Nak Puasa Jer Sibuk Order Kerepek Untuk Hari Raya | Bila masuk jer bulan poser kan, makanya masuk la insan insan yang jual kerepek kat kampung KekYa kat group WhatsApp, tanya nak order kerepek raya tak? Hahaha insan insan tu adik kakak KekYa la.. Bulan bulan poser diaorang ni selalu la ambik order kerepek ngan sanak saudara dan jugak sahabat handai. Rajin la plak bulan bulan poser duk meniaga.. KekYa memang tiap tiap tahun tak pernah miss order kerepek untuk kudapan masa raya. Tapi kalau KekYa order sikit sikit memang tak sempat makan masa raya. Kekadang bulan poser sebulan dah habis dah kerepek KekYa. Jadi tak nak bagi habis di kunyah dek insan insan tersayang kat rumah KekYa ni, KekYa akan simpan kerepek kat rumah mak KekYa dulu. Bila nak balik rumah lepas raya sakan kat kampung, baru KekYa bawak balik. Selamat kerepek KekYa. Gitu laa kalau nak makan lepas raya.. Kalau tak memang habis licin tak sempat nak beraya kerepek tu oii.. sempat poser jer huhuhu..
Bila citer bab bab kerepek ni kan, macam macam jenis kerepek yang ada. Kalau kerepek ubi tu kan, berjenis jenis pulak adunannya.. Ada kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi pedas sambal, kerepek ubi bbq, kerepek ubi jagung dan macam macam lagi. Kekadang KekYa ni naik rambang mata jugak nak membeli. Semua nampak sedap sedap jer.. Nak beli semua sekali rasa hahahaa ... KekYa paling suka sekali kerepek ubi jangung.. Sedap giler layan makan makan hingga tak sedar dah habis sebalang .. Tahun ni pulak banyak pilihan kerepek berbanding tahun lepas.. Agak agak nak beli pon pening kepalasebab banyak sangat pilihan kat depan mata .. Hadoiii mencabar gak nak beli kerepek kali ni.. Banyak sangat yang berkenan di hati..
Kali ni KekYa nak order kerepek apa ntah. Tadi KekYa duk usha dah mana satu yang berkenan di hati. Tapi tak boleh nak buat pilihan lagi sebab En Hubby takde kat rumah, masih lagi di Kuala Lumpur sekarang ni. KekYa kalau takde persetujuan dia nak yang mana yang tu ke yang ni ke .. memang KekYa tak beli .. KekYa kena tanya dia dulu mana satu dia nak, dah dapat green light dari dia baru KekYa beli. Untuk anak anak KekYa tanya jugak mana satu diaorang suka.. Biasanya pilihan diaorang ni sama spesis jer ngan abah diaorang. Memang sehati sejiwa laa bab bab pilih kerepek. Setakat ni memang kerepek yang kami pilih semuanya menepati citarasa tekak kami anak beranak. Boleh makan laa orang kata ..
Korang suka makan kerepek tak ?... Bila raya, kat dalam balang biskut raya korang tu ada tak hidangan kerepek. Kalau kat rumah KekYa ni kan, bukan sebalang dua kerepek raya ... setiap kali raya memang berbalang balang laa kerepek duk melepak kat dalam balang biskut raya KekYa .. Kalau orang datang rumah, kerepek laaa diaorang hadap dulu. Kuih raya tolak tepi .. Kekadang siap kena tambah dalam balang sebab habis dan orang datang rumah mintak tambah.. Nampak tak nampak tak penangan kerepek kat situ. Kuih raya takpe tak layan sangat tapi kerepek memang layan .. Duk kunyah kunyah tak sedar dah habis sebalang .. Ada jugak jenis tak malu hahahaha .. biasa gang gang laaa kan, gang gang yang ngam hoooo orang cakap. Tak malu dah, siap mintak plastik tapau buat balik kikikikiki .. hahaha nak gelak pon adoooo .. Biasa kat hujung hujung raya ada laa yang jenis gini hahahaha ... Macam KekYa kalau balik raya umah mak, tak sah la kalau tak tapau biskut raya, memang selalu tapau la orang kata.. KekYa ni bab bab buat biskut raya memang tak ngam la. Takde kesabaran bab nak menyiapkan sebalang biskut. Biasa adik adik KekYa yang akan buat .. KekYa tengok jer la sambil sambil cari line nak ucap Selamat Hari Raya kat sedara mara dan jugak kawan kawan. Gitu laa sokmo sokmo .... Hehehehe .. Ok dah dah dah .. Tamat sini dah citer kerepek raya.. Nanti lepas raya kita citer lagi .. Tq tau sudi singgah baca bebelan KekYa ..