Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

❤ Akhirnya Dapat Juga Beg Sekolah Warna Merah Untuk Akif ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Dua minggu lepas punya cerita..Masih tercari2 beg sekolah yang sesuai untuk Akif.Mula2 Akif cakap nak warna kuning atau hijau pastu cakap lagi nak warna merah.Alang2 beli beg sekolah nak jugak beli beg yang berkualiti dan tahan ''kukuh'' bila letak buku sekolah nanti.Pilihan terbaik pastinya ADIDAS sebab pengalaman anak2 guna beg sekolah jenama ADIDAS memang TERBAIK,SANGAT KUKUH dan PUAS HATI....Tak percaya boleh cuba guna jenama ADIDAS okeyy ..

Aktiviti mencari bermula,dalam masa dua minggu memang duk tercari2 jugak la beg sekolah Adidas warna merah.Pergi Kuantan jumpa yang warna hijau dan juga merah.Tapi merah tak berapa nak cantik.Merah kusam.Tanya Akif nak ke tak nak ?? Tak nak nak merah lain.Ok takpe teruskan misi mencari tapi masih belum jumpa hajat di hati Akif.Akhirnya selepas penat mencari tak jugak jumpa kami balik rumah..Sambung lain kali.

Dua tiga hari selepas misi mencari beg Akif yang tak jumpa2 lagi tu..Akhirnya En Hubby call bagitahu dah jumpa beg Adidas warna merah.Macam yang Akif suka..''Ada satu jer lagi ni,nak ke tak nak ..Atau nak bawak Akif datang sini dulu?? Aaa aahh tak payah la,beli terus jer la sebab takut nanti kalau nak bawak Akif g sana tetiba ada orang lain yang nak beli beg tu tak ke haru jadinya..Beli terus jer la bang..''Dialong gitu la lebih kurengggg ngan En Hubby.Tanya lagi CONFIRM ke nak warna merah ni?? Confirm la sebab jam Akif warna merah jadi Akif nak beg sekolah warna merah jugak.Ok Ok..Beli !!! 
Akhirnyerrr inilah dia beg sekolah Akif untuk tahun 2015.Alhamdulillah jumpa jugak yang warna merah.Lengkap sudah pencarian barang keperluan Akif untuk ke sekolah.Suka sangat dapat beg sekolah baru.Sengeh hingga ke telinga.Seronok ler tu.Ke hulu ke hilir duk angkat beg sekolah baru.Al maklum la beg baru seronok la bawak ke sana ke mari...


Taraaaa !!! Yang biru tu Abang Iman punya,yang peach gelap tu Kakak Insyirah punya..Hehehe tiga2 sama.Yang Kakak Insyirah dan Abang Iman beli tahun lepas dah.Cer tengok beg diaorang nampak macam baru dan masih kukuh bertahan walaupun dah setahun guna.Dulu Lya beli beg yang tak berjenama..Yang beroda bagai tu yang kartun2 tuu..Tapi tak sampai setahun memang tak boleh guna.Tapi beli yang berjenama ni memang puas hati dan sangat berbaloi untuk wang yang telah dibelanjakan.Tak percaya tengok beg Kakak Insyirah dan Abang Iman tu bila letak dekat dengan beg Akif macam baru kan ?? Macam belum guna lagi,hakikatnya dah setahun digunakan....Memang TERBAIK !!!!

Ok la dah maghrib..Lya out dulu..Malam nanti kalau rajin Lya menulis lagi ..Tak sempat nak jejalan kat blog sahabat.Hari ni sibuk sikit ..InsyaAllah malam ni ada masa Lya singgah ...

Happy Blogging Sahabat  ❤❤


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421