Buffet Ramadhan 2018 | Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Salam Ramadhan ke 10 untuk semua pembaca blog KakYa . Tambah tolak tambah tolak dah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa . Setiap kali Ramadhan pastinya korang akan tercari cari tempat best untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga teman teman . Okey apakata kali ni korang ikut KakYa , kita berbuka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Swiss Garden Beach Resort Kuantanmembawakan konsep masakan Citarasa Ala Kampung .
Hidangan Utama Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Sempena Ramadhan 2018 , Swiss Garden Beach Resort Kuantan telah menampilkan kelainan dalam masakan tradisional melayu dalam setiap menu yang di hidangkan . Antara menu lauk pauk popular yang menjadi hidangan utama di Swiss Garden Beach Resort Kuantan antaranya Rendang Ayam Kelantan , Daging Opor , Ikan Masam Manis , Kupang Masak Lemak Cili Api , Terung Berlada dan pelbagai pilihan lagi . Setiap hari disajikan lauk pauk berlainan untuk pengunjung .
Selain nasi putih dan lauk pauk ala kampung , pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan turut menyediakan pelbagai menu tambahan untuk pengunjung berbuka puasa antaranya Kambing Bakar , Mee Goreng , Bubur Lambuk , Satay , Ikan Bakar , Murtabak , Laksa Johor dan pelbagai pilihan makanan lagi .
Pencuci Mulut Dan Dessert
Untuk pencuci mulut pula pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan menghidangkan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut antaranya Pengat Pisang , Sagu Honey Dew , Bubur Carca , Tapai , Kuih Talam , Keria , Puding , Agar Agar , Jelly dan juga pelbagai jenis kek yang pasti menambat selera korang . Korang yang minat sangat layan dessert kena datang berbuka kat sini okey . Apa yang pasti dengan pilihan yang cukup banyak korang pasti rambang mata mana satu pilihan yang terbaik . Kalau tanya KakYa opkos la semua sedap sedap . KakYa kurang makan nasi jadi KakYa layan pencuci mulut dan juga dessert .
Harga Buffet Ramadhan 2018 Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Semua menu ala kampung pastinya menarik minat korang yang suka makan ala ala balik rumah mak ayah kat kampung kan kan kan .. Ok KakYa nak bagitau kat korang Buffet Ramadhan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan telahpun bermula sepanjang bulan Ramadhan pada 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 dari jam 7 petang hingga 10 malam . Harga Buffet Ramadhan Swiss Garden Beach Resort Kuantanadalah seperti di bawah ;
Dewasa :
RM60 / nett : bermula 17 May hingga 31 Mei 2018
Kanak - kanak :
RM45 / nett bermula 17 Mei hingga 31 May 2019
Bermula 1 Jun harga akan di tolak 6% GST .
Bermula 1 Jun harga akan di tolak 6% GST .
Untuk maklumat lanjut dan tempahan Buffet Ramadhan 2018 Swiss Garden Beach Resort Kuantan , sila hubungi Cik Syarifah Amin di talian 60175509181 .
Lokasi Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Swiss Garden Beach Resort Kuantan
2656~2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan,
Pahang Darul Makmur Malaysia
Pilihan Makanan KakYa Dan Keluarga Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Walaupun terdapat banyak pilihan makanan kat sini sempena Buffet Ramadhan 2018 , KakYa nak suggest kat korang beberapa juadah istimewa yang korang kena cuba . Rasa dia opkos la sedap dan menambat hati keluarga KakYa sebab tu la KakYa cadangkan korang cuba . KakYa paling suka Laksa Johor kat sini . Memang sedap dan menepati citarasa KakYa dan family . Korang kalau datang sini kena cuba Laksa Johor . Sedap tak terkata . Satay ayam dan daging pon sedap . Kuah kacang meletup dan kena dengan selera KakYa sekeluarga . Makanan lain pon sedap sedap tapi yang KakYa dan anak anak paling suka opkos la Laksa Johor kat sini . Sorang semangkuk jugak la kami makan . Cecepat datang sini bersama family dan kawan kawan untuk berbuka puasa okey .
Jadi apa tunggu lagi jom la buka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Pelbagai pilihan makanan yang pasti memikat hati dan selera perut anda . Selamat berpuasa dari KakYa dan family . Semoga puasa kita semua diberkati . Aamin aamin .