Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Kalau pergi pantai jer mesti ada benda yang Akif nak buat.Kalau tak main air dia akan cari jugak benda lain kat kawasan pantai untuk buat aktiviti.Kebetulan masa singgah kat Pantai Kijal baru2 ni banyak betul kulit remis kat tepi pantai.Apalagi dia kutip banyak2 nak buat balik kat rumah katanya.Alahai takde benda lain ke nak kutip,nak oiii..kulit remis jugak yang dikutipnya.Ntah apa la yang dia nak buat dengan kulit remis tu Lya pon tak tau.Tapi memang syiokkk betul tengok dia berlari2 duk cari kulit remis.Kulit jer pon,kalau la ada yang berisi best la jugak kutip,boleh la buat lauk makan nasi.Ni kulit jer huhuhuhuhu...
Sahabat Lya tahu tak apa benda remis tu ??
Remis merupakan sejenis moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir.Remis akan naik ke tepian pantai secara bermusim dan ianya boleh dimakan.Remis mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Ada juga yang tidak mempunyai corak.Ianya mempunyai warna tertentu seperti hitam,
putih,kuning,kelabu dan juga coklat.Cara mencari remis agak unik dimana anda hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesis siput tersebut kerana remis hanya terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut.Nak cari remis ni memerlkukan kesabaran kerana bukan semua tempat di kawasan pesisir pantai menjadi habitat remis.
Ni ler rupa sebenar remis... ( Gambar Mr Google )
Banyak jugak kulit remis yang Akif dapat ..Nak jual ke tu??
Tak tau nak letak kat mana,letak jer la dalam tapak tangan ..
Heheehe syiokk betul dia tak sedar dah Umi snap gambar ..