Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Resipi Mudah Koktail Buah Buahan
Resipi Mudah Koktail Buah Buahan.Resipi mudah koktail buah buahan ni Lya olah sendiri ikut kesukaan suami dan anak anak Lya.Dari dulu Lya dan keluarga memang suka makan koktail buah buahan jadi memang dah biasa buat koktail bila hati rasa nak makan.Lya pernah share Resipi Koktail Buah Buahan sebelum ni.Tapi kali ni Lya nak share lagi sekali la resipi mudah koktail buah buahan sebab kali ni Lya tak gunakan susu pekat tapi guna krimer sejat sebab tak nak manis sangat.Anda suka koktail buah buahan jom kita tengok apa yang perlu ada untuk koktail buah buahan paling sedap dan lazat...Kikikiki perasannnn sungguh laaaaaaaaa...!! Angkat bakul kain plak dah..
Bahan Bahan Untuk Koktail Buah Buahan
- 2 tin krimer sejat
- 1 tin laici
- 1 tin buah buahan dalam koktail
- Sebekas nata de coco
- Gula dan garam segukup rasa
Kalau rasa nak lagi meriah boleh letak macam macam lagi kat dalam koktail ni..Contohnya sumi,buah buahan dan segala macam la yang korang suka.Tapi kali ni Lya ambil mana yag ada jer laa..Lagipon ni permintaan Akif.Nak letak ni jer ...
Cara Cara Buat Koktail Buat Buahan
- Mula mula masukkan krimer sejat kat dalam periuk.Kacau kacau dengan api yang sederhana
- Masukkan sedikit gula dan sedikit garam untuk rasa lemak lemak manis
- Masukkan air laici,air nata de coco dan air buah buahan koktail sekali ke dalam periuk dan kacau.(Air sahaja buah sila asingkan dan basuh bersih bersih).
- Bila dah nampak mendidih boleh tutup api dan biarkan sejuk.
- Dah sejuk baru masukkan buah buahan koktail,nata de coco dan juga laici.
Ok korang mesti nak tahu kan kenapa Lya masak dulu semua bahan bahan dalam tin.Bagi Lya air dalam tin buah buahan ni kita tak boleh main makan camtu jer,kena masak dulu sebab takut sakit perut.Ya la kan,kita tak tahu air tu di masak ke tak di masak ke..Cara paling baik masakkan sekali bersama susu.Anak anak alah sikit dengan produk dalam tin.kena masak dulu baru boleh makan.Air dia kita dah masakkan jadi buah buahan yang ada kat dalam tin ni Lya basuh bersih bersih dulu dan toskan baru Lya masukkan ke dalam koktail.Kalau tak basuh bersih bersih sama jugak laa macam baru keluar dari tin sebab sisa sisa air masih ada.Jadi sebaiknya basuh laaaa..Lebih selamat untuk keluarga kita.Perut pon tak sakit.
Bila dah siap masukkan semua bahan bahan yang ada.Koktail buah buahan dah siap.Ni la rupa bentuk koktail buah buahan yang Lya buat untuk birthday Akif baru baru ni.Sedap dan lazat.Mudah dan cepat.Ringkas dan padat..Fuyoooo memang best laaaa..Anak anak suka,suami suka...Lya pon suka..Sedap wehhhh hingga ke hati kesedapannya..Alohaaaaaaaa!!!!!!!
Nah Lya payung sekeping lagi gambar ...Yahoo sedapnya makan koktail buah buahan masa tengah tengah panas camni kan kan kan !!!! ... Apalagi jom la buat koktail buah buahan.Kalau rasa nak makan rasa terliur cepat cepat laaa pergi dapur buat koktail buah buahan.Senang jer tak sampai sepuluh minit dah boleh siap.Bila dah siap boleh jer nak terus makan tapi lagi sedap makan masa sejuk.Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan,letak ais jer kat dalam koktail buah buahan pastu makan ler puas puas....