Kelas Sejarah Online Percuma Projek CSR Fly High Education Centre
Assalamualaikum, Hi korang. Selamat malam. Alhamdulillah malam ni baru sempat bersiaran di blog KakYa. KakYa ada satu lagi berita baik untuk dihebahkan kepada Ibu ayah di luar sana. Apa berita baik tu KakYa? Mesti ramai dah tak sabar nak tahu apa berita baik yang KakYa nak sampaikan. Ok tanpa lengah lengahkan masa lagi KakYa terus jer dengan berita baik dari Fly High Education Centre.
Kelas Sejarah Online Percuma
Pihak Fly High Education Centre sekali lagi akan mengendalikan Kelas Sejarah Online Percuma untuk pelajar tahun 6, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 dalam menjayakan Projek CSR terbaru mereka. Kesemua kelas sejarah pecuma ini akan diadakan pada Sabtu 20 Mei dan Ahad 21 Mei 2023.
Kelas Online Percuma Sejarah Tahun 6
Kelas Percuma Sejarah tahun 6 online akan dikendalikan oleh Cikgu Halim a.k.a Sir Koala yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun bermula 2014. Beliau adalah salah seorang penceramah teknik menjawap soalan Sejarah (menggunakan teknik sendiri). Selain itu beliau juga pernah mengajar di steswn televisyen terkemuka di Malaysia. Pengajaran beliau dalam Sejarah turut menggunakan modul sendiri mengikut silibus terkini.
Perincian Kelas Kelas Percuma Sejarah Tahun 6
SEJARAH TAHUN 6
Tarikh: 21 Mei (Ahad)
Waktu: 8.00Pm - 9.00Pm
Aplikasi: ZOOM Online
LINK WHATSAPP
Kelas Online Percuma Sejarah Tingkatan 1, 2 Dan 3
Kelas online percuma Sejarah tingkatan 1, 2 dan 3 akan dikendalikan oleh Cikgu Halim a.k.a Sir Koala yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun bermula 2014. Beliau adalah salah seorang penceramah teknik menjawap soalan Sejarah (menggunakan teknik sendiri). Selain itu beliau juga pernah mengajar di steswn televisyen terkemuka di Malaysia. Pengajaran beliau dalam Sejarah turut menggunakan modul sendiri mengikut silibus terkini.
Perincian Kelas Kelas Percuma Sejarah Tingkatan 1, 2 Dan 3
SEJARAH TINGKATAN 1, 2 DAN 3
Tarikh: 21 Mei (Ahad)
Waktu: 9.15Pm - 10.15Pm
Aplikasi: ZOOM Online
LINK WHATSAPP
Kelas Online Percuma Sejarah Tingkatan 4 Dan 5
Kelas online percuma Sejarah tingkatan 4 dan 5 akan dikendalikan oleh Cikgu Shahiran Samsudin. Sedikit maklumat yang ingin KakYa kongsikan mengenai Cikgu Shahiran Samsudin.
Cikgu Shahiran adalah Tutor Sejarah dan PT3 yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam Sejarah. Bermula 2019 sehingga kini beliau mengajar mata pelajaran Sejarah berdasarkan sukatan pelajaran dari KPM. Beliau adalah salah seorang ahli panel forum berkaitan sejarah Malaysia dan dunia.
Beliau juga pakar teknik menjawap soalan Sejarah. Selain itu beliau sentiasa diundang sebagai penceramah jemputan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah bermula 2004 sehingga sekarang. Beliau juga menjadi penceramah jemputan SPM Pro+ Extreme di Astro Tutor TV.
Perincian Kelas Kelas Percuma Sejarah Tingkatan 4 Dan 5
SEJARAH TINGKATAN 4 DAN 5
Tarikh: 20 Mei 2023 (Sabtu)
Tingkatan 4 : 8.00pm - 9.00pm
Tingkatan 5 : 9.00pm - 10.00pm
Aplikasi: ZOOM Online
LINK WHATSAPP
LINK TELEGRAM
Jom Ibu Ayah Daftarkan Anak Anak Untuk Kelas Sejarah Online PERCUMA!
Ok Ibu ayah dah baca semua kat atas ni kan, KakYa pasti Ibu ayah mesti berminat untuk mrndaftarkan anak anak ke kelas Sejarah bersama dua guru hebat ini. Jom cepat cepat daftarkan anak anak ke kelas percuma ini. Percuma jer, takde apa apa bayaran yang dikenakan untuk join kelas online Sejarah online ini.