Ketahui Perbezaan Jantung Terhenti Dan Serangan Jantung | Penyakit jantung kekal menjadi penyebab utama kematian di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui dan mendapatkan saringan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit jantung pada peringkat awal.
- Gangguan aliran darah.
Antara masalah jantung yang biasa berlaku adalah jantung terhenti (sudden cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack). Sama sama kita fahami dan ketahui perbezaan antara jantung terhenti dan serangan jantung agar mudah untuk kita mengambil tindakan yang perlu jika seseorang mengalaminya. Ini kerana tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa seoarang manusia.
Jantung Terhenti (sudden cardiac arrest)
- Gangguan sistem elektrik jantung.
- Tidak mempunyai tanda amaran.
- Jantung tiba tiba berhenti berdenyut dan tiada darah dipam ke seluruh badan.
- Pesakit tidak mempunyai denyutan nadi.
Serangan Jantung (heart attack)
- Gangguan aliran darah.
- Mempunyai gejala awal.
- Bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersekat tetapi jantung masih berdenyut.
- Pesakit mempunyai denyutan nadi melainkan kes serangan jantung yang menyebabkan jantung terhenti.
Pemeriksaan Kesihatan Dan Amalan Pemakanan Sihat Jalan Terbaik Bagi Mengatasi Penyakit Jantung
Setiap dari kita berisiko menghadapi penyakit jantung. Oleh itu pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya mencegah dari terus mendapat penyakit jantung. Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes dan tahap kolesterol perlulah di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Selain daripada itu amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi penyakit jantung dari wujud di dalam diri kita.
29 September Setiap Tahun Adalah Hari Jantung Sedunia
Tahukah korang 29 September adalah Hari Jantung Sedunia. Bersempena Hari Jantung Sedunia yang disambut 29 September setiap tahun, marilah kita sama sama tingkatkan kesedaran tentang jantung kita. Sayangi jantung untuk terus berhubung.
Tema Hari Jantung Sedunia 2021 “Sayangi Jantung Dan Terus Berhubung”
Sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini disambut dengan tema “Sayangi Jantung dan Terus Berhubung” (Use Heart to Connect), yang memfokuskan penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan akses kepada kesedaran penyakit jantung dan risikonya di seluruh dunia.
Pendekatan melalui teknologi digital ini berpotensi memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan agar masyarakat dapat memantau kesihatan jantung dan memahami risiko-risiko penyakit jantung. Ini dapat meningkatkan liputan kesedaran kesihatan jantung kepada komuniti dan orang tersayang demi kesihatan yang lebih baik.
#WorldHeartDay #UseHeartToConnect