Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

❤ Pendapat Lya Mengenai Instant Google Street View !!! ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Google Street View ?? Apakah benda alah tu ya ?? Ok Lya citer sikit apala benda alah ni.Google Street View merupakan sebuah ciri Google Maps yang diperkenalkan pada tahun 2007 dan menyediakan pemandangan jalan 360 ° dan membolehkan pengguna melihat bahagian dari bandar pilihan mereka dan wilayah metropolitan sekitar pada tahap asas.Ketika dilancarkan pada 25 Mei 200,hanya lima bandar yang dimasukkan.Kemudian berkembang ke lebih daripada 40 bandar AS dan meliputi pinggir bandar,dan bandar-bandar berdekatan.

Google Street View, ketika dikendalikan, memaparkan gambar yang sebelumnya diambil oleh kamera di atas sebuah kenderaan, dan boleh diterokai menggunakan butang anak panah di papan kekunci atau tetikus dengan menekan anak panah di skrin. Menggunakan cara ini, foto boleh dilihat dalam pelbagai saiz,dari arah mana-mana,dan pelbagai sudut.Garis yang ditunjukkan di sepanjang jalan menandakan arah yang diikuti oleh jalan itu.

Dahulu perkhidmatan Google Street View hanya dapat di gunakan di beberapa negara tertentu sahaja tapi kini perkhidmatan ini telah berkembang biak dan boleh digunakan secara meluas
di negara kita,MALAYSIA..Perkhidmatan ini sedikit sebanyak telah menganggu privasi Lya sekeluarga kerana ianya telah merakam keseluruhan kawasan rumah termasuk dalam pagar rumah dengan terpampangnya kereta dan juga motorsikal walaupun plate dikaburkan.. Mana PRIVASI kita kalau dah macam tu sekali benda alah ni boleh buat ..Takde privasi langsung la kan ?? Jadi Lya memang tak suka ngan benda alah nie..SEYES CAKAP tak suka ..Telah meragut PRIVASI kami sekeluarga ..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421