Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410

Blog Lambat Loading,Korang Terus Blah Camtu Jer Atau Setia Menanti ....

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Perasan atau tidak,setiap kali kalau singgah kat sesebuah blog atau jumpa pelbagai jenis blog dan kita minat nak masuk baca isi kandungan kat dalam tu.Tetiba mood jadi tak tentu hala sebab blog yang kita masuk tu loading dia lambat mengalahkan kura kura dalam citer ''Arnab Dan Kura Kura''.Masa kita nak sangat sangat baca isi kandungan kat dalam blog tersebut..Time tu pulak loading blog lambat dan lembap.Pastu kan kan kan bila terpandang pulak kat layout blog yang ntah hapa hapa ntah.Rasa cam nak terjun sungai jer..

Ya laa kan,dah serba mak nenek tuan blog letak..Kita yang tengok ni pon rasa pening pening lalat daa.Sakit mata pon ada..Memang menyusahkan betul laaa blog dia ni..Nak baca pon susah.Last last apa kita buat?.Mesti tutup blog tu dan carik informasi kat blog lain.Korang camtu jugak ke ?.Lambat lambat loading korang terus blah camtu jer kan kan kan..

Blog Lambat Loading , Loading Blog Lembap ,Blog Berat , Blog Terbaik , Ciri Ciri Blog Terbaik


Bila aku fikir dan renung renung balik.Aku terus berfikir sejenak..Blog aku ni bagus sangat ke dari segi loadingnya.Orang suka ke ?.Bila fikir fikir punya laa duk fikir..Mesti ada ramai yang tak suka singgah blog aku..Tapi tapi tapi kalau tak suka pon,jangan la buat camtu kat blog aku, tau.Jangan laa blah dari blog aku camtu je.Baca la dulu entri yang aku tulis.Blog aku ni takde laaa lembap sangat loadingnya..Masih dalam kategori OK OK AJER..Ok kan kan kan...

Ok ni aku kongsikan antara ciri ciri blog yang orang suka nak masuk dan suka nak baca isi kandungan yang tertulis dalam blog tu...

1. Loading yang ringan,kalau berat ''menanang''orang ganu kata..Nanti orang malas nak tunggu.Bila orang malas nak tunggu..Orang tak baca laa blog kita..Bila orang tak baca..Kita menulis ibarat syok sendiri laaaa..Huhuhuhuhu........

2. Design dan layout yang simple simple jer tak yah nampak macam semak samun sangat.Kadang kadang bila tengok blog yang macam macam adooo ni kan !! rasa cam nak singgah dengan tanak singgah sama banyak..Tapi nak ambik hati..Singgah la jugak..

Blog Lambat Loading , Loading Blog Lembap ,Blog Berat , Blog Terbaik , Ciri Ciri Blog Terbaik


3. Ayat yang di gunakan jangan TERLAMPAU skema..Nanti kan orang yang datang baca blog kita rasa boring.Kadang kadang dalam blog kita main hentam jer tulis bahasa belah belah negeri kita.Kadang kadang orang lain baca dia tak paham apakebenda laa yang kita tulis.Jadi jangan gunakan SLANG bahasa yang PEKAT PEKAT..Sesekali ok laaa kot

4.Hiasi blog dengan gambar gambar menarik.Kalau boleh masa nak menghias blog tu,hiasilah dengan gambar gambar yang sedap mata  orang lain memandang,bukan sekadar sedap mata TUAN BLOG memandang 

5.Takde iklan yang menyakitkan mata.JANGAN PASANG IKLAN TERLALU BANYAKKKK !!! Aku kan kalau singgah mana mana blog..Kalau banyak sangat PAPAN IKLAN kat dalam tu hingga menghalang mata aku nak baca entri..Memang aku PANGKAH teruss..Memang tak singgah daa

6.Takde lagu lagu yang menyakitkan telinga.Tak payah pasang lagu sangattt la kat dalam blog,bukan apa kalau entri yang orang baca tu entri sedih tapi ko bantai letak kat situ lagu K Pop dengan gerak tari tarian ntah apa apa..Ermmm  salah tema laa jawapnya..Jadi nasihat aku la sebagai akak akak yang tak berapa nak pro..Sila buang lagu dari blog korang.nak asang jugak boleh jer tapi pastikan ada butang ON/OFF..senang orang nak tutup bila tanak dengar lagu...

7.Ada kotak komen..Jangan lupa sediakan kotak komen kat blog korang agar sahabat yang singgah boleh bagi sepatah dua kata komen untuk korang.Sebab setakat yang aku singgah blog orang,..ada jugak blog yang takde kotak komen..Huaaaaa haru pulak rasa..Syiok duk baca pastu nak komen tak boleh...Ermmmm..

Ni antara tips yang aku boleh kongsi untuk bagi orang suka masuk blog korang..Kalau semua kat atas tu dah terlaksana dengan jayanya tapi takde jugak orang masuk baca entri korang..Berserah jer laaa..Nak buat camne kalau orang tak sudi..Bab bab baca blog ni bukan semua orang sudi baca..Kekadang jenuh laaa,kita duk paste link entri sana sini nak minta orang baca entri kita..Tapi takde pon yang sudi singgah...Tapi jangan putus asa,teruskan berusaha sebaik mungkin agar akan sentiasa ada pengunjung ke blog korang.Dulu masa mula mula buka blog AkifImtiyaz ni,takde sesaper pon sudi nak singgah..Tapi sekarang alhamdulillah...Syukur..Terima kasih korang yang sudi singgah sudi baca entri dan paling best sudi tinggalkan komen.Korang memang AWESOME !!!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2410