Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak Untuk Sesi Persekolahan 2021
Pallas X Series PX37-018 BK Pilihan Insyirah
Insyirah suka kasut sekolah bertali sejak sekolah rendah lagi.Tapi untuk sesi persekolahan 2021 dia nak cuba kasut tanpa tali. Pilihan Insyirah Pallas X Series PX37-018 BK.
Kasut ni nampak simple dan cantik untuk anak perempuan. Sesuai sangat dengan Insyirah. Nampak selesa bila memakainya. Tapak kasut getah memberi cengkaman lebih baik. Arch Support yang ada kat pelapik getah menjadikan otot kaki lebih selesa, terutamanya anak yang kaki jenis FLAT FOOT atau HIGH ARCH.
Pallas X Series PX37-104ABK Pilihan Iman
Sejak masuk sekolah menengah, Iman lebih suka pakai kasut sekolah bertali berbanding kasut zap on. Ya la kan takkan nak pakai kasut jenis zap on lagi dah masuk sekolah menengah. Tak smart la Umi pakai zap on. Tu kata dia.. Ok ok ikut suka awaklah janji awak selesa dengan kasut pilihan awak.
Kasut pilihan Iman masih sama dengan kasut yang di pakai tahun lepas Pallas X Series PX37-104ABK. Tahun ni masih kekal dengan pilihan yang sama. Kasut yang sangat selesa dengan cengkaman tapak yang lebih kuat. Iman cakap dia cukup selesa memakai kasut sekolah Pallas design camni.
Antara ciri ciri dan kebaikan kasut jenis ini;
- Tapak kasut getah (Rubber Outsole)
- Saiz besar sehingga #13 available. Saiz besar macam ni memang agar sukar untuk dicari kat pasaran tapi Pallas tetap ada.
- Rubber outsole: Cengkaman yang kuat dan lebih baik (Better GRIP).
Pallas X Series PX37-013BK Untuk Akif
Kasut pilihan Akif sama jugak macam tahun lepas, Pallas X Series PX37-013BK jenis zap on. Untuk kasut sekolah dia memang suka pakai yang jenis zap on. Memudahkan katanya. Akif jenis tak suka nak ikat tali kasut, jadi kalau kasut zap on camni memudahkan untuk dia. Lagipon dia jenis lambat sikit bersiap. Kasut zap on gini senang, hanya sarung jer. Jimat masa dah kat situ.
Kasut Pallas X Series PX37-013BK, kalau korang nak tahu... kasut ni nampak macam berat tapi sebenarnya kasut ni jenis ringan jadi takde la memberi beban untuk kaki Akif. Nak berlari pon takde masalah.
Kenapa KakYa Pilih Kasut Sekolah Pallas Untuk Anak Anak
Bagi KakYa ketiga tiga kasut sekolah Pallas yang dipilih oleh Insyirah, Iman dan juga Akif mempunyai kebaikan dan kelebihan masing masing. Antara kelebihannya yang paling utama ianya selesa, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Pemakaian kasut setiap hari dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah, anak anak sangat memerlukan kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki mereka.
Kasut sekolah Pallas ni memang sangat selesa, tahan lasak dan berkualiti tinggi dengan harga mampu milik dan menjadi pilihan KakYa untuk anak anak. Tambahan pula kasut sekolah Pallas mendapat banyak review positif daripada ibubapa dan pelajar sekolah sekaligus menjadikan kasut sekolah Pallas pilihan nombor satu KakYa.
KakYa sarankan untuk korang, dapatkan kasut sekolah Pallas untuk anak korang kerana kasut sekolah Pallas sangat selesa, berkualiti tinggi, tahan lasak, pelbagai pilihan rekaan dan harga juga berpatutan.
Beli Online Jer Kasut Sekolah Pallas!
Pembelian kasut sekolah kalini KakYa lakukan secara online. Kenapa KakYa beli secara online? Banyak faktor yang mendorong KakYa suka beli secara online antaranya beli online ni takde la kita susah payah nak fikir bawak kereta, isi minyak, parking kereta, saiz kasut tak ada, jenis yang berkenan dihati tak ada, penat letih semua tu tak payah fikir.
Tambahan pula sekarang ni musim Covid19 masih lagi berleluasa. Elok juga kita beli secara online. Pilihan pon banyak berbanding kat kedai. Kadang kadang kalau kita pergi kat kedai, dah penat pergi kedai saiz kasut pula takde. Tak ke hampa jadinya. Baik beli online jer!
Cara Pembelian Kasut Sekolah Pallas Secara Online
Korang tak perlu risau kalau nak beli kasut sekolah Pallas secara online sebab pilihan jenis dan saiz kebanyakannya memang ada. Tinggal pilih sahaja mana satu korang nak. KakYa citer sikit la kat korang bagaimana cara korang nak beli kasut sekolah Pallas secara online.
Masa nak buat pembayaran masukkan sekali negara dan negeri serta poskod untuk kos penghantaran. Boleh pilih nak Register Account atau Guest Checkout. Dah isi semua detail boleh teruskan dengan pembayaran. Korang boleh guna Kredit atau Debit kad, Perbankan Online, eWallet ataupon Paypal. Ok dah bayar semua kira settle la tu. Pastu tunggu penghantaran terus kat depan pintu rumah korang.
Selain Pembelian Online Mana Lagi Nak Beli Kasut Sekolah Pallas?
Korang mesti berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan? Kalau dah berkenan wajib la beli , paling kurang sepasang untuk anak korang. Pembelian kasut sekolah Pallas bukan sahaja boleh dibuat secara online, kalau korang nak beli secara offline pon boleh juga. Takde masalah. Korang boleh dapatkan kasut sekolah Pallas di Aeon, Tesco, Mydin Supermarket dan juga kedai kedai terpilih. Cepat cepat dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok!