Cushion Love DIY Sendiri Dari Printcious Dah Sampai | Alhamdulillah cushion love yang KekYa tempah kat Printcious dah selamat sampai kat rumah tengahari semalam. Hati ni benar benar TERUJA nak tengok cushion love yang KekYa DIY sendiri.. Amboii tak menyempat nyempat orang kata .. Opkoss laa kan tak sabar gitu nak tengok cantik ke tak cantik hasil DIY KekYa. KekYa tempah DIY cushion love ni hari Khamis 2 ogos 2017 jam 8.07 pagi, semalam baru sampai. KekYa ni duk sebut Printcious Printcious ni korang tau tak apabenda Printcious ni? .. Duk cakap pung pang pung pang pasal Printcious, buat korang yang belum tahu mengenai servis Printcious korang boleh baca tulisan KekYa kat sini PRINTCIOUS : CARA MUDAH DIY HADIAH BUAT YANG TERSAYANG .
Printcious Pilihan Terbaik DIY Cushion Love Dari Hati Ke Hati
Drummm roll please !! Jeng jeng jeng ... suspen sungguh laaa KekYa nak bukak bungkusan ni tau. KekYa memang dah tau isi kat dalam ni, tapi KekYa tak tau lagi MENJADI ke tak cushion love yang KekYa DIY sendiri ni. Adakah warna dan kualiti cushion love dari Printcious menepati citarasa KekYa .. Meh kita sama sama tengok ..
Tadaaaa .. tu dia besarnya bungkusan tapi ringan jer .. nama pon cushion kan..
Ni lah dia cushion love yang KekYa DIY sendiri tu .. Wajah wajah kesayangan KekYa sekuaga ada kat cushion love ni tau ..
Bila ada benda baru yang sampai kat rumah ni.. Akif ler yang terlebih excited. Meh sini kita bergambar dulu ..
Lepas satu gaya ke satu gaya.. Banyak jugak laa gambar gambar dia ngan cushion love ni.
Siap bergambar KekYa tinggalkan dia kat bilik. Masa masuk bilik tengok tengok dia dah tido bertemankan cushion love ..
Puas Hati Sangat Guna Khidmat Printcious
“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”. KekYa memang puas hati dengan cushion love yang KekYa order kat Printcious. Sangat sangat puas hati dengan kualiti cetakan gambar pada cushion love. Gambar tak pecah dan kekal seperti gambar dari handphone. Gambar sangat terang dan berkualiti tinggi, KekYa boleh nampak satu satu jatuhan air dan juga urat urat daun yang menjadi latar belakang gambar. KekYa bagi 5 bintang untuk Printcious. Memang KekYa puas hati sebab gambar nampak kemas dan cantik jer terletak kat cushion love ni.. Terima kasih Printcious ..
Cara Submit Order Dan Pembayaran Di Printcious
Bagi memudahkan korang, KekYa cerita sikit la step by step camne nak order barang dan juga proses pembayaran yang diterapkan di Printcious. Nanti takde la korang tertanya tanya lagi .. Cekidaut okey !
Cara cara nak DIY dah memang tersedia kat situ jadi tinggal pilih jer mana gambar berkenan untuk letak kat cushion. KekYa punya dah siap dah.. Bila dah siap masuk kat sini, KekYa perlu isi promo kode untuk mendapatkan diskaun.
Isikan semua ruangan yang tersedia. Pastikan alamat betul dan tepat.
Buat pilihan cara pembayaran. KekYa pilih pembayaran melalui Maybank2U.
Check balik barang yang kita order samaada betul ke tak .. Kalau dah puashati semua sila buat pembayaran.
Oleh kerana KekYa pakai promo kode dengan harga RM60, KekYa hanya perlu bayar baki kos pos berjumlah rm7 sahaja.
Ok dah selesai proses pembayaran ..
Ok pesanan KekYa dah selamat diterima. Nombor pesanan akan diberi bagi memudahkan kita untuk check barangan yang dipesan.
Ni invois yang KekYa dapat lepas buat pembayaran. Segala detail mengenai pesanan KekYa di cetak kat invois ni.
KekYa jugak dapat satu email untuk check pesanan KekYa.
KekYa boleh check kat bahagian Order History untuk maklumat lanjut mengenai barang yang KekYa pesan. Mudah dan cepat bukan? ..
Jom Guna Khidmat Printcious Untuk Dapatkan Hadiah Terbaik Buat Yang Tersayang
Korang yang minat nak DIY hadiah sendiri buat yang tersayang boleh cuba gunakan servis dari Printcious. KekYa dah guna servis dari Printcious dan KekYa memang puas hati dengan servis yang disediakan. Apa tunggu lagi jom dapatkan hadiah idaman hati untuk yang tersayang hari ini juga. Jom guna khidmat Printcious untuk dapatkan hadiah terbaik buat yang tersayang. Ingat hadiah ingat Printcious.
We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious
Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious, KekYa ada sediakan kat bawah ni ;
Website : https://www.printcious.com/my
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
Twitter : http://twitter.com/printcious
YouTube : youtube.com/printcious
Email : ask@printcious.com
Hp : 0193232502
Alamat :
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.