Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2412

Singgah Kejap Kat Kemaman Havoc Bike Fest 2018

$
0
0
Singgah Kejap Kat Kemaman Havoc Bike Fest 2018 | Hari Sabtu 10.2.2018 KakYa ada dapat jemputan kenduri kat Kemaman. Balik dari makan kenduri Akif dengan Iman ajak singgah kat Kemaman Havoc Bike Fest 2018 yang diadakan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman. Diaorang bedua ni tahu mengenai Kemaman Havoc Bike Fest 2018 melalui poster dan kain rentang yang di pamerkan di sepanjang jalan Bandar Chukai, Kemaman. Walaupon tengah panas cheng cheng singgah la jugak lepas harap anak anak. Kalau ikutkan Umi nak balik rumah terus jer, tapi kesian la pulak diaorang nak sangat sangat pegi. 

Kemaman Havoc Bike Fest 2018
Sempat jugak tandatangan kat kain rentang. 


Kemaman Havoc Bike Fest 2018

Program Kemaman Havoc Bike Fest 2018 dianjurkan oleh HJR Bike Gear Shop dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman. Program ini diadakam bersempena Pemasyhuran Majlis Perbandaran Kemaman kali ke-16. Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Februari 2018 iaitu hari Jumaat hingga Ahad. 

Kemaman Havoc Bike Fest 2018

Kemaman Havoc Bike Fest 2018

Kemaman Havoc Bike Fest 2018

Kemaman Havoc Bike Fest 2018

Alang alang dah pegi sana sempat jugak laa layan kerenah anak anak bergambar. Tengah panas lit lit jam 4.30 petang masa ni duk posing kat motorsikal berkuasa tinggi. Aduhaiiii .. layankan jer la diaorang ni. Syiok sangat posing tak perasan banyak gambar mata tertutup sebab cahaya matahari. Kami singgah tak lama kejap jer, sebab lepas tu nak kena hantar kakak insyirah kat asrama. Ok la dapat jugak penuhi hajat anak anak nak tengok pameran motorsikal dan pelbagai jenis motorsikal antik yang dipamerkan kat karnival yang diadakan selama tiga hari. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2412