Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Diumumkan 24 April 2025
Sehari dua ni ramai yang tertanya-tanya "bila keputusan SPM 2024 akan diumumkan?" dan yang tertanya tanya tu termasuklah KakYa. Kini! akhirnya, terjawab sudah!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis). Jadi, calon-calon bolehlah mula bersedia secara mental dan emosi dari sekarang ya!
Bukan calon calon jer yang berdebar mak ayah pon dah mula dup dap dup dap dah sekarang ni. Untuk anak KakYa, Iman yang juga salah sorang calon menunggu penuh debaran .. You did your best, now it’s time to face it with tenang & redha. The future is still yours to conquer. Good Luck Adik. Umi doakan yang terbaik untuk Adik.