Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Lobak Merah Ke Lobak Oren

$
0
0
Lobak Merah Ke Lobak Oren | Masa Akif kecik kecik dulu dan masa tu dia  baru pandai mengeja dan membaca dia selalu tanya kat KakYa bila tengok gambar lobak. Dia eja pastu akan sebut lo...bak lobak me...rah merah. Lobak merah ! Pastu mesti dia akan pandang KakYa dua kali nak pastikan betul ke tidak. Pastu dia adala pertanyaan yang KakYa pon tak reti nak jawap. Korang ada ke tak anak anak korang tanya cam gini. 


Ok soklan dia sebijik cam gambar kat atas ni. Umi, kenapa lobak merah? Kan ke lobak tu warna oren. Lobak oren la kan? Mana datangnya merah tu Umi. Hahaha anak oh anak, masa Umi baru kenal lobak dulu pon Umi tertanya tanya jugak mana datang merah tu nak. Tapi Umi tak dapat jawapan tepat pon masa kecik dulu. Hadoi mana nak cekau jawapan ni. Bila dia tanya Umi memang akan jawap tu memang nama dia lobak merah bukan lobak oren. Nak google google cari jawapan masa dia duk tanya tu cam malas jer. Hahaha al maklum la tak berapa nak penting sangat sebab warna lobak jer pon. Tapi Umi google jugak sebenarnya sebab nak tau. 


Ada sekali tu kan jumpa lobak putih kat pasaraya, masa tu Akif kecik lagi dia tunjuk la tu haa lobak putih dia eja betul dia sebut pon betul. Pastu dia cakap. Ni baru betul lobak putih warna putih. Bukan macam tu (sambil tunjuk lobak merah) nama lobak merah tapi warna oren. Sekejap dia geleng geleng kepala dengan buat muka tak puas hati. 


Selain dua warna lobak iaitu merah dan putih korang jangan tak tahu pulak, gang lobak ni ada juga warna lain tau. Ada warna kuning, ungu dan juga merah. Cuba korang tengok bebetul kat atas tu. Macam macam warna ada. Kalau korang perasan kat sebelah oren tu warna merah. Ha aaa memang ada la lobak warna merah tapi kenapa kita panggil lobak oren tu dengan nama lobak merah. Setakat yang KakYa jumpa jawapan camne boleh tercetusnya nama lobak merah ni memang panjang berjela jela kisah lobak merah ni. 

Aritu ada la jugak duk cuba terangkan kat dak Akif ni pasal lobak merah lobak oren. Tapi dia takde minat nak tahu sejarah lobak dah  sekarang ni, huhuhuhu. Dia cakap takpe la Umi warna apa pon lobak tu, baik putih, oren, kuning, merah dan jugak lain lain warna sekalipon bukan Akif makan pon lobak lobak ni. Hahahaha tu jawapan dia. Hadoi laa anak oh anak. 

Giveaway TTO Serum By Lya

$
0
0
Giveaway TTO Serum By Lya | Hai korang, dua hari lepas KakYa ada buat giveaway kat Instagram dan juga Facebook. KakYa nak jemput korang untuk sama sama memeriahkan lagi giveaway KakYa ni. Jom la join sekali, mana tahu rezeki korang menang TTO Serum dari Cosmoderm. Kalau berminat nak join, korang boleh KLIK SINI untuk join kat Facebook atau KLIK SINI untuk join kat Instagram. Mana mana pon boleh.


Syarat untuk join giveaway pon mudah jer. KakYa buat giveaway ni tak lama tau. Giveaway akan TAMAT pada 21 April 2019. KakYa akan umumkan pemenang secara rawak sehari selepas giveaway tamat.

Apabenda Tea Tree Oil Control Serum Cosmoderm aka TTO Serum ni? Ok KakYa citer sikit kat korang mengenai TTO Serum; 

Tea Tree Oil Control Serum Cosmoderm 

TTO Serum ialah serum gel berasaskan air yang diformulasi dengan minyak tea tree dan niacinamide untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah. Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat.

Kandungan Utama TTO Serum
• Vitamin B3 (Niacinamide)
• Aloe Vera
• Chamomile
• Tea Tree Oil

Kelebihan TTO Serum
• Membantu mengurangkan jerawat, bitnik hitam dan bintik putih
• Membantu membersihkan pori tersumbat
• Membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan
• Membantu mengembalikan lembapan semulajadi kulit wajah

Cara Penggunaan TTO Serum 
Selepas membersihkan dan menyegarkan wajah, sapu serum pada keseluruhan wajah dan urut lembut sehingga meresap ke bahagian kulit wajah. Untuk digunakan pada waktu pagi dan malam.

TTO Serum boleh didapati di Watsons, Caring & Aeon Wellness.

Dia Nur Aina Insyirah

$
0
0
Dia Nur Aina Insyirah | Nur Aina Insyirah anak sulung KakYa. Sekarang ni dia berada di tingkatan 3. Umur dia sekarang 15 tahun. KakYa biasa panggil dia dengan panggilan kakak, insyirah dan juga aina. Paling banyak guna nama panggilan Insyirah untuk dia. Dia ni seorang yang bertanggungjawap dalam setiap apa sahaja yang dia lakukan. Oleh kerana dia tinggal kat asrama makanya dia akan ada bersama KakYa dan family hanya pada cuti hujung minggu dua minggu sekali atau time outing pada hari Sabtu setiap minggu.


Dia ni kalau dengan adik adik memang garang sikit la. Sebab adik adik dia dua ketul kat rumah ni lelaki takde adik pompuan. Dia sangat sangat suka membebel dan bebelen dia boleh jadi marah marah bila adik adik masuk bilik dan sepahkan bilik dia. Memang dia tak suka kalau bilik dia disepah sepahkan. Adik adik pulak kalau dah masuk bilik dia ada jer benda yang akan diaorang buat untuk naikkan kemarahan kakak dia ni. Tapi tak selalu la, kadang kadang jer. Adat la kan adik beradik sakat menyakat. Tapi kekadang boleh jadi gaduh jugak la bila dah terlebih menyakat. Hingga si kakak ni boleh menangis nangis dibuatnya. 

“To my daughter, Insyirah.. Never forget that I love you. Life is filled with hard times and good times. Learn from everything you can. Be the woman I know you can be".
Umi ...

Bila dia balik dari asrama dia la anak perempuan satu satunya yang selalu ringankan beban KakYa. Bantu Umi buat kerja mana yang patut. Dia ni dalam kategori anak yang rajin jugak la walaupon kekadang malas tu ada ( hahaha). Al maklum la budak asrama ni kan, bila balik rumah masa dia banyak ngan tido jer. Tapi alhamdulillah anak KakYa ni dapat la jugak ringankan kerja Umi dia ni kalau dia balik hujung minggu. Dia ni suka masak masak, kalau balik rumah ada jer benda yang nak dimasaknya. Tapi yang tukang masaknya tetap Umi dia ni la. Dia tolong mana yang boleh jer la.

KakYa ni kekadang kan, suka marah marah jugak nak nak bila kakak marah adik adik dia atau adik adik buat silap dia tak tegur, KakYa akan marah. Kekadang bila marah tu meguasai diri lupa dah kebaikan dia. Ya la tengah marah kan. Main bantai marah jer tak peduli apa perasaan dia masa tu. Huhuhu sedih gak la rasa lepas perasaan marah dah reda. 

“To my beautiful daughter Insyirah, always remember: you are brave, you are capable, you are pretty, and you can accomplish ANYTHING your heart desires! I know this because I am your mother"

Sejak dia tinggal kat asrama ni, KakYa  dah jarang jumpa dia. Jumpa pon time hujung minggu jer.  Tu pon rasa sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dia nak pergi asrama dah. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 tahun kakak jadi pelajar asrama. 

Bila dia takde rasa rindu tu membuak buak. Dulu dengan sekarang masih tetap sama. Tiap kali dia pergi asrama, bila KakYa masuk bilik dia tengok barang barang dia memang KakYa nangis. Sejenis yang tak berapa nak kuat sebenarnya. Tapi  KakYa kena kuat sebab  masuk asrama pilihan dia sejak tingkatan satu lagi. Nak tanak KakYa kena terima. 

Biasa kalau dia balik rumah time dia tido malam tu kan KakYa tengok muka dia akan ada rasa sedih, rasa rindu dan jugak rasa sayang yang tak  pernah bertepi. Umi sayang kakak dunia akhirat. Umi minta maaf kalau umi selalu marah kakak. Selalu la jugak KakYa duk bisik bisik kat telinga waktu dia tido. Tapi masa tu dia tido lena tak dengar la kot apa Umi dia cakap. Kekadang sampai Umi nangis nangis pulak dalam berbicara masa tengok dia tido. Mak mak sangat kan... hanya mak mak jer yang tahu perasaan cam gini.

Bila teringat saat saat mengandungkan dia rasa suka, sedih, bahagia semua ada bercampur campur. Dia insan pertama yang KakYa kandungankan, dia insan pertama yang panggil KakYa Umi, dia insan pertama yang beri KakYa peggalaman pertama menjadi seorang ibu, dia insan pertama yang menjadi penghibur hati KakYa dalam menceriakan hidup KakYa. Dia Nur Aina Insyirah binti Suhaimi. Buah hati pengarang jantung Umi dunia akhirat. Sayang kakak hingga ke syurga. Love u Insyirah. 

Lesung Dagu Dan Lesung Pipit

$
0
0
Lesung Dagu Dan Lesung Pipit | Petang tadi KakYa ada tangkap gambar Iman dan Akif sebelum diaorang pergi padang lawan bola. Bila tengok dan tenung balik gambar yang KakYa tangkap tadi terpandang pulak lesung dagu Iman dan lesung pipit Akif yang ketara jelas. Tetiba pulak terajin buat entri malam ni. Korang yang ada lesung dagu ke lesung pipit ke meh la kongsi citer. Best ke ada lesung dagu, lesung pipit ni. Anak KakYa sorang ada lesung dagu sorang lagi ada lesung pipit. Dedua berlesung. KakYa takde dua dua tu tapi ada lesung batu jer buat tumbuk sambal.

Korang biasa dengar ke tentang lesung dagu. Bab bab lesung dagu ni KakYa kurang pasti sebenarnya sebab biasa KakYa panggil dagu terbelah atau dagu berlekuk. Tapi bila KakYa terbaca kat satu entri tu kan dia cakap orang panggil lesung dagu makanya KakYa pon panggil lesung dagu jugak la. Oh maknanya anak anak KakYa pemilik lesung la ni. Sorang lesung dagu sorang lagi lesung pipit.

Lesung Dagu Dan Lesung Pipit

Iman ada lesung dagu aka dagu terbelah atau lagu berlekuk orang cakap. Bila orang tanya KakYa,  camne boleh dapat dagu terbelah cam gitu (KakYa cakap la masa pregnant KakYa tengok citer Riezman Khuzaimi berlakon la kot hahaha). Takde la KakYa gurau jer. Yang KakYa tahu Rizman Khuzaimi la yang ada lesung dagu. Sebenarnya lesung dagu dak Iman ni tak berapa ketara sangat masa dia kecik dulu, tapi makin dia besar makin nampak ketara lekuk kat dagu dia tu. Nampak jelas terbelah dua dah dagu dia. 

Lesung Dagu Dan Lesung Pipit

Akif pulak ada dua lesung pipit, bila orang tanya  KakYa camne boleh ada lesung pipit, dua belah pulak tu (KakYa cakap masa mengandung dak Akif, KakYa suka tengok Preity Zinta dan Arjun Rampal dalam citer Dil Hai Tumhara). Kenan lesung pipit diaorang la kot. Hahahaha iye iye jer. Tapi seyes la masa mengandung memang suka benor tengok filem hindi yang Preity Zinta dan Arjun Rampal berlakon.  Al maklum la masa tu citer Korea tak femes lagi cam sekarang. Kalau tak mesti dak Akif tu ada iras iras Korea la kot, hahaha sebab duk tengok citer Korea. Perasan aihhh.

Lesung Dagu Dan Lesung Pipit

Lesung dagu ke lesung pipit ke, bagi KakYa semua ni anugerah daripada Allah SWT. Alhamdulillah bersyukur dengan segala kurniaan daripada Allah SWT. 

Renew Domain Blog Akif Imtiyaz

$
0
0
Renew Domain Blog Akif Imtiyaz | Syukur alhamdulillah sebab baru je selesai renew domain akifimtiyaz.com ni.  Berjaya jugak renew domain blog Akif Imtiyaz untuk setahun lagi dengan NetKL. Untuk kali ni dah dah masuk kali kelima KakYa renew domain dengan NetKL.  KakYa masih menggunakan khidmat NetKL kerana sejak mula mula guna domain pada 6 May 2015 memang tak pernah ada masalah langsung dengan pihak NetKL. Alhamdulillah harini genap 3 tahun 11 bulan 16 hari domain Akif Imtiyaz.

Cara Renew Domain 

Bagi korang yang mungkin baru pertama kali renew domain mungkin korang nak tahu cara  untuk memperbaharui domain blog korang. 

Caranya senang je sebenarnya, sebelum domain korang luput dalam beberapa hari atau sebulan sebelum tarikh luput, pihak penyedia domain akan menghantar satu invois ke email korang. Di dalamnya dinyatakan berapa jumlah yang perlu korang bayar. Untuk blog KakYa bayaran untuk setahun berjumlah RM45 jer.


Ok berbalik pada email, apa yang korang perlu buat ialah check invois yang dihantar dan buat pembayaran terus ke pihak domain. Di dalam  kandungan email telah disertakan sekali kaedah pembayaran dan juga nombor akaun bank pihak domain. Ikut jer langkah pembayaran yang ditetapkan. 

Selepas korang buat pembayaran, hantar email ke pihak domain sekali lagi dan jangan lupa sertakan sekali bukti pembayaran. Tunggu pihak domain membalas email  korang dan nyatakan domain korang dah diperbaharui. Boleh refer gambar kat bawah ni. 


Tadaa dah diperbaharui untuk tempoh setahun lagi. Alhamdulillah.


Kalau ikutkan tarikh tamat domain ni bukan bulan 4 tapi bulan 5 nanti. KakYa saja renew awal. Bukan apa KakYa ni jenis takut terlepas tarikh. Kalau ikutkan sejak pakai domain sendiri ni KakYa memang renew awal sebulan atau awal dua bulan. Biasa la kan jadi mak orang ni kekadang mudah lupa sebab busy ngan kerja hakiki. Jadinya jalan selamat kita renew awal awal. Takde la nanti terlepas tarikh. 

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun KakYa guna servis dari NetKL memang KakYa puas hati dan setakat ni NetKL memang takde masalah langsung. Terima kasih NetKL atas servis yang cukup baik dan menambat hati KakYa. Harap harap akan kekal berpuas hati selagi KakYa masih gunakan domain ni. 

Apabenda DuckDuckGo Ni!

$
0
0
Apabenda DuckDuckGo Ni! | Semalam masa KakYa tengah belek belek stats blog sambil jenguk reffering sites KakYa ada nampak satu url yang sebelum ni tak pernah muncul kat reffering sites blog KakYa. Url duckduckgo.com ni memang menarik hati KakYa untuk klik. Sebab apa tau, sebab bila KakYa sebut duckduckgo tu rasa cam kelakar jer bunyi dia. KakYa tertanya tanya la jugak, ni website tentang itik ke, tentang haiwan peliharaan ke , nak jugak KakYa tahu. Tapi bila KakYa klik jer link url tu lain pula jadinya. Tersasar jauh tanggapan KakYa sebelum ni. 

DuckDuckGo

Seyesly ni kali pertama KakYa dengar mengenai DuckDuckGo. Rasa cam canggung sikit la sebab sebelum ni memang tak pernah tahu akan kewujudan DuckDuckGo . Ok nak bagitau kat korang, DuckDuckGo sebenarnya adalah sebuah enjin carian untuk web yang fungsi asasnya sama seperti Google, Yahoo dan jugak Bing.

DuckDuckGo adalah enjin carian yang memberikan penekanan dalam perlindungan privasi pencari. DuckDuckGo berbeza dengan enjin carian yang lain kerana ia tidak memprofilkan para penggunanya dan dengan sengajanya memaparkan hasil carian yang sama untuk istilah carian yang diberikan.

Ia juga menekankan aspek dalam mendapatkan maklumat daripada sumber terbaik berbanding sumber kebanyakan, menjana hasil carian daripada tapak-tapak yang menjadi tumpuan seperti Wikipedia dan daripada perkongsian dengan enjin carian lain seperti Google, Bing, Yandex, Yahoo dan WolframAlpha.

DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo
Logo DuckDuckGo 

Ciri Ciri DuckDuckGo 

KakYa kongsikan beberapa ciri penting mengenai DuckDuckGo untuk korang.

▪ DuckDuckGo tidak mengumpul, menyimpan  atau berkongsi maklumat peribadi penggunaa mereka. 

▪ DuckDuckGo tidak mengikuti korang dengan iklan. Ini kerana DuckDuckGo tidak menyimpan sejarah carian korang. Jadi takkan ada maklumat yang boleh dijual kepada pengiklan.

▪ DuckDuckGo tidak akan menjejaki korang masuk atau keluar dalam mod penyemakan imbas peribadi tetapi enjin carian lain menjejaki carian korang walaupun korang berada dalam pelayaran mod peribadi . 

Siapa Pencipta DuckDuckGo 

DuckDuckGo telah dicipta oleh Gabriel Weinberg dan telah dilancarkan pada 25 September 2008. Kalau ikutkan dah 11 tahun enjin carian ni bertapak kat mukabumi tapi KakYa baru jer tahu. Syarikat pengendali DuckDuckGo berpusat di Paoli, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan mempunyai 20 orang pekerja.

Nama syarikat ini berasal daripada permainan kanak-kanak, duck, duck, goose. DuckDuckGo lebih dikenali dengan slogan berbunyi "Enjin Carian Yang Tidak Menjejaki Anda". Jom beralih ke DuckDuckGo dan kembalikan privasi korang! Tiada penjejakan, tiada penyasaran iklan, hanya mencari.

Google tidak memasukkan DuckDuckGo dalam senarai lalai pilihan enjin cariannya memandangkan Google menganggap DuckDuckGo sebagai 'pesaing utama' dalam arena pencarian. Jadi kalau korang nak gunakan DuckDuckGo dan ingin tambahkan DuckDuckGo ke Chrome korang perlu lakukan dengan hanya beberapa klik sahaja;

DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo


• Buka laman web DuckDuckGo dalam tab atau tetingkap baru.
• Klik butang 'Gunakan di Chrome'
• Klik butang 'Tambah ke Chrome'

DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo

• Di Chrome, pergi ke ' Tetapan > Mesin Carian > Urus'
• Cari DuckDuckGo
• Klik butang 'Buat Lalai'

DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo


DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo




DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo


DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo

Apakata korang cuba DuckDuckGo sebagai search engine di hp dan juga komputer korang  sekarang jugak. KakYa dah cuba guna DuckDuckGo sejak semalam.  Bukan apa nak try  la jugak tengok ok ke tidak enjin carian DuckDuckGo ni. Kalau ok KakYa akan terus guna DuckDuckGo jer la pasni.

!bang DuckDuckGo

Oh ya sebelum KakYa lupa, KakYa nak bagitahu kat korang di samping isu privasi, terdapat satu lagi ciri yang membuat KakYa beralih dari Google ke DuckDuckGo iaitu, !bang. !bang ni seperti arahan pendek yang korang boleh tambahkan sebelum kata carian untuk mencari terus di laman destinasi.  !bang akan mempercepat serta mempermudahkan lagi pencarian korang.  Boleh refer gambar kat bawah.

DuckDuckGo, Enjin Carian Terbaik DuckDuckGo, Search Engine, Laman Web DuckDuckGo, !bang DuckDuckGo

Contoh arahan
▪ !akifimtiyaz - macam yang KakYa klik kat gambar atas tu bila KakYa tulis !akifimtiyaz dan search terus keluar keyword 'akifimtiyaz'.

▪ !instagram lyaakifimtiyaz - akan terus keluar ke laman instagram lyaakifimtiyaz.

DuckDuckGo melakukan pencarian bukan hanya lebih cepat tapi selesa dan apa yang penting kat sini, privasi korang terjaga. 

Nota: Ini bukan review berbayar. Tulisan sekadar pandangan  KakYa mengenai DuckDuckGo sahaja takde kena mengena dengan pihak lain. Harap maklum.

Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa

$
0
0
Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa | Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang tanpa kita buat dia terasa hati, tersinggung atau lain lain.

Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"? Masa korang lama bergelap tu, tiba tiba lampu hidup. Apa berlaku? Mesti mata korang sakit kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay. Bahkan korang rasa gembira sebab ada orang hidupkan lampu.

Macam tu juga nasihat dan peringatan. Ia ibarat cahaya atau lampu. Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun. Kalau kita bagi dia cahaya tiba tiba, memang dia akan sakit untuk mula mula.

Dia akan terasa hati, tersinggung dan macam macam rasa lagi yang keluar. Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu. Mereka akan tetap terasa hati. Sebab mereka dalam gelap. Tapi lama-lama, percayalah dia akan hargai korang sungguh sungguh. Betul ni!

Lagi satu, letak dalam mindset. Kita nak tegur dan nasihat orang ni, jangan terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la. Nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing masing mati.

Dan ..... korang bayangkan. Baru je korang nak melangkah masuk Syurga, tba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka, mereka tuntut pada Allah.

Mereka kata, "Ya Allah kat dunia Si Polan ni tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu. Dia solat sendiri je. Ya Allah kat dunia Si Polan tak pernah tegur aku untuk tutup aurat, dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je. Ya Allah kat dunia Si Polan langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu. .. walaupon dia adik beradik kandung aku ya Allah".

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah? Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah? Hmm...

So macam mana nak tegur? Salah satunya adalah, korang copy paste jer la ayat ni dan post kat wall facebook korang.

Kredit: FB Tarbiah Sentap

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

$
0
0
Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram | Hari ni KakYa ada masa sikit, jadi KakYa nak kongsi ngan korang cara bagaimana untuk kongsi post feed dekat instagram terus ke story instagram korang. Camne boleh timbul nak share tentang ni. Sebenarnya KakYa ada join satu giveaway kat instagram baru baru ni dan  salah satu syarat giveaway tersebut kena kongsi post giveaway  ke story instagram kita. Memang KakYa tak reti dan tak pernah tahu camne cara nak kongsi post kat feed ke instagram story. sebab tak pernah buat sebelum ni. Makanya kita google jer la.

KakYa ada klik jugak kat peserta giveaway dan tengok instagram story diaorang nak tahu camne diaorang buat. Tapi ada sesetengah peserta jer yang buat dengan betul, ada yang tak buat langsung dan ada jugak yang pegi print skrin gambar giveaway dan post kat instagram story. Tapi takpe la mungkin diaorang cam KakYa jugak tak tahu camne cara nak buat.

Rupa rupanya kan bila KakYa google, instagram memang ada buat tutorial untuk kongsi post feed ke instagram story. Alang alang KakYa baru tahu cara ni, KakYa kongsi la dengan pembaca KakYa sekali. Kalau korang dah tahu takpe la sekadar perkongsian untuk pembaca yang belum tahu. Senang jer cara dia. Mudah sesangat jer. Kacang jer la orang kata!

Cara Kongsi Post Feed Ke Instagram Story 


Untuk kongsikan posti Feed ke instagram story, korang hanya perlu tekan simbol yang macam kapal terbang kertas di bahagian bawah post. Boleh belek belek gambar kat bawah ni.

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

Bila dah klik simbol kapal terbang kertas tu, nanti akan keluar opsyen untuk korang kongsi post feed yang telah dipilih ke instagram story. Korang boleh klik jer kat "Add Post to your story".

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

Ok lepas dah klik kat situ akan keluar sepertimana kat gambar bawah ni. Korang boleh la nak tambah apa apa yang korang suka kat post tersebut. Nak tambah stiker ke, ayat ke ataupon apa apa link yang korang nak tambah. Dah puas hati dengan apa yang korang tambah,  terus korang klik jer "Your Story" .

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

Tadaaa dah pon siap masuk sempurna kat instagram story korang post yang korang pilih tadi. Midah jer kan. Ok kalau korang kongsikan  post feed  korang kat instagram story nanti akan keluar nama korang kat bawah gambar yang korang post tadi. Korang klik jer kat gambar tu nanti akan keluar "see post".

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

Bila korang klik "see post" tu nanti, korang akan di bawa terus ke post asal feed post korang. 

Cara Kongsi Postingan Feed Ke Story Instagram

Jadi korang boleh la tengok tengok balik post asal tu nanti. Kalau korang nak kongsikan post feed orang lain ke instagram story korang caranya sama jugak.  Ikut jer langkah langkah yang KakYa berikan. Tapi kalau korang nak kongsikan posting orang lain ke instagram story korang pastikan akaun instagram mereka berstatus awam dan mereka membenarkan korang untuk berkongsi semula. Jangan pepandai jer main kongsi hak orang lain tanpa kebenaran okey! Semoga bermanfaat. 




Tips Untuk Rezeki Lancar

$
0
0

Tips Untuk Rezeki Lancar | Assalamualaikum sahabat pembaca blog KakYa. Alhamudulillah syukur sangat sangat kerana Allah masih bagi kesempatan untuk KakYa menghirup udara segar di bumi ciptaanNya ini. Terima kasih Allah. Alhamdulillah juga masih diberi ruang dan juga peluang untuk terus berkongsi penulisan di alam maya ini. Syukur selalu. 

Pagi ni KakYa nak kongsikan beberapa tips rezeki bagi melancarkan lagi rezeki kita semua. Semoga sahabat pembaca KakYa mendapat manfaat dan boleh jadikan tips ini sebagai amalan seharian bagi melancarkan lagi perjalanan rezeki sahabat. 

Tips Melancarkan Urusan Rezeki

Perkongsian ini KakYa dapat daripada group WhatsApp dan KakYa harap perkongsian ini dapat kita sama sama amalkan. InsyaAllah. Tips melancarkan urusan rezeki.

1. Laksanakan Solat Tahajjud 
Waktu paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud adalah 1/3 malam iaitu antara 3.00 hingga 4.00 pagi

Rasullullah SAW bersabda,
_"Ketika kalian tidur, syaitan akan membuat 3 lilitan di tengkuk kalian. Di setiap lilitan itu, syaitan akan mengatakan bahawa malam masih panjang, tidurlah. Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu lilitan, kemudian ia berwuduk, lepas lagi ikatan yang seterusnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan solat, maka lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas."_ (HR Bukhari).

Jika kita bangun dan melaksanakan Solat Tahajjud, maka akan mempengaruhi motivasi kerja.

2. Membaca Doa Pagi
Berdoa dan berharap kepada Allah SWT semata untuk meminta ampun, memohon kebaikan akhirat dan kebaikan dunia agar dilancarkan segala urusan rezeki. 

Rasulullah SAW bersabda,
_"Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. lalu Dia berkata "Siapa yang berdoa kepadaKu, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni"._ (HR Bukhari & Muslim).

Boleh amalkan DOA waktu pagi di bawah ini untuk dijadikan amalan. 

_"Wahai Dzat Yang Maha Pengasih, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih. Wahai Dzat pemilik Arsy yang agung. Wahai Dzat yang Maha Mengadakan dan Maha Membangkitkan. Wahai Dzat Yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu yang dikehendaki. Aku memohon kepadaMu dengan cahaya WajahMu yang memenuhi tiang-tiang Arsy-Mu, dengan KekuasaanMu yang Engkau menciptakan sekalian makhlukMu, dengan RahmatMu yang meliputi segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Engkau. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku lancarkan segala urusan rezeki ku hari ini. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku, Aku ini lemah tiada daya tiada kuasa, melainkan dengan izin dan aturanMu"._

3. Bersedekah Di Pagi Hari Selepas Subuh
Sedekah sebenarnya boleh dilakukan dalam apa jua waktu apa pun, namun adalah lebih afdal jika dilakukan pada awal pagi. Ini kerana setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari. 

Rasulullah SAW bersabda,
_"Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa,"Ya Allah berikanlah ganti pada mereka yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berikanlah kerugian dan kebankrupan bagi mereka yang enggan untuk berinfaq"._ (HR Bukhari dan Muslim).

4. Melaksanakan Solat Dhuha
Apa yang istimewanya melaksanakan Solat Dhuha ini?

Rasulullah SAW bersabda,
_"Engkau memberisihkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat dhuha sudah mencukupi"._(HR Abu Dawud).

Solat Dhuha 2 rakaat, maka setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan bila kita menunaikan solat dhuha 4 rakaat maka Allah akan menjamin atas rezeki kita.

Kalau 4 hal ini kita sukar untuk lakukan setiap awal pagi, maka usah salahkan pada orang lain andai rezeki tidak ada kelancaran sangkut sana sini.

Wallahualam.

Nota: Perkongsian dari group WhatsApp

Untuk mendapatkan lebih lagi tips tentang rezeki jom sama sama kita sebarkan ilmu. Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah >> Download workbook 100 Hari Magnet Rezeki di sini  >>>

Cara Off Perkongsian Posting Instagram Ke Instagram Story

$
0
0
Cara Off Perkongsian Posting Instagram Ke Instagram Story | Salam korang, jumpa lagi tengahari ni kita. Ok semalam KakYa ada kongsi mengenai cara untuk kongsi post kita atau post awam orang lain ke instagram story untuk korang, harini KakYa nak bagi tutorial cara untuk korang off perkongsian posting instagram korang. Jika korang punya instagram berstatus AWAM, ini bermakna orang lain di luar sana boleh kongsikan posting korang ke instagram story milik diaorang.

Tapi jika korang rasa tak berminat untuk berkongsi ada baiknya korang matikan terus keupayaan untuk orang lain berkongsi semula posting korang. Caranya senang dan mudah jer. KakYa ajar korang satu persatu. Ready to go okey! Jommmm kita ...

Cara Mematikan Perkongsian Semula Posting Ke Instagram Story

KakYa yakin tak semua orang suka bila posting  mereka kat instagram dikongsi semula oleh orang awam  tanpa kebenaran. Kalau setakat 1 atau 2 posting masih ok la lagi takde gangguan la kot. Tapi bila selalu sangat si polan ni duk kongsi posting kita, sedikit sebanyak rasa rimas tu ada la kan. Jadi kalau korang rasa rimas dah tengok si polan ni duk kongsi posting instagram korang sesuka hati, ada baiknya korang Off jer fungsi perkongsian tersebut. Camne nak buat? Korang refer kat gambar gambar KakYa kat bawah ni.


Tutorial Instagram , Tips Instagram

Mula mula sekali pergi kat profil instagram korang dan ketik pada ikon tiga jalur kat belah kanan dan ketik ikon yang macam roda bergerigi (ketetapan) kat sebelah bawah.

Tutorial Instagram , Tips Instagram
Dah siap ketik ketik kat situ, korang ketik kat bahagian privasi dan keselamatan

Tutorial Instagram , Tips Instagram

Pastu akan keluar cam gini. Korang ketik lagi pada bahagian perkongsian semula ke cerita.


Tutorial Instagram , Tips Instagram
Bila korang dah klik perkongsian semula ke cerita akan keluar satu butang cam kat dalam gambar atas ni. Korang off kan jer butang tersebut. Ni KakYa dah offkan. 


Tutorial Instagram , Tips Instagram

Bila korang dah offkan, nanti kat bawah tempat yang ada tulisan "Add Post to your Story" kat dalam bulatan atas ni akan keluar "Only you can do this". Ha dah berjaya dah korang buat. 

Senang jer kan. Budak tahun 1 pon boleh buat ni. Nanti jangan lupa cuba ya. Terima kasih sudi baca perkongsian KakYa. Nanti ada masa dan ketika KakYa menulis lagi. Jangan lupa singgah okey!

Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

$
0
0
Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000 |  Korang yang suka join contest jom join contest NESTLE yang terbaru "Ceriakan Raya Dengan NESTUM". Cepat cepat rebut peluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah RM100,000. Dah dekat nak poser ni KakYa yakin Nestum mesti laku keras sebab ramai yang auka buat popia nestum. Ha aa KakYa pon tak terkecuali la nak buat Popia Nestum jugak. Nanti nak pegi beli Nestum untuk stok Popia Nestum KakYa. Dah alang alang beli apakata kita join contest sekali la nanti. 

Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

Apa yang korang perlu buat hanya beli produk Nestum berjumlah RM15 dan Whatsapp jawapan korang jer. Peraduan telahpun berlangsung 1 April 2019 dan akan berakhir pada 31 May 2019. Terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas sahaja. 

Cara Cara Penyertaan Peraduan Ceriakan Raya Dengan Nestum


Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

- Langkah 1
Apa yang korang perlu buat hanya beli mana mana produk Nestum berjumlah RM15 dalam satu resit semasa Tempoh Promosi. Produk NESTUM yang turut serta KakYa senaraikan kat bawah;

1. NESTUM 3in1 Oat (8 packets & 15 packets)
2. NESTUM 3in1 Oat 15 packets Save RM1.60
3. NESTUM 3in1 Oat 18 packets (Free 3 sachets)
4. NESTUM 3in1 Honey 15 packets
5. NESTUM 3in1 Honey 15 packets Save RM1.60
6. NESTUM 3in1 Honey 18 packets (Free 3 sachets)
7. NESTUM 3in1 Chocolate 15 packets
8. NESTUM 3in1 Chocolate 15 packets Save RM1.60
9. NESTUM 3in1 Chocolate 18 packets (Free 3 sachets)
10. NESTUM 3in1 Original (8 packets & 15 packets)
11. NESTUM 3in1 Original 15 packets Save RM1.60
12. NESTUM 3in1 Original 18 packets (Free 3 sachets)
13. NESTUM 3in1 Kurma & Prun 10 packets
14. NESTUM 3in1 Brown Rice 10 packets
15. NESTUM Cereals Original (250g, 275g, 450g, 500g, 550g)
16. NESTUM Cereals Original 250g Save RM0.60
17. NESTUM Cereals Original 500g Save RM1.30
18. NESTUM Cereals Honey 500g
19. NESTUM Cereal with Milk 225ml
20. NESTUM Cereal with Milk 4 x 225ml

- Langkah 2
 Jawab soalan kat bawah ni.

"Produk Nestum® beraroma lazat dan penuh dengan nutrien multi-bijirin seperti gandum penuh, jagung dan beras. Betul ATAU Salah? 

3. Hantar melalui WhatsApp ke +6018-3877009:
▪Masukkan butiran yang diperlukan dan jawapan yang betul <Nama Penuh, MyKad / MyPR, Jawab> (“Butiran   Diperlukan”) seperti berikut:
Contoh: Nurul Huda Ismail /891120-11-4221/Betul

▪ Lampirkan sekali gambar resit asal yang  menunjukkan Produk, nilai, nombor resit, tarikh dan saluran pembelian (“Bukti   Pembelian”) dan jangan lupa *Simpan Bukti Pembelian asal untuk tujuan pengesahan pemenang. Jangan pulak bila korang dah send resit nanti, korang pegi buang pulak resit tu. Simpan dulu mana tahu korang salah sorang pemenang nanti.

Hadiah Untuk Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM


Untuk naikkan semangat korang nak join peraduan ni KakYa tunjuk tunjuk dulu la hadiah yang bakal korang menang nanti. Ha aaa teruja ke idok ni. Opkos teruja nak join nanti. KakYa pon teruja lebih dah ni. Tak sabor nak join jugak. Wowww wow wow!!! Korang tenung tenung sikit hadiah UTAMA tuuuuu.. 

Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

Peraduan Ceriakan Raya Dengan NESTUM : Menang Wang Tunai Dan Hadiah Berjumlah RM100,000

Jadi apa yang korang duk tunggu lagi tuuuu. Cepat rebut peluang menangi wang tunai dan hadiah berjumlah RM100,000. Cuma beli produk Nestum® berjumlah RM15 dan Whatsapp jawapan korang! Selamat berjaya KakYa ucapkan untuk korang yang join. 

Kempen Malaysia Subuh Berjemaah Raikan Ramadhan

$
0
0
Kempen Malaysia Subuh Berjemaah Raikan Ramadhan| Bulan mulia kian hampir, keindahannya tiada siapa dapat nafikan. Hanya sedikit masa lagi kita akan bertemu Ramadhan al-Mubarak, adakah kita sudah bersedia?

اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان

Justeru itu, Indahnya Islam bersama Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia melancarkan kempen 'Malaysia Subuh Berjemaah Raikan Ramadhan sebagai menzahirkan rasa syukur kita dengan kehadiran Ramadhan 1440H.

Kempen Malaysia Subuh Berjemaah Raikan Ramadhan

Indahnya Islam mengajak masjid, surau dan umat Islam seluruh Malaysia untuk bersama kempen ini dengan: 

- Mengajak seramai mungkin umat Islam untuk solat Subuh berjemaah

- Mengadakan kuliah Subuh Khas RAMADHAN MEMBINA JATIDIRI UMAT Pada hari RABU, 25 SYA'BAN 1440H bersamaan 1 MEI 2019. 

Subuh adalah rahsia kebangkitan dan kekuatan umat Islam, Nabi SAW bersabda: 

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا 

Dua rakaat fajar (solat sunat rawatib sebelum subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [ HR Muslim ]

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Sesungguhnya Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. [ HR Al-Tirmizi, dinilai hasan ]

Ayuh bersama semarakkan kehadiran Ramadhan 1440H!

www.indahnyaislam.my

#SubuhBerjemaah #IndahnyaRamadhan #AkifImtiyazDotCom #CoretanHatiLya #Kbba9 #KelabBloggerBenAshaari

Peraduan Yeo's Raya Bergaya

$
0
0
Peraduan Yeo's Raya Bergaya | Salam korang .dan selamat petang korang. Dah lunch ke belum tu. KakYa belum lunch lagi. Pagi tadi dah makan roti coklat, perut pon kenyang lagi. Anak anak pon dah selesai siapkan kerja sekolah jadi Umi nak ngadap blog la kejap. Petang ni KakYa nak kongsi dengan korang satu peraduan yang dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd iaitu Peraduan Raya Bergaya. KakYa kongsi kat sini sebab peraduan ni mudah sangat untuk korang join dan kos untuk join memang mampu join la orang kata. Korang join la nanti, mana tahu menang kereta.

Peraduan ni terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Bagi peserta yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada penjaga terlebih dahulu kalau korang nk join peraduan ni. Hadiah dia pon best jugak. Anggaran hadiah dalam RM200,000 tau. Untuk hadiah Utama pulak, kalau  korang murah rezeki .. korang boleh dapat sebijik kereta Proton X70. Yahooo kakak monang kereta! Hahaha done berangan dulu. Mana tau kakak memang kereta raya taun ni. Happy benor laa kakak. Aamin aamin. 

Peraduan Yeo's , Peraduan Hadiah Kereta, Peraduan 2019, Yeo's Malaysia Buat Peraduan, Jom Join Peraduan

Ok sambung balik. Peraduan Yeo's Raya Bergaya  telahpun berlangsung sejak  15 April 2019 yang lalu dan akan ditutup pada 9 Jun 2019. Lama lagi tu peraduan ni berlangsung. Korang boleh la join nanti.

Cara Menyertai Peraduan Yeo's Raya Bergaya  

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, korang yang layak menyertai hendaklah mengikuti semua syarat tertera kat bawah;

Langkah 1:
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan juga Nombor Resit Rasmi).

Lampiran foto yang korang hantar hendaklah memenuhi kriteria berikut;

a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:
Hantar penyertaan korang melalui aplikasi WhatsApp ke nombor  012-2124873.

Kalau korang layak korang akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang telah diterima.

Langkah 4:
Simpan foto Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan. Jangan pulak korang buang resit tu nanti.

Pemilihan Pemenang Peraduan Yeo's Raya Bergaya

Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan disahkan oleh Penganjur. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang.

Hadiah Hadiah Peraduan Yeo's Raya Bergaya

Para pemenang akan menerima hadiah berikut;

Hadiah Mingguan
200 x RM 500.00 Wang Tunai

Hadiah Utama:
1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD

Jom Join Peraduan Yeo's Raya Bergaya


Ok dah tahu cara nak join dan dah tahu jugak apa hadiah yang bakal korang terima. Tak perlu tunggu lama lama sekarang jugak korang boleh join. Hantar penyertaan korang sekarang juga. Usaha tangga kejayaan, semoga korang berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Mana la tahu kot kot boleh menang wang tunai RM500. Lagi best kalau boleh menang Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD. Melaram sakan ka raya nanti.

What Should You Expect After Selling Your Co-Own HDB Flat?

$
0
0
What Should You Expect After Selling Your Co-Own HDB Flat? | Buying a HDB flat requires committed financial responsibility. Imagine your Bidadari HDB flat is co-owned by more than one owner, it could be your spouse, parents, children or siblings. Though at the age 35, singles are allowed to buy their very own HDB flats in Singapore but being co-own scenario is not applicable for the singles. However, have it ever come across to you that things may change over time? For example, you may get into disagreement with your co-owner(s) relating to the flat like making decision or managing the flats. Some co-owner may get into financial difficulties and be unable to keep up with monthly mortgage repayment. What happens if you are stuck in this sticky situation? 

What Should You Expect After Selling Your Co-Own HDB Flat? |

Flat ownership transfer vs Sale of flat

If both you and your co-owner could not agree on amicable terms, there are two options that you can solve the situation. 

1. Flat ownership transfer

The current existing HDB regulations highlighted that you are allow to opt for change of the flat ownership structure. It allows one owner to continue owning the flat whether if he or she is eligible to do so under HDB eligibility criteria

- Transfer of Flat Ownership: With this method, you are able to transfer your very own flat without any monetary consideration or involvement. 

- Resale of Part-Share: You may change flat ownership through a partial sales/ purchase between family member at a mutually agreed price. Take note that resale part-share is not allowed between a married couple.

2. Flat sales

The next option is pretty simple where both you and your co-owner agree to sell your flat. On the other side, you cannot sell your flat without the permission of your co-owner(s).

What happens if both could not agree on a course of action?

Well, since both the flat is jointly owned by both owners which makes the situation even trickier and complicated. Unless, both of you are unable to agree on a course of action.

Pretty good examples of situation like:-

1. If your co-owner is facing financial challenges and has issues paying his share of the mortgage. 

2. If your co-owner files for bankruptcy

Here’s what to do with these scenarios

1. Your co-owner is facing financial challenges and has issues paying his share of the mortgage. 

When you buy your flat with a co-owner, both of you are legally the joint owner of the property. Legally speaking, your partner and you are obliged to ensure prompt and full payment of your monthly mortgage. If they get into financial difficulty and has problem fulfilling promise to pay their share of mortgage, you are still required to ensure full payment of the mortgage. Both of you cannot get out of the situation by claiming your co-owner that is not helping you to pay for their share.

Don’t forget that the flat is still jointly owned by you which means that you will need to pay for the entire home mortgage if the need arises. This is important reason why you will need to be mindful of who you are going to co-own a property with.

2. Your co-owner files for bankruptcy

Good news is that HDB flats are protected from creditors in the event where an owner declares for bankruptcy, similar to your CPF. Just because your HDB flat is safe from bankruptcy, that does not mean you cannot lose your flat. If you have sign up for home loan but unable to service your mortgage repayment, the bank that issue the home loan can reach out to HDB for approval to foreclosure on an HDB flat.

What to do when situation like these happens?

It is a subjective matter where the right decisions depend on individual circumstances. If your co-owner unable or refuses to make monthly mortgage repayment, there are only three options available. 

Firstly, you will have to pay for his share and keep the home. However, any repayment that you made towards the mortgage will build up home equity that ultimately belong to both of you. This may not seem like a fair or sustainable outcome to you in long run. 

Alternatively, this could be an ideal situation where you can offer to buy out the share of your co-owner even if you can afford to. This method allow you to legally own the HDB on your own and have full control over future decisions pertaining to the flat. 

Otherwise, you can default your home repayment which would lead to foreclosure. Banks would sell the flat and gain back the remaining amount due which both of you will receive and divide the remaining amount between the two of you.

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

$
0
0
Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com | 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.


Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Niat Sebulan

$
0
0
Niat Puasa Secara Harian Dan Niat Sebulan | Lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan niat sebulan. Esok 6 May 2019 ummat islam akan mula menjalani ibadah puasa. Salah satu syarat seorang muslim ialah melakukan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Sebelum melaksanakan ibadah puasa, korang perlu tahu antara syarat sah puasa ialah NIAT puasa. Bagi memudahkan korang semua, KakYa nak kongsikan lafaz niat puasa harian dan niat untuk sebulan Ramadhan. Semoga dapat dijadikan rujukan buat korang semua.


Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Harian

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Adaa-i Fardhi Syahri Ramadhaana Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala

Maksud: Sahaja aku berpuasa besok hari bagi menunaikan fardhu bulan ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala

Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Fardha Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala

Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan yang diwajibkan ke atasku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan daripada KakYa sekeluarga.




Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Daripada AkifImtiyazDotCom Dan Kbba9

$
0
0
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2019  Daripada AkifImtiyazDotCom Dan KBBA9 | Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan puasa Ramadan, bulan penuh keberkatan dan juga bulan kenikmatan. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramadan sebelumnya. Ya Allah, terima kasih kerana memberi kesempatan buat hambamu ini untuk kembali bertemu dengan bulan suci Ramadan. Semoga kita semua dapat memanfaatkan sebulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah. Selamat menyambut Ramadhan  Al Mubarak daripada akifimtiyazdotcom dan KBBA9. 


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2019

Untuk para sahabat, teman dan juga saudara, di kesempatan masa yang ada ini KakYa sekeluarga ingin memohon ampun maaf atas segala kesalahan baik yang disengaja mahupun tidak disengajakan. Mohon dimaafkan salah dan juga silap. Buat sahabat alam maya andaikata sepanjang mengenali ada hati yang terguris rasa dengan coretan hati KakYa, KakYa menyusun jari sepuluh memohon maaf dari kalian semua. Walau kita hanya di alam maya moga ikatan ukhuwah antara kita akan terus kekal berpanjangan.


Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan, dalam ukhuwah teruji ketulusan, dalam tawakkal teruji keyakinan. Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan hidup kita.

Tiada kata seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadhan. Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang selalu berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Tegur saya jika sombong. Tegur saya jika angkuh, tegur saya jika  ada salah dan khilaf. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua ummat islam. 

Doa Berbuka Puasa Ramadhan

$
0
0
Doa Berbuka Puasa Ramadhan | Saat manis dan terindah apabila kita diberi peluang berbuka puasa dengan insan tersayang. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapat kita menjalani ibadah puasa dan berbuka puasa bersama keluarga. Seharusnya kita memanjatkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan membaca doa berbuka puasa. KakYa kongsikan doa berbuka puasa untuk diri sendiri dan juga untuk berbuka beramai ramai.

Doa Buka Puasa Ramadhan

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin.

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Jika berbuka ramai-ramai : gantikan "tu" kepada "na" (gantikan saya kepada kami).

Allahumma Lakasumna Wabika Amanna Wa ‘alaa Rizqika Afthorna Birahmatika Ya Arhamar Roohimiin.

Maksud:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Air Nabeez

$
0
0
Air Nabeez  | Apa tu air nabeez? Air nabeez adalah air rendaman kurma atau kismis. Pilih salah satu sahaja jangan campur kedua duanya sekali. Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Itulah air nabeez namanya. 


Biasa kalau bulan puasa, waktu berbuka dan bersahur kita disunatkan makan kurma terlebih dahulu. Apa kata untuk puasa kali ni kita tambah satu lagi amalan berkaitan dengan kurma yang mampu memberi manfaat kesihatan lebih lagi. Korang yang ada misi nak diet dan memperbaiki kesihatan korang dibulan Ramadhan ni elok minum air nabeez setiap pagi sebelum sahur. 

Sumber mengatakan, air nabeez kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum dan buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.


Daripada Ibn 'Abbas, katanya: Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam selalu dibuat  nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.

Maksubnya rendaman malam dan diminum keesokkan paginya. Itu yang diamalkan oleh Rasulullah. Bukan rendam lama 2,3 hari baru minum.

Jika rendaman itu lama, maka ia akan jadi memabukkan. Itu yang tak boleh.

Cara Menyediakan Air Nabeez

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik carikkan isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Boleh diamalkan semasa perut kosong.

Khasiat Dan Kelebihan Air Nabeez

1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan fiber - menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya akan pottassium - penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Air nabeez adalah minuman berakali yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dab meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Nasi Ayam Madu

$
0
0
Nasi Ayam Madu | Hai korang, pagi pagi ni mak mak mesti tengah duk fikir dah sekarang ni nak masak apa berbuka nanti. Ya ke tak? Opkos la ya kan? Kita sebagai isteri dan mak mak ni kan memang hari hari duk fikir nak masak apa berbuka nanti? Ok, kalau korang belum ada plan nak masak apa apa petang nanti, KakYa cadangkan satu menu best untuk korang, Nasi Ayam Madu. Bukan korang bermadu tapi Nasi Ayam Madu. Opssssss!


Resepi Nasi Ayam Madu 

Jom kita selongkar resepi Nasi Ayam Madu. Petang karang sediakan bahan terus masak jer. Bahan bahan untuk masak Nasi Ayam Madu;

950 ml air 1 sudu besar minyak masak

A:
4 ulas bawang putih
1 ulas halia
1 helai daun pandan
500 g beras siam
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Stok Ayam Pekat MAGGI

Perapan Ayam:
1 sudu besar minyak jagung/ minyak bijan
500 g kepingan ayam
3 sudu besar Sos Tiram MAGGI
2 sudu besar pes cili
½ sudu besar halia
4 sudu besar madu

Sayur:
Salad
Tomato
Timun

Cara Memasak Nasi Ayam Madu

- Panaskan minyak dan goreng bahan A sehingga wangi.
- Masukkan beras ke dalam periuk, tuangkan air, stok ayam pekat MAGGI dan minyak bijan. Gaul sebati.
- Dah masak tutup api. 

Cara memasak ayam. 
- Gaulkan ayam dan bahan-bahan dalam mangkuk kemuduan ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan ayam yang diperap dan juga sos. Masakkan ayam sepenuhnya sehingga sos menjadi pekat. Dah siap. 

Selamat memasak menu simple simple. Semoga dapat memenuhi selera suami dan anak anak waktu berbuka petang nanti.

Sumber : Maggi Malaysia 
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live