Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

❤ Kuih Cek Mek Molek ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Rabu Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kuih Cik Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek atau lebih dikenali sebagai Cek Mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu.Ia diperbuat dengan ubi keledek rebus yang dilenyek dan diadun dengan tepung gandum sebagai adunan,gula sebagai inti,kemudian digoreng.Kuih Cek Mek Molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek.Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi dan juga petang.

Kuih Cek Mek Molek

Resipi Kuih Cek Mek Molek

Bahan Bahannya :
- Ubi Keledek 
- Tepung Gandum
- Gula 

Rebus

Ubi keledek direbus bersama air dan juga sedikit garam sehingga empuk.Setelah empuk angkat dan toskan air.

Rebus

Buang kulit ubi keledek

Rebus

Setelah itu tumbuk ubi keledek yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu.Kalau tak nak tumbuk pon takpe boleh juga di lenyek menggunakan garfu.Lenyek hingga lumat.

Rebus

Masukkan tepung gandum sesuai dengan isi ubi keledek.jangan terlalu banyak takut nanti adunan menjadi terlalu keras.

Rebus

Kacau dan uli adunan sehingga menjadi doh.Ok adunan kita dahpun siap.Kat atas ni doh ya puan puan bukan bebola api tau...

Rebus

Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan leperkan.Proses seterusnya masukkan sedikit gula di tengah tengah adunan dan bentukkan menjadi bentuk bujur.


Bentukkan biar jadi macam ni.Bujur ..walaupun ada juga yang tak berapa nak bujur sangat.


Setelah selesai proses membentuk,boleh lah digoreng menggunakan minyak yang panas.Bila dah nampak kekuningan boleh lah di angkat.


Ok inilah bentuk Kuih Cek Molek yang berjaya Lya siapkan.Sangat sedap dan lazat.Lembut gebu gitu.Al maklum la semua adunan cukup.

PERINGATAN :- Jangan makan semasa panas kerana air gula kat dalam Kuih Cek Molek ni boleh mencederakan bibir anda jika makan semasa panas.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

Trending Articles