Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022/2023 | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut KPM, Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan dilanjutkan bermula 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Perkara ini telah diumumkan dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 November 2021 seperti di bawah:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kalendar Akademik Penggal 3 dan Takwim Persekolahan 2022 / 2023 seperti di bawah:
Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah) Sesi 2022/2023
Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari Isnin, 15 November 2021.