Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2411

Tulisan Kita Boleh Jadi Dakwah Boleh Juga Bawa Fitnah

$
0
0
Tulisan Kita Boleh Jadi Dakwah Boleh Juga Bawa Fitnah | Setiap hari kita menulis. Tak kira pada buku, papan tulis atau coretan di dinding alam maya. Dalam kita menulis setiap hari tidak kira menggunakan pen, pensil mahupun papan kekunci ... tetap sama fungsinya walau berbeza zahir. Apa saja yang kita tulis jika bermanfaat boleh jadi ianya satu dakwah buat kita. Tapi jika tidak bermanfaat boleh jadi ianya satu fitnah yang sukar dimaafkan. 

Zaman serba maju ini, lisan kurang memainkan peranan dalam berkata kata namun walau lidah sedang diam, tangan laju menuturkan kata di facebook, instagram, twitter, whatsapp, telegram dan pelbagai medium cerita. Pemudah cara katanya untuk melontarkan ayat ayat berbisa. Tanpa kita sedar penulisan kita kadang kadang mengundang satu bencana bukan saja pada kita tapi orang lain juga. Beringatlah wahai sahabat. 

Tulislah yang baik baik. Perkongsian yang baik baik yang boleh memberi manfaat buat orang lain di luar sana. Sama sama kita sebarkan kebaikan. Percayalah, yang baik baik kita tulis, mendorong kita menuju syurga. Yang buruk dan mendorong fitnah bakal membawa kita terhumban ke neraka. Jadi! Walau apa cara sekalipun pastikan penulisan kita ke arah yang baik dan positif agar hidup kita beroleh manfaat. Jauhkan diri kita daripada penulisan yang boleh mengundang fitnah. InsyaAllah yang baik baik saja buat KakYa dan juga sahabat. 

Tanda Sayang,
Lya ❤
www.akifimtiyaz.com
3 Zulkaedah 1441H
25 June 2020

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2411