Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Sahabat suka makan epal tak?Tak kira la epal merah ke epal hijau ke.Haa aaa mesti suka kan?Susah nak jumpa orang yang tak suka makan epal.Kebanyakan kalau tanya memang suka makan la.Ok la untuk sahabat Lya yang suka makan epal,malam ni Lya nak kongsikan sikit khasiat epal yang kita suka makan tu..Dah syiok duk makan kena la tahu apa khasiat yang ada kat dalam buah epal tu..
Epal Merah
Kandungan serat yang terkandung di dalam sebiji epal merah adalah sekitar 2 gram per 100 gram bahan.Epal merah mengandung serat yang larut dalam air,asam organik dan kalium.Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah.Kulit epal merah mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh,menyerap kelebihan air dalam usus,memperlunak feses,membantu menghalang karies gigi dan gusi),menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)
Quercetin dalam epal merah berperanan sebagai anti kanser kerana dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan kanser.Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif.Epal merah juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor,memperkuat ginjal,membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan),menstabilkan gula darah dan ianya serat yang baik untuk terapi kecantikan.
Epal Hijau
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan.Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan.Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah.Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit.Kemudian letakkan di muka,biarkan selama 15 minit.Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Sumber : Mr Facebook ..Mr Facebook cekau kat mana tak pulak tulis kat situ..Takde pulak link kat situ ..Lya cekau kat Mr Facebook jer ..