Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Cuti sekolah kali ni tak pergi mana mana sebab abah sibuk..Bila abah ada masa tak sempat nak balik kampung sebab sekejap sangat je...Jadi Umi dengan abah penuhi keinginan anak anak bawa pergi pantai.Alang alang bawak diaorang jalan jalan singgah kat pantai sekejap.Dah singgah pantai memang ada ler kerja si kecik Umi..Cari boya katanya.Ermm nak main air tak dapat sebab ombak kuat jadi jalan jalan tepi tebing jer laa sambil sambil tu sempat la cari BOYA.
Apabenda BOYA tuu ya ??..Boya ni nama di beri kepada pelampung kecik kecik yang nelayan gunakan untuk letak kat pukat diaorang.Tak nak bagi pukat tu tenggelam.
Ada yang bentuk bujur dan ada yang bentuk bulat macam kat tangan Akif tu.Macam macam warna ada..Ada yang plastik ada jugak yang jenis gabus..Gabus ke korang panggil..Lya panggil gabus jer.Kat tempat lain tak tau la panggil apa.
Yang pertama dan kedua Akif jumpa masa kat pantai..Boya hijau dan boya merah..
Suka sangat bila jumpa boya yang bulat bulat lagu ni..Dia memang suka kumpul benda ni..Kalau g pantai benda ni la yang dia duk carik !!
Naper muka lagu tuu,dapat sikit jer ke.Ala kira ok la tu nak banyak mana lagi.Boley la.
Yahooo dapat enam biji boya..Boleh la simpan buat main..Kat rumah dah ada banyak benda ni..Hasil kutipan bila turun ke pantai..
Lama tak tulis cerita budak kecik ni..Al maklum la busy memanjang tak sempat nak mengarang.Hari ni mood ok dan tak berapa nak busy sangat.Dapat jugak tulis beberapa entri.Alhamdulillah dapat juga update blog.