity to the buffet table. Ask the online florist for the best selections of seasonal fruits to add to a customized fruit basket.

Grand Feast Basket of Fruits

Whether for an adult or for a little child, you can send this grand feast basket of fruits as your birthday gift alongside a lovely bouquet of birthday flowers. The basket contains orchard-fresh fruits and artisan cheeses, shortbread cookies, chocolate fudge, and candies. You can send one today and let the celebrant feast on the fruits and treats on celebration. 

Classic and Traditional Fruit Basket For Birthdays


Elegant and delightful, a gift of fruit basket on birthday celebration is a tradition. The rustic hand-woven basket lined with wicker is usually filled with the best of the season’s harvest of fruits and nuts. The fresh fruits are naturally sweet, crisp, ripe, and tasteful. If you want to give the celebrant something healthy to feast on during the birthday celebration, the florist recommend a classic and traditional basket of fresh fruits. 

Celebrate birthdays or remember someone’s special day by sending fruit basket. This special delivery will surely bring delight to the occasion. With the assortment of fresh fruits, the birthday celebration will turn out to be more festive for the celebrant and guests.

Doa Daripada Ibubapa Untuk Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

$
0
0
Doa Daripada Ibubapa Untuk Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan | Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 

1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Membaca Kalimah syahadah 3 kali 
4. Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
5. Baca Surah 3 Qul (1 kali)
6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
7. Membaca Selawat (10 kali)
8. Baca Surah Yaasin (1 kali)
9. Baca Surah Insyirah (100 kali)
10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Bila anak-anak sedang menduduki peperiksaan, ibubapa juga turut terheret sama. Resah gelisah, risau takut anak tak dapat jawab soalan dan sebagainya sering menghantui.

Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang menduduki peperiksaan.

Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah. Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.

Antara sokongan spiritual dan amalan yang boleh ibubapa lakukan semasa anak – anak di dalam dewan peperiksaan tidak kiralah peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun peperiksaan-peperiksaan lain yang penting untuk anak-anak ialah:

1. Berpuasa sunat pada hari anak-anak menduduki peperiksaan. Antara doa yang paling dimakbulkan oleh Allah ialah doa ibubapa. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi jika ibubapa yang berpuasa dan mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya pastilah lebih makbul.

2. Lakukan solat taubat dan solat hajat. Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Allah amat suka hambaNya yang seringkali bertaubat. Jadi pastinya doa yang tulus ikhlas daripada orang yang bertaubat akan mudah diperkenankan Allah.

3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak. Baca Quran dan pahalanya diniatkan untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan agar terang hati dan tenang fikiran.

4. Lakukan solat Dhuha. Lakukan solat dhuha di pejabat, di rumah ataupun di surau sekolah sewaktu menunggu anak-anak yang sedang berjuang di dewan peperiksaan. Doalah untuk kejayaan anak di dalam solat dan selesai solat.

5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan hadiahkan pahala untuk anak. Semoga amalan ini akan memudahkan doa ibubapa untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan akan mudah termakbul. Ini adalah kerana amalan sedeqah amat disukai Allah. Orang yang menerima sedeqah ini juga mungkin akan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan pemberi sedeqah.

6. Berterusan berzikir dan berdoa. Samada anda berada di pejabat, di rumah ataupun di sekolah menunggu anak-anak yang sedang berada di dewan peperiksaan, jangan putus-putus berzikir dan berdoa kepada Allah untuk kejayaan anak-anak di dewan peperiksaan.

Allah akan mengingati kepada hambaNya yang mengingati lebih daripada hambaNya mengingatiNya. Moga amalan berzikir dan berdoa dengan berterusan ini akan memudahkan Allah memakbulkan doa kita supaya anak-anak berjaya dalam peperiksaan.

7. Hantar gelombang positif kepada anak. Ini adalah law of attraction dan law of vibration. Kita yakin dan bayangkan yang positif. Bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat. InsyaAllah mereka berjaya di dewan peperiksaan.

Hadith Qudsi, Allah berfirman:
“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya. Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakkal kepada Allah yang maha mengetahui.

Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamin aamin,

Sumber : Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Bla Dedua Tak Nak Kalah Bab Posing Be Like ....

$
0
0
Bila Dedua Tak Nak Kalah Bab Posing Be Like | Lama betul KakYa tak updated blog. Bukan saja tak updated tapi jenguk pon tak. Sejak ditimpa sakit awal bulan July haritu memang KakYa tak sempat nak updated blog. Last updated 7 Julai 2019.  Tapi alhamdulillah sakit KakYa pon dah beransur sembuh jadi pagi ni KakYa luangkan sikit masa menjenguk blog kesayangan KakYa. Rindu sangat sangat nak menulis kat blog. Alhamdulillah terima kasih Allah atas peluang dan juga ruang yang masih diberi untuk aku insan lemah ini terus menulis dan meluahkan bicara. Syukur alhamdulillah.

Sebenarnya untuk permulaan ni KakYa pon tak tau nak tulis tentang apa. Jadi KakYa tulis jer apa yang terlintas sekarang ni. Tadi ada nampak beberapa gambar Iman dan Akif yang KakYa shoot minggu lepas. Bila tengok balik gambar gambar diaorang tu ada la beberapa gambar diaorang yang posing sorang sorang macam duk posing tak nak kalah. Masa shoot ritu tak perasan la pulak. Ni bila amati betul betul haaa memang ada la ala ala posing tak nak kalah. Masing masing dengan gaya masing masing. Bila dedua tak nak kalah bab posing be like ... Layan jer la.







Rasa rasa la kan kalau tengok gambar gambar ni sape paling suka posing.... Ya betulllll dak kecik tu la kaki posing. Abang dia dua tiga keping jer dia punya gambar melampau lampau banyaknya. Kalau kat galeri phone Umi dengan abah memang penuh dengan gambar dia jer. Tak muat gambar orang lain. Abang dia ni selalu  jugak cakap biar sikit asal berkualiti jangan banyak tapi lesung pipit jer! hahaha. Hambek kauu. Pedasss mak aihhhh !! Sentap adik ko nak. 

Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman

$
0
0
Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman | Alhamdulillah sedar tak sedar hampir masuk pertengahan bulan 8 dah kita. Bulan 8 bulan kelahiran anak kedua KakYa, Muhammad Adam Iman. 13.8.2019 genap 12 tahun usia Iman.  Entri ni tertunda sebab KakYa sekeluarga baru jer balik dari bercuti di Kelantan. Makanya tarikh 13.8.2019 tak sempat nak buat entri beday Iman. Harini baru berkesempatan menulis kembali. Makanya Umi coretkan sepatah dua kata untuk anak kedua Umi di ruangan bisu ini untuk kenang kenangan akan datang.


Cepat jer masa berlalu sedar tak sedar dah 12 tahun usia Iman. Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah anugerah terindah yang KAU pinjamkan buat kami suami isteri membesar sihat walafiat.


Terima kasih Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Iman. Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia. Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberikan minda yang cerdas, panjang umur, menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman.  Umi abah sayang Iman dunia akhirat.


Umi dan Abah mengharapkan impian yang Iman impikan, semoga Allah SWT menjadikan impian Iman itu satu kenyataan. Semoga semua itu akan tercapai satu waktu nanti. Semoga kegembiraan  sentiasa pengiringi perjalanan Iman. Semoga Iman akan mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat. Aamin aamin. 

SELAMAT HARI LAHIR KE 12 MUHAMMAD ADAM IMAN 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat

$
0
0
Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat | Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai untuk kulit KakYa. KakYa guna produk Cetaphil ni dah lama sebenarnya. Dulu KakYa guna lebih pada penggunaan untuk kulit anak-anak setelah mendapat saranan Doktor sebab kulit mereka sensitif macam kulit KakYa. Doktor ada cakap kalau kulit sensitif tak boleh guna atau pakai produk sesuka hati nanti kulit menjadi kering, iritasi dan memberi kepedihan pada kulit. Ini kerana bahan bahan yang terkandung dalam produk tertentu boleh menyebabkan kulit makin teruk. Sebab tu la KakYa guna produk Cetaphil.


Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser

KakYa mula guna produk Cetaphil sejak beberapa bulan lepas setelah melihat beberapa sahabat membicarakan mengenai Cetaphil dan ianya memberi kesan terbaik untuk kulit mereka. KakYa juga ada terbaca mengenai review yang ditulis menyatakan Cetaphil antara produk terbaik untuk kulit dan diperakui oleh pakar. Pembersih kulit Cetaphil benar-benar memberi kesan untuk kulit KakYa yang sensitif. KakYa rasa Cetaphil ni berfungsi dengan baik dan menjadikan kulit KakYa lembap tanpa kesan pengeringan sebab pembersih ni jenis yang lembut tanpa kandungan sabun atau pewangi. Untuk kulit wajah pula, apa yang KakYa boleh katakan selepas penggunaan selama beberapa bulan, wajah makin lembut dan segar tak macam dulu. Kalau dulu, kulit wajah mudah sangat kering dan tak bermaya. Sekarang tidak lagi. Kulit makin berseri-seri.


Bila guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, KakYa rasa ia memang membersih dan melembap secara lembut walaupun tanpa sabun. Tak macam pembersih kulit yang berbuih, ia tak mengetatkan kulit dan mengikis pelindung kulit semula jadi. Kebaikan Cetaphil ni disyorkan oleh pakar kulit dan berkesan untuk semua jenis kulit termasuk kulit biasa, berminyak, kering, ataupun sensitif macam kulit KakYa. Ianya juga cukup lembut untuk kulit bayi. Sangat-sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan.

Ya la kan bila kita dah tahu kulit kita jenis sensitif kenalah berhati hati menggunakan produk untuk wajah. Pernah juga beberapa kali kulit wajah KakYa menggelupas teruk dan menjadi hitam kehitaman disebabkan tersilap memilih produk. Bukan setakat itu sahaja kulit wajah turut menjadi semakin berminyak dan ditumbuhi jerawat yang banyak kerana kesilapan KakYa menggunakan produk tanpa mengambil kira kesannya pada kulit muka KakYa yang sensitif.

Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk penjagaan muka ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit. Yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan. Cara nak guna pon senang sangat, korang boleh gunakan dengan dua cara. Cara pertama tanpa menggunakan air dan cara kedua guna dengan air. Kalau tanpa menggunakan air korang letak jer cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan lap dengan tuala bersih. Kalau korang gunakan air, letakkan cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan cuci muka dengan air bersih. Dah selesai. 


Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis dan menjadi pelindung kulit secara semula jadi. Tanpa sabun dan juga pewangi Cetaphil GSC berkesan untuk semua jenis kulit dan ianya cukup lembut untuk kulit bayi. Sangat sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan. Produk ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit dan yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air. Ada satu lagi yang best, Cetaphil GSC tidak BERMINYAK dan ianya menyerap dengan baik saat KakYa gunakan pada kulit. Sebab tak berminyak tu la buat KakYa suka nak guna.


Masa mula mula aritu, KakYa cukup teruja untuk mencuba pembersih Cetaphil kegemaran ramai ini. KakYa dapat rasakan pembersih ini benar benar membersihkan wajah dan kulit badan KakYa. Lepas dah guna tu kan, rasa segar jer keseluruhan wajah dan juga badan. Kulit pon makin lembut dan berseri seri. Sekarang ni hari hari KakYa akan gunakan pembersih ini dan juga produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil Moisturising Cream dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+. Jatuh cinta dah saya dengan Cetaphil!

Cetaphil Moisturizing Cream

Selain menggunakan pembersih yang cukup KakYa suka ni, KakYa turut menggunakan krim pelembap juga. Cetaphil Moisturizing Cream pilihan KakYa kerana kepentingannya pada kulit , tambah tambah lagi bila usia makin meningkat. Kulit perlukan krim pelembap bagi mengelakkan kulit KakYa menjadi terlalu kering dan bermasalah. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu menjadikan pelembap sesuatu yang cukup penting untuk penjagaan kulit KakYa. KakYa gunakan pelembap dua kali sehari iaitu waktu siang dan juga malam.


Cetaphil Moisturizing Cream mempunyai bahan pelembut dan pelembap ekstra yang dapat mencegah kelembapan daripada hilang. Cetaphil Moisturizing Cream memberikan penghidratan yang berpanjangan pada kulit dan menjadikannya lembut dan licin. Cetaphil Moisturizing Cream sangat sesuai untuk merawat kulit kering dan sangat baik juga digunakan untuk kaki, siku dan lutut. Ha ahhh beli satu produk boleh guna untuk semua bahagian. Tak ke untung tu!


Bahan bahan yang terdapat dalam pelembap Cetaphil berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan menggandakan tahap penghidratan kulit dalam masa beberapa hari. Kulit semakin lembap dan tiada lagi kekeringan seperti sebelum ini.

Bagi KakYa pelembap adalah penting sama seperti pembersih. Oleh itu untuk melengkapkan rutin penuh penjagaan kulit, KakYa gunakan pelembap Cetaphil untuk menghidrat kulit dan menjadikan kulit sihat bermaya.

Cara penggunaan pelembap, hanya sapukan beberapa titis pada kulit korang dan urut perlahan lahan dengan lembut. Korang boleh rasa kulit korang akan menjadi lembap. Pelembap membantu memulihkan penghalang perlindungan semula jadi kulit menjadikan kulit korang sihat sentiasa.

UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28

Rumusan lengkap dengan sistem tujuh penapis memberikan perlindungan matahari yang optimum daripada sinaran UV, Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ pastinya pilihan KakYa. Dengan perlindungan yang tinggi pada kulit di samping melegakan dan melembapkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka dan badan. Sangat mudah diserap dan menjanjikan perlindungan UVA dan UVB terbaik.



Kulit kita memerlukan perlindungan supaya tidak terbakar di bawah sinar matahari. Korang mesti lebih arif, bahaya bilamana kulit terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan terutama untuk jangka masa yang lama. Kesannya kulit kita menjadi lebih gelap atau terbakar. Kulit KakYa kalau duk kat tepi pantai lama lama mula la rasa terbakar dan mudah menjadi gelap.

Untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari berlebihan KakYa gunakan pelindung matahari. Kalau nak keluar rumah terutama waktu tengahari KakYa akan pastikan kulit KakYa dilindungi dengan UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28. Dengan kandungan spf sebanyak 50+ dan UVA 28, produk ini sangat sesuai kalau korang nak bawak pergi bercuti kat kawasan pantai atau kawasan beriklim panas.

Kulit KakYa semakin lembap selepas menggunakan UVA / UVB Defence SPF50. Bagi KakYa produk ni sangat ringan pada kulit dan bilamana KakYa gunakan produk ni KakYa masih boleh gunakan BB Cream. Kiranya selepas menggunakan UVA/UVB Defense SPF 50+ terus jer pakai BB Cream takde masalah pon.

Okay, oleh kerana produk ni best sangat sangat best dan buat KakYa teruja teruk, KakYa sarankan untuk korang yang suka travel korang boleh tambahkan Cetaphil UVA / UVB Defense SPF50 dalam list korang. Untuk KakYa, Cetaphil UVA / UVB Defence SPF50 pasti menjadi pilihan walau di mana berada.

Mana Nak Dapatkan Produk Cetaphil

Untuk pengetahuan korang KakYa dah cuba ketiga tiga produk Cetaphil ni dan KakYa cukup puas hati dengan keberkesanan produk ini. Setelah beberapa bulan bersama produk dari Cetaphil KakYa rasa lepas ni KakYa tak nak tukar produk lain dah. Buat apa nak tukar kalau Cetaphil pilihan terbaik. Korang pon kenala cuba produk Cetaphil ni. Mana tahu serasi dengan kulit korang. Cuba la dulu baru tau! Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Cetaphil korang boleh dapatkan segera produk hebat ini di;



Selamat Menduduki UPSR 2019 Muhammad Adam Iman

$
0
0
Selamat Menduduki UPSR 2019 Muhammad Adam Iman | Hari ni 4 September 2019, anak kedua KakYa Muhammad Adam Iman akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR. Muhammad Adam Iman, Umi dan  abah harap hari ini dan hari hari peperiksaan seterusnya Iman dapat menjawap soalan peperiksaan dengan tenang. Semoga Allah ilhamkan jawapan jawapan yang tepat penuh kesempurnaan untuk Iman. Umi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Iman. Good luck and do your best son. Remember, do not be nervous okey!


Abah, Umi, kakak Insyirah dan adik Akif mendoakan agar Iman dapat menjawap soalan UPSR dengan tenang, berlapang dada dan beroleh kejayaan cemerlang. InsyaAllah. 

Di kesempatan masa yang ada ini. KakYa ingin minta doa dari sahabat semua dapat mendoakan anak KakYa agar dapat menjawap dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh UPSR bermula hari ini 4 September 2019 dan berakhir 11 September 2019. Doa dari sahabat, KakYa dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT yang mampu membalasNya. 

KakYa juga mendoakan agar anak anak sahabat KakYa dan semua calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2019 dapat menjawap soalan dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan. Semoga anak anak UPSR 2019 berjaya dengan cemerlang. Aamin aamin.

Joint Wellness Dan Bowel Wellness Dari Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman

$
0
0
Joint Wellness Dan Bowel Wellness  Dari Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman | Bila umur dah nak masuk 40-an ni semua nak kena jaga terutama bila melibatkan kesihatan diri. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang kecerdasan badan. Untuk diri KakYa sendiri, sejak usia makin meningkat masalah utama yang selalu KakYa hadapi mudah sangat sakit sendi, otot dan  juga sembelit. Mengikut pembacaan KakYa 3 daripada 5 orang rakyat Malaysia menghidap penyakit otot dan sendi.


Bila dah datang sakit otot dan sendi mulalah semua kerja tak menjadi. Sesekali berurut tu biasa la tapi setakat berurut sahaja tak boleh nak selesaikan masalah. Kena cuba amalkan produk kesihatan juga untuk pemulihan dalaman. Kebetulan ada kawan yang syorkan produk kesihatan keluaran Himalaya. Yesss Himalaya!

KakYa suka produk keluaran Himalaya kerana ianya Halal, herba asli 100% dan selamat digunakan. Korang tak perlu ragu ragu sebab produk Himalaya sememangnya diperakui selamat dan mendapat review yang baik daripada pengguna yang pernah menggunakan produk keluaran Himalaya ini.


Joint Wellness

Joint Wellness! Korang pernah dengar ke? Katanya produk ni cukup bagus untuk sendi dan otot. KakYa dah cuba selama tiga minggu, alhamdulillah setakat ni ada perubahan yang KakYa dapat rasa sejak KakYa amalkan secara konsisten. KakYa amalkan pengambilan Joint Wellness sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam.


Keberkesanan produk ni bergantung kepada kesesuaian setiap individu. Ada yang mendapat hasil dan keberkesanan dengan cepat ada yang lambat. Jadi kalau korang nak amalkan pengambilan sesuatu produk pastikan korang amalkan dengan cara yang betul.

Siapa Yang Perlu Mengambil Joint Wellness 

Ada kawan yang tanya KakYa siapa yang perlu ambil Joint Wellness? Ok, selepas mengamalkan Joint Wellness selama 3 minggu apa yang boleh KakYa bagitahu kat korang dan KakYa sarankan kalau korang ada masalah sakit otot dan sendi peringkat awal korang boleh cuba Joint Wellness.


Kalau korang yang obesiti dan bila berjalan sekejap sekejap sakit lutut, sakit pinggang, sakit bahu pon boleh cuba Joint Wellness. Jadi apa tunggu lagi kembalikan otot dan sendi yang sihat dengan produk halal dan selamat. Jangan lupa dapatkan Joint Wellness anda hari ini juga.

Kebaikan Joint Wellness

Bila kita amalkan pengambilan sesuatu produk mesti kita nak tahu apa kebaikan produk tersebut boleh bagi untuk diri kita. Biasanya sebelum mengambil sesuatu produk KakYa akan tengok dulu kebaikan produk tersebut dengan membaca testimoni berkaitan dan mencari info lengkap mengenai produk. Untuk pengetahuan korang Joint Wellness mempunyai banyak kebaikan antaranya: 

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
-  Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Bowel Wellness

‘Bowel Wellness’ satu lagi produk Himalaya yang KakYa sedang amalkan hingga harini. Pernah tak korang mempunyai masalah sembelit? Sembelit boleh terjadi akibat kurangnya pengambilan air dan serat dalam makanan.


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan sembelit adalah mengamalkan minum 6 hingga 8 gelas air putih sehari, makan sayur dan buah buahan serta bijirin yang tinggi kandungan serat dan jangan lupa bersenam setiap hari atau korang boleh cuba amalkan Bowel Wellness.

Pastikan korang menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya menghadapi masalah sembelit berpanjangan.

KakYa kalau kurang minum air putih mudah sangat sembelit. Bila dah sembelit mula la rasa tak selesa, perut pon rasa cam cramp jer. Tambah tambah bila banyak hari tak membuang, badan pon akan lesu semacam. Semua kerja tak menjadi. Opkoss la kan! dah diri tak selesa camne nak buat kerja. 


Tapi sejak KakYa cuba Bowel Wellness 2 biji selepas makan pagi dan malam, KakYa dapat rasa sistem penghadaman berjalan dan bekerja lebih lancar. Kalau korang nak tahu, Bowel Wellness membantu sistem pencernaan agar dapat bekerja dengan lebih baik, mencuci usus dan menjadikan badan kita lebih ringan dan segar. Jangan lupa banyakkan minum air putih dan kurangkan minum ais.

Kebaikan Bowel Wellness

Antara kebaikan yang terdapat dalam produk Bowel Wellness adalah:

- Melegakan perasaan sembelit
- Membantu aliran usus normal
- Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus

Kalau korang memerlukan maklumat lebih detail mengenai kedua dua produk ini, korang boleh layari laman web, facebook page dan juga instagram Himalaya pada pautan dibawah:

Website: http://www.himalayainasia.com/
Facebook: https://m.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://instagram.com/himalayamalaysia/ 


Permohonan Online MRSM 2020 Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan 4

$
0
0
Permohonan Online MRSM 2020 Kemasukan  Ke Tingkatan 1 Dan 4 | Permohonan secara online kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi sesi pembelajaran 2020 telah dibuka bermula hari ini 8 September 2019 sehingga 30 November 2019. Calon yang berminat boleh membuat permohonan awal tanpa perlu menunggu keputusan UPSR dan PT3. 


Maklumat Program MRSM

1. Program IGCSE
2. International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
3. Program Teknikal
4. Program Ulul Albab
5. Program Premier
6. Program Khas Pendidikan (PKP)

MRSM menyediakan program berteraskan kurikulum kebangsaan dan kurikulum antarabangsa yang menekankan disiplin dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Sebanyak lima program ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1 di MRSM iaitu International General Certificate of Secondary Education (IGSCE), International Bacclaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), Program Ulul Albab, Program Teknikal dan Program Premier manakala dua program iaitu Program Premier dan Program Khas Pendidikan (PKP) ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Empat.

Program IGCSE

 International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)

 Program Teknikal

 Program Ulul Albab

 Program Premier

 Program Khas Pendidikan (PKP)


Sila pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat pilihan permohonan secara online. 

Sila klik link di bawah untuk membuat permohonan secara online.

Permohonan Online MRSM 

Selamat Hari Lahir Ke 15 Nur Aina Insyirah

$
0
0
Selamat Hari Lahir Ke 15 Nur Aina Insyirah | Cepatnya masa berlalu, harini 20 September 2019 dah 15 tahun usia Kakak Insyirah. Selamat hari lahir ke 15 buat anak sulung dan satu satunya puteri Umi, Nur Aina Insyirah. Umi doakan kakak panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah, sentiasa buat Umi abah bangga dengan kakak dan sentiasa ingat Allah walau dimana jua kakak berada. Jangan tinggal solat ya sayang. Semoga kakak dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah helwah ya kakak. Doa Umi dan abah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kakak. Aamin aamin.


HAPPY BIRTHDAY INSYIRAH 
HAPPY BIRTHDAY 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU


SELAMAT HARI JADI INSYIRAH 
SELAMAT HARI JADI 
SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI 

SANAH HELWAH YA NUR AINA INSYIRAH SELAMAT HARI LAHIR  SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN 

Selamat Menduduki PT3 2019 Nur Aina Insyirah

$
0
0
Selamat Menduduki PT3 2019 Nur Aina Insyirah | Good luck  untuk PT3 2019 untuk anak KakYa, Nur Aina Insyirah Suhaimi dan kawan kawan.  Kakak boleh ! Pasti boleh. Buat yang terbaik okey ! Doa umi, abah, adik adik dan semua yang menyayangi kakak akan sentiasa mengiringi langkah perjalanan kakak. Semoga Allah ilhamkan jawapan jawapan yang tepat penuh kesempurnaan untuk Kakak. Umi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Kakak. Good luck and do your best dear!


Kepada semua sahabat KakYa yang anaknya akan menduduki PT3 bermula hari ini 1/10/2019, KakYa dan family mendoakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR , TEPAT & CEMERLANG. Aamin aamin.

Di kesempatan masa yang ada ini. KakYa ingin minta doa dari sahabat semua dapat mendoakan anak KakYa agar dapat menjawap dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh PT3 bermula hari ini 1 Oktober 2019 dan berakhir 9 Oktober 2019. Doa dari sahabat, KakYa dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT yang mampu membalasNya.

Doa untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PT3

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah
Haru ini 01/10/2019 anak anak  akan menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.    وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live