Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

Adab Yang Perlu Ada Pada Diri Ahli Group WhatsApp

$
0
0
Zaman serba canggih ni kan , memang dah jadi satu trend untuk kita join mana mana group whatsapp bagi memudahkan perbincangan . Pelbagai group kita join sendiri ataupon di ADD . Antara group famous pastinya Group Zaman Belajar , Group Adik Beradik , Group Sedara Mara dan jugak Group Kerja .

Actually bagi KakYa ada group chat ni , ada baik dan ada juga keburukannya . Yang baiknya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita . Nak tanya khabar kawan kawan ke , saudara mara ke atau nak bagitahu berita nikah kawen , berita dapat anak dan juga berita kematian sangat sangat mudah bila ada group macam ni . Yang buruknya paling banyak KakYa lihat setakat join group whatsapp ni kan , gaduh kecik pon boleh jadi gaduh besar bila dah ramai sangat bersuara bilamana masing masing nak tegakkan benang yang basah . 

Sebab tu la dalam group chat kita kena amalkan adab sopan yang tinggi agar group chat kita tu tak menimbulkan masalah buat kita di kemudian hari . 


Adab Yang Perlu Ada Pada Diri Ahli Group WhatsApp

Sebenarnya sebagai insan yang diberi pilihan , kita kena pandai pandai la pilih group yang memberi manfaat untuk kita . Kalau ada yang ADD kita ke group tertentu dan kita rasa kita tak perlu ada dalam group tersebut , boleh jer LEAVE GROUP dengan cara beradab . Jangan tiba tiba jer leave group tanpa bagitau sepatah dua kata . Tu kurang adab namanya .


Bagi admin group whatsapp pula , sebelum ADD seseorang masuk group , sebaiknya tanyalah dulu pada empunya badan nak ke tidak join group whatsapp yang korang buat . Sebab apa tau , bukan semua orang suka join group chat . Bila dah tanya dan empunya badan setuju barulah ADD .

Dah masuk group whatsapp elakkan la berbual dua orang saja kat dalam group . Macam group tu korang berdua je kat dalam tu . Kalau rasa nak berbual berdua je , ada private chat kan ! jadi sila manfaatkan sebaik mungkin private chat agar takde yang benci tengok korang berdua jer duk sembang kat dalam group berjam jam lamanya . Orang tengok korang typing pon dah timbul rasa benci . Ya laa dah korang sembang berdua jer kat dalam tu macam takde orang lain pulak . Sembang pon entah apa apa .

Bezakan waktu orang nak berehat . Yang ni memang KakYa setuju sangat . Kekadang tu dalam group whatsapp sesetengah manusia yang jenis burung hantu ni kan macam tak reti nak bezakan waktu orang nak berehat . Pukul 12 malam pukul 2 ke 3 pagi masih duk sembang kencang . Tak payah la sembang sembang yang takde faedah sebab masa ni orang nak berehat  nak tidur tak sesuai untuk berbual bual .  Korang ni takde suami ke takde isteri ke , non stop layan whatsapp jer . Hormatilah ahli ahli group yang lain juga . 

Jangan cuba cuba nak jadikan whatsapp sebagai medan kutuk mengutuk orang lain . Tak payah la nak tambah dosa . Yang sedia ada pon dah banyak ni tambah lagi dosa mengutuk orang secara berjemaah . Tak baik tau , dosa sebarkan aib orang . Jaga aib orang , Allah jaga aib kita . Dapat sesuatu tak ? 

Nak kongsi berkaitan agama , sangat sangat bagus tapi jangan duk post hadis yang kita belum tentu dari mana dan hadis tersebut hadis sahih atau tidak . Jangan jadi terlampau pandai sebelum mengkaji . Kaji dulu siasat dulu dari mana sumber hadis tersebut . Kalau hadis sahih silakan share . InsyaAllah takde yang marah . Kakau ada yang marah dia ada masalah la tu .

Group whatsapp ni makan banyak bateri . Jadi kalau takde benda penting nak cakap kat dalam group sekadar nak acah acah bijak duk share segala macam link , segala macam topik , segala macam gambar dan video yang takde sangkut paut dengan group KakYa nasihatkan kat korang  jangan sesuka hati mulakan chat . Tak perlu nak jadi nombor satu post berita terkini kat dalam group , sebab kita bukan wartawan . Bukan semua orang suka topik yang kita share . Jangan nampak sangat kita banyak masa duk layan group jer . Macam takde kije nak buat . Walhal kije kat rumah bersepah sepah . Heran bin ajaib la dengan orang macam ni . 

Tak perlu nak kongsi gambar atau video hantu ke , gambar kemalangan putus kepala putus kaki putus telinga kat dalam group . Bukan semua orang kuat semangat dan gigih macam korang untuk tatap gambar atau tengok video  tersebut . Silap haribulan ada yang tersentak dan kena serangan jantung sebab terkejut . Tak payah nak acah acah kau gigih sangat . Benda ni buat orang sakit hati dengan kau nanti . Jadi baik tak payah buat . Satu lagi gambar dan jugak video ni kalau banyak sangat boleh jadi HANG handphone kawan . Penuh memory handphone kawan sebab kerajinan korang duk post gambar dan jugak video . Jadi kalau tak perlu , sila hentikan . Sebelum orang naik benci dengan korang .

Jangan terlampau taksub sangat dengan isu peribadi atau pendapat sendiri . Duk berhujah kalahkan PM . Taksub pada seseoramg pon ya jugak . Jangan tunjuk sangat ketaksuban korang . Contoh suka kat SRK , duk ulang jugak SRK , SRK , SRK sampaikan ahli group pon dah tau kau minat siapa . Asal keluar je gambar atau berita tentang beliau mula la meroyan tak hingat . Jaga sikit peel perangai sebab ramai mata yang memandang . Tambah tambah lagi kalau kau isteri orang . Tak payah la nak adore sangat kat lelaki lain . Jaga sikit kesopanan dan kesusilaan kita sebagai isteri orang . Tak perlu nak buat perangai terlajak perahu sangat la ya .

Setiap ahli group bukan semuanya sempurna . Masing masing ada kelemahan dan kebaikan mereka . Sentiasa bertenang dan jangan jadikan group whatsapp seperti medan perang . Apa yang orang lain cakap salah dia jer yang betul . Mula la nak cari gaduh . Ya la dah dia jer yang betul opkos la dia nak pertahankan pendapat dia . Mula la start bergaduh kat dalam group . Keluar semua cerita cerita zaman Pak Kaduk . Yang manis manis dah takde sebut dah hanya yang pahit kelat jer duk keluar . Bab ungkit mengungkit saja 2 jam . Nak buat macam mana bila dah semua kebaikan tak nampak di mata . Bila satu keburukan jer yang dia nampak , yang satu tu la duk ungkit zaman berzaman . Benda sama jer . Kekadang kita yang kat dalam group rasa nak keluar group jer bila si polan ni duk membebel . Nasihat KakYa bila kita dah ada dalam group yang ramai orang dengan macam macam peel perangai , perkara utama yang perlu ada dalam diri kita adalah SIFAT SABAR . 

Ok tu jer la dulu yang KakYa nak kongsi pagi ni . Korang kalau ada lagi nak sambung apa apa boleh komen kat bawah okey . 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2421

Trending Articles