Tarikh Peperiksaan Bawah Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia Dijadual Semula | Penjadualan semula peperiksaan bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan Covid-19. Berikut adalah kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penjadualan semula itu melibatkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya bermula 5 Oktober hingga 19 November 2020, tetapi dipinda ke tarikh baharu iaitu 16 Nov hingga 7 Disember 2020.
Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pula mengikut tarikh asal yang dijadualkan iaitu bermula pada 28 September hingga 6 Oktober 2020, namun terdapat perubahan subjek peperiksaan Bahasa Melayu ditetapkan pada 28 September 2020 dan Bahasa Inggeris pada 29 September 2020.
Bagaimanapun, Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiada pindaan iaitu kekal pada tarikh asal 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
Sebarang pindaan jadual akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.